pekanrabu
alamat url PR akan bertukar kepada www.pekanrabu.biz bermula 14 Ogos 2008. Enjoy!
HomeFAQSearchRegisterLog in
 

Penyakit Barah Pangkal Rahim

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nazruincreation
newbie
newbie


CapricornRat
Age : 35
Joined : 15 Jul 2008
Posts : 23
Location : Damansara

PostSubject: Penyakit Barah Pangkal Rahim   2008-07-15, 8:36 am

Penyakit Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

• Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
• Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
• Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
• Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

• Tabiat seks - memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).

• Agen jangkitan - terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.

• Tidak menjaga kebersihan diri.
• Menghisap tembakau.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.

Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan
Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi
Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser.
Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil
Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati

Ujian ini boleh didapati di:
• Pusat Kesihatan Kerajaan
• Klinik Perancang Keluarga
• Hospital/Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian-ujian PAP Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian PAP Smear
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.
Back to top Go down

Penyakit Barah Pangkal Rahim

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
pekanrabu :: Hal keluarga dan anak-anak-