HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Latest topics
» Lot Banglo Cantik di Besut_Tepi Sekolah
Today at 1:08 pm by anjang

» TERHANGAT DI PASARAN!!!_Susu Kambing WITH Madu
Today at 1:07 pm by anjang

» Single Breast pump | www.herbauntuklelaki.com
Yesterday at 8:43 pm by untuklelakidotnet

» hot kiss strawberry
Thu 23 Oct 2014, 9:47 pm by untuklelakidotnet

» Hot Kiss Strawberry Cream | www.lelakiwanita.com
Thu 23 Oct 2014, 9:39 pm by untuklelakidotnet

» Singlet cegah boroi / Slim'N Lift for MEN | www.lelakiwanita.com
Wed 22 Oct 2014, 6:06 pm by untuklelakidotnet

» Singlet Lelaki MURAH Untuk Cegah Perut Boroi & Buncit
Wed 22 Oct 2014, 6:04 pm by untuklelakidotnet

» Jus Al-Qamar | www.lelakiwanita.com
Tue 21 Oct 2014, 6:53 pm by untuklelakidotnet

» Jus Al Qamar • www.lelakiwanita.com
Tue 21 Oct 2014, 6:50 pm by untuklelakidotnet

Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3 ... 10 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:11 am

10 Perkahwinan Artis Paling Glamor 2008

Gua.com.my telah menyenaraikan 10 perkahwinan artis paling glamor sepanjang tahun 2008, satu penulisan yang teliti & baik daripada penulis forum popular itu. Percaya atau tidak, perkahwinan Mawi & Ekin tidak berjaya merangkul tempat pertama, sebaliknya, artis lain yang lebih menonjol perkahwinan mereka. Siapakah mereka? Lihat lah senarai ranking terbaru ini..



1. Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
2. Ning Baizura & Omar Sharif
3. Maya Karin & Steven David Shorthose
4. Mawi & Ekin
5. Datin Nor Azlina Redzuan & Dato’ Yusof Annuar
6. Nabila Huda & Zaidy
7. Dynas & Fizzy
8. Nik Azura & Shaffique
9. Deja Moss & Azfendy
10.Intan Sarafina & Iskandar

Nampaknya, impian Mawi & Ekin untuk menjadikan perkahwinan mereka sebagai ‘Wedding of the Year’ tidak tercapai.hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:14 am

Pose Manja Abby Abadi Selepas Bercerai



Pasti membuatkan bekas suaminya, Norman Hakim terliur semula.



Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:15 am

(Gambar) Cico Harahap Peluk Gadis ketika Isteri Sarat Mengandung



Selepas kita mendengar sidang media yang di’buat Cico pada dua minggu yang lepas mengenai perkahwinan yang di’rahsiakannya. Kini gempar lagi apabila gambarnya berpelukan dengan seorang gadis berdepankan air arak ketika isterinya sedang sarat mengandung.

Apa yang membuktikan saya berani mengatakan gambar ini di’ambil ketika isterinya sarat mengandung ialah; Gambar ini di’ambil menggunakan kamera jenis Canon PowerShot A420. Ketika kejadian, gambar ini di’ambil sekitar 17 November 2008 hingga 5 Disember 2008. Bukan’kah itu masih lagi baru?

apa yang lebih menarik, kesemua gambar ini juga di’ambil sekitar 1.40 pagi hingga 2.02 pagi. Waktu dan situasi di’dalam gambar jelas menunjukkan dia berada di kelab malam. Di’manakah isterinya ketika itu? Adakah Cico menghantar isterinya ke’rumah mertuanya kemudian dia pergi berfoya-foya bersama rakan-rakannya?
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:22 am

Saudara Mawi Tak Menang Tangan!



Biarpun pihak keluarga Mawi tidak perlu bersusah-payah untuk menyediakan jamuan kenduri untuk majlis perkahwinan Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) ini, namun Teratak Bonda yang sekian lama menjadi kediaman mereka di Jalan Enggang 1, Felda Taib Andak, tetap riuh dan sibuk laksana anak raja naik pelamin.

Apakan tidak, selain sibuk menyediakan bunga telur serta cenderahati yang dilakukan secara rewang (gotong-royong) bersama sanak-saudara serta jiran tetangga seramai 30 orang, mereka juga sibuk menyediakan pelamin untuk anak-anak buah Mawi berkhatam secara beramai-ramai yang akan diadakan jam 2 petang, hari ini.

Kakak Mawi, Rashidah Ani (gambar kecil), berkata sudah 3 hari berturut-turut dia bersama keluarga, saudara-mara serta jiran tetangga bertungkus-lumus untuk menyediakan bunga telur serta cenderahati tersebut.

"Saya pun tak tahu sama ada semua ini sempat dihabiskan sebelum majlis perkahwinan Mawi dan Ekin diadakan esok (Ahad) atau tidak, sebab jumlahnya bukanlah sedikit. Tak menang tangan dibuatnya!

"Tengoklah banyak lagi yang perlu disiapkan dan ada di antara cenderahati ini pula yang baru saja sampai di sini petang semalam dan kebanyakan mendapat tajaan," katanya yang ditemui di Teratak Bonda.

Maklum dengan segala kata nista serta kutukan yang dilemparkan ramai pihak terhadap Mawi berikutan majlis perkahwinan yang dikatakan riak dan membazir, Rashidah berkata, sebagaimana Mawi dan Ekin, dia juga sudah lali.

"Kalau ikutkan kita mahu buat mengikut syarat yang perlu saja, tetapi disebab nama Mawi itu, ramai orang sudi hendak membantu dan menghulurkan tajaan. Kita buat ini pun untuk peminat dan kenalan Mawi. Jumlah tetamu sangat ramai dan kita kenalah sediakan hidangan dan buah tangan yang cukup. Tahu sajalah, terlebih pun orang mengata dan terkurang pun orang mencela.

"Saya pun sedih bila orang mengata yang bukan-bukan. Biarlah itu hak masyarakat, yang penting saya mahu lihat adik saya Mawi dan adik ipar saya Ekin gembira dengan hari perkahwinan mereka ini," kata Rashidah.


Antara persiapan di Teratak Bonda

- 2,500 bunga telur telah disediakan untuk tetamu khas yang mana 2,000 daripadanya adalah telur pindang, manakala 500 lagi telur rebus.

- 5,000 cenderahati turut disediakan untuk tetamu, kendarat, pemain kompang serta mereka yang terlibat secara langsung di dalam majlis perkahwinan Mawi.

- 500 cenderahati telah disediakan untuk tetamu yang menghadiri majlis khatam Al-Quran.

- 50 cenderahati untuk teman-teman jauh Mawi yang tidak dapat hadir pada hari perkahwinan Mawi nanti.

- 100 bunjut bunga rampai untuk majlis persandingan Mawi dan Ekin di Teratak Bonda.


Antara persiapan di Padang Bola Felda Taib Andak

- Pihak LC Catering dari Johor Bahru akan menyediakan jamuan makan untuk 15,000 ribu tetamu dan peminat di
Padang Bola.

- Juadah yang disediakan adalah dari masakan Jawa seperti Nasi Halia dan Ayam Penyet.

- Sebanyak 2 khemah yang boleh memuatkan 100 meja setiap didirikan. Satu khemah di padang bola lengkap dengan sebuah pelamin.

- Pihak pengeluar Ais Krim Wall's telah bersetuju menaja 15,000 ais krim Cornetto untuk tetamu serta peminat yang datang nanti.

- Sebanyak 15 pengawal keselamatan didatangkan dari Kuala Lumpur untuk mengawal majlis perkahwinan Mawi Ekin nanti, manakala 15 lagi daripada kampung Felda Taib Andak sendiri.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:25 am

Peminat Mawi Bengang



KL, 30 DIS 2008 : Selesai sudah majlis persandingan Mawi dan Ekin yang berlangsung di Taib Andak Ahad lalu. Kini pasangan mempelai itu hanya perlu menempuh satu lagi persandingan yang dijadual berlangsung pada 11 Januari nanti di Hotel Palace of The Golden Horses.

Bertuah kepada sesiapa yang berpeluang menyaksikan perjalanan majlis mereka di saluran Astro Prima minggu lalu, apabila Mawi dan Ekin dirai dengan menaiki helikopter, diarak oleh konvoi kelab motosikal Johor dan kereta antik. Apatah lagi kepada pengunjung yang meyaksikannya dengan lebih dekat. Mungkin majlis ini adalah yang terbesar pernah diadakan di Felda tersebut.

Tetapi sebaliknya dirasai kepada peminat fanatik yang datang dari jauh dan terpaksa menunggu berjam-jam semata-mata untuk berjabat salam dengan Mawi dan Ekin. Bagi mereka, lambaian daripada Mawi sudah cukup untuk menjadi pengubat rindu. Daripada pemerhatian murai batu, rata-rata mereka adalah golongan wanita veteran.

Pada mulanya murai batu menganggap ia sudah menjadi kesulitan kepada mereka, dengan bersusah payah untuk bertemu Mawi, tetapi apabila sampai ke Taib Andak, habuk pun tarak. Tetapi bagi mereka, Mawi adalah segala-galanya. Ada diantara mereka yang naik marah sehinggakan menengking-nengking apabila tidak dibenarkan masuk. Kesian…

Daripada kebanyakan peminat yang berada di luar pagar dewan (tidak boleh masuk), seorang remaja lelaki yang terencat akal menarik perhatian murai batu. Cukup terharu melihat dia yang sedang memegang keratan akhbar yang terpampang gambar Mawi dan Ekin.

Remaja berkenan yang datang dari Kuala Lumpur datang bersama keluarganya semata-mata ingin mendapatkan tandatangan daripada Mawi dan Ekin.

Selepas ibunya berhempas pulas memujuk anggota Rela supaya dibenarkan masuk ke dalam dewan, mereka sekeluarga tetap tidak dibenarkan.

Bukan sahaja murai batu yang memerhatikan remaja tersebut, Pegawai Eksekutif, Maestro Talent Sdn Bhd, Freddie Fernandez yang berkebetulan berada disitu turut tersntuh hati melihat remaja berkenan.
Akhinya, dengan jasa baik Freddie, dalam keadaan kelam kabut, remaja itu dibenarkan masuk dan meminta Mawi dan Ekin untuk menandatangangi kertas yang dibawa.

Apa yang menariknya murai batu sempat merakamkan video kisah remaja itu dan peminat yang tidak dibenarkan masuk ke alam dewan.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:26 am

Lagu Misha Sesuai Untuk Abby-Norman-Memey?



Murai Batu adalah antara orang yang seronok apabila melihat album solo terbaru Misha Omar muncul di pasaran. Maklumlah dah lama sangat tunggu macam buah tak gugur, akhirnya gugurlah buah itu dan gembira kerana buahnya sedap dan manis.

Cuma yang tak puas, lagu-lagu baru tak banyak dimuatkan, sebaliknya beberapa lagu-lagu yang dah pernah kita dengar macam Ku Seru, Sembunyi dan Nafas Cahaya. Kiranya macam album separuh kompilasi.

Tapi dalam banyak-banyak lagu, Murai Batu jatuh cinta sangat dengan lagu Cinta Adam Dan Hawa ciptaan Azmeer & Arwah Loloq. Melodi, susunan muzik, senikata dan vokal Misha sungguh berkesan di hati Murai Batu sampai jadi ketagih dan gian untuk mendengarnya berulang kali.

Bagi Murai Batu, Cinta Adam Dan Hawa adalah karya masterpiece barisan penciptanya serta penggubah lagu Ramli MS yang memantau pembikinan album itu. Gesekan strings lagu itu boleh buat jantung Murai Batu luruh sekejap!

Yang sensasinya, ketika mendengar sebuah lagu balada dalam album itu berjudul Sampai Di Sini ciptaan Ajai & Slen, fikiran Murai Batu tiba-tiba terus melayang kepada kemelut hidup Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey!

Maklumlah, antara liriknya berbunyi: "Biarlah ku yang merasai... kesan pilu dalam hati ... seandainya engkau mahu bersama dia... Selamat tinggal kasih, ucapkan perpisahan, biarlah cinta ini menjadi kenangan..."

Entahlah, mungkin juga secara kebetulan lagu itu mengisahkan tentang kasih sayang terputus kerana adanya orang ketiga. Kalau begitu, ia pun sesuai sangat ditujukan kepada Nora Danish dan bekas suaminya, bukan?

Apapun, Murai Batu harap album baru Misha itu akan sukses. Sekarang ni kan musim artis-artis top di sana-sini nak keluar album baru macam Datuk Siti, Mawi, Britney Spears (dah keluar pun), Whitney Houston dan U2.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:28 am

Histeria Dah Hampir Kaut RM2 Juta



KL, 29 DIS 2008: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada Tayangan Unggul Sdn Bhd dan pengarah James Lee kerana filem seram thriller mereka, Histeria, mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan.

Difahamkan, filem bakal menghampiri kutipan RM2 juta selepas ia mula ditayangkan di pawagam pada 18 Disember lalu.

Dengar khabar, bukan Orang Melayu saja yang pergi tengok, Murai Batu difahamkan, kaum lain menyukai filem ini kerana promonya menarik, macam filem seram Thailand dan Korea.

Murai Batu pun dah tengok Histeria dan ia memang nampak hebat pada babak hantu jembalang membunuh mangsanya di sebuah sekolah pada musim cuti.

