|
|
| Author | Message |
|---|
najz Enterpreneur


  Age : 37 Joined : 20 May 2008 Posts : 482 Location : selangor
| Subject: Luahan Seorang Suami Wed 25 Jun - 16:49 | |
| Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ... Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ... Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu .... Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial. Wallahualam. |
|
 | |
ima_mia newbie

  Age : 35 Joined : 23 Jun 2008 Posts : 7
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Wed 25 Jun - 19:02 | |
| Syukur alhamdulilah......,masih ada juga lelaki yg berfikiran spt anda. Tersenyum bangga saya bila baca luahan hati anda.......,bertuahnya isteri yg mempunyai suami spt ini..........,insyaallah ketenangan dan kebahagiaan pasti milik anda kerana mempunyai naluri yg tulus ini........... Saya berdoa semoga suami saya juga akan berfirasat sebegini..........mudah-mudahan  |
|
 | |
Mawar Biru Collection Enterpreneur

  Age : 42 Joined : 14 May 2008 Posts : 48
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Wed 25 Jun - 22:31 | |
| kalo semua lelaki fikir macam tu, aman lah donia ni, ini tak kononnya bila kawin lain nak itu lah, nak ini lah. Akak ada satu cita betul ni, untuk jadikan iktibar, Ada sorang lelaki ni, umur dia sekitar 43 tahun waktu dia kawin lain, lelaki ni memang kaya la, bab nak bagi makan 10 bini pun tak de masalah, anak ada 4 orang, yang besar masa tu umur 16 tahun, bila nak kawin dia bagi alasan nak tambah zuriat, bini tua dia kata dia mampu bagi zuriat, malangnya si suami tetap kawin juga, apa jadi kekawan...... sampai sekarang bini muda tak beranak, yang mengandungnya bini tua, tapi tiada rezeki, bini tua keguguran...... |
|
 | |
mamzie Mod PR


  Age : 40 Joined : 10 May 2008 Posts : 1066 Location : Kuantan,Pahang.
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Wed 25 Jun - 23:52 | |
| klu semua lelaki berfikiran jauh seperti najz....amanlah rumahtangga dan takdelah kes suami kena simbah asid.... bukan senang seorang isteri tu membenarkan suaminya berkahwin lagi....besar balasannya di akhirat nanti... tapi najz....ada lelaki yang berkahwin lbh dari satu...kemudian anak dan rumahtangga terabai...sehingga si isteri terpaksa menebal muka meminjam duit utk bagi anak makan.....kesian pada si isteri dah bagi anak ramai...pastu depa abaikan dan kahwin lagi satu.....rasa nak berdepan je dgn si suami tu... lelaki yang sebegini...ape nasihat najz pada mereka....  |
|
 | |
Mawar Biru Collection Enterpreneur

  Age : 42 Joined : 14 May 2008 Posts : 48
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 26 Jun - 9:28 | |
| | Apa ya agaknya sebab yang sebenar2nya dia orang tu kawin lain, kalo nak di kira 100 yang kawin, tak sampai lima yang bahagia, nak kata banyak duit hampeh, akak rasakan, dia orang tu mampu bab anu dia je, kalo dah lelaki , memang tak de benda lain la........ kalo isteri meninggal tak sampai 6 bulan dak kawin lain...... |
|
 | |
Diras Collection Enterpreneur


  Age : 35 Joined : 20 May 2008 Posts : 241
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 26 Jun - 9:33 | |
| | Salam najz...hehehehe...u ambil kat mane citer ni...tapi baguslah ek...buat pengajaran untuk para suami-suami yang baru bercadang nak buka cawangan baru tu. Citer ni happen kat family i sendiri..... |
|
 | |
mamito ahli familiar

  Age : 43 Joined : 05 Jun 2008 Posts : 47
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 26 Jun - 17:52 | |
| asalamualaikum baguih najz kesedaran n keperihatinan yg sangt matang,salam buat bini org lelaki ni ingat nk seronok aje sampai terlupa beban yg nk kena pikul apatah lg lelaki yg umur dh msuk 40han,nk yg pucuk je. tp apa pon ini semua ketentuan allah juga tiada la daya upaya kita melawan kehendaknya. semoga kita semua mendapt hidayah dari allah |
|
 | |
nuraslizawati ahli familiar

