PekanRabu

HomeFAQSearchRegisterLog in
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR


CancerGoat
Age : 29
Joined : 05 Jul 2008
Posts : 1892
Location : Taiping - Prk

PostSubject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-12, 7:12 pm

ahakz!!! ahakz!!! baguih sggh asst...aku wat koje...
pas ni blh pencen ler jd mamarazzi
dak pun jd CEo bak kat eira ....

cepat...mai tempek cni plak...
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR


CancerGoat
Age : 29
Joined : 05 Jul 2008
Posts : 1892
Location : Taiping - Prk

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-12, 7:28 pm

Joey penyanyi baru Exist






SEBELUM ini, terdapat khabar angin yang mengaitkan Exist berantakan. Vokalisnya, Ezad dikatakan membuat hal, malah ada juga anggota kumpulan itu tidak terkecuali punya ragam tersendiri.
Perihal si Ezad yang kononnya gemar mengambil undangan nyanyian tanpa pengetahuan Exist, malah ada ahli lain rakus melakukan tugasan luar untuk kepentingan peribadi, semua itu menjadi titik awalan pergolakan ini.
Kesempatan bertentangan mata dengan anggota Exist, Musa, semasa mengadakan fotografi untuk kulit album mereka berlangsung di Ada Studio, Bandar Sri Damansara, minggu lepas, menjawab lebih lanjut tentang cakap-cakap kurang enak ini.
Musa dalam nada tenang merungkai, barangkali Ezad kurang mengerti tentang konsep 'solo' yang diterang dalam sebagai syarat Exist sebelum ini.
"Sama ada dia tak faham atau buat-buat tak faham tentang perkara ini. Kami berikan kebenaran jikalau dia (Ezad) ingin menonjolkan diri secara solo, walaupun masih bersama Exist.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR


CancerGoat
Age : 29
Joined : 05 Jul 2008
Posts : 1892
Location : Taiping - Prk

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-12, 7:46 pm



by Syaliza Shapiansuri
12 November 2008

Sejak putus tunang, tiada lagi cerita hangat mengenai Siti Sarah Raisuddin yang mendapat liputan media. Insiden itu juga menjadi penamat kepada cerita peribadinya buat seketika.

Apa yang berlaku tidak pernah dikesali si empunya diri. Suratan dan takdir Tuhan tiada siapa mampu melawannya. Kata Sarah, apa yang berlaku kepadanya sudah ditentukan.

“Sebagai manusia Sarah tidak pernah kesal dengan apa yang berlaku. Malah peristiwa itu menjadi pengalaman hidup yang sangat bermakna buat saya. Jika perkara itu tak berlaku, mungkin saya tak belajar mengenai kehidupan,” katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR


CancerGoat
Age : 29
Joined : 05 Jul 2008
Posts : 1892
Location : Taiping - Prk

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-12, 8:49 pm

Program realiti terbaru dari Tv9, Gadis Melayu akan menemui penonton pada setiap hari Khamis jam 9.30 malam bermula 16/10/2008. Kalian akan menyaksikan pelbagai cabaran yang diberikan kepada finalist setiap minggu seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya.

Last edited by azwin on 2008-11-17, 2:21 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR


CancerGoat
Age : 29
Joined : 05 Jul 2008
Posts : 1892
Location : Taiping - Prk

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 1:32 am

Badi Filem Yusuf Haslam?