Mungkin ramai nak tengok lakonan Liyana Jasmay dan Scha Al-Yahya yang sekarang tengah popular dengan siri Awan Dania tu. Kiranya ini filem pasal gadis-gadis remaja dan pelakon lelaki bukannya hero.

Dalam pada tu tersentak juga Murai Batu melihat babak lesbian (sekadar ciuman) antara Yana dan Scha. Hai, itulah gelagat budak-budak sekolah asrama. Hah, itu kena selalu dipantau sebab gejala tidak sihat sebegitu selalu berlaku di sekolah asrama terutama satu gender.

Satu lagi, Murai Batu nak ketawa dan terpotong stim sekejap apabila babak kematian cikgu lakonan Adiputra. Dah cantik-cantik syot dan kesan khas untuk babak itu, tiba-tiba mata Adiputra yang dah 'mati' pula boleh terkenyit (kejip, kata orang Utara)! Mungkin ramai tak perasan cuma orang-orang yang cerewet macam Murai Batu saja kot (haha, perasanlah pulak).

Walau apapun, filem ini memberi pengajaran supaya kita jangan bersahabat dengan hantu dan jembalang kerana ia boleh membawa musibah. Jadi, kalau nak tengok darah, jerit dan darah, pergilah tengok Histeria!
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:32 am

Karnival SB Ria Di PJ Meriah!



Pernikahan Mawi & Ekin yang berlangsung pada hari dan waktu yang dengan Karnival SB Ria di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor (berdepan dengan Amcorp Mall), Sabtu lalu tidak terjejas.

Sebaliknya, penganjuran Karnival SB Ria yang diadakan dengan tujuan untuk menghulurkan bantuan kepada anak bekas pasangan peserta Sehati Berdansa 2, Sharil Arsat dan Noraini Morat, telah berjaya dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Kehadiran 10 pasangan selebriti Sehati Berdansa 2 iaitu Khai & Rosma, Asheed & Shima, Khairil & Amyza, Salyo & Sasha, Mazin & Anisa, Shahril & Sabrina, Jamal & Ida, Fauzi & Lisda, Zairi & Ani serta Shahril & Noraini turut memeriahkan lagi Karnival SB ini.

Acara di Karnival SB Ria itu dimulakan dengan persembahan aerobik pada awal pagi yang dikendalikan jurulatih Selebriti Fitness, koreografer Linda Jasmine Studio.

Antara pasangan selebriti Sehati Berdansa 2 yang menyertai acara yang menyeronokkan ini adalah Khai & Rosma, Asheed & Shima, Shahril & Noraini serta Jamal & Ida.

Acara kemudian diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada artis Akademi Fantasia (AF) seperti Mama Rina, Nubhan, Noni, Rizal, Aby dan Nadia yang cukup menghiburkan bersama aksi dan celoteh bersahaja daripada pengacara Alam & Farish.

Tumpuan pengunjung nampaknya lebih tertumpu kepada Nubhan, Nadia serta Noni yang cukup ligat menyanyi dan menari sambil membawakan gaya ala-ala penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Kemunculan Mama Rina, Rizal dan Aby tidak menghampakan terutama Aby yang sudah sekian lama tidak muncul di khalayak ramai.

Bagi acara sukaneka pula, pasangan selebriti Sehati Berdansa 2 yang mengambil bahagian adalah Sharil & Noraini, Amyza Aznan & Khairil, Lisdawati & Fauzi, Salyo & Sasha serta Khai (Rosma tidak dapat ikut serta kerana sedang hamil).



Bersama sukarelawan atau kakitangan badan amal serta rumah kebajikan yang diwakili mereka, setiap pasangan selebriti Sehati Berdansa 2 itu sibuk menyempurnakan beberapa aktiviti.

Misalnya, membawa bola ping pong di dalam sudu, lari dengan kain pelikat atau kain batik, lari kepit bola, lompat guni, rope jumping, lari dengan tempurung kelapa, lompat dengan kaki berikat, roll the hula-hoop, lari secara undur ke belakang serta lari balut tisu.

Acara yang terakhir adalah lelongan beberapa pakaian atau barangan pereibadi kepunyaan kesemua pasangan selebriti Sehati Berdansa 2 seperti pakaian, kasut, jam tangan, aksesori serta barangan perhiasan rumah.

Namun, barangan paling mahal yang telah dijual menerusi acara lelongan ini adalah buku yang dilengkapi dengan segala maklumat tentang penubuhan serta kejayaan kelab bola sepak Manchester United kepunyaan Jamal Jamaludin.

Dengan harga penutup sebanyak RM100, buku tersebut berjaya menjadi milik Farish selepas berlakunya tawar menawar harga yang cukup hebat di antara Farish dengan seorang kakitangan Astro.

Karnival SB Ria turut diserikan dengan kehadiran beberapa gerai-gerai daripada badan amal serta rumah kebajikan yang diwakili setiap pasangan peserta.

Pengunjung bukan saja berpeluang beramah mesra dengan pasangan selebriti Sehati Berdansa 2 ini tetapi juga berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang sesebuah badan amal atau rumah kebajikan yang menyertai karnival tersebut.

Terdapat juga beberapa gerai lain daripada pihak penganjur sendiri, gerai yang menjual makanan & minuman serta gerai portal hiburan murai.com.my yang memberikan maklumat terkini tentang perkembangan Mawi & Ekin dari semasa ke semasa.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:37 am

Ashraf & Bunga Lena Dibuai Bahagia

Ikan di laut asam di darat, kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana. Begitulah kuatnya jodoh insan dari dua negara, Ashraf Danial Mohamed Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Perhubungan jarak jauh di antara artis Malaysia dan Indonesia ini langsung tidak menjadi penghalang kepada percintaan pasangan ini. Segalanya terbukti apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 8 November 2008 yang lalu di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.

Perkenalan

Setiap perhubungan itu pasti bermula dengan titik pertemuan. Seperti pasangan ini, mereka mula dipertemukan sewaktu Bunga sedang menjalankan promosi album pertamanya, ‘Cinta Pertama’ di Kuala Lumpur. Ashraf yang ketika itu merupakan pengacara rancangan Astro, Beat TV ditugaskan untuk menemubual Bunga bagi menggantikan tugasan pasangan pengacaranya, Sazzy.

Selesai sahaja menemubual, Ashraf ada memberikan bunga serta sekeping nota yang tertera nombor telefon dan alamat emailnya. Respon baik yang diterima Ahsraf saat itu memberi petanda baik untuk mengenali Bunga dengan lebih dekat. Kedatangan Bunga ke Kuala Lumpur untuk merasmikan filemnya dua minggu selepas itu membuka jalan yang lebih luas bagi perkenalan mereka.

Dari saat itulah mereka saling berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Bagi Bunga, memang tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bercinta dengan ‘orang jauh’. Namun berbeza pula dengan Ashraf yang dari kecil lagi sudah dapat merasakan bahawa dia akan bersama dengan orang dari jauh (tanpa mengetahui sebabnya). Apa yang dianggap ‘mimpi’ selama ini menjadi satu kenyataan apabila hubungan mereka berakhir dengan satu ikatan sah setelah menjalin hubungan selama satu tahun setengah.

Ditanya mengenai kesukaran yang dihadapi selama meneruskan hubungan jarak jauh, mereka akui bahawa adakalanya mereka terpaksa menempuhi situasi yang agak sukar terutamanya tatkala menyentuh hal kesibukan kerja sehinggakan terpaksa membatalkan perjumpaan yang telah dirancang. Dalam hal itu, mereka melihatnya dari sudut positif dan memikirkan bahawa apa yang perlu adalah memperbanyakkan komunikasi sebagai alternatif, dengan harapan mereka dapat belajar cara untuk menyampaikan mesej dah memahami kehendak masing-masing.

Serasi

Bagi Ashraf, kehadiran Bunga bagai melengkapi kekurangan yang ada di dalam dirinya. Bunga pula menganggap suaminya adalah segalanya, tambah lagi dengan sikap Ashraf yang penyabar dan memahami dalam banyak perkara.

“ Kami ada banyak persamaan dan banyak juga perbezaannya. Dari segi persamaan, kami berdua memang workaholic. Kami mahu mencapai impian masing masing. Selain itu, kami gemarkan kucing dan kini telahpun memiliki seekor kucing, London. Kalau dari segi perbezaannya, saya suka bangun pagi tetapi Bunga sebaliknya,” ujar Ashraf sambil berjenaka.

Perancangan Masa Hadapan

Menyentuh soal kerjaya, selepas ini Ashraf dan Bunga akan sentiasa menyokong kerjaya masing-masing. Pembabitan mereka dalam bidang yang telah diceburi sebelum ini akan diteruskan seperti biasa. Tambahan lagi, rezeki yang diterima semakin baik. Ini dapat dilihat melalui tawaran kontrak 200 episod yang diterima mereka dari sebuah Production House bernama Sinemart.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:39 am

Kesihatan ibu tidak menentu-‘Kerap menangis terkenang Aidil’

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya! Itulah yang boleh digambarkan dengan pasangan Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, dan Rita Rudaini Mokhtar, 32, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu.



Tindakan pemain bola sepak kebangsaan serta pelakon popular itu ternyata memberikan impak negatif kepada perjalanan kehidupan peribadi mereka lantaran banyak pihak yang mula memberikan respons terhadap pasangan itu yang sanggup membelakangkan keluarga demi ‘keagungan’ sebuah cinta.

Kakak sulung Aidil Zafuan, Ruziehana Abd. Radzak, 37, ketika dihubungi baru-baru ini memberitahu dia serta keluarga pasrah dan reda dengan berita tersebut. Katanya, perkara tersebut (pernikahan) sudah berlaku dan mereka menerima keputusan yang dibuat oleh Aidil Zafuan dan Rita dengan hati terbuka.

“Apa yang boleh saya cakap lagi? Semuanya sudah terlanjur dan buat masa ini saya bersyukur kerana kedua ibu bapa saya ‘kuat’ ketika mendengar berita tersebut. Apa yang keluar daripada mulut ibu dan bapa saya ialah mereka sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Aidil Zafuan.

“Tapi apa yang tersimpan atau terbuku di dalam hati mereka saya tak boleh nak baca. Kalau tanya mereka restu atau tidak dengan pilihan Aidil Zafuan, saya tak boleh komen. Sebabnya mereka sekarang pun masih trauma dan terkejut dengan berita yang mereka terima. “Cuma pada waktu malam saya lihat ibu saya menangis dan bapa saya pula rasa seperti kehilangan dan keadaannya tidak menentu.

Kalau fikirkan kembali, memang saya marah dengan tindakan Aidil Zafuan tapi saya pasrah kerana dia berkahwin pun sebab nak elakkan perkara tak baik berlaku di antaranya dengan Rita,” ujar Ruziehana yang lebih selesa membiasakan dirinya dengan panggilan Kak Long.

Ditanya tentang perubahan Aidil Zafuan yang telah bergelar suami lebih sepuluh bulan, Ruziehana menyatakan tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh adiknya itu membuatkan dia dan keluarga tidak mengesyaki Aidil Zafuan sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga. Oleh sebab itu jugalah bapa dan ibunya sentiasa menafikan akan perkara tersebut apabila ditanya oleh mana-mana pihak khususnya pihak media.

“Selama ini Aidil Zafuan sama sahaja seperti biasa. Dia menjalani latihan bola sepak dan pulang ke rumah seperti biasa. Malah pada hari raya yang lalu keakraban serta sikapnya langsung tidak berbeza. Cuma kadang-kadang dia mendiamkan diri dan duduk ‘berkurung’ dalam bilik. “Mungkin kerana memikirkan cara untuk memberitahu keluarga tentang pernikahannya. Tapi dia takut untuk berterus terang kerana memikirkan keadaan kesihatan kedua ibu bapa saya yang tidak menentu hinggalah dia berterus terang dengan saya pada 13 Disember lalu. Dia menemui saya bersama Rita dan ketika itu Rita hanya mendiamkan diri.

“Selepas berbincang dengan adik-beradik, kami nekad untuk memberitahu ibu bapa kami pada keesokan harinya dan berpendapat perkara ini perlu ‘dijernihkan’. Itulah sebabnya keluarga saya mengadakan sidang akhbar di rumah kami baru-baru ini,” katanya yang mengakui tidak tahu di mana Aidil Zafuan dan Rita menetap selepas mereka mendirikan rumah tangga. Apa yang diharapkan dengan perkahwinan Aidil Zafuan dan Rita, agar mereka berdua sentiasa bahagia dan bertanggungjawab dengan apa sahaja yang mereka lakukan.

Malah Aidil Zafuan juga menurut Ruziehana tidak mahu Rita dipersalahkan dalam hal ini kerana sebagai lelaki dia bersedia memikul tanggungjawab.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:49 am

Ani & Shahril menari demi Qistina



GELAGAT si kecil yang baru keluar dari kereta segera mencuri pandangan. Si kakak berlari menuju padang permainan, manakala si kecil pula ketinggalan di belakang kerana melalui laluan di celah-celah rimbunan pohon buluh di taman rekreasi berkenaan. Namun, segera dia mengekori dan pantas berlari ke buaian bersama kakaknya.

Aksinya tatkala dipotretkan bersama ibu dan bapa, Noraini Morat dan Shahril Arsat serta kakaknya Khayrin Sofia, 7 tahun, juga tidak kalah di sebalik keadaan cuaca yang sedang berubah dari panas terik ke mendung dan kemudian menitikkan hujan sehingga memaksa sesi fotografi disegerakan.