  Age : 30 Joined : 03 Jun 2008 Posts : 93 Location : Labuan
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Sat 28 Jun - 20:14 | |
| bagus si najz ni baaa....  |
|
 | |
ladyzone regular customer


  Age : 44 Joined : 12 Jun 2008 Posts : 176 Location : johor bahru
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Sun 29 Jun - 8:44 | |
| | hm... alangkah bagusnye kalau semua lelaki mcm najz ni.... mudah2an bnyk lah lelaki yg berfkiran begini... takde le bnyk ibu tunggal dan anak2 yg tak kenal bapa sendiri... |
|
 | |
mamzie Mod PR


  Age : 40 Joined : 10 May 2008 Posts : 1066 Location : Kuantan,Pahang.
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Sun 29 Jun - 22:50 | |
| mmg betul tu lady... ada citer ni plak...suami kawin lain dan tak hiraukan isteri pertama sebab sibuk dgan isteri ke2...anak yang sorang ni rindu kat bapak tu...tapi bapak langsung tak hirau...beberape kali cuba nak cari bapak dia yang duk kat KL dgn lari dari rumah..tapi orang jumpa dan bawa dia balik semula..tak ke haru...kalau ape2 berlaku pada anak tersebut sape yg disalahkan tntu ibunya yg disalahkan bukan bapak yang dah lupakan anak2nya tu...budak ni dah bpe kali kena kaunseling di sekolah tapi hati anak ni masih ingat pada bapaknya...rindu yg teramat sangat.... so lelaki kat luar sana klu ada hati nak kawin lain pikirlah ttg hati dan perasaan anak2 yang akan ditinggalkan...jangan aniaya mereka....  |
|
 | |
ninie Enterpreneur

  Age : 25 Joined : 28 May 2008 Posts : 73 Location : Pahang
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Sun 29 Jun - 23:43 | |
| bagusnya le kalau semua lelaki berfikiran seperti ini kawin lain bukan untuk suka2 tapi tanggungjawab kian besar & bertambah.... fikir2kanlah |
|
 | |
ninarahim Enterpreneur

  Age : 41 Joined : 25 May 2008 Posts : 478 Location : http://www.ninarahim.com
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Mon 30 Jun - 9:47 | |
| Hehehe...baguih tuh...kalo suamiku nak kawin lagi..memang kena taekwando lah.. tak pun kena penerajang sulung akak...silap haribulan masuk penjaralah pulak... bukan pe...susah sama2..bila dah senang sikit mula buat hal.....kalau nak ikut sunnah buat sesungguhnya bukannya tang nak sedap jer...yang lelainnya camna..muhasabah diri dulu... Wahai kaum Adam akhir zaman.....usahlah anggap kalian kalifah yang unggul seperti dizaman Rasullullah dan sahabat dulu...zaman sekarang ramai isteri2 yg terpaksa pikul tanggungjawab memberi rezeki kpd keluarga...tu sunnah juga ka? Sedangkan sisuami berfoya-foya....kesian kat anak2... Rentetan dari ini maka akan timbul tragedi2 dera anak, anak jadi liar dan sebagainya.... semua nie sapa nak jawabbbb....huhuhu |
|
 | |
imah_ar ahli familiar

  Age : 31 Joined : 04 Jul 2008 Posts : 46 Location : bkt subang, shah alam
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Sat 5 Jul - 23:42 | |
| alhamdulillah.. masih ada insan yg dpt berfikir secara waras sblm tambah cawangan satu lg.. haiiii entahlah, kdg2 yg suka tambah menambah nie dtg dr golongan yg tak mampu pon (sori.. bkn nak kondem, tp realiti..ehee).. tp dorang bijak susun strategi.. bini no.1 mesti yg balik dr mesir.. sbb nanti senang nak didik anak2..pastu mudah nak dpt poligami (sbb bini tua lg byk ilmu ttg agama.. hehehe)... bini no.2 doktor.. no.3 lecturer.. hak bongsu, cikgu sekolah pon takpa dah... sbb yg atas2 blh cover mkn minum... eheeee.. tp apa2 pun kita tetap berdoa pjg2 supaya golongan yg berfikran spt nazj semakin bertambah... Amin... |
|
 | |
mamzie Mod PR


