PekanRabu

HomeFAQSearchRegisterLog in
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1, 2, 3, ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
miecyber
Mod PR
Mod PR


CancerPig
Age : 37
Joined : 10 Aug 2008
Posts : 129
Location : Kaki Gunung Tahan

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Mon 3 Nov - 16:46

Sedihnyer kisah Aziz M. Osman nie...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 8:17

ABBY 'SERANG' NORMAN HAKIM



KUALA LUMPUR - Gara-gara gelagat Norman Hakim yang dianggap terus mempertahankan pelakon baru, Memey Suhaiza, pelakon Abby Abadi tidak mampu mengawal kemarahan dan bertindak 'menyerang' suaminya itu di depan pihak media semalam.



Insiden itu berlaku ketika Abby bersama lebih 20 petugas media ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas berhampiran Carrefour Wangsa Maju di sini semalam, untuk bertemu Norman bagi membantu melengkapkan borang permohonan perceraian fasakh.

"Kenapa asyik mempertahankan dia? Memey baik, Memey itu, Memey ini? Saya ni siapa dalam hidup abang? "kata Abby marah dan terkilan ekoran Norman seolah-olah mempertahankan Memey dalam beberapa jawapannya kepada media.

Insiden itu adalah rentetan rasa kecewa Abby yang merasakan dirinya diabaikan Norman setelah suaminya dan pelakon itu ditangkap atas dakwaan berkhalwat, 30 Oktober lalu.

Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, kira-kira pukul 3 pagi.

Norman yang 'diserang' di lokasi drama berkenaan pada awalnya kelihatan tenang meskipun penggambaran terpaksa dibatalkan gara-gara insiden yang berpunca daripada dirinya.

Bagaimanapun sebaik diajukan borang permohonan perceraian oleh Abby, Norman tidak mampu menahan perasaan lalu menangis. Setelah menenangkan diri seketika, bapa kepada tiga anak ini 'melarikan' diri daripada kumpulan media dan Abby yang hadir tanpa diundang ke lokasi.

Melihat Norman menjauhkan diri, Abby lalu mengekori suaminya itu untuk menyerahkan borang itu sekali lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 8:22

LAGI GAMBAR NORA DANISH PREGNANT



Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 8:24

GAMBAR PERKAHWINAN INTAN SARAFINA



Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 8:29

FAHRIN DAN SCHA BERPEGANGAN TANGAN??



… dan semestinya bersama dengan 4 orang lain. Betul ‘kan yang hujung sebelah Fahrin Ahmad itu Scha al-Yahya? Ada orang melaporkan yang Fahrin & Scha berpegangan tangan beberapa dalam majlis rumah terbuka NSTP ini. Nampak romantik pasangan kekasih terbaru Malaya ini.

Cepat-cepatlah mengaku Fahrin, senang cerita. Lagi cepat kahwin, lagi senang hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 8:36

GAMBAR PUTERI SARAH LIYANA DRINK BEER



Puteri Sarah Liyana (future actress for Aduh Saliha Film) drinks beer with her friend. You can see beer can (probably Carlsberg) on table. Seem Puteri Sarah Liyana never afraid doing sinned act again and again… in previous month, Puteri Sarah Liyana been caught right handed after her pictures kissing her boyfriend leaked in internet.

aPa nk jadi ler dgn muda-mudi skng!!!!!!!! marahnya aku.. marahnya aku..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 8:45

KONTROVERSI AZWAN ALI BERSAMA CHEF WAN DAN SHEILA RUSLY

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 8:51

GAMBAR SOLEKAN @ LOVEBITE ANTARA AQASHA & SHARIFAH SOFEA NI???

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 8:53

YASSIN DAN ANAK

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 9:15

Kemuncak kekesalan pelakon dan pengacara ke atas penyampai popular Era sudah bermula



MUSIM kedua program realiti tarian, Sehati Berdansa (SB2) dijadualkan menemui peminatnya di saluran Astro Ria bermula 26 Oktober ini. Seperti sedia maklum, Astro terus mengekalkan pengacara musim pertamanya, Fahrin Ahmad serta Linda Onn dalam ketika pasangan berkenaan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada status 'teman tapi mesra' yang sudah terjalin antara mereka lebih setahun yang lalu.