Di sebalik fizikalnya yang kelihatan sihat dan aktif bermain itu, Khayrin Qistina, 3 tahun sebenarnya mempunyai masalah jantung sejak dilahirkan. Walaupun belum sampai tahap serius, namun keadaan kesihatannya sentiasa dipantau bagi mengelak daripada menjadi lebih serius apatah lagi pada usianya yang masih muda ini.

Malah, disebabkan si kecil ini jugalah Noraini dan Shahril yang sebelumnya masing-masing pernah dikenali sebagai pelakon drama dan pemain bola sepak, muncul semula setelah masing-masing meninggalkan karier berkenaan dengan menyertai pertandingan Sehati Berdansa musim kedua terbitan Astro Ria.

“Mulanya memang tidak terfikir pun nak masuk. Apabila dapat tawaran, terlintas juga, eh! betul ke nak menari depan orang ni? Sebenarnya sampai saat akhir pun, kami masih belum yakin sangat nak masuk,” imbas Noraini atau lebih dikenali sebagai Ani, 30 tahun, yang pernah membintangi beberapa buah drama seperti Cinta.Com, Cik Yah Balik Kampung, Pinang Durian di samping sebagai model sambilan sebelum menyepikan diri untuk memberi tumpuan kepada anak dan rumah tangga. Turut diakui Shahril yang berada di sisi.

“Terkejut juga semasa pihak Astro offer. Takkan kita nak menari, depan orang ramai lagi tu. Takut tu ya juga. Macam mana pula feedback daripada orang ramai? Tapi, selepas pihak Astro terangkan yang ia berkaitan dengan badan amal, kami terima. Lagipun, ia ada kaitan dengan anak yang juga mempunyai masalah jantung. Itulah juga yang menyuntik semangat kami untuk cuba yang terbaik demi membantu menyumbang dana kepada Yayasan Jantung Malaysia yang kami wakili,” jelas Shahril.

Walaupun mengakui agak terkilan kerana hanya sempat mengumpul sebanyak RM2,000 untuk yayasan berkenaan setelah tersingkir pada minggu kedua, namun pengalaman yang ditimba dalam waktu yang singkat dalam program berkenaan meninggalkan kesan tersendiri apatah lagi apabila berpeluang melawat kanak-kanak penghidap jantung kronik.

“Memang begitu menyentuh perasaan ketika melihat tubuh kanak-kanak ini yang ‘ditebuk’ di sana-sini. Risau juga. Teringat kepada Qistina yang menghidapi masalah jantung sejak lahir. Sekarang ini walaupun belum perlu buat pembedahan, tetapi dia sentiasa dalam pemantauan bagi mengelak terkena selesema dan jangkitan kuman,” jelas Shahril lagi.
Back to top Go down
View user profile
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 5108
Age: 37
Location: under 1 roof
Registration date: 03/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:50 am

Info Menarik Perkahwinan Mawi - Ekin

Berikut adalah antara info menarik PERKAHWINAN MAWI DAN EKIN di FELDA TAIB ANDAK, KULAI, JOHOR.

Majlis persandingan berkonsepkan Jawa kontemporari atau moden yang diuruskan jurusolek artis tersohor, Zulfazli Suhadi menerusi syarikatnya Dewa Dewi Beauty House. Membabitkan 20 orang yang dipecahkan kepada tiga kumpulan. Zulfazli juga menyolek Ekin, manakala Mawi disolek Tona.



*Kostum Jawa termasuk aksesori untuk mempelai mencecah RM50,000. Bagi pelamin dan dekorasi pula dianggarkan sekitar RM200,000.

*Konsep pelamin adalah inspirasi istana lama Jawa yang mana perabot di Dewan Serbaguna ditaja Grandteak Puchong, Selangor.

*Kos bunga yang digunakan hamper RM 10,000.

*Hiasan dalaman dan dekorasi dewan, pelamin di rumah Mawi (Teratak Bonda), kamar pengantin dan pelamin Padang Awam ditaja Adli Bridal Johor Bahru.

*Untuk dewan persandingan utama, lebih 30 meja ditempatkan untuk tetamu.

*Dijangka lebih 15,000 orang membanjiri Padang Awam Felda Taib Andak untuk acara persandingan terbuka, namun pada hari persandingan itu 20,000 tetamu yang hadir untuk menyaksikan Mawi dan Ekin secara dekat. Mereka turut bersalaman dengan pasangan mempelai ini.

*Menurut Zulfazli, dia yang menawarkan diri kepada Mawi untuk membuat persiapan pelamin dan busana kahwin kerana selalu berjumpa Mawi di pertunjukan Gempak Selebriti Astro. Katanya, Mawi sendiri yang mengimpikan konsep Jawa sedari awal lagi.

*Pemilihan Bob KU2 dan Yasin sebagai pengacara majlis persandingan di Dewan Serbaguna juga dilihat tidak bersesuaian dengan upacara majlis itu yang dianggap berprestij. Mungkin jika dipilih pengacara yang lebih serius dan bijak mengawal keadaan, majlis Mawi tempoh hari mungkin lebih sempurna.

*Hak penyiaran perkahwinan Mawi dan Ekin adalah hak sepenuhnya bagi Astro, tetapi pada masa yang sama Astro turut bersifat terbuka untuk bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Stesen itu memberi peluang kepada bukan pelanggan Astro untuk sama-sama meraikan kemeriahan majlis perkahwinan Mawi dan Ekin.

*Malah, Astro memberi kelonggaran kepada TV3 menerusi program Nona dan Buletin Utama untuk membuat liputan majlis yang sama namun pada durasi yang terhad.

*Pengarah Pemasaran Jakel, Azlan Abu Bakar turut hadir biarpun syarikat fabrik terkenal ini tidak menaja majlis persandingan Mawi dan Ekin di Felda Taib Andak. Jakel hanya menaja kain persalinan mereka sewaktu bernikah dan resepsi 11 Januari nanti bekerjasama dengan Rizalman termasuk pelamin.

Menarik atau tak menarik? Lu fikirlah sendiri..hehe
Back to top Go down
View user profile http://www.easypha-max.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:53 am

LAWAK SANTAI:MAWI & EKIN...



Mawi : Alhamdulillah, semuanya selesai.
Ekin : Belumlah bang. Ada orang lagi tunggu kat luar tu !




Yang kat luar kenapa tak masuk ? Ohhh ! Tak berbaju Melayu !



Siapa yang tunggu kat luar tu bang ?
Back to top Go down
View user profile
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 5108
Age: 37
Location: under 1 roof
Registration date: 03/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:56 am

Perkahwinan Pemain Bowling Negara Shalin Zulkifli & Azidi Ameran

Malaysia’s female professional bowler Shalin Zulkifli tied the knot with former national bowler Azidi Ameran on 28 December 2008 ending their 14-year relationship. Shalin received a dowry of RM9,999 and mas kahwin of RM88.88 from Azidi.



Back to top Go down
View user profile http://www.easypha-max.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 9:58 am

Adlin, Emelda pergi kursus kahwin




DALAM diam, pasangan merpati dua sejoli, pelakon Emelda dan kekasihnya yang juga pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramlie sudah menghadiri kursus nikah di Bangsar, Kuala Lumpur, minggu lalu. Bermakna tidak lama lagilah majlis pernikahan mereka akan berlangsung.

Secara kebetulan seorang teman wartawan Berita Harian turut mengikuti kursus nikah bersama pasangan itu. Khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Emelda dan Adlin merancang melangsungkan hari bersejarah mereka pada Februari depan Eloklah tu. Emelda dan Adlin bercinta pun sudah masuk tiga tahun, tak perlu nak tunggu lagi. Perkara yang elok harus dipercepatkan untuk mengelak cakap-cakap belakang dan fitnah. Usia Emelda pun sudah mencecah 29 tahun, Adlin pula sudah 37 tahun, bukan muda lagi.

Dulu, Raja pernah bertanya pada Emelda, dirinya mengakui mengharapkan hubungan yang terjalin selama tiga tahun berakhir ke jenjang pelamin, cuma tarikh belum dapat dipastikan lagi ketika itu. Masing-masing sibuk dengan kerjaya yang sedang melonjak.

“Saya memang tak sabar menantikan saat diijabkabulkan dengan Adlin. Saya mengharapkan hubungan ini berakhir di gerbang perkahwinan. Memang kami merancang mahu berkahwin tahun depan, tetapi semuanya masih dalam perbincangan. Apa yang dapat saya lakukan sekarang ialah terus menguatkan ikatan cinta kami dan berdoa pada Tuhan supaya dijauhkan daripada dugaan dan cabaran tak elok,” katanya kepada Raja suatu ketika dulu.

Khabarnya Emelda dan Adlin sedang sibuk dengan persiapan kahwin mereka. Sumber memberitahu Adlin terpaksa menarik diri daripada menjayakan teater muzikal Puteri Gunung Ledang yang akan dipentaskan awal tahun depan.

Baguslah Adlin, kalau fikirkan soal kerja sampai bila-bila pun tak habis, apatah lagi kini Adlin aktif mengarah. Kena fikirkan juga soal jodoh dan masa depan, kalau tangguh lagi entah esok, lusa melepas pula, siapa yang rugi. Letih saja menyulam cinta selama tiga tahun, akhirnya terlerai begitu saja. Apapun, Raja doakan Emelda dan Adlin cepat naik pelamin.

RAJA: Selamat pengantin baru pada pelakon Kisah Kaisara, Sari Yanti dan pasangannya, Mohd Eddy Casmady Che Hussin yang naik pelamin pada 17 Januari depan. Cantik kad kahwin mereka.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 10:06 am

Kontroversi bintang 2008




--------------------------------------------------------------------------------

MENYINGKAP perjalanan arus dunia hiburan tahun 2008, cerita-cerita panas tidak pernah lekang di mana-mana dada akhbar.

Sehinggakan kontroversi yang dibangkitkan itu kadang-kala boleh merimaskan sesiapa sahaja yang menulis mahupun yang membacanya.

Ada saja perilaku artis-artis tempatan yang boleh membuatkan umum jelik dengan cara mereka. Tidak pula menuduh kebanyakan artis ini sengaja mencari publisiti murahan.

Namun tanpa disedari, kerana perilaku merekalah membuatkan nama mereka sedikit sebanyak tercalar dan ia mampu menjejaskan kredibiliti mereka sebagai seorang selebriti jika tidak pandai membawa diri.

Benar, untuk apa hebohkan cerita-cerita panas ini kepada umum jika tahu ia mampu merosakkan periuk nasi seseorang?

Percaya atau tidak, dengan pendedahan yang terpampang ini jugalah, ia memberi pengajaran besar buat semua, bukan sahaja selebriti yang mencetuskan kontroversi itu, bahkan selebriti-selebriti lain menjadikan isu berbangkit itu sebagai iktibar.

Antara isu berbangkit bermulalah dengan kontroversi Faizal Tahir membuka baju ketika mengadakan persembahan, kemudian pelakon popular, Beego pula bercerai dengan Intan, diikuti pula dengan penceraian aktres comel, Nora Danish, drama ‘teman tapi mesra’ antara Fahrin Ahmad dan Linda Onn dan baru-baru ini terbongkar pula tentang hubungan suami isteri yang sudah 10 bulan terjalin antara pelakon, Rita Rudaini dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan.

Hari ini, sebelum tutupnya tirai 2008, ingin Kosmo! memaparkan azam baru bagi tiga artis terpilih yang pernah mengejutkan khalayak dengan kontroversi yang ‘dihasilkan’ mereka.

Penuh dengan harapan dan sinar baru, tahun 2008 akan dijadikan sebagai pengajaran hidup untuk mereka terus bernafas dan bertahan dalam arena dunia hiburan pada 2009.

--------------------------------------------------------------------------------



Norman Hakim ditangkap khalwat dengan Memey

BERCERITA mengenai kisah pelakon ini, sejak awal tahun lagi sudah ada isu Norman mempunyai hubungan istimewa dengan Memey. Masing-masing menafikan perhubungan itu, termasuklah Abby yang juga menafikan tentang hubungan cinta tersebut.

Namun, pada 30 Oktober iaitu dua hari selepas berita Norman dan Memey membuat kenyataan yang sebenarnya mereka kurang mengenali sesama sendiri, Norman dicekup oleh pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat dengan Memey di pejabatnya di Ukay Perdana.

Kontroversi ini juga dikatakan antara isu yang paling panas sepanjang tahun ini.

Menerima segala pendapat sekeliling, Norman tidak mahu perkara itu diingati kembali. Baginya, 2008 adalah tahun yang paling mencabar dalam hidupnya.

“Berkenaan tentang kes saya dan Memey, benda dah jadi, saya tak mahu berpaling semula. Kalau cerita kami dikatakan antara isu paling panas pada tahun ini, saya tidak mampu untuk berkata apa. Saya kena laluinya dan berhadapan dengan apa yang berlaku pada diri ini.

“Pada suku akhir tahun ini, memang saya rasa banyak dugaan yang terpaksa saya hadapi. Kalau kelemahan itu datang dari saya, saya anggap ia lumrah kehidupan dan pengajaran untuk saya.