Ini merupakan satu kebetulan terhadap beberapa artis yg penah membintang pilem bang usop aslam kite contohnya Awie, AC Mizal, Norman Hakim dan Erra Fazira,perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian...
Kesemua mereka penah membintang pilem or drama2 terbitan bang usop kan..
HArap2 biar la ni mmg merupakan kebetulan serta takdir Tuhan kan...(Allah Maha Mengetahui)




Badi Film ni jgk dikatakan penah terjadi d Hollywood yg mana 2 hero yg membintangi pilem Superman mati dan paralyze selepas berlakon sebagai Superman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 8:32 am

lor.......kak awin buke part 3 lak.....
ceh makin maju n canggih teknologi skng kan..... x sabar nih!
ape2 pun jnji ler bw cerita2 panazzzzzz artis kte.. hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 8:37 am

Gambar Ashraf Sinclair, BCL Turun Jet Peribadi

Blogger Klubbkidd memang best dapat tangkap gambar Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari turun daripada jet peribadi mereka. Dengan berpakaian ‘Just Married’ kedua-dua mempelai kelihatan begitu gembira menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Waa, aku juga ingin turut serta menyambut mereka di situ. Sob sob, tapi siapalah aku, bukan wartawan atau blogger terkenal seperti Klubbkidd dan SultanMuzaffarShah. Apa kata OhBulan mengenai perkara ini? hurmm..

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 8:40 am

Memey Suhaiza Akhirnya Temui Media

Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu, luah Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.


Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.

Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.

Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.

Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.

Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.

Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar

Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.

Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, baru saya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS, kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.

Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.

Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi orang ketiga di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.

Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.

Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.

Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempat saya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.

Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.

Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.

Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk gam saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam, kata anak saudara kepada Darling Ngasri.

Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:

Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.


Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.

Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami, kata Memey.

Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awal tahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar.

Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana, tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 8:44 am

Gadis Melayu Idaman Mawi: Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?



Tengahari tadi aku menonton siaran ulangan konsert Akademi Fantasia 3 yang mana Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu dan mencetuskan fenomena Tsumawi selepas itu. Ketika akhir persembahan, pengacara sensasi Aznil Hj Nawawi bertanyakan ciri-ciri gadis Melayu pada pandangan (atau di’ingini) Mawi.

Salah satunya yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton adalah pandai mengurut. Menjelang perkahwinan Mawi-Ekin tidak lama lagi, anda rasa Ekin seorang gadis Melayu yang pandai mengurut atau tidak?

Anda Rasa, Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

Ya! Tangan Ekin Lembut. ( )
Tidak! Tangan Ekin Keras Kayu ( )
Hanya Mawi Yang Tahu ( )
Mawi Ada Mesin Urut Ogawa ( )


Last edited by sally_eiyna on 2008-11-13, 8:45 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR


CancerGoat
Age : 29
Joined : 05 Jul 2008
Posts : 1892
Location : Taiping - Prk

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 8:45 am

haaa...korek lagi mekna...
akak hand over job ni kat ko..
ptg kang akak nengok
hasil koje ko...
bebaik kang kantoi plak
ngan bos ko... ahakz!!!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR


CancerGoat
Age : 29
Joined : 05 Jul 2008
Posts : 1892
Location : Taiping - Prk

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 8:46 am

sally_eiyna wrote:
Gadis Melayu Idaman Mawi: Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?



Tengahari tadi aku menonton siaran ulangan konsert Akademi Fantasia 3 yang mana Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu dan mencetuskan fenomena Tsumawi selepas itu. Ketika akhir persembahan, pengacara sensasi Aznil Hj Nawawi bertanyakan ciri-ciri gadis Melayu pada pandangan (atau di’ingini) Mawi.

Salah satunya yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton adalah pandai mengurut. Menjelang perkahwinan Mawi-Ekin tidak lama lagi, anda rasa Ekin seorang gadis Melayu yang pandai mengurut atau tidak?

Anda Rasa, Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

Ya! Tangan Ekin Lembut. ( )
Tidak! Tangan Ekin Keras Kayu ( )
Hanya Mawi Yang Tahu ( )
Mawi Ada Mesin Urut Ogawa ( )


deknon ni aper citer kisah
ekin ngan mawi gambo daknorman
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 8:47 am

azwin wrote:
haaa...korek lagi mekna...
akak hand over job ni kat ko..
ptg kang akak nengok
hasil koje ko...
bebaik kang kantoi plak
ngan bos ko... ahakz!!!


hehehehe... ngeh3x ngeh3x ok beres!!!
akan cheq jalankan tugas menerjah cerita sensasi lagi kontroversi!! hoorey!! hoorey!!
xpe.....bos hrni smua xde......tgai anak2 buah jer.. tahniah2x...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 8:48 am

azwin wrote:
sally_eiyna wrote:
Gadis Melayu Idaman Mawi: Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?