Sekalipun antara Fahrin dan Linda khabarnya tercetus perang dingin, tapi atas dasar profesional, mereka akur dengan permintaan Astro yang mahu mengekalkan kedua-duanya untuk musim kedua ini. Kata-kata sinis yang dilemparkan kepada bekas pasangan kekasih ini - mereka sekadar mampu berdansa, tapi tidak lagi sehati dan sejiwa. Kalau diminta bergambar sama sekalipun, kerana terpaksa atas permintaan media dan Astro.

Pada petang 15 Oktober lalu (sehari selepas sidang media SB2), Zubir berkesempatan menemui Fahrin di lokasi penggambaran Fara 3 di Sunway Lagoon. Ketika itu dia bersama Fara Fauzana baru saja menjayakan satu babak drama bersiri arahan Aziz M Osman. Untuk mengetahui apa terjadi, Zubir pun mendekati Fahrin apabila tidak berpeluang menghadiri sidang media SB2 kerana masih bercuti.

"Terus-terang saya katakan, SB2 adalah kemuncak kekecewaan saya terhadap Linda! Saya perhatikan, Linda beberapa kali pada media berlainan seperti blog, bisik-bisik pada orang sekeliling termasuk akhbar, cuba memberitahu peminatnya, dia sepatutnya digandingkan dengan orang lain dalam SB2 dan bukannya saya! Tapi, di saat-saat akhir, nama saya jadi pilihan Astro dan Linda 'terpaksa' menerimanya.

"Kalau Linda seorang yang benar-benar profesional, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar daripada mulutnya. Sewajarnya Linda harus bersedia digandingkan dengan sesiapa saja. Linda cakap saja di mulut, dia seorang yang profesional dan boleh menerima keadaan perhubungan kami ketika ini dengan hati terbuka.

"Tapi, apabila melihat dia bercakap di pelbagai media, ternyata tindak tanduknya tidak selari dengan kata-katanya. Saya sudah lama mendiamkan diri, namun disebabkan sikap keanak-anakan Linda yang terus berlarutan, saya harus bersuara untuk kebaikan semua termasuk dirinya.

"Pun begitu, saya minta maaf jika pemilihan saya sebagai pengacara bersama SB2 mengecewakan Linda. Saya juga seperti dirinya, tawaran Astro adalah rezeki buat saya (sambil merujuk kepada kenyataan Linda dalam B*Pop terbitan 12 Oktober lalu)," kata Fahrin yang nampaknya tidak lagi berlapik atau berkias ketika bercakap mengenai bekas buah hatinya, Linda.

Mengenali Fahrin, dia sebelum ini begitu teratur mengeluarkan kata-kata berhubung kisah putus cintanya bersama Linda, mungkin terlalu menjaga hati bekas kekasihnya itu, tapi kali ini dia lebih 'vokal', mungkin sudah mencapai kemuncak kekecewaannya terhadap kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi pelbagai medium. Zubir tidak menyebelahi sesiapa baik Fahrin mahupun Linda kerana kedua-duanya adalah kawan baik Zubir yang sudah lama Zubir kenal hati budi masing-masing. Tapi, apabila bercakap soal hati dan perasaan, ia terlalu sensitif. Kalau beginilah kesudahannya, masing-masing ada hujah tersendiri, Zubir harap Fahrin dan Linda mampu menyelesaikan misi SB2 ini dengan jaya, mungkin lebih berjaya daripada musim pertamanya.

Cuma satu pertanyaan Zubir kepada pihak Astro, sudah tahu antara Fahrin dan Linda tiada lagi kasih sayang, mengapa terus mengekalkan mereka sebagai pasangan pengacara, adakah tujuan Astro mengekalkan bekas 'teman tapi mesra' ini di pentas sama dengan motif mewujudkan sensasi di kalangan pihak media dan peminat, sekali gus melonjakkan rating SB2 dengan kisah cinta mereka yang tidak berkesudahan ini?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 9:23

Rozita Che Wan rahsiakan penyakit, enggan simpati



CANTIK, itulah perkataan yang sinonim dengan wanita bernama Rozita Che Wan. Namun sejak kebelakangan ini wanita cantik ini kurang muncul di khalayak ramai. (Gambar KOSMO)

Bahkan Rozita juga menolak beberapa sesi fotografi terkini dengan alasan kurang sihat termasuklah enggan mengadakan pertemuan dengan media sepanjang Ramadan lalu.

Perkhabaran yang didengar Kosmo! pula, dia baru menjalani pembedahan kerana satu penyakit yang dirahsiakan. Itu yang menyebabkan Rozita enggan muncul di depan khalayak kerana tidak mahu berita mengenai penyakitnya itu digembar gemburkan.

