pekanrabu
alamat url PR akan bertukar kepada www.pekanrabu.biz bermula 14 Ogos 2008. Enjoy!
HomeFAQSearchRegisterLog in
Post new topic   Reply to topic
 

jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ladyzone
regular customer
regular customer


LibraCat
Age : 44
Joined : 12 Jun 2008
Posts : 193
Location : johor bahru

PostSubject: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-06-13, 11:16 pm

salam semua...


apa kata kita berkongsi amalan2 , tak kira perbuatan ataupun bacaan... yang mana baik untuk kita hadapi kehidupan yg banyak dugaan ni....

mudah2an membawa berkat perkenalan kita semua disini...
Back to top Go down
ladyzone
regular customer
regular customer


LibraCat
Age : 44
Joined : 12 Jun 2008
Posts : 193
Location : johor bahru

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-06-16, 11:42 am

1. surah al baqarah... ayat 285-286

baca sebelum tidur. terselamat ari segla bala bencana dan mara bahaya

2. surah al imran... ayat 1-3

baca, akan trcapai kesihatan dari sgala pnykit dan trslmt dari gangguan jin

3. surah al imran... ayat 16

baca utk memohon keampunan dari allah swt
Back to top Go down
deqkyn
newbie
newbie


SagittariusSnake
Age : 30
Joined : 11 Jun 2008
Posts : 8

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-06-18, 5:46 pm

SURAH AL WAKIAH
- UNTUK DI LIMPAHKAN REZEKI....
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur


CapricornHorse
Age : 41
Joined : 25 May 2008
Posts : 585
Location : http://www.ninarahim.com

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-06-18, 8:40 pm

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan.

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi
seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya
tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap,
saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya
juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu
malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah
roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang
miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang
membuat orang curiga kepadanya.

" Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki
penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap
kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu
ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga.
Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman
mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan
suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.

Bahkan Rasulullah SAWmenegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi
paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.
Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.
Sebab tak ada persoalanyang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan
dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah
cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang
dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih
sayang.
Waalahualam.....

MORAL OF THE STORY IS............FIKIR-FIKIRKAN LAH..
Back to top Go down
ladyzone
regular customer
regular customer


LibraCat
Age : 44
Joined : 12 Jun 2008
Posts : 193
Location : johor bahru

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-06-21, 9:35 pm

4. surah an nisaa - ayat 75
nescaya akan terselamat dari kejahatan manusia penjahat.

5. surah al maidah - ayat 7
baca 3 hari berturut2, selamat dari was-was masa wudhu' dan solat.

6. surah al maidah - ayat 89-101
baca dalm air dan beri minum pd orang yg berdusta, nescaya tidak akan
bercakap dusta lagi.

7. surah al an'aam
baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana.
Back to top Go down
najz
Enterpreneur
Enterpreneur


AquariusPig
Age : 37
Joined : 20 May 2008
Posts : 525
Location : selangor

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-06-25, 4:40 pm

BE ADVISED
Don't say 'Mosque'
Say always ' Masjid'
Because Islam organization has found that's mosque = mosquitoes


Don't write ' Mecca ', Write always correctly ' Makkah'
Because Mecca = house of wines

Don't write ' Moh'd'
Write always completely as ' Muhammad'
Because Moh'd = the dog with big mouth.
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur


CapricornHorse
Age : 41
Joined : 25 May 2008
Posts : 585
Location : http://www.ninarahim.com

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-06-27, 1:13 pm

Assalamualikum semua....
Sesuatu untuk renungan bersama....

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."


Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda kasihi dan ingati.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka.
Back to top Go down
sherry_lijah
newbie
newbie


ScorpioGoat
Age : 52
Joined : 08 May 2008
Posts : 19
Location : N.Sembilan

PostSubject: kongsi amalan yg baik   2008-07-09, 10:42 am

Amalkan sebelum masuk tidur....ambil wuduk..bacalah ayat kursi sekurang2nya 7kali...mengelak dari gangguan syaitan dan sihir. Cool
Setiap hari amalkan sembahyang sunat dhuha 2 rakaat.....untuk berkat dimurahkan rezeki......inshaallah...
Wajah hendaklah selalu tersenyum......sentiasa memberi salam apabila berjumpa kekawan .....berkat dan sejahtera kita.... Very Happy
Back to top Go down
zaydan
regular customer
regular customer


ScorpioHorse
Age : 29
Joined : 06 May 2008
Posts : 206

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-07-14, 5:31 pm

menutup aurat yg bertepatan dgn perintah allah dan rasul :

Memahami erti sebenar menutup aurat

WANITA zaman pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, sama ada mereka berpakaian atau tidak, sama saja.