Tengahari tadi aku menonton siaran ulangan konsert Akademi Fantasia 3 yang mana Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu dan mencetuskan fenomena Tsumawi selepas itu. Ketika akhir persembahan, pengacara sensasi Aznil Hj Nawawi bertanyakan ciri-ciri gadis Melayu pada pandangan (atau di’ingini) Mawi.

Salah satunya yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton adalah pandai mengurut. Menjelang perkahwinan Mawi-Ekin tidak lama lagi, anda rasa Ekin seorang gadis Melayu yang pandai mengurut atau tidak?

Anda Rasa, Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

Ya! Tangan Ekin Lembut. ( )
Tidak! Tangan Ekin Keras Kayu ( )
Hanya Mawi Yang Tahu ( )
Mawi Ada Mesin Urut Ogawa ( )


deknon ni aper citer kisah
ekin ngan mawi gambo daknorman


silap ler td kak awin......
cheq dh edit dh.....sori atas kesilapan teknikal yg x d sengajakan.... huwaaaa..!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 9:15 am

Tidak kisah jika Norman mahu kahwini Memey


Abby: Tuntutan minta cerai tetap diteruskan

PETALING JAYA:“Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah.” Demikian luah aktres popular Abby Abadi ketika ditanya perasaannya berhubung kenyataan Norman Hakim bahawa dia tidak menolak untuk menjadikan Memey sebagai isteri keduanya.

Tegas aktres berusia 30 tahun itu, apapun yang terjadi, dia tetap akan meneruskan tuntutan cerai daripada suaminya itu secepat mungkin.

“Saya sudah nekad dan rasanya itu adalah keputusan yang tepat.

“Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey atau sebarang perancangannya.

“Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin.

“Saya tahu dia memang ‘liat’ sikit nak serahkan kembali kepada saya, tetapi saya akan tetap usaha dapatkan semula daripada dia,” tegas Abby yang akui sudah kembali tenang sejak adegan ’serang’ suaminya di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.

Kata ibu kepada tiga orang anak ini, dia akui kurang bersikap rasional pada hari kejadian, namun sebagai seorang isteri, kata Abby, tahap kesabarannya memang benar-benar tercabar dan turut tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan Norman.

“Saya tidak mampu tahan emosi saya hari itu. Saya minta maaf, saya memang rasa bersalah.

“Tetapi perasaan bersalah itu untuk diri saya, bukan untuk dia (Norman). Apa yang saya luahkan hari itu sudah lama saya pendam dalam hati.

“Keluarga dan teman-teman rapat juga menyokong saya untuk teruskan niat saya ini. Saya cuma harap dia berikan kerjasama yang baik untuk selesaikan segera proses perceraian ini. Saya sudah tidak larat nak hadapi semua ini lagi,” kata Abby.

Dalam kenyataan terbaru kepada media, Norman akui tidak menolak ketentuan Allah jika ditakdirkan dia dan Memey bertemu jodoh dan sanggup menjadikan pelakon baru itu sebagai isteri keduanya.

Namun begitu, tegas pelakon berusia 32 tahun itu, dia sememangnya ketika ini masih menyayangi isterinya, Abby dan sentiasa berdoa agar rumahtangganya masih dapat diselamatkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 9:18 am

Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua



Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.

Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.

”Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.

”Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,” katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.

Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor pada 30 Oktober lalu.

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.

”Ada ‘wilayah’ dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.

”Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika ini,” jelas Norman yang berkali-kali menyatakan harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.

Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi penggambaran Gerak Khas semalam.

”Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami keadaannya ketika ini.

”Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.

”Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,” ujar Norman lagi.

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan ‘penyelamat’ kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.

”Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.

”Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.

”Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami keadaan saya ketika ini. Saya tahu saya dan dia (Abby) masih ada masa depan demi anak-anak kami,” kata Norman yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.
Back to top Go down
cik sara
super senior
super senior


PiscesBuffalo
Age : 23
Joined : 02 Jul 2008
Posts : 376
Location : kL

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 9:22 am

azwin wrote:
Program realiti terbaru dari Tv9, Gadis Melayu akan menemui penonton pada setiap hari Khamis jam 9.30 malam bermula 16/10/2008. Kalian akan menyaksikan pelbagai cabaran yang diberikan kepada finalist setiap minggu seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya.







hehe..yg baju merah tu klasmet kite tu..cm tk caye je die dpt jd finalist..hehe..
dulu len,skrg len sgt2...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 9:29 am

Tegar menelan kritikan



KRITIKAN yang diterima bukan menjadikan dirinya seorang yang kalah. Dia sebaliknya bangkit menelan kritikan yang sering dilontarkan terhadapnya.

Dia seorang yang cantik, berbakat dan sanggup bekerja keras. Itu antara faktor yang berjaya melonjakkan dirinya muncul sebagai salah seorang pelakon drama yang dikenali ramai sekarang ini. Drama Sutera Maya, TV3 setiap Isnin-Khamis jam 6.30petang di samping barisan pelakon terkenal yang lain antaranya Fasha Sanda Maria Farida, Faezah Elai, Intan Ladyana, Erry Putra, Lizawati Abdullah, Nasir Bilal Khan dan lain-lain.

Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur


LeoSnake
Age : 31
Joined : 23 May 2008
Posts : 705
Location : Sg. Petani, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:23 am

BOLEH BLAH LA NORMAN.......DAH TERKANTAT BARU nak terngadah....Cakap sayang kat ABBY...kalau sayang tak kan tinggalkan anak bini...tak balik-balik.......Baik bercerai la....kalau teruskan pun esok lusa si Norman tu buat balik...hish....anjing dah biasa makan tahi...tak makan hidu pun dia nak.....emo lak aku.... ahakz!!!
Back to top Go down
eira ariyana
ahli VIP
ahli VIP


LibraDog
Age : 26
Joined : 09 Jul 2008
Posts : 1464
Location : Kampung Melayu Subang++

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:25 am

affraid aduhai dah masok part rupanya laju tul
xsempat cheq nak keje.huhuh.apap pun
cheq layannnnn.. hoorey!!
Back to top Go down
meliza_manis
ahli familiar
ahli familiar


TaurusMonkey
Age : 28
Joined : 17 Jul 2008
Posts : 65

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:45 am

fuh laju mmg laju dah masuk part 3....... tahniah tuk wartawan hot kita....... x yah dah nak beli majalah bc jer kat sini...jimat ms n wang...hehehehee
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:46 am

eira ariyana wrote:
affraid aduhai dah masok part rupanya laju tul
xsempat cheq nak keje.huhuh.apap pun
cheq layannnnn.. hoorey!!


layan...jangan xlayan tahniah2x...
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur


LeoSnake
Age : 31
Joined : 23 May 2008
Posts : 705
Location : Sg. Petani, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:47 am

AKO MUSTAPHA BERSAMA TUNANG KARTINA ABDULLAH



Khabarnya, Kartina yang berasal dari Sabah ini dulunya beragama Kristian dan telah memeluk Islam menjalinkan hubungan cinta dengan Ako. Kartina terpikat dengan sikap gentlemen, baik hati dan saling menghormati dari Ako. Diam-diam je diorang ni bertunang. Tak cakap kat reporter pun.