Untuk mendapat kepastian, Kosmo! cuba menghubunginya. Sangka penulis, dia mungkin tidak akan menjawab telefon kerana bimbang soalan kesihatannya akan diajukan.

Sangkaan itu meleset. Sebaliknya dia menjawab dengan suara yang penuh ceria. Mungkin mahu menutup lara kesakitannya? Hanya Rozita yang tahu.

Bagaimanapun, wanita ini enggan mengulas panjang menengenai penyakitnya itu. Sakit yang hanya sedikit, katanya.

"Alaa, tak ada benda pun. Sakit sikit je. Saya buat pembedahan awal bulan Ramadan lalu. Selama dua minggu saya duduk di hospital.

"Alhamdulillah semuanya okay dan saya sudah berjalan seperti biasa. Minggu ni saya sudah mula aktif semula di lokasi penggambaran untuk berlakon. Jadi tak perlulah cerita lagi. Biar saya dan keluarga terdekat saja yang tahu mengenai keadaan penyakit saya tu," tuturnya ringkas.

ENGGAN berkongsi keperitan dengan orang ramai, bimbang disalah tafsir sebagai menagih simpati.

Sengaja mahu mengorek lagi rahsia penyakitnya yang dikatakan sesetengah pihak sebagai 'agak serius', Rozita berkata dia sebenarnya keliru adakah wajar untuk berkongsi cerita berkenaan dengan khalayak.

Apakah lebih baik kalau ia sekadar menjadi bahan simpanan bersama keluarga apatah lagi ia membabitkan soal yang sangat peribadi.

"Susah saya nak cakap. Nak ikutkan hati memang saya hendak bercerita dan berkongsi tentang penyakit saya tetapi saya takut pula nanti ada yang salah tafsir. Takut nanti mereka kata saya sengaja nak cari simpati daripada orang ramai.

"Lagipun, kalau orang mendapat tahu tentang penyakit saya, sudah semestinya ramai yang akan bertanya dan banyak juga yang saya perlu menjawab.

"Ini membuatkan saya merasa kurang keyakinan dan rasa seperti lebih sakit. Dah alang-alang habis pembedahan dan kembali sihat, tak perlulah nak cerita panjang-panjang. Janji saya sudah selamat," ujarnya pinta difahami sambil menyimpan kejap kisah sakitnya itu dalam diari peribadinya.

Sengaja mengusiknya, adakah enggan mengulas hanya kerana dia gusar jika dirinya 'tidak laku' atau enggan didekati penerbit lagi, pantas saja dia menjawab.

" Eh, mana ada rasa macam itu. kalau boleh saya nak orang lihat saya sihat dan boleh kerja semula. Itu semua soal rezeki. Kalau rezeki ada, adalah, saya tak bimbang," katanya lagi.

KINI Rozita sudah kembali segar untuk melunaskan tanggungjawab di lokasi penggambaran.

Tatkala ditahan di wad, janda dua anak ini langsung tidak mahu menerima sebarang pelawat. Cukup sekadar keluarganya dan teman rapat sahaja.

Malah, awal-awal lagi jururawat-jururawat di hospital itu sudah pun diberitahu agar tidak membenarkan sesiapa selain keluarganya untuk melawat wanita ini.

"Memang masa itu saya tak mahu pelawat. Dan masa inilah saya mengambil peluang untuk berehat secukupnya. Minta maaf kalau sesiapa yang baru tahu tentang ini terasa hati dengan sikap saya," jelasnya yang akan mula sibuk untuk menghabiskan penggambaran drama bersiri, Bara Yang Ku Genggam.

Sungguhpun tubuh badannya sakit setelah menjalani pembedahan, dirinya masih lagi dihibur dengan lawak-lawak jenaka daripada ahli keluarga barunya, Lan Pet-Pet yang baru saja berkahwin dengan adiknya, Robitah.

Malah, jururawat-jururawat di sana turut dihiburkan, membuatkan suasana hospital yang suram itu menjadi ceria seketika dek lawak semula jadi adik iparnya itu.

"Lan Pet Pet memang seorang penghibur. Suka sangat buat lawak. Saya yang sakit ni pun rasa macam dah tak sakit. Gamat jugalah kawasan bilik saya sekejap," tawanya.

DALAM manis senyuman, tidak banyak yang tahu penderitaan Rozita.