“Jika bercerita tentang azam 2009, ia agak klise. Biasalah, semua orang mahu yang terbaik untuk diri masing-masing. Macam saya, hari-hari saya memasang azam dan impian. Cuma ada kalanya, apa yang kita lalui tidak seperti yang kita rancangkan.

“Pada masa akan datang, saya mahu hidup saya lebih gemilang dan kalau nak ikutkan sekarang ini saya berada di fasa kedua iaitu berkaitan dengan kehidupan dan perniagaan. Cuma apa yang diinginkan, saya mahu hari tersebut lebih baik daripada hari-hari yang saya lalui,” katanya.

--------------------------------------------------------------------------------



Rosnah Mat Aris kahwin senyap

RASANYA, boleh dikatakan cerita ini menggemparkan seluruh Malaysia apabila pelakon sensasi, Rosnah Mat Aris, 53, bernikah dengan seorang jejaka muda, Tajul Efendie Isa, 27, pada 13 November lalu.

Bagaimanapun Rosnah tidak mengaku dia bernikah lagi. Sebaliknya, dia mengatakan majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Seri Gombak itu adalah majlis nikah anaknya.

Cekal dengan tohmahan masyarakat, Rosnah tampil menjelaskan isu yang sebenar walaupun masih ramai lagi mengata perbuatan pelakon ini.

“Kebanyakan orang selalu salah faham dengan saya. Berkenaan dengan hal pernikahan saya, bukannya saya buat maksiat, tapi orang kecoh bercerita tentang saya.

“Masa itu saya mempunyai hal peribadi yang perlu diselesaikan. Saya rasa ketika itu belum lagi masa yang sesuai untuk mengumumkan tentang pernikahan saya.

“Saya sedih, kerana apa saja yang dilakukan, ada saja yang tidak kena di mata umum. Tapi nak buat macam mana, saya terima,” tuturnya pinta difahami.

Tambahnya, 2009 nanti, banyak perancangan yang akan dilakukan olehnya bersama suami tercinta. Mereka akan bergabung tenaga untuk membuka perniagaan berkaitan produk kecantikan.

--------------------------------------------------------------------------------



Fasha Sandha diboikot

PERTENGAHAN Julai lalu, kecoh seketika apabila pelakon ini diboikot oleh semua akhbar tempatan kerana memaki hamun wartawan serta editor hiburan gara-gara melenting dengan gosip cintanya.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan cuba merosakkan hubungan percintaan orang lain, mengganggu rumah tangga rakan artis, suka bertukar-tukar pasangan serta mengajar wartawan cara-cara menulis berita.

Tidak mahu lagi memandang ke belakang, Fasha menganggap, apa yang berlaku pada dirinya merupakan kesilapannya sebagai seorang manusia biasa.

Azam 2009, wanita ini mahukan kehidupan yang lebih baik berbanding yang sebelumnya. Segala kesilapan yang pernah dilakukan, Fasha jadikan ia sebagai pengajaran besar buatnya.

“Dalam hal kejadian itu (diboikot), siapa salah, tak penting. Saya anggap kesalahan itu datang daripada diri saya sendiri. Biasalah, manusia ini tidak sempurna.

“Azam baru saya kali ini, saya mahu memperbaiki segala kelemahan tidak kira dari segi kehidupan ataupun karier saya.

“Kalau nak tahu, jika boleh saya mahu tamatkan zaman bujang dalam tahun 2009 juga walaupun masih lagi belum ada calon,” ucapnya kepada Kosmo! yang baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri Santau baru-baru ini.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 10:11 am

Nak jadi orang baru




--------------------------------------------------------------------------------

KISAH hangat tentang selebriti tinggi lampai Linda Onn nampaknya masih lagi belum reda. Ada sahaja kisah mengenai dirinya yang tercalit di dada-dada akhbar, tidak kira cerita manis mahupun pahit.

Baru sahaja bernafas di 'rumah' baru pada 15 Disember lalu di Sinar FM, datang pula ura-ura yang mengatakan Linda Onn mungkin akan 'terbang' ke stesen radio pesaing Hot FM.

Benar, tidak mustahil jika suatu hari nanti deejay ini mahu beralih arah memandangkan jiwanya lebih pada muzik-muzik terkini.

Apalagi bila menceritakan tentang deejay yang sering bertukar-tukar arah, ia mungkin suatu perkara yang normal.

Bertanyakan hal ini kepada Linda, dia tidak mengiya atau menafikan. Dia lantas mengakui telah menerima tawaran daripada beberapa stesen radio.

"Benar, Hot FM pernah melamar saya. Tapi itu dahulu. Bukan Hot FM saja, ada lagi beberapa stesen radio yang juga menawarkan saya menjadi deejay mereka.

"Semua tawaran itu saya tolak kerana begitu sayangkan Era. Maklumlah, dah 10 tahun saya bersama Era. Jatuh dan bangun Era, saya ada di situ.

"Tapi buat masa ini, tiada sebarang tawaran yang saya terima," tuturnya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular (ABP) 2009 baru-baru ini.

Bagaimanapun, jika kali ini peluangnya lebih kepada stesen radio lain, Linda mungkin tidak akan menolak. Baginya, rezeki berada di mana-mana dan untuk mendapat rezeki yang lebih, tidak salah jika wanita ini cuba untuk beralih arah sekali lagi.

"Rezeki ada di mana-mana. Jika peluang saya lebih besar di stesen-stesen radio yang melamar saya, kenapa tidak? Insya-Allah, kalau rezeki saya di situ, di situlah ia," ujar wanita yang berusia 31 tahun ini.

Sedih tinggalkan Era

Memang benar, Linda berasa agak sedih bila meninggalkan radio Era dalam sekelip mata. Manakan tidak, mahu mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar Era pun tidak kesampaian.



-----------------------------------------------------------------------------

Namun, itu tidak bermakna Linda membenci Sinar FM. Secalit pun tidak. Cuma dia gusar, andai dirinya tidak mampu untuk menarik perhatian pendengar Sinar FM.

"Saya tak menidakkan kewibawaan Sinar FM, cuma saya bimbang diri saya tidak berwibawa untuk menaikkan Sinar FM. Apa yang saya harapkan sekarang ini agar peminat-peminat Sinar FM dapat menerima kehadiran saya.

"Berkenaan dengan kesedihan saya meninggalkan Era, siapa tidak sedih kalau sejak tahun 1997 saya sudah bersama dengan radio itu?

"Bila mana-mana deejay yang akan meninggalkan Era, mereka pasti akan diberikan slot untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar-pendengar setia mereka.

"Tapi, saya langsung tidak berkesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal pada peminat-peminat," jelasnya.

Agak mengejutkan, ketika Linda mula beralih ke Sinar FM, dia tidak menyangka sama sekali ada segelintir peminatnya juga beralih arah dengan mendengar Sinar FM pula.

"Berita itu sangat menggembirakan saya. Pada masa yang sama, saya terharu kerana peminat sanggup berubah mendengar stesen radio lain semata-mata mahu mendengar saya berceloteh. Itu satu penghargaan buat diri saya.

"Sekarang saya ambil perkara ini sebagai satu benda yang positif. Saya masih jadi diri saya ketika di konti. Bila saya sedang bersiaran dan bercakap dengan pendengar, saya lupa seketika di mana saya berada," katanya yang mengelolakan slot Sinar Petang dari pukul dua hingga enam petang.


"LINDA tidak sangka ada lagi dugaan yang lebih besar selepas insiden enggan muncul di karpet merah Anugerah Academy di Hollywood. "


--------------------------------------------------------------------------------

Selain itu, dengan tekad mahu menimba ilmu tentang lagu-lagu retro, menurut Linda, ibunya sendiri kini bertindak sebagai 'guru' muzik retro buat dirinya. Malah, rakan-rakannya yang gemar lagu-lagu retro juga membantu Linda dalam menambahkan ilmu pengetahuannya mengenai genre muzik berkenaan.

Justeru, adakah Linda sebenarnya sudah sedia berhijrah dari segi fizikal dan mental ketika mula-mula bersiaran di Sinar FM?

"Hari pertama, tidak. Saya kabur. Sampai tersasul-sasul saya bercakap. Hari kedua, pendengar mula menelefon saya, sedikit sebanyak mereka menaikkan semangat saya untuk bekerja. Hari ketiga, saya dah mula selesa sedikit.

"Biasalah, bila beralih secara drastik, rasa kejutan tu ada. Saya jadi diri sendiri dan macam biasa kita kena profesional. Saya rasa, sebulan dua nanti, saya boleh sesuaikan diri.

"Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi saya sedang berusaha untuk mengenali Sinar FM untuk mencintai radio ini. Cuma saya masih tak pasti lagi hala tuju saya," akuinya.

Buang keruh 2008

Tahun 2008, bagi Linda, memberikan pelbagai cabaran dan dugaan besar kepadanya. Seolah-olah ada sahaja yang tidak kena dengannya.

Apalagi bila kontroversi tentang putusnya hubungan cinta antaranya dengan aktor Fahrin Ahmad. Sejak putus cinta, semua pihak mencarinya untuk mendapat kesahihan berita ditambah pula sebelum ini Linda hanya mengaku mereka sekadar 'teman tapi mesra'.

"HUBUNGAN 'putus cinta' antaranya dengan Fahrin kecoh diperkatakan pada 2008. "
--------------------------------------------------------------------------------

Selepas putus cinta, mereka dipertemukan dalam program realiti TV Sehati Berdansa dan timbul pula isu bila hampir semua orang di studio rakaman menyaksikan 'drama' Fahrin menengking Linda.

Paling menyedihkan wanita ini apabila tanpa sebarang perancangan, dirinya terus ditukarkan dari radio kesayangannya, Era, dan dimasukkan pula ke Sinar FM.

"Terus terang saya bagi tahu, saya tak kuat untuk mengharungi semua ini. Saya sering menangis bersendirian dan kadangkala rasa bagai nak gila.

"Sampaikan pada satu tahap saya tak tahu nak buat apa-apa. Saya runsing. Cuma satu saja, mak dan ayah serta teman-teman rapat saya yang menjadi pakar psikologi saya.

"Merekalah yang memberi nasihat. Kadang-kadang saya juga minta nasihat daripada Profesor Datuk Dr. Fadzilah Kamsah," ujarnya.

Tambah Linda, dirinya seolah-olah tahu masalah demi masalah akan berlaku kepadanya sejak isu enggan muncul pada acara karpet merah Anugerah Academy di Hollywood pada 26 Februari tahun lalu disebabkan tidak mahu memakai pakaian rekaan Radzwan Radziwil atas alasan ia agak terdedah.

"Waktu itu, memang saya rasa isu ini adalah satu dugaan paling besar yang pernah saya hadapi. Tapi sebenarnya tidak.

"Saya tak sangka ada lagi yang lebih besar menanti saya. Tahun 2009, saya harapkan sinar baru dari segala sudut, sama ada peribadi mahupun kerjaya.

"Apa yang sakit pada tahun 2008, saya tak mahu pandang. kalau ada media yang tanya perkara-perkara yang pernah berlaku pada tahun ini, saya tidak akan jawab lagi. Cukuplah. Saya nak jadi orang baru dan mahukan hidup baru," katanya
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 10:17 am

Fara bimbang terlalu terdedah



--------------------------------------------------------------------------------

WANITA bernama Fara Fauzana ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia 28 tahun, dia telah meraih sukses luar biasa. Dihitung dicongak, barangkali dia antara selebriti wanita termuda tanah air yang mempunyai ekonomi dan kewangan kukuh.

Namanya dikenali di seluruh negara. Sebut sahaja Fara Fauzana, anak sekecil usia lima tahun juga sudah mengenal siapa empunya diri. Dia disenangi, dipuja dan dijadikan lambang anak muda masa kini yang sarat filosofi.

Nyata ini adalah sebuah perjalanan hidup yang tidak pernah dimimpikan. Kata si petah ini, seharusnya jika mengikut kehendak asal, dia seharusnya menjadi seorang penari. Penari irama tradisional, bukannya seorang selebriti.

Panjang bicara kami petang itu. Bercampur aduk, antara soal hati, masa depan serta zaman silamnya. Itu yang terkeluar cerita cita-cita asalnya sebelum menjadi seorang deejay.

“Betul, saya memang suka menari. Dulu sempat masuk kelas tarian tradisional. Tiba-tiba lepas tamat belajar, jadi deejay pula,” kenangnya sambil ketawa mengekeh.

Namun tidak sekali pun dia menyesal. Sebaliknya kerjaya sebagai seorang deejay inilah yang telah membuat dia tumbuh besar dalam industri. Daripada hanya sebagai seorang krew di skuad Perodua Era beberapa tahun lalu, hari ini, Fara menjadi deejay terkenal negara.

Tidak cukup dengan jolokan deejay atau penyampai radio sehingga membawa dia menerima anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH 2007, Fara sinonim sebagai hos rancangan Melodi selain berdiri megah dengan drama bersirinya, Fara.


ENGGAN dilabelkan sebagai artis, Fara mahu dikenali sebagai deejay.


--------------------------------------------------------------------------------

Dan kini pada tahun 2008, dia juga membina profil dengan portfolio yang cemerlang. Dia tanya saya: “Maliah kenapa nak fotografi dengan saya?” Saya jawab: “Kerana selepas disenaraikan, awak adalah selebriti paling sukses dan bertahan sepanjang tahun ini.

