najz Enterpreneur


  Age : 37 Joined : 20 May 2008 Posts : 480 Location : selangor
| Subject: SILAP LANGKAH Fri 18 Jul - 18:07 | |
| Ok, kali ini nak cerita sedikit perihal ekonomi negara kita. Sejak kebelakangan ini, saya melihat dan berpendapat, kerjaan telah banyak mengambil langkah yang silap di dalam menguruskan dan menjaga ekonomi negara.
1) Kenaikan harga minyak secara mendadak.
Hasil menonton perdebatan minyak antara Dato Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang ditayangkan di TV9 semalam, saya percaya, harga minyak sebenarnya boleh dinaikkan secara peringkat demi peringkat dan bukannya secara mendadak. Seperti pengurusan kewangan peribadi, kerajaan juga mempunyai dana kecemasannya. Jadi, pada waktu-waktu begini, apa salahnya menggunakan dana kecemasan tersebut “sedikit” (bukan semua) untuk membolehkan kenaikan harga minyak dilakukan secara peringkat demi peringkat. Isu yang ingin ditekankan disini ialah mengapa harga minyak dinaikan secara mendadak? Mengapa tidak dinaikan secara berperingkat? BUKANnya tak kasi langsung naik harga minyak..
Satu perkara yang saya kira agak lucu yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam ialah, berkenaan “menaikan harga minyak untuk mengurangkan kadar inflasi”. Aduh! Macam Datuk Seri Anwar kata.. “teori ekonomi mana diorang pakai nie?”.. minyak adalah keperluan asas.. jika minyak naik.. maka inflasi akan turut naik.
Konon-kononnya, duit yang tidak digunakan untuk subsidi minyak itu akan digunakan untuk subsidi makanan, subsidi pada makanan? Saya tidak nampak.. yang saya nampak, beras tempatan sudah tidak ada di pasaraya , yang ada hanya beras import yang lebih mahal. Inikah yang dikatakan subsidi makanan?
Menteri-menteri tak pernah beli ikan mahupun beras di pasar.. jadi, mereka tidak nampak realiti sebenar. Kononnya kadar inflasi negara hanya 6%, hakikatnya.. ia lebih dari itu. Jika nasi lemak dulu RM1.50 sekarang sudah RM2.00 , ianya 30%.. bukannya 6%..
Ringkasnya, menaikkan harga minyak secara mendadak adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan.
2) Cadangan 2 gaji sebulan
Ini adalah cadangan yang paling bo*tut* yang pernah saya dengar dikeluarkan oleh pak menteri.. dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak secara tiba-tiba (berpunca dari kenaikan harga minyak) , rakyat perlukan lebih banyak WANG untuk menyara sara hidup, bukannya lebih KERAP. Bayaran gaji 2 kali sebulan hanya akan lebih mengkucar-kacirkan pengurusan kewangan keluarga. Nasib baik idea bo”tut” ini tidak menjadi.
3) Memanjangkan tempoh pinjaman perumahan.
Pihak kerajaan telah berbincang dengan pihak bank, agar kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan dapat dikurangkan, dengan cara, memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman. Fuh! memang satu lagi langkah silap dilakukan oleh kerajaan. Kadang-kadang saya tertanya, siapakah penasihat ekonomi negara dan mengapa beliau ini terlalu “bo*tut*” kewangan. Ini adalah perkara basic dalam pengurusan hutang. Memanjangkan lagi tempoh pinjaman, sebenarnya akan menyebabkan jumlah hutang itu bertambah banyak (walaupun bayaran bulanan kurang, kurang sikit je.. bukan banyak pun!),.
Jika beli rumah RM100,00 , dan bayar semula dalam masa 20 tahun, anda perlu bayar RM220,000 untuk langsaikan hutang tersebut. Tetapi jika tempoh permbayaran tersebut dilanjutkan sehingga 30 tahun, bermakna anda perlu bayar sebanyak RM280,000 untuk melangsaikan hutang rumah itu (kiraan berdasarkan kadar interest 6%). Jadi, dimananya yang kurang? ianya hanya akan menyebabkan rakyat lebih terperangkap dalam hutang dan seterusnya akan menyebabkan ekonomi rakyat terus merana. Sekaligus merencat pertumbuhan ekonomi negara. Hmm.. entahla.. apa nak jadi pun tak tahula.. rosak negara macam nie.. |
|
mamzie Mod PR


  Age : 40 Joined : 10 May 2008 Posts : 1066 Location : Kuantan,Pahang.
| Subject: Re: SILAP LANGKAH Fri 18 Jul - 20:45 | |
| segalanya bermula dgn kakitangan kerajaan tak diberi bonus tahun lepas...namun begitu ada sesetengah pihak mendapat bonus 3 bulan gaji....dimana adilnya disini....bersambung anak sekolah perlu banyak wang utk dibelanjakan....kenaikkan harga barang yang dikatakan boleh dikawal...kenaikkan minyak tahap kronik terus rakyat.....dan yang pastinya tahun ni mungkin tiada kenaikkan gaji dan harga barang semakin meningkat dan ini mencengkam rakyat....
walaupun tempoh pembayaran rumah dipanjangkan namun harga rumah tetap meningkat so makin ramai rakyat yang berpendapatan rendah masih tak mampu memiliki rumah....tak tau ape nak jadi dgn negara kita sekarang....
bukan nak marah...tapi kami rakyat malaysia amat kecewa dengan keadaan sekarang.....keadaan sekarang lbh teruk dari masa george soros memanipulasikan ekonomi seluruh negara.....at least kita boleh salahkan si soros tu....
harap pak2 menteri kita bila masuk dewan rakyat tak berbalah hal yang remeh temeh....saling tuding menuding....berpakat bersama2 cari jalan bagaimana nak mengatasi kemelut yang ada sekarang... |
|
muslim2u Enterpreneur


  Age : 30 Joined : 22 Jun 2008 Posts : 232
| Subject: Re: SILAP LANGKAH Thu 24 Jul - 11:34 | |
| best ar pendapat n komentar k.najz nih..cam pakar ekonomi lak..( ari ni baru ade kesempatan nk membaca2 posting2 nih..ngular ar bos tak de..ahaks) ...tp betol la..kite pon berpendapat sama ngan k.najz..mmg depa ni kena p sekolah blajaq ekonomi semula la kott...klu dulu blajaq pengajian agama n sastera jek, camna nk urus tadbir ekonimi lak kan..  |
|