Ditanya mengenai perasaannya ketika menanti detik-detik waktu menjalankan pembedahan, kata Rozita, tiada apa yang gementar dirasakannya. Suspen? Langsung tidak ada. Apa yang dilakukannya cuma menenangkan diri agar tidak terlalu tertekan dengan pembedahan yang dijalaninya.

"Tipulah kalau saya kata tak takut langsung. Tapi saya harus menenangkan diri. Saya bersyukur kerana anak-anak memahami. Bila saya kata 'mummy nak pergi hospital kejap sebab mummy sakit', mereka kata okay.

"Alhamdulillah, keluarga saya memberi sokongan seratus peratus pada saya. Mereka sanggup bersahur dan berbuka puasa beramai-ramai di hospital sepanjang saya sakit," katanya, mengenang kembali saat dirinya ditahan di wad.

Cuti sehari seminggu

Setelah menjalani rawatan, sudah semestinya rehat yang diperlukan. Oleh itu, Rozita kini mula memanjakan diri agar diri tidak keletihan dan tertekan dengan kerjayanya. Apatah lagi kini dia baru saja menjalani pembedahan, dia mula merancang hari cuti rehatnya sendiri dalam setiap minggu.

"Sekarang ni, saya tak boleh terlalu aktif sangat. Dulu kerja siang dan malam, tak ada rehat. Tetapi sekarang saya perlukan sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk berehat.

"Selain itu, bolehlah saya meluangkan masa bersama anak-anak. Kadang-kadang kasihan tengok mereka. Tapi alhamdulillah, mereka pun memahami kerjaya saya yang mencari rezeki untuk mereka juga..
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur


LeoSnake
Age : 31
Joined : 23 May 2008
Posts : 705
Location : Sg. Petani, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 9:24

LAGI....LAGI............. hoorey!! bagus...bagus..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 9:39

Imran Ajmain, Ashraf Muslim Bergaduh!



Dulu, kecoh industri hiburan apabila 2 pelakon jelita, Lisdawati dan Rita, bergaduh di set lokasi drama arahan Rashid Sibir. Terbaru, Murai Batu dapat berita pergaduhan lagi tetapi melibatkan 2 artis lelaki yang kacak orangnya.

Seorang daripada mereka adalah penyanyi dari Singapura dan seorang lelaki aktor yang tengah hangat bercinta dengan pelakon cun, Sherry Ibrahim. Mereka adalah Imran Ajmain dan Ashraff Muslim.

Ketika menerima kiriman foto melalui satu e-mel, Murai Batu terkejut melihat pergaduhan itu. Murai Batu difahamkan foto ini sempat dirakamkan pengurus Imran sendiri.

Belek punya belek, rupa-rupanya 2 jejaka ini hanya bergaduh dalam drama Renjis 2 di Astro Ria. Hai, buat saspen saja...

Rupa-rupanya, Imran sekarang dah jadi pelakon pula. Sebenarnya, Ashraf yang sememangnya pelakon drama Renjis dikehendaki melakonkan babak bergaduh dengan Imran yang menjadi bintang undangan.

Mesti kelakar kan sebab Imran tu berbadan besar dan Ashraf pula kurus... hai siapa yang menang? Kalau nak tahu, jangan lupa tontoni Renjis 2 tidak lama lagi yang turut menampilkan hero baru, Kamal Adli.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 9:47

Gambar Panas Michelle Melodi TV3 with Boyfriend





Most fans said, “padan muka, sekarang biar Melodi TV3 pulak terjah engkau, michelle” and “Michelle ini non-muslim, so why kecoh kecoh?”. It up to Michelle about how to explain to mass media and fans regarding her own gambar panas and gossip panas artis. Can`t wait to see Melodi TV3 and terjah Michelle by abang Nas
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 10:26

Fezrul Khan Jelatang Scandal Photos Tersebar


Back to top Go down
Che ab
Admin
Admin



Joined : 03 May 2008
Posts : 418

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 10:45

pergh..mmg up to date lah... hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 10:58

GAMBAR2 SEKSI NASHA AZIZ





Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 11:04

ERIC FUZI SAKIT TENAT?????



Pelakon remaja yang pernah membintangi filem Dunia Baru The Movie dan I Know What U Did Last Raya dan banyak lagi dikatakan sakit tenat di Hospital Serdang. Menurut kenyataan seorang gurunya, Eric menghidapi penyakit Menigitis atau dalam makna lainnya jangkitan kuman dalam otak.