  Age : 40 Joined : 10 May 2008 Posts : 1066 Location : Kuantan,Pahang.
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Mon 7 Jul - 0:12 | |
| hidup nina betul tu imah....nak kahwin lagi guna alasan nak jadi mcm khalifah dan ikut sunnah nabi walhal mereka ni sebenarnya pasang strategi susun karier bini supaya senang tak yah keje sebab makan,minum dan pakai semua bini yang tanggung..  |
|
 | |
-wanie- ahli familiar


  Age : 26 Joined : 06 Jul 2008 Posts : 86 Location : klang
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Mon 7 Jul - 12:59 | |
| terharu baca coretan najz tu... mudah2an suami kita semua berfikiran sama.. |
|
 | |
mamzie Mod PR


  Age : 40 Joined : 10 May 2008 Posts : 1066 Location : Kuantan,Pahang.
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Tue 8 Jul - 8:37 | |
| kita semua berharap perkara yang sama....tapi menurut my hubby sebab pernah tanya dia tentang poligami ni...hubby kata kalau di dalam hati seorang lelaki tu dah penuh dgn rasa cinta pada anak isteri jadi tak perlulah mencari cinta yang lain,kalau nak tambah pun....tambahlah cinta pada Allah.Itulah pendiriannya...  |
|
 | |
imah_ar ahli familiar

  Age : 31 Joined : 04 Jul 2008 Posts : 46 Location : bkt subang, shah alam
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Tue 8 Jul - 11:48 | |
| | mamzie wrote: | kita semua berharap perkara yang sama....tapi menurut my hubby sebab pernah tanya dia tentang poligami ni...hubby kata kalau di dalam hati seorang lelaki tu dah penuh dgn rasa cinta pada anak isteri jadi tak perlulah mencari cinta yang lain,kalau nak tambah pun....tambahlah cinta pada Allah.Itulah pendiriannya...  |
maknanyer masih ramai lagi suami2 di luar sana yg masih waras berfikir... blh pertimbangkan ttg hati anak2 & isteri yg setia.. Alhamdulillah.. |
|
 | |
luvly e'in ahli familiar


  Age : 31 Joined : 03 Jul 2008 Posts : 45 Location : puchong,selangor
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Tue 8 Jul - 14:10 | |
| what a great story.... moral of d story, hargai & sayangilah isteri anda seadanya ...  |
|
 | |
mamzie Mod PR


  Age : 40 Joined : 10 May 2008 Posts : 1066 Location : Kuantan,Pahang.
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Tue 8 Jul - 19:09 | |
| insyaallah masih ada ramai lagi para suami kat luar tu yang masih berfikiran waras....so pandai2lah menjaga hatinya..  |
|
 | |
snhkolexi Enterpreneur


  Age : 27 Joined : 11 Jul 2008 Posts : 47
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Fri 11 Jul - 14:50 | |
| bagus la najz... berpikiran macam tu... teringat2 jugak kat bini kalo ada hati nak pasang baru..
kalo pk yg bes ke.. sah2 le bini muda.. tapi cube pk kan yg susah payah dgn 1st wife... byk kelebihan taw...
 |
|
 | |
Mawar Biru Collection Enterpreneur

