|
|
| Author | Message |
|---|
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-28, 4:06 pm | |
| Raja Farah dan 'Love Bite'

Terbaru, Zubir sempat menonton penafian Farah mengenai kesan 'love bite' di lehernya itu apabila menonton rancangan AC Di Sini, baru-baru ini. Zubir ingatkan isu itu tidak diperkatakan lagi malah semakin menjadi-jadi! Masih ramai tidak mempercayai kata-kata Farah, sehinggalah seorang sumber menghubungi Zubir.
"Zubir, bukannya kita orang tak boleh bezakan, kesan hitam di leher Farah tu kerana 'love bite' atau terkena panas 'thong' (hot curler - alat untuk menggulung rambut).
Beriya-iya dia buat penafian dalam TV, dalam surat khabar, memberitahu kesan hitam di lehernya yang dapat dilihat dalam Intan Asmara tu kerana 'thong'! Piirah...!, "kata sumber.
Bertitik tolak daripada dakwaan berkenaan, Zubir terus menghubungi Farah dan bertanyakan kesahihan perkara berkenaan.
"Abang Zubir, dah tak larat Farah nak bagi tahu, kesan hitam yang dapat dilihat dalam Intan Asmara tu kerana terkena panas 'thong'! Farah mengaku sepanjang 26 episod drama berkenaan, tanda hitam itu sengaja dikekalkan sebab parut di leher Farah tu tak boleh hilang dengan solekan. Jadi, jurusolek guna eye-liner untuk menghitamkan parut berkenaan seolah-olah ia adalah birth mark (tanda lahir) Farah.
"Sebab nak jaga konti, setiap episod yang ada Farah, parut hitam disangka 'love bite' itu terpaksa dikekalkan.
Sekarang barulah nak elok sikit-sikit sebab setiap hari Farah sapu Vitamin E untuk hilangkan kesan hitam," kata Farah yang hadir ke pejabat Berita Harian untuk menunjukkan kesan hitam yang didakwa 'love bite' itu.
Tidak cukup dengan itu, Zubir menghubungi seorang tenaga produksi Intan Asmara dan pihak berkenaan memberitahu kepada Zubir cerita yang sama, bukan 'love bite' tapi terkena panas 'thong'. Zubir tak paksa orang percaya. Mereka berhak membuat penilaian.
Pun begitu, sekiranya benar kesan hitam di leher Farah gara-gara terkena panas 'thong', mana-mana pihak yang pernah menuduh Farah, rasanya elok mereka minta maaf. |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-28, 4:12 pm | |
| Que Haidar & Linda Jasmin kantoi..

HAA...Ini satu lagi kisah artis yang sebelum ini digosip bercinta tapi enggan memberi sebarang komen. Nak dijadikan cerita, empat hari sebelum Aidilfitri 1 Oktober lalu, seorang wartawan Kosmo! yang nama samarannya pun Marilyn juga tapi bukan dari meja hiburan ni pergilah ke Jalan Masjid India, saja nak tinjau kalau-kalau ada barangan yang boleh dibeli untuk raya tahun ini.
Tiba-tiba si Marilyn ternampak kelibat pasangan lelaki dan perempuan keluar dari lorong pejalan kaki yang agak gelap sambil berpegangan tangan, diikuti seorang lelaki lagak pengawal peribadi pasangan itu.
Bila sahaja pasangan itu muncul di kawasan yang lampunya terang benderang, tiba-tiba secara spontan si lelaki melepaskan tangan pasangan perempuannya itu dan wajahnya tiba-tiba nampak macam tidak keruan.Rupa-rupanya mereka ialah Que Haidar dan Linda Jasminelah!
Si Marilyn ni pun cuak lah juga dan berkata dalam hati: "Takkanlah Que kenal aku ni wartawan Kosmo!".
Rupa-rupanya Marilyn yang perasan. Sebenarnya Que terkesima kerana tiba-tiba sahaja orang ramai yang ada berduyun-duyun di sekeliling Marilyn itu seakan terpegun dengan kemunculan Que dan Linda di situ.Sah, mereka terkenal!
"Lepas tu kan, si Que tu macam nak lari dari perhatian ramai dengan masuk bersama Linda ke dalam sebuah kedai aksesori, agaknya dengan harapan kedai itu ada pintu belakang supaya dia boleh melarikan diri dari kawasan yang ramai orang tu."
Tambah Marilyn: "Yang kelakarnya kedai aksesori tu tak ada pintu belakang, jadi terpaksalah Que keluar semula menerusi pintu depan sambil menarik tangan Linda untuk beredar pergi dari situ sambil disaksikan ramai orang awam.
"Yang kasihannya ialah lelaki yang macam bodyguard tu kerana terpaksa ikut langkah Que dan Linda ke sana ke mari."
Sambil memuncungkan mulutnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya Marilyn berkata: "Sebagai bahan bukti, I ada rakam foto mereka berdua!"
Malaysia ni kecik je..takleh lari mana |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-28, 4:22 pm | |
| ISTERI DAN ANAK-ANAK ROSYAM NOR
Sekali lagi saya tayangkan keluarga bahagia pelakon terkenal kite 'ROSYAM NOR'.. KHAS UNTUK PEMINAT-PEMINATNYA..Betapa bahagianya keluarga depa...
 