"Beliau masih unconcious setalah dimasukkan ke hospital pada jam 2.30 pagi. Beliau kini sedang diberi rawatan rapi oleh pihak hospital," ujar guru terbabit.

Jika benarlah Eric sakit tenat, marilah sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali memberi sumbangan dalam dunia seni. Amin!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 11:29

ELYANA DAN TEMAN LELAKI??

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 11:30

NABILA HUDA BERSAMA BAKAL SUAMI, ZAIDI



Nabila Huda dan Zaidi bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Disember 2008 ini. Gambar dibawah dirakamkan oleh lensa kamera Murai semasa Nabila Huda dan Zaidi menghadiri hari jadi ayah Nabila Huda, Amy Search yang ke-50.
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR


AquariusMonkey
Age : 40
Joined : 10 May 2008
Posts : 1441
Location : Kuantan,Pahang.

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 11:40

entahlah tak tau nak kata ttg kes mereka ni...
sepatutnye kenalah bawak berbincang dan mengetahui cerita yang sebenar dari pihak perempuan...dan bonda pun jgnlah trs wat statement sebegitu...
sape tak sayang anak...tapi selidik dulu hal yg sebenar...
Ape2 pun kite tunggu je berita dari mamarazi kite ni...
Owang kat luar tu tak yahlh buang duit nak beli majalah ttg gissip artis ni...
hang mai kat pekanrabu ni je...macam2 gossip ada....
yg bestnye..boleh bersoal jawab tu...
klu bli majalah kite kena baca je...kat sini boleh terus komen n ramai plak yang menjawab nanti.... ngeh3x
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 11:42

LIZA HANIM HAMIL ANAK KE-2



Diam Liza rupanya ada makna. Sumber mendapat tahu penyanyi itu sedang hamil anak kedua. Bukan baru lagi, sudah mencecah empat bulan usia kandungannya.

Pandai Liza dan suami merancang keluarga. Selesai saja pementasan muzikal yang mendapat sambutan hebat itu, Liza pun disahkan mengandung. Kena saja masanya.

Mula pandang mungkin ada yang tidak perasan kerana fizikal Liza tidak banyak berubah. Tetapi melihat gaya Liza berjalan,pasti orang akan tahu dia sedang membawa kandungan.

Anak sulung, Marsya Qistina pun dah makin membesar.Sudah lima tahun usianya. Sementelah masih muda, inilah masanya untuk Liza dan suami, Mohd Shahrin Mohd Samsudin meramaikan ahli keluarga. Apa pun tahniah kepada Liza dan

hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR


AquariusMonkey
Age : 40
Joined : 10 May 2008
Posts : 1441
Location : Kuantan,Pahang.

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 11:47

ala kacang je nanti michelle jawab terjah abang nas nanti...
lagi pun dia ni non muslim so klu dia nk pakai seksi ke apa ka....tadak hal punya...
yg jadi hal skang ni artis muslim yang seksi maut...
dah tau awak tu muslim n kat sekolah pun dah belajar bab agama tang batas2 aurat ni..klu nak tunjuk gak..mmg nak nahaslah...terutama dari dijejak mamarazzi kite awin n mamarazzi junior sally...
hish...panazzzz berita mereka bawak.....
abang nas pun blh salute mereka ni... senyum..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 12:04

ISTERI AZIZ M.OSMAN MALU



Nor Radhiah mengakui, sebelum berkahwin dengan Aziz, dia pernah melakukan kesilapan apabila bernikah dengan seorang lelaki berusia 28 tahun di Pengkalan Kubur, Kelantan. Pernikahan yang dijalankan jurunikah tidak diiktiraf itu dilakukan secara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Katanya, dia berkahwin dengan suami terdahulu pada 4 April 2008 dan menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2008 yang mengesahkan perkahwinan itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana jurunikah terbabit melaksanakan akad nikah itu di luar bidang kuasa istikhlaf, iaitu bukan dalam wilayah Narathiwat, Thailand, sebaliknya di Pengkalan Kubur.

Saya hairan dengan kenyataan bonda konon pernikahan saya dengan Aziz tidak sah dan sudah dirujuk kepada mahkamah, namun kenapa surat menyatakan perkahwinan kami tidak sah itu tidak dikeluarkan.

Saya kecewa dengan kenyataan itu kerana dibuat tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya dan keluarga. Disebabkan kenyataan itu, kami sekeluarga terpaksa menanggung malu dan individu yang terbabit turut mempersoalkan kenyataan itu, katanya.

