 pekanrabu alamat url PR akan bertukar kepada www.pekanrabu.biz bermula 14 Ogos 2008. Enjoy! |
| | | | Author | Message |
|---|
nazruincreation newbie


  Age : 35 Joined : 15 Jul 2008 Posts : 23 Location : Damansara
| Subject: Tips 2008-07-15, 9:16 am | |
| Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan)
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak. &: )
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, > serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk > ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri > tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu > handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi, timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat. |
|  | | azwin super senior


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 512 Location : Taiping - Prk
| Subject: Re: Tips 2008-07-22, 4:46 pm | |
| TIPS : Menghidu kecurangan suami
1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.
2. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.
3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macamselalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.
4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Atau ada sms yang pelik2, > kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua. 5. Suami dan handphone, tak boleh di pisahkan, walau ke > kedai berhampiran, beriadah berjogging atau ketandas. Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!
6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka
7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2Â…haa,ini baru mula menjalin hubungan
8. Suami mula pelupa!Â…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa
9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia
10. Memberi perhatian lebih pada kitaÂ…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka.
11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis
12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?Â….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?
13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak
14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya
Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami.Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul! |
|  | | azwin super senior


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 512 Location : Taiping - Prk
| Subject: Re: Tips 2008-07-23, 9:10 am | |
| TIP : KASIH SAYANG
Tiba-tiba marah atau bermasam muka tanpa diketahui punca, antara sebab hubungan dengan pasangan berkocak.
Tidak cukup dengan itu, ada kalanya isteri mula rimas dan tidak selesa dengan suami. Puas berdehem dan berkeluh kesah namun si suami seperti tidak faham dengan reaksi sedemikian. Apabila si suami bertanya, isteri mula semakin muncung seolah-olah ada sesuatu yang terbuku di hati. Suami sukar menelahnya biarpun usaha menegur sudah dilakukan tetapi ‘perang dingin’ bagaikan tidak berakhir di situ malah berterusan berhari-hari lamanya.
Semua ini hanya berpunca daripada suami yang lupa menghadiahkan rantai dijanjikan untuk hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Bukan saja suami lupa membeli hadiah, malah langsung tidak ingat hari penting mereka kerana terlalu sibuk dengan urusan di pejabat.
Ikuti petua berikut untuk pasangan menilai dan mengeratkan lagi kasih sayang:
Tiba di rumah, carilah dia terlebih dulu sebelum melakukan hal lain. Pakar keluarga mengatakan, isteri yang selalu dibelai atau dipeluk akan berasa lebih tenang, bahagia dan pastinya menjamin rumah tangga lebih bertahan lama.
Ajukan pertanyaan khusus mengenai harinya dan tunjukkan keprihatinan anda mengenai apa yang dilakukannya.
Berlatih mendengar dan mengajukan pertanyaan. Anda digalakkan menjadi pendengar yang baik kerana mungkin seharian di rumah serta melayan kerenah anak-anak ada kalanya membuatkan isteri pening kepala.Si suami boleh bertanyakan mengenai aktiviti anak-anaknya menerusi isteri. Si isteri pula tentu bangga kerana anda seorang pendengar dan ketua keluarga yang baik.
Tahan godaan untuk menyelesaikan masalahnya sebaliknya, cubalah untuk merasai situasi yang dihadapinya.
Apabila berbicara dengannya, letakkan akhbar atau matikan televisyen dan berilah perhatian penuh pada dirinya.
Berikan dia bunga-bungaan sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya misalnya pada ulang tahun hari lahir. Anda boleh menghubungi kedai bunga untuk menempah bunga-bungaan indah buat isteri tercinta.Kejutan itu pasti membuatkan si isteri berasa bangga pada sikap suami yang begitu prihatin pada hari pentingnya.
Rancang aktiviti bersama, jangan menunggu hingga hari minggu untuk bertanya apa yang ingin dilakukannya.Tugas isteri (sekiranya tidak bekerja) boleh membuat pelbagai perancangan dan cadangan kepada suami. Kebijaksanaan isteri dinilai oleh suami kerana ia membantu mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.
Ketika isteri sibuk, tawarkan bantuan padanya contohnya menyediakan makan malam atau menjaga anak.Sekiranya ada tugas melipat kain yang baru diangkat daripada jemuran, suami boleh ringan tangan untuk melakukan tugas mudah sambil menonton televisyen bersama.
Puji penampilan isteri. Mungkin isteri tidak meminta tetapi barangkali jauh di sudut hatinya begitu berharap apatah lagi jika suami tidak pernah menuturkannya.Pujian bagaikan penawar yang sudah lama dinantikan kerana mungkin masakannya yang sedap pada hari itu atau penampilannya jauh berbeza daripada hari sebelumnya.
Hargai perasaannya jika dia marah. Barangkali apa yang diluahkan ketika dia marah itu, ada kebenarannya dan suami jangan terlalu ego untuk menilai semua perbuatannya hingga memungkinkan rasa marah itu.
Sekiranya mahu pulang lewat, telefonlah isteri dan beritahu padanya. Sifat sedemikian akan membuatkan isteri rasa lebih dihargai.
Jika perasaannya terluka, tunjukkan simpati. Ada kalanya sikap anak-anak boleh mengguris hatinya atau perbuatan si suami membuat hatinya terguris. Sebelum lebih parah, lakukan pencegahan awal. |
|  | | azwin super senior


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 512 Location : Taiping - Prk
| Subject: Re: Tips 2008-07-23, 9:15 am | |
| Kaedah Mengawal Marah KAWAL kemarahan anda pada masa anda hampir naik radang dan melakukan sesuatu yang anda mungkin akan menyesalinya kemudian.
Langkah yang boleh diambil:
1. Tarik nafas panjang dan perlahan, kemudian kira dari satu hingga 10 apabila anda berasa bahang kemarahan semakin meluap. Gunanya masa pernafasan ini ialah untuk menahan diri anda daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru.
2. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, kerana mungkin pihak yang tersinggung itu tidak mempunyai pilihan lain. Pertimbangkan sama ada kemarahan anda itu mempunyai alasan yang kuat.
3. Fikir mengenai matlamat dan sebab yang menjadi punca kemarahan anda. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokus ke atas punca sebenar yang mencetuskan kemarahan anda.
4. Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal. Sebagai contoh, sekiranya anda merasakan ketua anda melayani anda secara tidak adil, tenangkan diri dulu dan kemudian bersemuka dengannya mengenai perkara itu. Kawal diri daripada melepaskan kemarahan dan melepaskan geram kepada orang bawahan atau rakan sejawat anda.
5. Keletihan boleh membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.
6. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.
7. Sekiranya anda tahu akan isu khusus yang membangkitkan kemarahan, elakkan daripada berhadapan dengannya.
8. Lambat atau berasa ketinggalan mungkin boleh mencetuskan kemarahan anda dengan lebih mudah. Jadualkan hari anda dengan memberikan masa lebih daripada cukup untuk berulang-alik dan membuat kerja lain yang perlu.
9. Elakkan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat.
Sumber: Berita Harian |
|  | | azwin super senior


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 512 Location : Taiping - Prk
| Subject: Re: Tips 2008-07-23, 9:24 am | |
| SEBAB2 MERAJUK
Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. CemburuYa, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.]
2. Tidak dapat apa yang diinginkan Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.'
3. Orang lain lebih hebat dari diaAdakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk? |
|  | | |
| Page 1 of 1 |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| | |
| |
|