Tetapi itulah hakikatnya, mereka terbabit dengan amalan tabarruj iaitu perbuatan mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau anggota badan lain. Menurut al-Bakhari, tabarruj ialah wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.

Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat, tetapi sukar dikategorikan sebagai Mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.

Mereka berpakaian untuk menambahkan kecantikan, bukan untuk menutup aurat. Di samping itu, mereka bersolek dan menggayakan gerak serta lagak yang menarik ketika berada di luar rumah, sedangkan tidak demikian apabila berada di rumah.

Untuk mendapat perhatian orang ramai itulah mereka menghiasi diri dengan pakaian fesyen baru yang mengikut aliran semasa, indah serta mahal, diserikan dengan barang kemas mewah bergemerlapan, manakala wajah disolek bahan mekap berwarna-warni.

Pakaian mereka tidak berfungsi sebagai penutup aurat lagi, bukan untuk melindungi kecantikan daripada pandangan lelaki bukan mahram, sebaliknya mendedahkan habis-habisan. Sedangkan amalan itu ditegah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kalian (wanita Islam) tetap di rumah kalian berhias (bersolek) dan mendedahkannya (bertabarruj) seperti mereka lakukan oleh orang-orang jahiliah dulu." (Surah al Ahzab, ayat 33)

Selain terbabit amalan tabarruj, tradisi berpakaian dan bersolek kalangan wanita moden sekarang membuktikan umat manusia akhir zaman terutama wanitanya, sudah jauh berundur ke belakang untuk kembali ke zaman kuno dan mewarisi cara hidup kolot manusia primitif zaman batu, atau setidak-tidaknya mengamalkan cara hidup zaman jahiliah.

Hal ini jelas sekali kerana bukankah amalan menghiasi muka dengan tempelan bahan mekap pelbagai warna yang dilakukan wanita moden sekarang sama dengan amalan menconteng muka yang dilakukan manusia primitif zaman kuno dulu?

Bukankah amalan mendedahkan aurat depan khalayak ramai yang dilakukan wanita moden ini adalah amalan wanita zaman jahiliah. Tidakkah ini satu kesinambungan antara tradisi zaman jahiliah dan tradisi zaman pasca moden ini?
Memang berlaku perubahan positif dalam hal berpakaian untuk menutup aurat di kalangan wanita Islam di negara kita dalam dekad mutakhir ini. Tetapi malangnya, perubahan itu tidak menyeluruh kerana masih ramai yang tetap dengan tradisi berpakaian mereka.

Jika ada yang memenuhi kewajipan menutup aurat, tidak memenuhi tuntutan mengikut kehendak hukum syarak. Contohnya, memang sudah ramai wanita memakai tudung tetapi pada masa sama, memakai baju dan kain atau seluar ketat yang jelas memperlihatkan bahagian tertentu badan mereka.

Berpakaian seperti itu sudah tentu tidak diterima sebagai menutup aurat, kerana menutup aurat dalam Islam bukan sekadar menutup kulit badan, tetapi melindungi rupa bentuk kulit semua bahagian anggota badan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka."

Maksud ayat itu sangat jelas, namun seolah-olah belum dapat difahami wanita. Buktinya mereka tidak mematuhi arahan menutup aurat itu sepenuhnya. Malah, ramai yang langsung tidak menghiraukannya.

Mereka sebenarnya mempersendakan hukum Allah apabila menutup kepala dan rambut sepenuhnya tetapi masih memperlihatkan bentuk anggota badan dalam pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan bahagian anggota lain seperti kedua belah betis apabila memakai seluar, skirt atau sarung sempit yang berbelah di bawah.

Masih ramai lagi wanita yang enggan memakai tudung kepala, atau hanya menutup kepala dengan kelubung kecil, menampakkan bahagian depan dan ekor rambut. Ia juga adalah perbuatan yang boleh dianggap sebagai mempersendakan hukum Allah.