Haih, ustazah! orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita ini sudah semestinya membuat tafsiran yang berlainan dengan apa yang ustazah fikirkan. Anda boleh menjelaskan kepada khalayak umum, namun secara tidak langsung masyarakat masih memikirkan kenapa anda boleh bernikah tanpa wali dulu? Tidak kah pelik, anda ingat perkara cerai nikah ini adalah main-main?

Anda tidak boleh salahkan ibu Aziz M Osman kerana membuat kenyataan umum, sepatutnya anda & Aziz M Osman sudah boleh menjangka perkara ini akan berlaku. Bak kata pepatah melayu, sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada guna.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 12:10

GAMBAR SEKSI DAN MANTAP AZHARINA

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 12:14

NING DAN SUAMI DI ATAS PENTAS TANPA KAWALAN!!!! senyum..


Gambar terkini yang Ning berpelukan dengan suaminya di’atas pentas tanpa menghiraukan penontonnya. Waw! Basketball
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 12:46

KUMPULAN ELITE SUDAH LENGKAP SEMUANYA....



Jika tidak silap saya selepas membuat kajian dalam beberapa minit, kesemua anggota Elite (kumpulan asal) iaitu Azza, Shasha, Watie, Abby dan Linda pernah bercerai.

Abby sebelum ini di dalam satu sitcom di Astro mengenai flashback kumpulan Elite mengatakan dia bertuah kerana hubungannya dengan suami (Norman Hakim) tidak mengalami masalah yang kritikal. Ketika itu, hanya Abby seorang sahaja dari anggota kumpulan Elite yang masih kekal rumahtangganya tanpa kes cerai-berai.
Dan kini berkemungkinan Abby akan diceraikan untuk kali ke’dua selepas rumahtangganya goyah sekali lagi apabila akhbar mengatakan Norman Hakim di tangkap khalwat bersama dengan artis kurang popular yang baru meningkat naik iaitu Memey Suhaiza.


ps: Khabar angin juga mengatakan mereka berlima (kumpulan Elite) akan bersatu kembali dan menyanyikan lagu Trauma Versi-2 ngeh3x hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 13:16

ABBY ABADI GAGAL FAIL TUNTUTAN CERAI NORMAN HAKIM KAHWIN LAIN??

Abby Abadi cakap perceraian adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut gelora rumahtangganya bersama Norman Hakim. Dah tak de jalan lain dah. Kena cerai jugak.



Rentetan peristiwa hari ini:

1.Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan di mahkamah.
2.Kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman,
3.Menemui Norman di lokasi penggambaran,
4.Menyerahkan dokumen, Pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan
perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan
.

Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekitar pukul 11.30 pagi tadi, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai terhadap Norman setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.

Dalam nada sugul, Abby yang hadir seorang diri ke mahkamah itu bertemu dengan kira-kira 20 orang wartawan yang menanti pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite itu selesai mengadakan perbincangan dengan pegawai syariah yang memakan masa lebih kurang sejam.

Dengan linangan air mata, pelakon berusia 30 tahun ini menyatakan kegagalannya menuntut cerai daripada suaminya, yang mana salah satu faktor adalah disebabkan keengganan Norman memberikan kerjasama.

“Saya datang ke sini sebenarnya ingin menuntut fasakh, tetapi prosedurnya terlalu lama setelah diterangkan oleh seorang ustaz di dalam (mahkamah) tadi.

“Jadi dia cadangkan agar saya bercerai secara baik, tetapi saya gagal berbuat demikian kerana banyak maklumat saya tidak lengkapkan. Saya ada menghantar SMS kepada Norman semalam setelah dia tidak langsung menjawabpanggilan saya dan memberitahunya yang saya akan ke mahkamah hari ini. Dia membalas SMS saya dan berkata saya boleh teruskan niat saya itu,” katanya.

KES KHALWAT

Sejak kes khalwat Khamis lalu, katanya, Norman langsung tidak pulang ke rumah. “Sebab itu saya hanya mampu hantar SMS saja kepadanya. Saya tak sangka pula begitu sukar prosedur untuk menuntut perceraian ini. Saya amatharap dia (Norman) dapat bekerjasama untuk selesaikan masalah ini dengan segera,” ujar Abby.

Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidakpulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah pelakon baru, Memey Suhaiza.

Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.