“Sebab itu, sebelum tirai 2008 dilabuhkan, kami mencari seorang artis yang punya profil kerjaya baik, bukan sekadar popular kerana gosip.”

Anak kedua daripada tiga beradik ini ketawa dan membalas dengan merendah diri, “Baiklah. Tapi ya, alhamdulillah rezeki saya memang masih murah sepanjang tahun ini. Syukur, semuanya juga berjalan lancar dan hampir semua yang saya rancang, tercapai.”

Pernyataan Fara memang benar. Tahun ini juga dia sekali lagi terlibat dalam sebuah filem – Jin Notti. Kemudian turut menjadi duta Nescafe dan ya, wajahnya boleh dilihat di mana-mana. Dia terdedah, sangat terdedah.

Namun celah peminat fotografi dan kereta ini, sebenarnya dia bimbang jika terlalu terdedah. Sehingga pada satu tahap, dia berasa tidak mahu keluar dari rumah kerana enggan membuat orang muak asyik melihat Fara Fauzana.

“Tapi saya tak boleh nak elak kerana ini adalah pekerjaan saya. Hanya jujur, saya takut juga terlebih terdedah. Misalnya, terlalu kerap keluar TV sebagai hos kerana bila saya meletakkan diri saya sebagai penonton, saya pun rasa saya akan bosan kalau balik-balik asyik muka yang sama sahaja,” ulasnya panjang lebar.

Berlakon secara tidak sengaja

Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia lemas dengan publisiti yang diraih lewat komitmen dan kredibilitinya. Hanya sesekali, katanya, dia harus menjadi seorang yang selektif.

Maka untuk mengelak dirinya daripada gagal melunaskan amanah yang diberi dengan baik, wanita yang dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor ini merancang setiap hal yang ingin dilakukan.

“Saya seorang perancang,” akuinya. Tambah penggemar setia Ziana Zain ini lagi: “Sebab itu setiap perkara yang saya inginkan dalam hidup, akan saya rancang beberapa bulan sebelum itu.

“Misalnya, agenda untuk tahun hadapan sudah saya susun sejak bulan Oktober lalu. Insya-Allah jika tiada aral, sehingga bulan Jun 2009, saya sudah tahu apa agenda yang harus saya beri keutamaan.”

Mendengar senarai agenda yang sudah diatur, Fara bisa diangkat masuk ke dalam status seorang selebriti. Sementelah dia juga pelakon. Hanya tinggal belum menjadi penyanyi.



--------------------------------------------------------------------------------

Tapi pantas dia menepis untuk digelar selebriti. Kerana, katanya, dia masih mahu kekal dengan status seorang deejay. Dia selesa begitu, malah hampir setiap kali harus bekerjasama dengan rakan artis lain, dia akan berasa tidak yakin.

“Saya tak tahu, tapi memang perasaan saya tak menentu kalau berhadapan dengan artis. Sebab saya ini hanya seorang deejay dan saya adalah peminat mereka,” katanya yang turut menyatakan lakonan adalah dunia secara tidak sengaja buat dirinya.

Perlu lelaki yang boleh kawal dirinya

Melompat ke topik hati, Fara senyum. Ada dua jenis lelaki yang selalu hadir dalam dirinya. Pertama, lelaki seusia yang tidak berani menyatakan perasaan hati terhadap dirinya. Sementara yang kedua pula adalah lelaki berkerjaya yang selalu ingin merapatinya.

Dan hati telah terisi? Fara senyum, menjawab belum ada. Malah, katanya, kadang-kadang dia sendiri menanti lelaki-lelaki tersebut meluahkan rasa. Katanya lagi, takkan dia yang mahu membuka mulut melamar.

“Malah saya rasa, sejak saya jadi terkenal, banyak kawan lelaki melarikan diri. Saya tak tahu apa yang mereka takutkan. Kerana sebagai wanita biasa, saya hanya memerlukan seorang lelaki yang boleh kontrol dan faham saya. Itu sahaja,” luahnya serius.

Jadi deejay tiga tahun lagi

Saat ditanya berapa tahun lagi usia dia mahu duduk di posisi deejay, pantas dijawab dua atau tiga tahun lagi.

“Saya mahu berada di posisi Sealan Paul dalam jangka masa tiga tahun lagi,” ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini yakin.

Tambahnya dia mahu berada pada posisi mampu membentuk reformasi sendiri. Malah dia juga tidak segan silu melahirkan ideologinya tentang dunia penyiaran radio.



--------------------------------------------------------------------------------

Selain mengakui seorang deejay harus bijak dan mengenal inti muzik serta mempunyai pengetahuan yang cukup meluas dalam segala aspek, seseorang deejay itu juga perlu mempertahankan informasi yang ingin diberikan kepada pendengar.

Misalnya, kata Fara, sesekali seorang deejay tidak perlu terlalu terikat atau akur dengan permintaan pendengar.

“Itu reformasi yang saya akan lakukan jika saya punya kuasa. Saya tak mahu selalu mengikut kehendak pendengar. Sebaliknya saya mahu mendidik mereka dengan apa yang akan kami perdengarkan,” katanya bersungguh-sungguh
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 10:19 am

Kehidupan santai Elyana




KALAU boleh diringkaskan gaya gadis muda ini dengan satu perkataan sahaja, ia adalah santai. Erneelya Elyana Emrizal santai dalam menghadapi cerita remeh hidupnya. Pemakaiannya juga santai dan minimal.

Namun dalam segala santai cara hidup yang dijalaninya, dia tampak serius dalam melakar kerjaya sebagai anak seni. Cuma kita jarang melihat Elyana melayan tohmahan terhadapnya.

Elyana kini semakin selesa bergelar pelakon. Gayanya bersahaja dan semula jadi. Bukan kali pertama menjadi penghias televisyen, namun kini wajahnya kerap di saluran Ria (saluran 104 Astro) untuk drama Renjis 2 yang disiarkan pada setiap hari Rabu pukul 9.05 malam.

Dia membawa watak Kirana, gadis yang fobia dengan perkahwinan disebabkan pernah dikecewakan seorang lelaki.

Bukan sahaja cantik menjayakan watak Kirana, Elyana juga mencantikkan Kirana dengan pemakaian yang menjadi pujian penonton.

“Walaupun banyak bermain dengan perasaan, namun ia tidaklah terlalu serius sebab kalau terlalu serius penonton pula yang akan rasa tertekan,” ujarnya bercerita perihal Kirana, gadis yang penuh dengan emosi terlindung.

“Terus terang, saya sangat senang bekerja dengan pengarah Renjis yang baru ini sebab bagi saya dia sangat bagus. Sebagai pelakon baru memang saya sangat mengharapkan impak yang baik daripada penonton,” katanya.

Dalam realiti kehidupan, gadis berusia 21 tahun ini tidak takutkan komitmen. Berjaya menjadi penyanyi dan diterima dengan cara pembawakannya, namanya sekali lagi tersenarai dalam pencalonan akhir Muzik-Muzik 2008.

Membawakan lagu Kalis Rindu, dia nyata bersyukur dengan peluang yang diberikan kepadanya. Tidak rugi dia membawa kelainan dalam nafas suara dan genre lagunya. Dan untung juga dia menjadi anak didik seorang komposer berbakat besar, Aidit Alfian.

Komitmen terhadap sebuah perhubungan juga tidak cuba ditutupnya. Hubungan kasih sayang Elyana dan pengusaha restoran sushi mendapat restu ramai lantaran sikap Elyana yang terbuka dalam soal cinta.

“Saya bertuah sebab dapat dia yang sayangkan saya dan juga keluarga saya. Malah dia juga memahami kerjaya saya sebagai artis dan pandai mengambil hati keluarga. Itu yang saya suka tentang dirinya,” katanya.

Walaupun belum dikurniakan sebarang anugerah yang benar-benar memberi sebuah pengiktirafan yang besar, namun perjalanan Elyana rancak dalam nada seriusnya. Dia komited dan wajar dilihat sebagai anak seni yang bersungguh-sungguh dalam bidangnya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 10:22 am

Putus cinta? Biasalah!


DARLING


Tahun 2008 yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi meninggalkan seribu satu kenangan buat pelakon, pengacara dan penerbit bertubuh genit, Nasreen Ngasri, 25, atau mesra dipanggil Darling.

Jika dihitung dengan teliti, tahun ini lebih banyak memberi kepahitan buatnya. Bukan kecil dugaan yang datang menimpanya tetapi dugaan terbesar ialah kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 5 Mei lalu bersama ibu serta adik bongsunya.

Tidak terhenti di situ, saat dia terlantar di katil hospital, dilayangkan pula surat saman daripada bekas rakan kongsinya Mohd. Ridzuan Mat Husin atau Wan Cromok atas dakwaan Darling melakukan pecah amanah dalam syarikat Nasridz Pictures Sdn. Bhd yang dimiliki secara perkongsian.

Selepas itu, perhatian dihalakan pula kepada kisah cintanya yang mula berputik dan kemudian terkandas di tengah jalan. Malah cerita putus tunangnya itu saban hari menjadi tatapan khalayak.

Tidak pernah habis dugaan buat Darling, kecewakah dia dengan keadaan yang menimpanya?

Bagi mengetahui lebih lanjut keadaan sebenar yang dihadapi Darling, Kosmo! yang bertemu dengannya baru-baru ini pada majlis Astro Megadrama di GSC, The Gardens, cuba menyelami isi hatinya. Ikuti perbualan wartawan Kosmo!, HARYATI ABDUL KARIM bersama Darling dan ayahnya, Ngasri Sain.

Banyak yang telah Darling lalui seperti kemalangan, kes saman dan seterusnya kisah putus cinta yang sering kali disiarkan di media, bagaimana Darling menangani semua dugaan ini?

DARLING: Saya seorang yang berfikiran positif. Walau apa yang terjadi saya anggap itu ujian daripada Allah. Bohonglah kalau saya kata tidak terganggu langsung dengan segala permasalahan ini, cuma saya hanya mampu berdoa, mudahan-mudahan apa yang terjadi akan selesai dengan segera dan saya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Macam orang lain.

Ada yang kata, kisah putus cinta Darling seperti terlalu digembar-gemburkan dan sekali gus memberi impak negatif kepada Darling sebagai seorang pelakon dan wanita.

Saya tidak boleh tahan orang untuk tulis apa saja tentang saya. Baik ke buruk ke, saya tak mampu sekat. Saya tidak berperang dengan sesiapa dalam hal putus cinta ini. Pada saya putus cinta bermakna kita sudah tidak ada jodoh untuk bersama, jadi sebab itulah hubungan kami tamat.

Bagaimana Darling menerima keadaan kononnya dianggap sebagai ‘pemusnah’ hati orang?

Saya sudah tidak ambil pusing tentang perkara itu, saya tidak berdendam. Saya tidak pernah merintih pada sesiapa. Bagi saya putus cinta itu perkara biasa yang dilalui oleh semua orang, sebab itu saya hanya doakan yang terbaik untuk diri saya dan orang sekeliling, jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa dalam hal ini. Saya tak akan membuka cerita buruk pihak lain, biar apa sekalipun orang kata kepada saya.

Banyak pihak mengatakan percintaan Darling dengan bekas kekasih bukanlah kerana cinta semata-mata tetapi juga kerana kepentingan buat diri Darling sebagai seorang insan seni. Komen Darling?

Sepanjang saya berkawan dengan bekas kekasih, saya ikhlas. Dan bagaimana keikhlasan itu biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu. Saya juga berterima kasih kepadanya kerana banyak membantu saya. Tetapi kini saya lega bila kami berpisah kerana kami tiada jodoh. Kalau terus bersama pun tidak ada gunanya. Jadi, terpulanglah kalau mahu berkata tentang perkara yang tidak betul tentang saya, yang penting keluarga saya tahu kebenarannya.

Selepas beberapa kali putus cinta, adakah Darling serik untuk bercinta, terutama dengan orang yang bergiat secara langsung dan tidak langsung dalam industri seni?

Saya tidak kata saya serik, kenapa mesti saya serik? Putus cinta kerana tiada jodoh, andai kata lepas ini jodoh saya ada, saya terima, tetapi buat masa sekarang apa yang penting adalah keluarga dan kerjaya saya. Apa yang terjadi dijadikan pengajaran dan saya ambil segala dugaan sebagai perkara positif yang berlaku dalam hidup saya.

Adakah Darling gembira dengan kehidupan Darling sekarang?

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang banyak membantu ketika saya menghadapi saat-saat sukar. Memang saya gembira dan lebih tenang dengan kehidupan saya sekarang, apa yang lepas itu saya tidak mahu fikir lagi.

Adakah tahun 2008 merupakan tahun paling pahit buat Darling?
Walaupun pelbagai ujian yang saya lalui, tahun 2008 merupakan tahun yang manis buat saya. Banyak pengalaman saya kutip tahun ini dan ia menjadikan saya lebih baik dan lebih kuat untuk menghadapi tahun hadapan.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 10:24 am

‘Mereka bukan kekasih’


KELUARGA Ngasri Sain tidak pernah sunyi daripada cerita-cerita panas sementelah ramai di antara anak-anaknya memilih kerjaya dalam dunia seni.

APABILA kisah ‘kurang enak’ zuriat sendiri sering dimainkan di media, hati ibu bapa mana yang tenang. Begitu juga halnya dengan bapa pelakon Darling Ngasri.