  Age : 42 Joined : 14 May 2008 Posts : 48
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Fri 11 Jul - 16:03 | |
| dah nama pun cinta itu buta, memang dah hampir nak buta lah lelaki2 yang senang2 pasang lag 1, tak ingat ke pengorbanan isteri, dari lepas kawin naik moto, pastu senang sikit pakai keta, ada rumah sendiri, anak2 pun dah besar, ekonomi makin stabil bila capai usia 40 keatas, pendek kata tak de la yang kurang, masa tu la fikiran dia melayang2 dan mula berangan nak cari lain,
bodoh....... hidup dah senang2, pas tu nak susahkan diri la pulak..... kalo husben akak nak kawin lagi, akak bagi je, dengan syarat:- - Belanja poket akak sebulan 5,000 tak masuk keperluan lain2 - anak2 sebulan 2 ribu seorang, - Rumah sebiji atas nama akak, - Keta besar sebiji, - pas tu akak tak nak keja,
Pas tu kan akak pakat ngan anak2 kejakan bini muda dia.... hahaha.....
Biasanya lelaki yang ada hati nak pasang lain tu, umur dia 45 atas, Cubalah dalam usia begitu, belajarlah dekatkan diri dengan Allah, ingatkan mati......ini tak makin tua makin gatal......, ei geramnya.... |
|
 | |
mamzie Mod PR


  Age : 40 Joined : 10 May 2008 Posts : 1066 Location : Kuantan,Pahang.
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Sun 13 Jul - 22:46 | |
| hahaha....klulah hubby kak mawar baca forum ni tobat...nak pkr pasal kawin lain pun dia tak sanggup dah..... sebab tu orang tua2 selalu kata...makin tua makin menjadi macam keladi...sebab tu miangnya bkn main....  |
|
 | |
beefii ahli familiar

  Age : 25 Joined : 13 Jul 2008 Posts : 66
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 24 Jul - 13:11 | |
| walawehhhhh... nie yg rase nak bia jer topik nie appear kat screen... nnt hsbn nak gune pc msti dia bace dulu... hoho... wat's da great idea... tp cam da kantoi jer
cayokkk la kak najz  |
|
 | |
mamzie Mod PR


  Age : 40 Joined : 10 May 2008 Posts : 1066 Location : Kuantan,Pahang.
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 24 Jul - 15:53 | |
| ala beefii...kalau dah kantoi pun..wat2 tak tau jelah.....  |
|
 | |
beefii ahli familiar

  Age : 25 Joined : 13 Jul 2008 Posts : 66
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Fri 25 Jul - 10:56 | |
| hahahahaha
tak berkesempatan lg nak wat nie kak mamzie... kite tgk nnt berjaye ke tak... hehehehehe
chill out  |
|
 | |
deqlis Enterpreneur


  Age : 27 Joined : 27 Jun 2008 Posts : 188 Location : Bukit Jalil/Puchong/Sri Kembangan/Sungai Buloh
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Sat 26 Jul - 12:33 | |
| | najz nie lelaki ke perempuan ekk? |
|
 | |
shanash newbie

  Age : 28 Joined : 02 Jun 2008 Posts : 13
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Mon 28 Jul - 22:47 | |
| | Mawar Biru Collection wrote: | dah nama pun cinta itu buta, memang dah hampir nak buta lah lelaki2 yang senang2 pasang lag 1, tak ingat ke pengorbanan isteri, dari lepas kawin naik moto, pastu senang sikit pakai keta, ada rumah sendiri, anak2 pun dah besar, ekonomi makin stabil bila capai usia 40 keatas, pendek kata tak de la yang kurang, masa tu la fikiran dia melayang2 dan mula berangan nak cari lain,
bodoh....... hidup dah senang2, pas tu nak susahkan diri la pulak..... kalo husben akak nak kawin lagi, akak bagi je, dengan syarat:- - Belanja poket akak sebulan 5,000 tak masuk keperluan lain2 - anak2 sebulan 2 ribu seorang, - Rumah sebiji atas nama akak, - Keta besar sebiji, - pas tu akak tak nak keja,
Pas tu kan akak pakat ngan anak2 kejakan bini muda dia.... hahaha.....
Biasanya lelaki yang ada hati nak pasang lain tu, umur dia 45 atas, Cubalah dalam usia begitu, belajarlah dekatkan diri dengan Allah, ingatkan mati......ini tak makin tua makin gatal......, ei geramnya.... |
kak...confirm hubby akak x jd kawin kalo tgok syarat akak..  |
|
 | |
-wanie- ahli familiar