Demikian juga dengan amalan memakai tudung kepala pelbagai bentuk dan fesyen. Walaupun mereka berjaya menutup kepala dan rambut, namun masih mendedahkan tengkuk, leher serta sebahagian dada atau memperlihatkan bentuk dada dalam baju yang ketat.

Semua fenomena mendedahkan aurat itu adalah ciri amalan tabarruj, amalan kaum zaman jahiliah. Selain tradisi berpakaian, tradisi bersolek yang termasuk dalam amalan tabarruj kurang diberi perhatian. Seolah-olah larangan dalam hal ini tidak diketahui.

Keadaan wanita yang tidak terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang tidak keluar rumah, tidak bercampur-gaul dengan lelaki bukan muhrim dan apabila keluar, tetap memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya dan wajah mereka tanpa bersolek.

Golongan terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang keluar rumah dengan berpakaian tidak sopan atau berpakaian ala Barat, mendedahkan banyak bahagian aurat atau berpakaian sopan tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya atau berpakaian moden, ketat, singkat dan berbelah.

Allah mengetahui akibat baik dan buruk daripada segala tindak-tanduk hamba-Nya, termasuk akibat buruk daripada pendedahan aurat atau perlakuan tabarruj itu. Sehubungan itu, Allah mewajibkan wanita menutup aurat mereka.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

sumber : http://hazimazim5020ad.multiply.com/journal/item/54

_________________________________________________________________________
http://bongkarmisterivirus.wordpress.com/
http://bongkarmisterikomputer.blogspot.com/
Back to top Go down
ladyzone
regular customer
regular customer


LibraCat
Age : 44
Joined : 12 Jun 2008
Posts : 193
Location : johor bahru

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-07-20, 4:44 pm

surah Al An'Aam - ayat 63-64
di baca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.

surah Al A'raaf - ayat 23
baca tiap2 solat fardhu, lalu istightar, akan terampun dosa.

surah Al A'raaf - ayat 47
baca, akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendpt rahmat Allah.
Back to top Go down
najz
Enterpreneur
Enterpreneur


AquariusPig
Age : 37
Joined : 20 May 2008
Posts : 525
Location : selangor

PostSubject: 7 Kebahagiaan Dalam Hidup   2008-07-21, 10:34 am

7 Kebahagiaan Dalam Hidup
Ibnu Abbas r.a. adalah seorang sahabat Nabi saw, pernah ditanya pada suatu
hari mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia. Ibnu Abbas
telah menjawab dengan mengatakan bahawa terdapat 7 (tujuh) kunci kebahagiaan
hidup di dunia, iaitu:

Pertama, Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh. Pasangan hidup
yang soleh akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di
akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta
pertanggungjawaban dalam mengajak isteri dan anaknya kepada amal kesolehan.
Berbahagialah menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang
pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan kesemua anak-anaknya
menjadi Muslim yang soleh. Demikian pula seorang isteri yang soleh akan
memiliki kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suaminya,
walau betapa buruk sekalipun perlakuan suaminya. Maka berbahagialah menjadi
seorang suami yang memiliki seorang isteri yang soleh.

Kedua, Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur. Memiliki jiwa syukur
bererti selalu menerima sekadar apa adanya (qona'ah), inilah nikmat bagi
hati yang selalu bersyukur. Seseorang yang pandai bersyukur mudah memahami
sifat-sifat Allah SWT, sehingga apa pun yang diberikan oleh Allah tetap
diterimanya dengan dada yang terbuka malah sentiasa redha dengan keputusan
yang telah Allah tetapkan. Maka berbahagialah kepada orang yang pandai
bersyukur.

Ketiga, iaitu memiliki umur yang berkat. Maknanya, umur yang semakin tua
semakin soleh dan setiap detik masa akan diisi dengan membuat amal ibadah.
Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk bekalan
akhirat (melalui amal ibadah) maka semakin tua semakin rindu ia untuk
bertemu dengan Sang penciptanya. Inilah semangat 'hidup' orang-orang yang
berkat umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang telah dianugerahkan umur
yang berkat.