Sebagai seorang bapa yang bertindak melindungi anak dalam situasi sukar, Ngasri Sain rasa terpanggil untuk membuat kenyataan berhubung isu panas membabitkan kisah putus cinta Darling bersama seorang yang cukup dikenali dalam dunia kewartawanan hiburan.

Katanya, dia bukan mahu membalas dendam ataupun mengungkit kisah lalu, tetapi lebih kepada melindungi anak perempuannya, Darling, serta nama baik keluarga yang telah disalahertikan sesetengah pihak berikutan beberapa laporan akhbar dan Internet tentang kisah peribadi anaknya akhir-akhir ini.

Dia yang dihubungi Kosmo! semalam nyata kecewa dengan laporan yang disifatkan fitnah besar terhadap anaknya di media.

Menurut Ngasri, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku jika seseorang itu masih berfikiran waras dan menerima ketentuan Allah.

“Saya sangat kesal apabila kisah putus cinta anak saya ini diperbesarkan dan ada pula fakta yang ditulis di media tidak benar sama sekali. Sebenarnya ingin saya tegaskan di sini mereka hanya kawan rapat dan belum ke tahap kekasih.

“Oleh itu, dia hanya layak dipanggil ‘kawan rapat’ bukannya kekasih anak saya. Sebenarnya saya sudah kenal lama dengan kawan rapat anak saya itu, lagipun hubungan dia dan keluarga saya cukup baik, saya tidak tahu pula lain jadinya bila hubungan antaranya dan Darling tidak berjaya,” katanya.

Namun, bila ditanya sebelum mereka berdua putus kasih sebagai bapa adakah Ngasri merestui hubungan anaknya untuk berkawan rapat dengan lelaki yang lebih berusia itu?

“Saya tidak kisah, sebagai bapa saya hanya harapkan kegembiraan buat Darling. Andai kata hubungan mereka berjaya, saya restui tetapi sekarang ini tidak begitu. Walaupun tidak lagi berkawan rapat saya harap hubungan yang baik selama ini tidak harus diputuskan.

“Antara mereka jangan berdendam atau tidak puas hati bila hubungan ini tidak berjaya. Kita kena punya sifat budiman, kerana itu yang dicari-cari oleh wanita,” jelasnya lagi.

Tambah Ngasri lagi, sungguhpun anaknya tidak lagi berhubungan dengan lelaki tersebut, hubungannya dengan kawan rapat Darling itu masih baik dan dia langsung tidak berdendam sementelah mereka juga merupakan kenalan lama.

Justeru, dia amat mengharapkan hubungan yang keruh boleh dijernihkan kembali seperti keadaan asal kerana tiada gunanya bergaduh kerana kedua-dua mereka terlibat dalam industri seni yang sama.

Setelah semua kekaburan mula menerpa anaknya, Ngasri sebagai bapa bertindak sebagai pelindung. Ini kerana padanya itulah tugas seorang bapa bila anaknya menghadapi situasi sukar.

“Darling tetap anak perempuan saya walaupun dia sudah besar panjang. Sebagai bapa, bila dia ada masalah saya akan sentiasa ada untuk dia, tidak kira betapa besar masalah yang ditanggung.

“Jadi, dalam isu ini saya banyak menasihatkan dia agar banyak bersabar dan menganggap ini satu ujian daripada Allah. Rasanya Darling okey kerana masalah ini bukan ditanggung Darling seorang diri tetapi kami sekeluarga menyokongnya,” tegas bekas juruhebah radio popular itu lagi.

Dan apabila hubungan Darling dan kawan rapatnya itu tidak berjaya, malah dilihat masih ada bara api antara mereka berdua seperti dendam amarah yang tidak berkesudahan, Ngasri sebagai orang yang lebih tua mengharapkan segala perbuatan yang boleh menjatuhkan nama baik Darling dihentikan.

“Saya harap semua pihak kena terimalah, walaupun kita cuba sebaik mana tetapi kalau itu bukan jodoh yang Allah tetapkan, kita kena terima. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, itu semua kerjanya, kita sebagai manusia kena reda.

“Janganlah kerana hubungan yang tidak berjaya ini kita menjadi musuh, lagipun kisah-kisah peribadi tidak elok untuk dikongsikan bersama orang lain. Saya pun tidak tahu kenapa hal ini tiba-tiba jadi besar, saya cuma harap keadaan berubah dan jadikan ini satu pengajaran untuk hubungan pada masa akan datang,” katanya.

Biarpun anaknya itu telah beberapa kali putus cinta, tegas Ngasri, ini bukannya satu isyarat bahawa dia sendiri yang akan mencari jodoh buat Darling pada masa hadapan. Ini kerana dia beranggapan tindakan seperti itu adalah sesuatu yang tidak adil untuk Darling.

Tambahan pula, Darling baru berusia 25 tahun, dan padanya anaknya itu masih muda untuk mencari calon suami yang benar-benar cocok dengan jiwanya.

“Saya serahkan itu semua pada Darling sendiri untuk membuat pilihan sebab yang nak kahwin itu dia bukan saya, lagipun saya rasa dia masih muda, masih mempunyai masa untuk membuat pilihan sebaik mungkin.

“Dalam hal yang berkaitan perasaan dan hidup ini kita tidak perlu tergesa-gesa sebaiknya berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk ke peringkat yang lebih jauh.

“Saya tidak kisah siapa yang bakal menjadi menantu saya, asalkan orang itu boleh melayan anak saya dengan baik, beri kasih sayang dan beri kebahagiaan kepadanya, itu saja,” tegas Ngasri.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 10:41 am

Rita - Aidil tidak mampu dipisahkan



BENARLAH kata orang kuasa cinta mampu membuatkan seseorang insan itu kuat. Malah meskipun cinta itu terhalang namun sekiranya hati sudah sayang, pastinya lautan api sanggup diredahi.

Demikianlah juga penangan cinta yang dialami oleh aktres popular, Rita Rudaini, 32 bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak, 21.

Selama tiga tahun menyulam cinta dan menerima pelbagai rintangan menyebabkan Aidil mengambil keputusan untuk berkahwin bersama kekasih hati tersayang di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu.

Malah tindakan jejaka berusia 21 tahun itu dikatakan telah mencalar hati keluarganya yang dikatakan tidak mengetahui akan perkahwinan tersebut.

Mungkin khalayak boleh membuat pelbagai spekulasi berkaitan cerita cinta mereka. Namun hakikat sebenar hanya pasangan tersebut sahaja yang mengerti.

Pohon lelaki ini ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur baru-baru ini, ada sebab mengapa dia mengajak Rita berkahwin secara rahsia. Malah kata Aidil biarlah perkara itu menjadi rahsia antara dia dan isterinya.

Enggan mengeruhkan keadaan dengan membuka semula cerita itu dengan lebih lanjut jelas Aidil, Rita memiliki ciri-ciri wanita yang diingininya.

“Saya terpikat dengan dia kerana apa yang saya mahu daripada seorang wanita ada pada dia. Sejak mula berkawan dengan dia dalam hati saya sering berkata-kata dialah wanita yang saya cari,” katanya dalam nada yang lembut sambil memegang erat tangan isterinya yang telah pun mengandung dua bulan.

Sambung Aidil, selama tiga tahun menyulam cinta sememangnya pelbagai duri dan onak cinta dialami oleh mereka berdua.

Namun berkat kesabaran dan tabah menghadapi semuanya berdua menyebabkan cinta mereka akhirnya bersatu.

Meskipun perkahwinan itu tidak diketahui oleh keluarganya, terang anak keenam daripada tujuh beradik ini, dia yakin dengan keputusannya itu.

“Saya tak mahu kehilangan dia dan mahu yang terbaik untuk kami. Jadi saya yang mengambil keputusan untuk menghadapi segala rintangan ini dengan sebaik mungkin dan perkahwinan ini bukti cinta kami,” katanya lagi.

Akui Aidil, dua minggu sebelum perkahwinan tersebut, dia telah pun menemui keluarga Rita bagi membincangkan perkara tersebut.

“Keluarga Rita ada memberi nasihat tentang baik dan buruk yang bakal saya dan Rita hadapi kelak. Jadi setelah saya mendengar semua itu, saya yakin dan tetap mahu meneruskan perkahwinan ini,” ujarnya tegas.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Naib Kadi Wilayah Songkhla, Haji Chowalit Pinsuwan berwalikan abang Rita, Ahmad Musyaiful Mokhtar dengan mas kahwin RM777.77 dan wang hantaran sebanyak RM7777.77.

Pada majlis tersebut keluarga Rita yang terdiri daripada ibu, bapa tiri, adik dan abangnya turut hadir.

Terang Aidil, dia mengharapkan khalayak di luar sana tidak terus-terusan menabur cerita tentang mereka berdua.

Malah katanya, dia dan Rita sememangnya mahu memberitahu umum tentang perkahwinan itu. Malah Aidil menyangkal dakwaan dek kerana Rita telah berbadan dua menyebabkan mereka terdesak untuk memberitahu khalayak berita perkahwinan mereka.

“Jika Rita tak mengandung pun memang saya akan beritahu semua orang tentang perkahwinan ini. Cuma saya tunggu masa yang sesuai tapi apabila saya dapat tahu Rita mengandung lagi membuatkan saya kuat untuk berdepan dengan semua ini,” jelasnya yang telah pun membawa pulang Rita bertemu kedua ibu bapanya.

Ditebak persoalan tidakkah dia merasakan jarak usia 11 tahun akan memberikan masalah di hari muka kata Aidil sambil tersenyum manis: “Bagi saya apa yang penting ialah keikhlasan. Saya ikhlas menyayangi dan menyintai dia dan saya yakin perasaan itu tak akan berubah.”

Syukur semuanya selesai - Rita Rudaini

Bagi wanita jelita ini, meskipun pernah menyimpan niat untuk memutuskan hubungan yang terjalin kerana tidak tahan dengan rintangan yang dihadapi namun mengakui sememangnya telah tertulis jodoh antara mereka.

“Saya pernah nak putuskan hubungan dengan dia tapi tak boleh. Sebab rasa sayang itu cukup menebal dan dia sendiri seorang yang kuat. Dia banyak menyejukkan keadaan dan membuatkan segala masalah berakhir dengan baik,” kata pelakon yang cukup popular menerusi filem Anak Mami ini.

Menceritakan detik-detik di awal percintaan mereka jelas anak kelahiran Perlis ini, sememangnya dia sendiri tidak menyangka hubungan itu akan kekal dan berakhir dengan kisah penyudah yang menggembirakan.

“Masa mula-mula memang saya pun tak yakin dengan dia sebab dia masih muda. Tapi dia ini tak banyak cakap dan jenis cool. Dia juga ada ciri-ciri lelaki yang saya suka iaitu dia tak poyo dan jenis yang suka duduk di rumah, bukan jenis merewang-rewang,” katanya lagi.

Menceritakan tentang kandungannya pula kata Rita: “Saya sekarang alami alahan pada makanan. Kadang-kadang rasa nak muntah dan pening-pening. Tapi yang kelakarnya bukan saya sahaja yang rasa Aidil juga terkena perkara yang sama.”
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 10:47 am

Heliza Masih mencari cinta



HELIZA ingin berjaya dalam bidang seni dan pelajaran

TIDAK dinafikan sesiapa sahaja yang memandang gadis jelita bertudung ini pastinya akan jatuh hati. Berperwatakan lembut, ceria dalam diam dan sedikit nakal, pastinya membuatkan si pria di luar sana akan mudah jatuh ke dalam sarang cinta gadis ini.

Tidak seperti selebriti yang lain, yang lebih gemar menyembunyikan kisah cinta mereka atau enggan berbicara mengenainya, gadis kurus tinggi lampai ini pula agak berbeza.

Lebih suka berterus terang serta bersikap terbuka, Heliza dalam pertemuan lewat petang di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini, menjelaskan sehingga kini hatinya masih belum dimiliki.

Mendengarkan luahannya itu membuatkan penulis tertanya-tanya betulkah gadis secantik ini masih belum ketemu cinta?

Mungkinkah sikapnya yang terlalu memilih atau merasakan tiada yang sepadan membuatkan situasi tersebut menjerut ruang kehidupannya.

Terdiam dan terus ketawa besar Heliza apabila saya mempertikaikan kenyataannya itu.

Jelas Heliza: “Saya tak tipu memang saya masih belum ada kekasih hati. Jangan ingat semua orang yang cantik itu ada kekasih tau. Walaupun masih solo, saya tak rasa itu satu masalah kerana saya lebih suka berkawan daripada berkasih. Itu lebih menyeronokkan.”

Seakan tidak percaya dakwaannya, penulis terus mendapatkan kepastikan apakah tiada sesiapa di luar sana cuba untuk memancing cinta gadis yang popular selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia ini.

Setidak-tidaknya, pasti akan ada jejaka di kampus pengajian Heliza iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau jejaka di luar yang tercuit hati memandang gadis berusia 22 tahun ini.

Luah Heliza: “Percaya tak, tak ada yang mengurat saya. Itu yang saya pelik, mungkin juga kalau di universiti itu ramai yang seakan-akan lebih menghormati saya.

“Usik pun tak, kalau jumpa pun sekadar tegur biasa saja. Nampaklah mereka macam segan sedikit.”

Meskipun gadis-gadis lain seusianya lebih sibuk mengejar cinta, namun bagi peminat figura, Datuk Siti Nurhaliza ini, semua itu tidak penting kerana dia ingin memastikan segulung ijazah dalam genggamannya.