Sambutan majlis Hari Jadi isteri Rosyam

 |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-28, 4:37 pm | |
| ARTIS DAN KERETA KESAYANGAN..
 AWAL ASHAARI
AZNIL HJ.NAWAWI
EBI AF
 FARA FAUZANA
MILA
 NABILA
SAZZY FALAK
ZARINA AF2
 ZAHID AF2
 noryn aziz
 shamsul
Last edited by sally_eiyna on 2008-10-29, 8:14 am; edited 1 time in total |
|
 | |
azwin Mod PR


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 1892 Location : Taiping - Prk
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-28, 11:12 pm | |
| uuitt... baru perasan ank2 rosyam nor sumer pompuan ler.... kiut2 sumer mcm ayah depa  |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 7:58 am | |
| KELUARGA LINDA RAFAR
 

Last edited by sally_eiyna on 2008-10-29, 4:47 pm; edited 5 times in total |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 8:27 am | |
| (TERJAH)!!!! ALLY ISKANDAR DATING DENGAN AWEK!!!!!!
Siapakah gadis ayu bersama Ally Iskandar ketika mereka berdua menjamu selera di Food Court, MidValley ini? Mungkinkah kekasih, teman istimewa atau bakal isteri?
Namun apa yang pasti, Ally sememangnya menjadi rebutan ramai gadis yang berhasrat bersuamikan lelaki popular dan berjaya sepertinya... Semoga Allah memakbulkan hasrat dan doa gadis-gadis tersebut... Amin

 |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 11:18 am | |
| (Gambar) Selebriti, Erra Fazira Mengandung 3bulan


berseri-seri wajah erra sekarang kan..  |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 12:44 pm | |
| KIERAN (DJ ERA) BERPINDAH KE HOT FM??

Ya, Kieran sudah mahu tinggalkan Era FM.
Khabar dari awal tahun 2008 lagi yang Kieran akan menyertai stesyen radio lain kuat kedengaran. Hari ini nyatalah yang Kieran akan berhenti sebagai DJ di Era dan menyambung tugas beliau di’tempat lain.
Mungkinkah di Hot FM seperti ramai orang cakap-cakapkan? Kita tunggu sahaja suara Kieran seterusnya. (Aku rasa makin hari, Era makin bosan. Entah kenapa.) |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 12:47 pm | |
| BOYFRIEND FAEZAH ELAI???

Adakah benar ini teman lelaki pelakon Faezah Elai??  |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 12:54 pm | |
| VELVET & RICH AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DISEMBER INI????

Menurut si empunya cerita, jika tiada aral melintang, majlis resepsi sempena perkahwinan Velvet & Rich akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu awal Disember. Dan, keluarga kedua-dua belah pihak khabarnya sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis berkenaan.
Selepas AF4 berakhir, mereka masing-masing sibuk membina kerjaya nyanyian dan Rich semakin di’kenali melalui kumpulan Estranged sementara Velvet pula sibuk memenuhi undangan nyanyian. |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 12:59 pm | |
| TENGKU MUDA PAHANG AKAN BERKAHWIN DENGAN REVALINA S.TEMAT??
Suami kepada Julita Aishah ini di’khabarkan akan mengahwini pelakon comel molek dari seberang, Revalina S.Temat. Kurangkan kemunculan pasangan Tengku Muda & Julita akhir-akhir ini menguatkan lagi gossip yang datang dari orang kenamaan Pahang ini.