PERNAH BERCERAI

Norman dan Abby sebelum ini juga pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian. Punca perceraian mereka ketika itu juga adalah disebabkan faktor ‘orang ketiga’ yang mana penyanyi Farahdhiya dikaitkan dalam hal tersebut.

Sambil menegaskan dia sudah nekad untuk meletakkan titik noktah terhadap rumah tangganya, kata Abby, dia merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mereka kerana berpendapat agak sukar untuk dirinya mempertahankan perkahwinan mereka.

“Sebelum insiden dia ditangkap khalwat lagi, saya sudah terdetik untuk meminta cerai. Tetapi bila keadaan sudah semakin teruk, saya tidak boleh bertahan lagi,” kata ibu kepada tiga orang cahayamata, Danish Mohamed Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.

‘DRAMA’ CEMASKAN’

Ditanya pula bagaimana dia akan menguruskan perceraian tersebut sedangkan pada masa yang sama Norman seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya, Abby secara ringkas berkata, dia tahu di mana Norman berada ketika itu.

Sambil memberitahu lokasinya adalah di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju kerana Norman terbabit dengan penggambaran drama bersiri Gerak Khas di situ, Abby terus nekad untuk ke lokasi terbabit.

Bersama sekumpulan wartawan, Abby tiba di lokasi itu kira-kira pukul 12 tengah hari. Ternyata kemunculan Abby bersama ‘rombongan’ wartawan ke situ mengejutkan krew produksi dan Norman sendiri.

Norman dan Abby bagaimanapun bersemuka secara aman tetapi aktor itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya berkenaan tuntutan cerai itu.

Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit sebelum Norman dan Abby tampil semula di depan media. Dalam nada tenang, Norman menjelaskan bahawa dirinya memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.

Norman dengan linangan air mata turut berkata, dia seboleh mungkin masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Kami masih berdepan dengan jalan buntu. Sekarang ini, ada dua isu sebenarnya. Pertama tentang kes khalwat itu dan saya sudah pun berbincang dengan pihak berkenaan untuk jelaskan benda ini dengan lebih telus. Jika tidak perlu bawa ke mahkamah, lagi baik. Yang keduanya ialah tentang masalah rumah tangga kami. Saya memang sedih sangat jika kami terpaksa bercerai. Apapun yang berlaku, saya telah ingatkan kepada Abby supaya anak-anak tidak menjadi mangsa atas kejahilan kami berdua yang tidak mampu bertoleransi dengan baik,” kata Norman.

NORMAN AKUI TIDAK PULANG

Dia turut akui, dirinya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas insiden terbabit. Namun, tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan pertengkaran dengan Abby.

“Bila saya bercakap tentang Memey, dia akan kata saya cuba mempertahankannya. Dia masih naif dalam bidang ini dan dia masih ada ibu bapa untuk jaga hati mereka.

“Saya akui, saya meminta dia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu masyarakat terus meletakkan spekulasi dan tuduh saya bersandiwara.

“Saya berada dalam industri hiburan dan bisnes saya bukan untuk diri saya seorang. Saya sedar tanggungjawab saya untuk jaga makan minum isteri dan anak-anak,” kata Norman lagi.

Ditanya apa hubungan sebenarnya dengan Memey, Norman hanya menjawab: “Banyak hati yang perlu saya jaga. Abby juga masih isteri saya.”

Aktor itu turut ditanya sama ada dia tahu di mana Memey berada di ketika ini. Secara ringkas Norman hanya menjawab: “Dia di pejabat.”

Mengulas pula sama ada dia akan bekerjasama dengan Abby bagi proses perceraian itu, kata Norman:

“Saya boleh bekerjasama dengan dia tapi saya tetap perlukan pihak ketiga (Memey) untuk berdepan dengan perkara ini.”

Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Abby yang berada di sebelahnya sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia turut meminta Norman menjelaskanapa hubungan sebenarnya dengan Memey.

“Kenapa you buat I macam ini? Kenapa you begitu ambil berat tentang orang lain berbanding saya?” tanya Abby yang gagal menahan marah sehingga terpaksa ditenangkan oleh wartawan.

Norman dalam keadaan tenang hanya menjawab “perkara ini tak patut dibincangkan depan orang”.

Bagaimanapun ditempelak Abby yang meluahkan perkataan “you tipu!” sehingga Norman terus berlalu dengan menyatakan “saya tak ada apa lagi untuk dikomen.”

‘Kekecohan’ itu turut membuatkan penggambaran pada hari itu terpaksa ditangguhkan.