“Cinta boleh datang dan pergi dengan senang saja tapi pelajaran itu yang penting. Saya sekarang pun semakin risau kerana kerja sambil belajar membuatkan saya hilang fokus.

“Tapi saya cuba juga memastikan saya akan dapat menamatkan pengajian saya dengan keputusan yang baik,” kata gadis yang dicungkil bakatnya dari program realiti televisyen popular Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5).

Tambah Heliza, cinta juga pasti mampu dimilikinya suatu hari nanti jika dia sabar menanti dan sehubungan itu dia tidak perlu tergesa-gesa mengejarnya

AJL 23 tanpa Mawi

Satu perkara yang amat menggembirakan hati gadis yang mempunyai hobi gemar menangkap gambar ini ialah lagu duetnya bersama pengantin baru, Mawi, Doa Dalam Lagu berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-23 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Dalam kegembiraan pertama kali merasai nikmat tersebut, terang Heliza dia baru sahaja mendapat perkhabaran bahawa rakan duetnya itu tidak dapat turut serta bersamanya.

Kata Heliza, Mawi tidak dapat berkongsi pentas bersama kerana masih lagi bercuti selepas melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini. Mengakui sedikit terkilan namun dia memahami situasi Mawi.

“Memang saya sangat gembira sebab terpilih ke AJL 23 serta mengharapkan agar dapat mendendangkan lagu itu bersama Mawi. Tapi dia masih lagi dalam tempoh bercuti, jadi saya menghormati keputusannya. Saya tak kisah siapa penggantinya tapi saya harap biarlah orang yang saya kenal dan rapat agar dapat mencari keserasian kelak,” katanya lagi.

Akui Heliza, sedaya upaya dia akan cuba memberikan sebuah persembahan yang terbaik di AJL 23, agar persembahan itu akan nanti akan menjadi memori indah dalam diari kehidupannya kelak.

Seronok berlakon

Gadis berbintang Aquarius ini juga kini semakin jatuh cinta dengan sayap baru seni yang mula dicubanya.

Semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila dia ditawarkan membintangi filem arahan Ahmad Idham iaitu Syurga Cinta.

Membawakan watak Ustazah Syuhadah, kata pemenang tempat keempat AF5 ini, tidaklah sesukar mana. Cuma sewaktu mahu membawakan adegan bercinta bersama pasangannya, pelakon Awal Ashaari itu agak sukar.

“Saya tak pernah bercinta jadi apabila nak buat adegan itu agak sukarlah. Saya tak reti bab-bab romantik ini sehinggakan saya kena marah dengan pengarah. Romantik-romantik ini memang susah saya nak buat tapi kalau yang ganas-ganas okey saja,” katanya sambil menguntum senyuman.

Sambutan Maal Hijrah

Berbicara tentang sambutan kalendar baru Islam, Maal Hijrah pula kata Heliza, “Dulu masa sekolah seronok, bila sambutan Maal Hijrah. Saya akan terlibat dengan perarakan, nasyid dan pelbagai lagi. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Pasti kita akan menanti sambutan itu untuk beramai-ramai menyambutnya dengan rakan-rakan.”

Ditanya kepadanya tentang azam tahun baru ini, jelas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains, dia mengharapkan agar tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

“Saya berharap agar tahun ini saya dapat seimbangkan antara pelajaran dan kerjaya seni saya. Serta dapat menjadi anak dan masyarakat yang berguna,” katanya mengakhiri perbualan kami.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 11:24 am

saya bukan lesbian - Linda Hashim

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 11:30 am

sesi penggambaran majalah khas Mawi & Ekin





Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 11:36 am

ally iskandar dah hantar cincin merisik



RAMAI yang susah nak percaya jika Zubir katakan, personaliti popular TV3 dan penerbit rancangan Malaysia Hari ini (MHI), Ally Iskandar masih belum berpunya. Zubir perhatikan tidak ada yang kurang pada Ally - pendidikan yang sempurna, karier yang hebat dan glamour sebagai seorang personaliti TV - semua ada pada dirinya. Tapi, hakikatnya dia masih ada kekurangan, masih solo hingga hari ini.

Zubir sendiri sukar hendak percaya, tapi apabila sudah melihat dengan mata dan kepala sendiri, baru Zubir yakin, dia masih sendiri, belum ada teman wanita yang benar-benar steady. Zubir pernah terserempak dengan Ally sedang berjalan-jalan seorang diri di pusat membeli-belah One Utama. Ketika disapa, katanya dia sedang merehatkan fikirannya selepas seharian bergelumang dengan tugasan di pejabat.

Pun begitu, sebelum ini dirinya sering dikaitkan dengan personaliti popular HotFM, Fara Fauzana apabila suatu ketika dulu mereka pernah bersanding olok-olok di Sri Pentas. Peminat pula ramai yang ‘merestui’ jika suatu hari nanti perkara olok-olok itu bakal menjadi kenyataan. Tapi, ini soal hati dan perasaan, pastinya Ally mahupun Fara mempunyai pilihan dan cita rasa tersendiri.

Terbaru, Zubir berjaya teropong, khabarnya tidak berapa lama dulu Ally pernah menghantar cincin tanda atau cincin merisik kepada seorang selebriti popular yang muda lagi jelita! Tapi khabarnya, tiada sebarang majlis kenduri kendara diadakan di rumah selebriti popular itu kerana Ally buat majlis tak rasmi, mungkin dia tak mahu kecoh-kecoh.


Fara Fauzana



Daripada maklumat seorang sumber, Ally menyerahkan cincin merisik itu kepada ibu selebriti berkenaan. Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, tabik spring buat Ally kerana dia seorang yang gentleman. Dia sukakan anak orang, dia ikut cara dan adat yang betul.

“Tapi, selebriti popular itu sampai hari ini tidak memberi sebarang kata putus sama ada dia menerima lamaran Ally atau tidak. Yang aku tahu, ibu si selebriti itu memang dah berkenan sangat dengan Ally. Yalah, Ally suka kat anak orang, bukan nak buat main-main, terus nak buat isteri. Setahu aku, memang dah lama Ally menaruh hati dan perasaan pada selebriti itu, tapi kalau selebriti itu diam seribu bahasa, apakan daya Ally.

“Orang tua-tua pernah cakap, kalau nakkan anak, mesti pandai ambil hati orang tuanya dulu. Jadi, aku rasa Ally dah buat perkara yang sepatutnya. Kini, terpulanglah kepada selebriti itu membuat pertimbangan. Bagi aku, selebriti itu pun memang dah layak bergelar isteri, jangan memilih sangat. Nanti nak pilih batu permata, terpilih kaca, Ally tu dah cukup baik budaknya,” kata sumber tadi.

Pendapat Zubir secara peribadi, kalau dah jodoh, pasti tidak ke mana, cuma kalau Ally benar-benar berhasrat melamar selebriti popular itu sebagai calon isteri, dia kena banyak bersabar. Maklumlah orang cantik, pasti selebriti itu sukar membuat pilihan yang mana satu berkenan di hati. Sekiranya menjadi kenyataan, Ally berjaya menyunting si jantung hatinya, tahniah Zubir ucapkan!


-GAMBAR SEKADAR HIASAN-
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 11:38 am

Pagi @ ERA 2009 ~ aznil + din beramboi = meletups?



Mulai 5 Januari, Aznil Hj. Nawawi dan Din Beramboi akan memulakan tugas mereka duduk di 'kerusi panas' dalam konti ERA, untuk mengendalikan program awal pagi stesen radio nombor satu negara itu. Maka bermulalah satu lagi 'era' baru dalam senario radio tanah air!

Dengarkan Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi setiap Isnin – Jumaat, 6 pagi hingga 10 pagi.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 11:44 am

Gambar Naza (The Times) dah nikah









Fatin nama isterinya, very d simple nikahnya..nice..takdela semeriah satu dunia cam artis sorang tu..tahniah
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 12:21 pm

Adiputra & yusry [zaman remaja muda traaang tang tang!!]



Hehehe...gilak comey...apa pendapat korang?

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 12:40 pm

Mawi laki binik tu reti baca yassin tak?

Kalau org lain, pi kubor, satu pakaian kena la elok2...bersopan dan beradab biar kena pada tempat, then kedua, kena la baca surah yassin...
katanya si Mawi tu lobai...kalau lobai, apesal dia tak baca yassin masa gi melawat kubor bapak dia?

Ni udah le pakaian tu berjeans ketat sendat laki bini, memasing dgn spek itam tu taknak tinggal nih, t-shirt polo beli satu percuma satu dgn tulisan america terpampang luas....
nak baca yassin jauh sekali la...

ingat pi kubor tu nak bergaya ke apa?



SUDAH 10 hari mereka bergelar suami isteri dan sepanjang tempoh itu, penyanyi popular Asmawi Ani (Mawi), 27, dan isterinya, Nora'Asikin Rahmat (Ekin), 29, belum sempat menikmati bulan madu seperti pasangan baru berkahwin yang lain kerana setiap hari jadual mereka dipenuhi dengan pelbagai undangan.

AMINNNN...



kelas la posing diorang...dua dua pegang batu nesan... ahakz!!!
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 12:43 pm

M. Nasir feat Malique - Mentera Beradu



Bismillah!

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang… bangau dah pulang… suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna….
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:19 pm

Keikhlasan buka hati terima lamaran Fareez


Mazlin Abdul Samad

Mazlin tahu status penyanyi era 80-an duda anak dua

KEIKHLASAN dan kesungguhan yang tinggi menyebabkan Mazlin Abdul Samad, 24 bersetuju menerima lamaran penyanyi era 80-an, Fareez untuk menjadi suaminya. Mazlin berkata, sejak awal perkenalan dengan Fareez, dia sudah mengetahui status suaminya itu sebagai duda beranak dua dan menerimanya selepas melihat keikhlasan Fareez ingin menyuntingnya.

“Dia memang ikhlas ingin berkawan dengan saya ketika pertama kali berjumpa lagi. Dari situ saya juga nampak kesungguhannya sehinggakan dia sanggup mencari nombor telefon saya apabila saya enggan memberinya.

“Selepas mengenali melalui telefon dan berjumpa, dia menyatakan hasratnya untuk datang ke rumah saya berjumpa dengan ibu bapa bagi menyatakan hasratnya.

“Sebaik mendapat lamaran untuk menjadi suri dalam hidup Fareez, saya mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada keluarga dan Alhamdulillah keluarga saya bersetuju untuk menyerahkan hal jodoh kepada saya,” katanya.

Sebelum itu, mereka pada 26 Disember dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan hantaran RM12,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki serta berbalas 11 dulang daripada pihak perempuan.


Fareez dan Mazlin sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis ringkas mereka.

Sementara itu, bagi Fareez atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Tajuddin, 45 berkata, statusnya sebagai duda membuatkannya begitu teliti dalam memilih pasangan hidup.

Dia yang juga bekas suami kepada penyanyi lagu etnik kreatif terkenal, Noraniza Idris, mula berkenalan dengan Mazlin kira-kira setahun yang lalu di KLCC dan ia bukanlah pertemuan yang dirancang.

“Detik pertemuan kami bukanlah dirancang tetapi secara kebetulan kerana saya dan dia secara tidak sangka mempunyai rakan yang sama ketika satu pertemuan untuk berbincang suatu perkara.

“Secara jujur, bukannya mudah untuk saya mendekati Mazlin, walaupun saya puas meminta nombor telefonnya, namun Mazlin enggan memberinya. Akhirnya saya nekad untuk mendapatkan juga.


MAZLIN bahagia bergelar umi kepada kedua-dua anak Fareez, Aliff (kiri) dan Alfeeq.

“Pada mulanya dia terkejut apabila saya menelefonnya, saya terus nyatakan hasrat untuk berkenal rapat dengannya dan andai ada jodoh ingin menyunting Mazlin sebagai isteri,” katanya yang ditemui pada majlis kesyukuran sebelah pengantin lelaki di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Fareez dan Mazlin yang diijab kabulkan pada 19 Disember lalu di Masjid Al-Amaniah, Kepong, Kuala Lumpur dan majlis persandingan sebelah pihak perempuan diadakan pada 26 Disember di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Menurut Fareez, tempoh setahun sudah cukup untuknya mengenali Mazlin dan menyunting gadis itu sebagai suri hidup.

Akuinya juga, apa yang menyebabkan dia terpikat dengan Mazlin sukar dijelaskan tetapi tahu si gadis mempunyai ciri-ciri diinginkan.

“Apabila mendapat persetujuan daripada Mazlin, saya membawanya untuk berjumpa dengan kedua anak saya Mohamad Aliff Haiqal, 19, dan Mohd Alfeeq Haikal, 15. Saya bersyukur mereka menerima Mazlin sebagai ibunya dan memanggilnya sebagai Umi. Bahkan, kami juga mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.

Terdahulu, majlis persandingan Fareez dan Mazlin turut dihadiri oleh beberapa rakan seangkatan penyanyi itu seperti Nash, Den Wahab, Kairel Khamis, Mas Omar dan Ayati Tasrip.

Walaupun tidak bersanding dan hanya beramah-mesra dengan tetamu, Fareez dan Mazlin tetap ceria melayan keluarga dan rakan dengan mengenakan pakaian sedondon serba putih.