Julita Aishah juga sekarang ini di’khabarkan sedang tidak keruan setelah mengetahui niat Tengku Muda untuk berkahwin lain.
Dan, di’ingatkan bahawa ini adalah gossip semata-mata dan bukan’nya kenyataan rasmi. Kita tunggu jika pihak istana mahu buat sidang akhbar atau apa-apa statement nanti.
Jika benar pun, OhBulan! tidak hairan kerana Tengku Muda ada pangkat & kewangan yang tidak boleh di’sangkal lagi kemampuan’nya untuk berkahwin lain. Sabar je lah Puan Julita.
Betul ke x gossip ni kite pakat2 tunggu ler..........  |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 2:14 pm | |
| ANAK-ANAK TENGKU MAHKOTA PAHANG & JULIA RAIS
 |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 2:30 pm | |
| Sheeda- Saya dapat lelaki fresh

Sejak sekian lama menjanda selepas berpisah dengan Abu, anggota kumpulan May, Sheeda mengaku hati dia sudah dimiliki.
Tapi bukan laki orang atau tunang orang. Dia tak ambil yang siapa-siapa punya. Jadi orang diluar sana tu tak perlulah nak takut apa-apa.
Sebaliknya lelaki yang sememangnya seorang guru di Jengka, Pahang itu masih bujang trang tang-tang.
“Saya tajnak ambil laki orang tau. Saya dapat laki fresh. Tak ada yang siapa-siapa punya. Kalau saya tahu dia ada kekasih sebelum ni, lebih baik saya undur diri,” katanya.
Lelaki fresh? Haa... haa... budak baru beranak selalunya fresh.
Sheeda sendiri pun terkejut macam mana cerita tak betul tu boleh timbul sedangkan dia dengan guru sukan berusia 30-an itu sudah merancang nak kahwin hujung tahun ini. Niezam tanya lagi betul ke guru tu pernah bertunang?
Bab-bab itu Sheeda tak nak komen apa-apa kerana masa kenal guru tersebut si guru tidak ada ikatan dengan sesiapa.
Cuma yang pentingnya hari ini Sheeda memang gembira nak kahwin. Setiap hujung minggu memang guru tu selalu datang dari Jengka ke Kuala Lumpur. Malah keluarga guru tu pun kata Sheeda dah terima dia sebagai ahli keluarga mereka.
Kalau betul cerita Sheeda ini, mudah-mudahan jodoh dia dengan guru tersebut akan berkekalan. Maklumlah sebelum ni asyik kecewa dalam bercinta saja. Cuma jangan propa (tipu) cukuplah
Last edited by sally_eiyna on 2008-10-29, 3:23 pm; edited 1 time in total |
|
 | |
cik sara super senior


  Age : 23 Joined : 02 Jul 2008 Posts : 376 Location : kL
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 2:32 pm | |
| | ramainye anak2 dieorg ni..hehe.. |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 3:24 pm | |
| | cik sara wrote: | | ramainye anak2 dieorg ni..hehe.. |
anak julia rais dan tengku mahkota pahang ade 3 org jer....... kan yang ade tanda tu!!! |
|
 | |
azwin Mod PR


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 1892 Location : Taiping - Prk
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-29, 7:46 pm | |
| | sally_eiyna wrote: | BOYFRIEND FAEZAH ELAI???

Adakah benar ini teman lelaki pelakon Faezah Elai??  |
muke laki ni mcm pelakon yg berlakon dlm drama kat tb 9 ala...lupe plak tajuk nyer... yg waheeda..pie...poziah gaus entah ler lupe bebeno tjknyer... tp mamat tu mmg same ler muke dia... |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 8:23 am | |
| BRITNEY SPEARS PUN PAKAI SELENDANG CAM SITI???!!!!
Cerita kali ini bukan cerita untuk Datuk Siti Nurhaliza tapi cerita berkenaan dengan Britney Spears yang nak tiru Datuk Siti Nurhaliza ?? Sejak bila Datuk Siti Nurhaliza dah menjadi ikutan Britney Spears ? Tak caya cuba tengok gambar di bawah.

  |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 8:39 am | |
| ARTIS BERTUDUNG
BIENDA WARDINA
NORJUMA FARAH DEEBA
FENDA HELIZA
SITI NURHALIZA YASMIN HANI
AMYLEA FASHA SANDHA
WAHEEDA FARAH AF
SALIMA SHAFNIE
DYNAZ SYELLA |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 10:23 am | |
| ''MAK BOREK, ANAK RINTIK''
 SALAMIAH HASSAN
 ATILIA
Salamiah Hassan ni kalau tak silap aku dah 57 tahun, dah taraf nenek dah untuk aku, tapi tetap tak nak kalah. Inilah yang baru dikatakan “Mak Borek Anak Rintik”. Tengok maknya macam nak lawan dengan anak je. Kenapa tak pakai skirt je? Baru setanding dengan Atilia. He Hee..  |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 11:18 am | |
| TERBARU!!!!: NORMAN HAKIM DI TANGKAP KHALWAT!!!!

Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.
“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu
“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Petikan di’atas adalah dari Utusan Malaysia & dua clue yang kuat mengaitkan Norman Hakin dengan kes tangkapan ini adalah beliau adalah satu-satunya pelakon siri gerak khas yang baru menimang cahayamata & Norman Hakim dan Abby Abadi mempunyai pejabat di alamat MDH Trading & Services (001543198-M), 4-1A, Tingkat 1, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana Ampang, 68000, Selangor Darul Ehsan,. Malaysia (MY). |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 12:19 pm | |
| GAMBAR FAUZIAH AHMAD DAUD (OGY)


AlAhai.....kak Ogy!!! seksi btui baju tu hah?!!  |
|
 | |
beefii Enterpreneur


  Age : 25 Joined : 13 Jul 2008 Posts : 229 Location : tapah, perak...JB
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 3:53 pm | |
| baju kak ogy nie jarang ker  |
|
 | |
sally_eiyna Ahli VVIP


  Age : 26 Joined : 17 Sep 2008 Posts : 3042 Location : Sintok, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 4:32 pm | |
| KOLEKSI GAMBAR ELLY MAZLEIN
 
 
 
Lawa x???  |
|
 | |
zaydan regular customer

  Age : 30 Joined : 06 May 2008 Posts : 247
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 5:20 pm | |
| salam..
lama tak jenguk PR, makin maju nmpknya..
tahniah! tumpang lalu je ni, halal kan yea  |
|
 | |
cik Kentang super senior


  Age : 21 Joined : 29 Jun 2008 Posts : 479 Location : utara semenanjung malaysia
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 6:05 pm | |
| | sally_eiyna wrote: | | cik Kentang wrote: | | sukenye ngan aoran aziz..macho r..huhu |

Khas untuk tatapan cik kentang yg come lote ni!! tgk la puas2 hero macho ni |
tq kak sally...huhuhu |
|
 | |
azwin Mod PR


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 1892 Location : Taiping - Prk
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 7:39 pm | |
| 
Nampaknya tahun ini ramai sungguh artis yang kahwin dan rancang berkahwin. Penyanyi Deja Moss berkahwin pada 30 Ogos 2008 lalu. Hari raya baru-baru-baru ini sempatlah Deja beraya bersama suami, Azfendy Azzuddin atau Andy.
Mereka belum lagi bersanding sebab sibuk melunaskan kerja masing-masing. Deja dengan undangan show manakala Andy pula sibuk menguruskan bisnesnya. Andy ialah Pengurus Besar DC Industries Sdn. Bhd.
Mereka akan mengadakan resepsi perkahwinan di Kuching, Sarawak pada 16 November 2008. Tempatnya di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya. Deja berasal dari sana dan keluarga Andy juga berasal dari Sarawak. |
|
 | |
azwin Mod PR


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 1892 Location : Taiping - Prk
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 8:09 pm | |
|  sedikit saja khabar gembira ini untuk peminat Fazley.Azrene Soraya selamat melahirkan anak lelaki semalam. Buat Fazley dan keluarganya, moga-moga dengan kehadiran putera lelaki ini akan terus menyemarakkan lagi kehidupan mereka. |
|
 | |
azwin Mod PR


