pekanrabu
alamat url PR akan bertukar kepada www.pekanrabu.biz bermula 14 Ogos 2008. Enjoy!
HomeFAQSearchRegisterLog in
Post new topic   Reply to topic
 

LELAKI BERPENDIRIAN ANTARA CIRI IDAMAN WANITA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
bedadah
Enterpreneur
Enterpreneur


CancerMonkey
Age : 28
Joined : 07 Jul 2008
Posts : 5

PostSubject: LELAKI BERPENDIRIAN ANTARA CIRI IDAMAN WANITA   Thu 24 Jul - 13:07

betul ke ciri2 lelaki di bawah ini menjadi IMPIAN SEORG WANITA.... Razz Razz Razz

1. Lelaki Tulen bounce
Tahu hakikat yg dia dijadikansebagai lelaki justeru, mereka bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar drpd kategori lelaki.

2. Lelaki yang Berharga bounce
Lelaki yg tidak cemburu buta kerana lelaki yg cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan dirinya tidak berharga.

3. Lelaki yang Teguh jiwa bounce
Tidak mudah mengalirkan air mata. Apabila lelaki menangis, harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

4. Lelaki yang Sederhana bounce
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

5. Lelaki yang Cantik bounce
Wanita menganggap kecentikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

6. Lelaki yang Ada Pendirian bounce
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila berjanji.

7. Lelaki yang Kemas Bersih bounce
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

8. Lelaki yang Cerdik bounce
Cepat faham apa yg dikehendaki wanita tanpa perlu disebutkan.

9. Lelaki yang Cekap bounce
Segera memberikan wanita apa yg dihajati tanpa perlu diminta terlebih dulu.

10. Lelaki yang Bijak bounce
Tidak suka bercerita mengenai kelebihan atau ketampanan dirinya.

11. Lelaki yang Tabah bounce
Tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut apabila berdepan suasana yg menekan, kesuntukan masa atau cemas.

12. Lelaki yang Berwawasan bounce
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dlm mengejar cita-citanya. Masanya digunakan utk perkara yg produktif.

13. Lelaki yang Baik bounce
Tidak suka hidup berfoya-foya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

14. Lelaki yang Sopan bounce
Tahu menghormati org tua serta pandai mengambil hati.

15. Lelaki yang Mengasihi bounce
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pd wanita itu, suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

16. Lelaki yang Ceria
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
Back to top Go down

LELAKI BERPENDIRIAN ANTARA CIRI IDAMAN WANITA

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
pekanrabu :: Gossip talk & isu semasa-
Post new topic   Reply to topic