YUSOF HASLAM TERPAKSA CAMPUR TANGAN

Kehadiran Abby dan pihak media di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas itu ternyata mengejutkan produsernya, Datuk Yusof Haslam yang akhirnya turut turun padang untuk berjumpa sendiri Abby dan Norman di lokasi itu.

“Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka. Selaku orang tua, saya memang ambil berat terhadap mereka. Saya sudah berkali-kali menasihati Norman… dah berbuih mulut saya. Dan semalam saya sendiri ada hubungi Abby dan minta dia bertenang.

“Saya tidak mahu bila timbulnya masalah peribadi, ia akan turut mengkucar-kacirkan produksi,” kata Yusof.

Orang kuat Skop Productions itu turut menasihati Abby agar memberi ruang kepada Norman selama seminggu untuk menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan tentang perceraian itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 13:20

SAMBUNGAN........



Sebelum ini pun, Abby Abadi dah terdetik dalam hatinya banyak benda negatif yang orang nampak mereka berdua tidak dapat bersama. Ramai yang cakap kat Abby, diorang dah tak sehaluan lagi. Seorang ke hulu dan seorang ke hilir. Lagi pula keadaan sudah semakin teruk dan keruh sekarang. Dan bila terjadi kes tu, Abby Abadi dah tak nampak jalan lain selain perceraian.

Susulan itu, pada petang tadi, Abby telah menjejaki suaminya di lokasi pengambaran Gerak Khas di Wangsa Maju. Sebaik sahaja Norman menjalani shooting bersama krew produksi, dia telah ditemuramah oleh media. Ini adalah jawaban Norman kepada media berhubung masalah keluarganya.

”Saya sedih sangat-sangatl Kalau kita cari jalan putus untuk bercerai tapi… kita cuba berbincang. Kalau tidak takkan kejadian pertama, tak serik lagi.

Bagaimana pun sewaktu Norman ditemubual. Abby Abadi datang mencelah dan berlakulah perang mulut antara mereka. Untuk meredakan keadaan, Norman beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Dan ini luahan hati Abby.

”Saya harap dapat selesaikan kes ini dengan cepat sebab saya rasa malu sangat sebab suami saya sibuk dengan perempuan. Saya tak nak tanggung lagi apa yang saya tanggung sekarang ini. Saya sudah tak nampak jalan dah. Saya rasa bukan masalah kaunseling, tapi kalau diri sendiri tak betul, macamana nak dengar cakap orang?”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 13:22

GAMBAR KENANGAN ANTARA ABBY ABADI & NORMAN HAKIM BERSAMA ANAK-ANAK



Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2   Tue 4 Nov - 13:29

EKSKLUSIF!! PUTERI SHAHANAZ HAZLIN HAMDAN BERCERAI!!!!!




Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan dan Datuk Roslan Hashim telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan Pahang.

Ahli perniagaan itu melafazkan cerai terhadap isterinya di depan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas kes tuntutan perceraian secara fasakh dikemukakan Puteri Shahanaz disebut semula di mahkamah, pada jam 9.40 pagi semalam.

Perkahwinan pasangan itu menggemparkan negara apabila Puteri Shahanaz menerima hantaran RM444,444.44 yang dikatakan paling mahal di Malaysia, pada September 2006.

Wanita itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM22,222.22 serta 22 barangan hantaran termasuk kereta BMW-320i berharga RM250,000, set barangan kemas berharga RM150,000; jam tangan mewah jenama Rolex bernilai RM25,000, cincin (RM20,000), beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.

Bagaimanapun, pada 4 Oktober lalu, Puteri Shahanaz Hazlin memohon cerai fasakh. Roslan juga bersetuju membayar tuntutan mutaah RM100,000 secara ansuran, iaitu RM5,000 sebulan kepada Puteri Shahanaz dan akan dimasukkan ke akaun bank, mulai bulan depan. Roslan turut bersetuju membayar nafkah RM1,500 sebulan kepada anak tunggal mereka, Putera Airil Imran, yang diberi hak jagaan kekal kepada bekas isterinya. Roslan dibenar membawa anaknya bercuti ke luar negara jika dipersetujui bekas isterinya tetapi jika gagal memulangkan semula kepada Puteri Shahanaz sebelum jam 10 malam (Ahad), membolehkan akses lawatan dan bermalam yang diberi kepada Roslan, ditarik semula.
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur


LeoSnake
Age : 31
Joined : 23 May 2008
Posts : 705
Location : Sg. Petani, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2