Kartina juga merupakan pengurus kepada Ako Mustapha. Khabar yang datang ke telinga Budiey, Ako Mustapha akan berkahwin dengan Kartina pada bulan Januari 2009. Tahniah bro! Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.



Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:47 am

meliza_manis wrote:
fuh laju mmg laju dah masuk part 3....... tahniah tuk wartawan hot kita....... x yah dah nak beli majalah bc jer kat sini...jimat ms n wang...hehehehee


xpayah beli majalah dh sekarang......
buke PRC jer. flower
music
Back to top Go down
eira ariyana
ahli VIP
ahli VIP


LibraDog
Age : 26
Joined : 09 Jul 2008
Posts : 1464
Location : Kampung Melayu Subang++

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:49 am

azwin wrote:
haaa...korek lagi mekna...
akak hand over job ni kat ko..
ptg kang akak nengok
hasil koje ko...
bebaik kang kantoi plak
ngan bos ko... ahakz!!!


WAHH K.AWIN DAH KASI ARAHAN JE SKRG.
BAGUIH2 DAH ADE KEMAJUAAN SKRG.. ngeh3x bagus...bagus..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:49 am

muka tunang Ako ade iras Jue Aziz ler.........
chitra perasan x?? scratch
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur


LeoSnake
Age : 31
Joined : 23 May 2008
Posts : 705
Location : Sg. Petani, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:52 am

sally_eiyna wrote:
muka tunang Ako ade iras Jue Aziz ler.........
chitra perasan x?? scratch


SIKIT KOT...TAPI JUE NAMPAK LAGI MENGODA...SUKA JUE AZIZ WLW PUN GETIS...HE...HE... ahakz!!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:54 am



KUALA LUMPUR, 11 NOV 2008: Berita pernikahan aktor filem Waris Jari Hantu, Rusdi Ramli, 37, dengan komposer Sharon Paul Abdullah telah disambut dengan hati yang yang cukup gembira oleh ibunya, Norlia Ghani.

"Sudah lama sangat dia membujang. Akhirnya dia jumpa wanita pilihan yang sesuai dengannya. Alhamdulillah... sebagai ibu saya tumpang gembira sekiranya perkahwinannya itu berjaya membuatkan dia gembira.

"Sebelum ini saya memang pernah mengharapkan supaya dia menamatkan zaman bujangnya atau lekas-lekas berkahwin. Tapi, Boy (panggilan untuk Rusdi), jenis yang senyap serta tidak banyak cakap.

"Dia juga tidak pernah buka mulut untuk berkahwin sebelum ini. Jadi, apabila kali ini dia cakap dia hendak kahwin, saya rasa gembira sangat," kata Norlia kepada murai.com.my.

Menurut Norlia lagi, dia bagaimanapun tidak terkejut apabila Rusdi menyuarakan hasrat hatinya untuk memperisterikan Sharon.

"Sebelum ini, dia sudah pun perkenalkan Sharon kepada saya. Waktu itu, saya sedang raikan hari ulang tahun kelahiran cucu saya, Arisya. Tapi, tidak pulak dia kata Sharon itu teman wanitanya.

"Tapi, sebagai orang tua, kita dapat rasa Sharon cukup istimewa di hatinya. Sebab sebelum ini, dia tidak pernah bawa mana-mana perempuan datang jumpa dengan saya.

"Jadi, bila dia kata hendak kahwin dengan Sharon, perkara itu bukan sesuatu yang memeranjatkan. Lagipun Sharon bagi saya seorang wanita yang cukup baik," katanya.

Majlis pernikahan serta persandingan Rusdi dan Sharon akan diadakan di sebuah banglo di Shah Alam pada Ahad ini dan hanya keluarga serta rakan terdekat saja yang telah dijemput untuk menghadirinya.

"Kalau hendak diikutkan hati, memang saya mahu panggil ramai kawan-kawan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tapi, apakan daya kerana undanganya hanya terhad untuk 26 meja sahaja.