  Age : 26 Joined : 06 Jul 2008 Posts : 86 Location : klang
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Wed 13 Aug - 18:37 | |
| | deqlis wrote: | | najz nie lelaki ke perempuan ekk? |
wani pun pk benda yang sama... dulu macam laki.. skarang ada plak org panggil kak ye.. pompuan la tu.. |
|
 | |
patzie_girl ahli familiar


  Age : 26 Joined : 08 Aug 2008 Posts : 42 Location : keramat wangsa
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 14 Aug - 16:01 | |
| wani pun pk benda yang sama... dulu macam laki.. skarang ada plak org panggil kak ye.. pompuan la tu..[/quote]
saya baru nak puji "kalau najz lelaki - memang bahagiala sapa dapat najz.everything it's wonderfull'. "kalau najz perempuan - moga2 kaum lelaki berfikiran sebegitu agar setiap perhubungan sentiasa bahagia & indah'.  |
|
 | |
najz Enterpreneur


  Age : 37 Joined : 20 May 2008 Posts : 482 Location : selangor
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 14 Aug - 16:27 | |
| | deqlis wrote: | | najz nie lelaki ke perempuan ekk? |
agak2 perempuan ker lelaki , deqlis...  |
|
 | |
beefii ahli familiar

  Age : 25 Joined : 13 Jul 2008 Posts : 66
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 14 Aug - 17:12 | |
| ceh ceh ceh KAK najz....nak main cak cak lak...
hoho  |
|
 | |
najz Enterpreneur


  Age : 37 Joined : 20 May 2008 Posts : 482 Location : selangor
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Thu 14 Aug - 17:20 | |
| | beefii wrote: | ceh ceh ceh KAK najz....nak main cak cak lak...
hoho  |
adussss beefi...dah kantoi...  |
|
 | |
nurul Enterpreneur


  Age : 29 Joined : 13 May 2008 Posts : 124 Location : PahanG (bera, kuantan, k.lipis)
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Fri 15 Aug - 16:20 | |
| ingin ku titipkan puisi si suami dan isteri...buat tatapan bersama..
Puisi Sang Suami…
Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...
***Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu....
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah...!!! |
|
 | |
kembangsemangkuk Enterpreneur


  Age : 43 Joined : 20 May 2008 Posts : 365 Location : Alor Star
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Mon 18 Aug - 19:43 | |
| wahahahaha.... baguih lah puisi nurul nih... suka benor akak membacanya.... ko dpt kat ane puisi ni nurul??? pdn muka tok laki tuh!!! konon dia lah mentari.... tetiba sebtg mancis jer.... silap2 bakar diri dia sndri....huhuhu |
|
 | |
noor_ubai newbie

  Age : 24 Joined : 03 Aug 2008 Posts : 19
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Mon 18 Aug - 23:14 | |
| kalo semua suami2 kat duni ni berfikiran mcm ni.. seronok hati isteri2...  |
|
 | |
zueadna newbie

  Age : 38 Joined : 24 Jul 2008 Posts : 2
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Tue 19 Aug - 13:27 | |
| really salute lah kat lelaki yang macam nih...hmmm...agaknya dalam sepuluh nak dapat satu pun susah  |
|
 | |
patzie_girl ahli familiar


  Age : 26 Joined : 08 Aug 2008 Posts : 42 Location : keramat wangsa
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Wed 20 Aug - 2:13 | |
| puisi nurul tu bagusla...kalaulah suami saya suka baca forum ni kan bagus...  |
|
 | |
nurul Enterpreneur


  Age : 29 Joined : 13 May 2008 Posts : 124 Location : PahanG (bera, kuantan, k.lipis)
| Subject: Re: Luahan Seorang Suami Wed 20 Aug - 9:16 | |
| | patzie_girl wrote: | puisi nurul tu bagusla...kalaulah suami saya suka baca forum ni kan bagus...  |
mmm...
sama lah kita..patzie !
klu nak tgu hb baca forum cam kita... memang tak terbaca puisi ni dek diorg..
so, the best way...hntar je email kat diorg.. baru dia akan baca...
hehe...  |
|
 | |
|