Keempat, al auladun abrar, iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Di
kala Rasulullah saw sedang bertawaf, baginda telah bertemu denga seorang
anak muda yang memiliki badan yang sedang melecet. Setelah selesai tawaf,
Rasulullah saw telah bertanya kepada anak muda itu, 'Kenapa dengan badan mu
itu?' Jawap anak muda itu, 'Ya Rasulullah, saya dari Yaman dan mempunyai
seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah
melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika membuang hajat, ketika
solat atau ketika istirehat, selain itu saya akan selalu mengendongnya.'
Lalu anak muda itu bertanya, 'Ya Rasulullah, Apakah aku sudah termasuk ke
dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?' Nabi saw sambil memeluk
anak muda itu dan menyatakan, 'Sesungguhnya Allah redha kepadamu, kamu anak
yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orang tuamu
tidak terbalaskan olehmu.' Dari hadis tersebut kita mendapat gambaran bahawa
nyata segala amal ibadah kita sememangnya tidak cukup untuk membalas cinta
dan kebaikan orang tua kita, namun pada kadar yang minimum sekalipun, kita
sewajarnya memulainya dengan menjadi anak yang soleh. Di mana doa anak yang
soleh atau solehah adalah dijamin akan dimakbulkan oleh Allah. Berbahagialah
kita bila memiliki anak yang soleh atau solehah.

Kelima, albiatu sholihah, iaitu memiliki lingkungan yang kondusif untuk iman
kita. Yang dimaksudkan dengan lingkungan yang kondusif ialah kita boleh
berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat
karib kita, haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah terhadap
keimanan kita. Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah menganjurkan kita untuk
selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh. Orang-orang yang soleh akan
selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila kita berbuat
salah. Orang-orang yang soleh adalah orang-orang yang bahagia kerana nikmat
iman dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya.
Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang
soleh.

Keenam, tafakuh fi dien, atau semangat untuk Memahami agama. Semangat
memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam.
Semakin ia terangsang untuk belajar lebih jauh lagi mengenai sifat-sifat
Allah dan ciptaan-Nya. Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut
ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi
cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya
bagi hatinya. Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu
agama Islam.

Ketujuh, al malul halal, atau harta yang halal. Paradigma dalam Islam
mengenai harta bukanlah banyaknya harta tetapi halalnya. Ini tidak bererti
Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya. Dalam riwayat Imam Muslim di dalam
bab sedekah, Rasulullah saw pernah bertemu dengan seorang sahabat yang
Berdoa mengangkat tangannya. 'Kamu berdoa sudah bagus,' kata Nabi saw,
'Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapati
secara haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan?' Berbahagialah menjadi
orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dimakbulkan Allah
Back to top Go down
deqlis
Enterpreneur
Enterpreneur


AquariusRooster
Age : 27
Joined : 27 Jun 2008
Posts : 198
Location : Bukit Jalil/Puchong/Sri Kembangan/Sungai Buloh

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-07-21, 9:32 pm

Amalan membaca Surah Duha ketika barang hilang...
baca surah tersubut ke arah/tempat yg dijangka hilang/hilang dr pandangan... InsyaAllah lepas tue kita dapat jumpa balik barang tu....InsyaAllah dengan izinNya.
Back to top Go down
ladyzone
regular customer
regular customer


LibraCat
Age : 44
Joined : 12 Jun 2008
Posts : 193
Location : johor bahru

PostSubject: Re: jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat   2008-07-21, 10:08 pm

baca lah...

surah Al Anfal - ayat 62-63
nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekelian manusia

surah At Taubah
terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman

surah At Taubah - ayat 111
baca dikedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju

surah At Taubah - ayat 128-129
hafal lah bacaan ini. sekiranya pd satu ketika kita terlupa membacanya wlpun berulangkali, masih tak ingat, itu menandakan ajal kta semakin hampir

surah Yunus - ayat 31
baca pada wanita hamil, lahir anak dgn selamat

surah Yunus - ayat 64
nescaya terhindar dari mimpi2 buruk dan mengigau
Back to top Go down

jom kongsi amalan2 yg baik untk dunia akhirat

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
pekanrabu :: falsafah, ilmu dan ketuhanan-
Post new topic   Reply to topic