PekanRabu

HomeFAQSearchRegisterLog in
Post new topic   Reply to topic
 

ISTERIKU KUAT BERLETER

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
najz
Enterpreneur
Enterpreneur


AquariusPig
Age : 37
Joined : 20 May 2008
Posts : 747
Location : selangor

PostSubject: ISTERIKU KUAT BERLETER   Tue 1 Jul - 7:43

bakal2 suami & suami
tak lupa juga kpd isteri2 & bakal2 isteri..

Ada seorg suami yg hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat 1/2 jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana da tak tahan dgn leteran isterinya, si suami berjumpa dgn Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas Solat Jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dgn warak & kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila di ceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum & bagitau pd si suami.

'Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?'

'Betoi haji. Saya minta tolong sgt pd pak haji ni'.

'Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dlm 1 lubang yg dlm..'

'Itu saja ke haji?'

'Itu saja. Hang pi buatlah apa yg aku suruh. Tapi hang jgn menyesal di kemudian hari.'

'Terima kasihlah haji, tgklah nanti mcm mana'.

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yg Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter..

'Orang lain pun sembahyang Jumaat juga tapi tak ada lah balik sampai lewat sgt. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit org kat rumah ni.'

Oleh kerana tak tertahan dgn leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yg Hj. Ahmad ajar pd dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yg di beri oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, 'Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yg konon-konon buat baik ni'.

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi & bawa ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yg dah 20 thn tak di gunakan.. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dlm. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada org berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada org berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari ke 2, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pd leteran isterinya. Dia da mula rasa gelisah. Sepjg hari tu asyik teringat aje pd isterinya. Masuk hari ke 3, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat Maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

'Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Blh tak saya dptkan balik isteri saya tu?'.

'Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jgn menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tak. Tapi hang blh pi cuba. Mlm ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawa sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dlm lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.'

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali pjg & terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yg lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dlm perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yg ke 2. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. 'Dah mati ke bini aku ni?'

Si suami cuba buat kali yg ke 3. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila di tarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, yg keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi 1 jembalang yg berbulu amat lebat.

'Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!'

Jawab si jembalang tu, 'Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau dtg,aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, ptg, siang, mlm asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu 1 badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah perigi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah'.

Hah?moral of the story?jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur


CapricornHorse
Age : 41
Joined : 25 May 2008
Posts : 1651
Location : http://www.ninarahim.com

PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   Tue 1 Jul - 9:48

Emm...tu lah jangan suka berleter .....muhasabah diri...org yg berleter belum tentu lebih baik dari org yg dileter....
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR


AquariusMonkey
Age : 40
Joined : 10 May 2008
Posts : 1421
Location : Kuantan,Pahang.

PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   Fri 4 Jul - 23:56

betul tu nina....orang yang kuat berleter ni dia kurang muhasabah diri...sebagai isteri klu nak berleter biar bertempat...klu 24jam berleter mmg patut pun dicampak ke dalam perigi buta....
saya mmg tak tahan kena leter...dulu klu mak saya leter..saya diam2 masuk bilik tido..kadang2 dalam nak terlelap mata ni masih dengar dia berleter...bila dah sunyi baru kuar bilik...klu hubby berleter lak saya akan kata pada dia..."sayang tak suka kena leter...jgn berleter pada orang lain" nanti hubby saya terus senyap.. Very Happy
Back to top Go down
ojoutimm
Enterpreneur
Enterpreneur


PiscesRooster
Age : 27
Joined : 03 Jul 2008
Posts : 273
Location : perak

PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   Sat 5 Jul - 1:58

lol! seram.....seram.....

kadang2 tu ter berleter jugak
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR


AquariusMonkey
Age : 40
Joined : 10 May 2008
Posts : 1421
Location : Kuantan,Pahang.

PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   Sat 5 Jul - 22:38

ha...ayus berhati2 nanti kena campak kat dalam perigi buta plak... lol!
Back to top Go down
papamia
ahli VIP
ahli VIP


ScorpioSnake
Age : 43
Joined : 16 Aug 2008
Posts : 796

PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   Wed 5 Nov - 4:20

TP... POMPUAN LAH YG SUKA SGT BERLETER...
NAPE ERRKKK...

BG ALASAN... NAPE POMPUAN SUKA BERLETER...???

KORANG STUJU TAK...
Back to top Go down

ISTERIKU KUAT BERLETER

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
PekanRabu  :: Gossip talk & isu semasa-
Post new topic   Reply to topic