"Saya memang tak puas hati tapi memandangkan semuanya telah diaturkan sendiri oleh Boy, jadi terserahlah pada dia untuk buat apa yang dia mahu. Saya pula hanya datang pasang badan saja," kata Norlia yang baru saja menyiapkan sebuah drama untuk tayangan hari raya Aidiladha, Jangan Tinggal Daku.

Norlia juga mengakui bahawa tidak kisah siapa pun pilihan Rusdi.

"Saya bukanlah seorang ibu yang suka menentukan wanita pilihan mana yang sesuai atau bagus untuk anak saya. Itu sudah jodoh dia, saya terima. Tidak kiralah dia bangsa apapun, janji dia seorang Islam.

"Kebetulan Sharon yang saya ketahui berbangsa Cina sudah pun memeluk Islam sebelum dia mengenali Rusdi dulu," katanya lagi.

Rusdi yang juga Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 berkata, selama ini dia sering menganggap bahawa dirinya akan hidup membujang hingga ke akhir hayat.

"Tapi, mungkin inilah yang dikatakan sebagai takdir dan jodoh," katanya yang sudah menduda selama 15 tahun.

Sungguhpun begitu, Rusdi mengakui bahawa dia dan Sharon mula serius memikirkan soal berumahtangga selepas setahun menjalinkan hubungan.

"Susah untuk saya jelaskan mengapa tiba-tiba saya bersedia untuk berumahtangga sekali lagi serta memilih Sharon sebagai calon isteri. Bagi saya Sharon sangat memahami saya seadanya," katanya yang mengakui bertemu kali pertama dengan Sharon sewaktu menjayakan filem Pontianak Harum Sundal Malam 2.

Bercakap tentang majlis perkahwinannya nanti, Rusdi berkata, majlis pernikahan akan diadakan secara ringkas dan cuma membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tiada wang hantaran diberikan kepada pihak perempuan kecuali mas kahwin dan senaskhah Al-Quran, " katanya.
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur


LeoSnake
Age : 31
Joined : 23 May 2008
Posts : 705
Location : Sg. Petani, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:55 am

CANTIK TAK IRMA HASMIE NI..???

SUKA TENGOK DIA NI...TERUTAMA DLM CITE AWAN DANIA...NAMPAK MCM BUDAK ALANG-ALANG...DGN POLLY POP...HE...HE...




Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 10:56 am

chitra77 wrote:
sally_eiyna wrote:
muka tunang Ako ade iras Jue Aziz ler.........
chitra perasan x?? scratch


SIKIT KOT...TAPI JUE NAMPAK LAGI MENGODA...SUKA JUE AZIZ WLW PUN GETIS...HE...HE... ahakz!!!


btui..btui....sy sokong.. lol!
jue ade rupe kit kan..........
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur


LeoSnake
Age : 31
Joined : 23 May 2008
Posts : 705
Location : Sg. Petani, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 11:01 am

BIODATA SI MEMEY GETIS.....


NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PROFESION: Model, pengacara, pelakon
STATUS: Bujang
DRAMA TV: Antaranya - Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa, Pontianak Air Jernih.
PENGACARAAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5

HEK ELEH....SPM JE....
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 11:03 am

PASANGAN LINDA RAFAR-SYED AIMAN

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 11:05 am

PASANGAN ADLIN AMAN RAMLI-EMELDA

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   2008-11-13, 11:06 am

chitra77 wrote:
BIODATA SI MEMEY GETIS.....


NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PROFESION: Model, pengacara, pelakon
STATUS: Bujang
DRAMA TV: Antaranya - Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa, Pontianak Air Jernih.
PENGACARAAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5

HEK ELEH....SPM JE....


eeeeeeiiiii...tak suke la pompuan gedik ni!! marahnya aku..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli VVIP
Ahli VVIP


CancerDog
Age : 26
Joined : 17 Sep 2008
Posts : 3042
Location : Sintok, Kedah

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3