  Age : 29 Joined : 05 Jul 2008 Posts : 1892 Location : Taiping - Prk
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-30, 8:17 pm | |
| 
KEGEMBIRAAN yang dinantikan sekian lama oleh Sharifah Shahora Syed Akil, 34, untuk menjadi milik sepenuhnya insan tersayang kini termakbul setelah selamat diijabkabul dengan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 36, Ahad lalu.
Menjalinkan detik percintaan dipenuhi dengan liku-liku manis dan pahit selama enam tahun bukan perkara mudah, Mukhriz dengan sekali lafaz akhirnya menarik nafas lega kerana hari bahagia bersama kekasih hati menjadi kenyataan.
Paling menggembirakan pasangan ini apabila hubungan dan perkongsian hidup mereka yang sekian lama dijalinkan akhirnya mendapat restu kedua-dua keluarga.
"Syukur, apa yang kami rancang sebelum ini terlaksana juga. Malah majlis akad nikah pun berjalan lancar dengan kehadiran keluarga kami untuk sama-sama berkongsi kegembiraan," jelas Shahora Raja sehari itu dinikahkan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Kawasan Ulu Kelang, Mohd. Zuhir Abdullah di Masjid Al-Iman, Kemensah, Ulu Kelang, Selangor tepat pukul 10.30 pagi dengan mas kahwin RM80 setelah setengah jam ditunangkan pada majlis yang sama.
Sejurus itu, berlangsungnya majlis akad nikah, Shahora menerima tujuh dulang hantaran antaranya wang hantaran berbentuk cek bernilai RM21,974, sirih junjung, senaskah al-Quran serta jam tangan, telefon bimbit dan beg tangan.
Sementara Mukhriz pula, menerima sembilan dulang hantaran antaranya sirih junjung, perakam video, sejadah, kasut, bunga rampai dan kek. |
|
 | |
najz Enterpreneur


  Age : 37 Joined : 20 May 2008 Posts : 774 Location : selangor
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-31, 7:13 am | |
| memang minat sangat dgn elly mazlein tu..comel..  |
|
 | |
chitra77 Enterpreneur


  Age : 31 Joined : 23 May 2008 Posts : 705 Location : Sg. Petani, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-31, 10:18 am | |
| | azwin wrote: | | sally_eiyna wrote: | BOYFRIEND FAEZAH ELAI???

Adakah benar ini teman lelaki pelakon Faezah Elai??  |
muke laki ni mcm pelakon yg berlakon dlm drama kat tb 9 ala...lupe plak tajuk nyer... yg waheeda..pie...poziah gaus entah ler lupe bebeno tjknyer... tp mamat tu mmg same ler muke dia... |
ala mamat ni kan bintang AF kalau tak silap...budak Penang.........depa belakon sama dlm cita Sutera Maya tu... |
|
 | |
chitra77 Enterpreneur


  Age : 31 Joined : 23 May 2008 Posts : 705 Location : Sg. Petani, Kedah
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-31, 10:19 am | |
| BERITA MENGEMPARKAN..............NORMAN HAKIM KENA TANGKAP BASAH DGN MEMEY....
.jpg)
KUALA LUMPUR, 30 OKT 2008 : Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.
"Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.
"Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.
Jangan Tak Lihat » Norman Hakim, Memey Ditan...» Suara M Nasir Seksi Dalam...» Ashraf - Bunga Sanding Ca...» Dia: Kemenangan Adalah Se...» Ning, Vernon Akhirnya Ber... "Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.
"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut," katanya.
Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.
Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.
Dalam pada itu, Memey pula pernah menafikan kepada murai.com.my bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Norman. Memey yang juga anak saudara pelakon Darling Ngasri, pernah membintangi drama Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL serta Tragedi Oktober. |
|
 | |
meliza_manis ahli familiar


  Age : 28 Joined : 17 Jul 2008 Posts : 65
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-31, 12:38 pm | |
| | sally_eiyna wrote: | ROSYAM DAN ISTERI DI AIDILFITRI 2008


Selama ini Rosyam Nor cukup berahsia tentang hal berkaitan keluarga. Lebih-lebih lagi apa-apa yang berkaitan dengan si isteri. Rosyam Nor menegaskan yang family & kerjaya harus di’pisahkan.
Beberapa keping gambar yang di’percayai di’ambil ketika Aidilfitri baru-baru ini mendedahkan isteri Rosyam Nor yang cantik berseri. Patut’lah Rosyam tak pernah tergugat iman dengan heroin-heroin’nya. |
askm semua...... saje nak mencelah.....wife rosyam nor ni mmg lawa body pun mcm model.... nama dia Runika kalu x silap.... kami pernah berurusan..n kerap juga berjumpa...... dulu -dulu la (2 tahun lepas).....dia buar biznes yg pad susan tu....... skarang dah x jumpa dah.... anak2 dia semuanya pompuan kalu x silap 5 org kot...... saje nak berkongsi |
|
 | |
luvly e'in super senior


  Age : 31 Joined : 03 Jul 2008 Posts : 606 Location : under 1 roof
 | Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN... 2008-10-31, 12:56 pm | |
|