Ketika ditanya sama ada dia ada menjemput atau tidak bekas isterinya ke majlis perkahwinan itu, Fareez berkata dia mengambil pepatah orang lama, barang yang lepas, jangan dikenang.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:21 pm

Dengarnya... Rozita Che Wan nak kahwin tak lama lagi!



Rozita Che Wan


KALAU sudah popular macam Cik Normah, cantik jelita pula, memang senang gosip datang singgah dalam hidup Cik Normah. Jangan cemburu yer. Selepas Mawi dan Ekin menamatkan zaman bujang, Cik Normah dapat tahu, tahun depan, nampaknya ramai lagi selebriti jelita dan meletup bakal menamatkan solo masing-masing. Tak kiralah yang bujang, janda atau duda, masing-masing sudah bertemu dengan pasangan yang dirasakan sehati dan sejiwa.

Dimulakan dengan Januari dengan perkahwinan pelakon Kisah Kaisara, Sariyanti dengan bakal suaminya, Eddy Casmady. Februari pula, umum sudah tahu dengan pengakuan Linda Jasmine dan Que Haidar yang merancang untuk bernikah pada Hari Kekasih.

Dan terbaru, Donna Marcella yang cukup terkenal sebab menjadi penyumbang kolum popular kelolaan Cik Normah ini ingin menyampaikan sebuah cerita. Tapi Cik Normah awal-awal lagi pesan pada Donna, jangan ada hati untuk ‘caras’ populariti Cik Normah.

Oh ya, pelakon cantik kelahiran Alor Setar, Rozita Che Wan dikhabarkan akan kahwin tidak lama lagi. Tapi Cik Normah tak nak sebut siapakah gerangan lelaki yang berjaya menawan hati wanita berbadan menggiurkan ini.

Apa yang pasti, Rozita sendiri tidak menafikan hatinya sudah dimiliki. Dia juga tidak pula menolak kemungkinan untuk bernikah lagi. Tak apalah Rozita. Perkara yang baik, buat apa nak ditangguh-tangguhkan. Satu lagi, kalau pasti hendak berumah tangga lagi, janganlah nak main sorok-sorok. Iyerlah, lagi disorok, lagi ramailah yang orang nak korek rahsia. Akhirnya cerita yang tak elok pula selalu keluar. Rozita juga yang susah nanti.

Cik Normah rasa Rozita berterus-terang saja, jangan takut, Cik Normah tak makan orang. Cik Normah dapat tahu, adik Rozita juga bakal bertunang Februari nanti, tapi jangan salah sangka, yang dimaksudkan itu bukan Ayu Raudah. Rozita tak teringin ke nak buat fotografi baju kahwin dengan kawan sepejabat Cik Normah?
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:23 pm

Dengarnya... Noniswara bakal ke jenjang pelamin



Noniswara


RAMAI kawan-kawan Cik Normah cakap bukan main mesra lagi Que Haidar dengan Linda Jasmin ketika kedua-duanya menghadiri program Sehati Berdansa yang berakhir minggu lalu. Jadi, terbuktilah hubungan Que dengan Linda bukan gossip lagi. Malahan masing-masing sudah mengaku bakal membuat ikatan rasmi tidak lama lagi. Eloklah tu. Janganlah lepas ini masih nak main tarik tali pula dengan wartawan.

Dalam pada itu, seorang lagi pelakon yang akan menamatkan zaman jandanya ialah Noniswara. Cerita yang sampai ke telinga Cik Normah mengatakan bakal suami Noniswara ini bukan sembarangan orang. Katanya, orang itu bergelar ‘Datuk’. Tak apalah, sesiapa pun tak kisah asalkan boleh membahagiakan hidup. Itu yang penting.

Khabarnya, ada syarikat fabrik hendak menaja pakaian di majlis perkahwinannya nanti. Taja lagi!

Bertuah betul artis sekarang. Serba serbinya ditaja. Cik Normah tak cemburu pun. Itu semua sudah rezeki masing-masing. Masa Cik Normah bersanding dulu, ada juga pihak yang hendak menaja pelamin dan andaman, tapi Cik Normah tolak. Bukanlah kerana sombong, tapi suami cakap, tak perlu sebab tak nak terhutang budi. Bagus juga nasihat suami Cik Normah. Sampai sekarang Cik Normah senang hati. Tak berhutang dengan bank dan terhutang budi dengan sesiapa.

Macam manapun, kepada Noniswara, Cik Normah berharap rumah tangga yang bakal dibina nanti akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan, jangan lupa yer, kalau ada kelapangan, kirimkanlah kad undangan kepada Cik Normah.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:26 pm

Temui Ally malam ini


Ally Iskandar terharu TV3 memberi kepercayaan mengendalikan program menggunakan namanya

TUAH manusia datang dengan cara berbeza-beza. Ada yang mengharapkan sesuatu namun menunggu ia tiba ibarat menanti buah yang tak gugur. Tetapi ada juga yang tuahnya melimpah ruah, umpamanya apa yang dilalui pengacara terkenal, Ally Iskandar.

Mana tak bertuah, kalau tiba-tiba dia diberi peluang untuk memiliki sebuah program bual bicara sendiri yang dinamakan Ally. Program yang diilhamkan tahun lalu itu bakal ke udara di saluran TV3 bermula jam 11 malam ini.

Apa yang menarik, program yang diterbitkan Ally sendiri itu menggabungkan konsep hiburan dan juga berita dan setiap topik yang disiarkan adalah berdasarkan kepada perspektif jejaka itu sendiri.

"Hasrat untuk menerbitkan program bual bicara ini timbul sewaktu sesi sumbang saran yang berlangsung di Chiang Mai, tahun lalu oleh pihak pengurusan. Kalau ikutkan saya sebenarnya, saya tidak terfikir pun untuk mempunyai sebuah program bual bicara sendiri ketika ini.

“Pada saya masih terlalu awal. Rasanya masih banyak perkara lagi yang perlu saya belajar sebelum saya bersedia untuk mengendalikan program sendiri," kata Ally ketika ditemui pada sesi fotografi bersama Hip di Balai Berita, baru-baru ini.

Namun begitu, walaupun merasakan dirinya masih belum bersedia namun tugas yang diberi padanya itu tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

"Bukan mudah untuk menjadi pengacara sebuah program bual bicara seperti ini apatah lagi apabila ia menggunakan judul nama saya sendiri. Jika ada perkara yang berlaku, pastinya reputasi saya akan tercemar. Namun tak mengapa, saya anggap itu sebagai cabaran buat saya selepas hampir sedekad berada dalam dunia pengacaraan.

"Mungkin sedikit sebanyak, konsep baru yang saya perkenalkan ini mampu menarik perhatian penonton untuk menyaksikannya. Seperti yang saya katakan tadi konsep program ini cukup santai di mana kami menggabungkan antara hiburan dengan isu semasa. Maksudnya, ia dikendalikan secara tidak formal tetapi bahan yang disampaikan akan dibekalkan oleh jabatan editorial.

"Jadi di samping berhibur, penonton akan mendapat maklumat mengenai topik yang bakal kami bincangkan itu. Saya juga akan mengundang beberapa orang tetamu yang bersesuaian untuk untuk membicarakan topik yang sudah dipilih.

“Di sini, kami tidak memberikan sebarang jalan penyelesaian tetapi kami memberikan pilihan kepada penonton berdasarkan perbincangan kami tadi," katanya yang sebelum menjadi pengacara program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI).

Tidak mahu menyempitkan pemikiran penonton kepada satu arah saja, Ally berkata program bual bicaranya itu akan menyentuh dari segala aspek ruang lingkup kehidupan manusia

"Semua topik yang berkaitan dengan kehidupan akan saya sentuh dalam program ini antaranya politik, sukan, hiburan, pendidikan. Bukan saja perbincangan di dalam studio, malah kami juga akan berinteraksi dengan penonton di rumah menerusi panggilan telefon dan juga kiriman SMS.

“ Antara topik yang sudah berada dalam fikiran adalah Duit. Contohnya, harga minyak ketika ini sudah turun tetapi harga barangan tetap naik. Jadi kita minta pandangan daripada panel yang diundang bagaimana menguruskan wang dengan betul lebih-lebih lagi khabarnya tahun depan ekonomi negara bakal mengalami kegawatan,"cerita Ally mengenai buah tangan terbarunya itu.

Program 13 episod ini akan ditayangkan setiap Rabu bermula malam ini jam 11 malam menggantikan slot program bual bicara Jangan Tidur Lagi.

Masih mencari jodoh

GARA-GARA statusnya yang sehingga kini masih bujang, ke mana saja Ally Iskandar pergi, soalan mengenai jodoh pasti ditanyakan. Dan yang pasti, soalan itu bukanlah sesuatu yang ingin didengarnya buat masa ini. Bukan kerana mahu hidup membujang sampai bila-bila namun soal jodoh bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.

"Saya rasa semua orang ingin berkahwin dan hidup berkeluarga.Tetapi kalau jodoh belum tiba, macam mana saya hendak berkahwin. Takkan saya hendak main tangkap muat saja," kata Ally sambil tertawa.

Sambil mengakui dirinya agak cerewet dalam memilih jodoh, Ally memberikan syarat paling penting, biarlah bakal isterinya itu nanti seorang yang memahami kerjayanya sebagai seorang pengacara.

"Sebenarnya kalau boleh saya sudah malas hendak cerita pasal kahwin. Dah bosan kerana sebelum ini asyik kenal dan kemudian berakhir dengan perpisahan. Pada hari raya lalu, saya baru saja putus cinta.

“Jadi kalau boleh biarlah buat masa ini saya tumpukan perhatian pada kerjaya saya. Lagipun umur saya baru 32 tahun, dan saya masih ada dua tahun saja lagi untuk menamatkan zaman bujang.

“Tapi kalau benar jodoh saya tiba lebih awal, biarlah gadis itu seorang yang faham akan kerjaya saya sebagai pengacara. Kalau boleh, dia juga mesti pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Mungkin sebelum ini kebanyakan mereka tidak dapat menyesuaikan diri sehingga mengambil keputusan untuk berpisah," luah jejaka kelahiran Pantai Timur ini.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:28 pm

KURUSNYA LINDA ONN NI kan!..



pandanglahh...lihatlah...
pinggang ku yg ramping...!1 ngeh3x
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:33 pm



DAKWAH, bagi Sheila Rusly, terlalu luas pengertiannya. Tidak tertakluk kepada ceramah di masjid atau surau, Sheila melihat pendekatan dakwah hari ini dengan makna yang lebih terbuka. Sebagai penggiat seni, dia menggunakan kelebihan berkarya untuk berpesan dengan kebaikan.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:35 pm

Kumpulan Nasyid yang Terbaru


PELAKON yang menjayakan drama Anak Betong, dari kiri, Hairie, Fizz, Ezany, Sheila dan Maya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:38 pm

Dengarnya... Amy mastura ganti Sheila Rusly


Amy Mastura


CERITA Sheila Rusly tarik diri daripada mengacarakan program, Apa-Apa Je sudah pun diceritakan Cik Normah tempoh hari. Sempat juga Cik Normah risik-risik siapa bakal penggantinya, tapi nampaknya orang TV3 terus kunci mulut. Tertutup rapat.

Puas Cik Normah tanya, mereka buat tak dengar saja. Rasa macam Cik Normah nak piat-piat telinga mereka dan jerit supaya mereka buka mulut.

Dek sikap mereka yang keras membeku tu, Cik Normah pun cari jalan lain. Apa lagi kalau bukan menyibukkan diri dengan bertanya di sana sini. Puas juga Cik Normah mengorek, akhirnya Cik Normah dapat tahu juga siapa yang bakal menduduki kerusi kosong itu.

Daripada apa yang Cik Normah dengar, tempat itu bukan diisi oleh kakitangan TV3 sebaliknya ada selebriti lain yang akan menggantikan Sheila.

Selebriti ini pun memang banyak pengalaman dalam bidang pengacaraan. Bahkan dia sangat petah berbicara, kalau duduk bersembang dengannya memang akan pecah perut ketawa kerana dia bijak berjenaka.

Nak tahu siapa selebriti itu? Siapa lagi kalau bukan artis bertubuh kecil molek Amy Mastura yang akan bergandingan dengan Shamsul Ghau Ghau mulai awal tahun depan.

Dengar cerita ada beberapa segmen baru diperkenalkan, malah turut ditampilkan dua lagi pengacara tambahan untuk memantapkan Apa-Apa Je.

Baguslah kerana program itu pun mempunyai pengikut yang ramai. Amy Mastura pun bukan calang-calang pengacara kerana dia memang berkebolehan. Memang sesuai benarlah tu!!!
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:41 pm

Rita terkejut tindakan Aidil


Rita yang kini hamil dua bulan bahagia di sisi Aidil Zafuan.

Pasangan ini mengakui tak boleh selamanya sembunyikan perkahwinan

TERBONGKAR juga rahsia yang disimpan sejak 10 bulan lalu. Ketika dunia hiburan tanah air digemparkan dengan beberapa kes perceraian membabitkan selebriti terkenal, tiba-tiba muncul cerita pelakon jelita, Rita Rudaini berkahwin secara senyap-senyap dengan kekasihnya yang dikenali sejak tiga tahun lalu iaitu Aidil Zafuan.

Cerita perkahwinan rahsia itu didedahkan sendiri oleh keluarga pihak lelaki yang nyata terkilan dengan tindakan nekad pasangan itu. Sejak cerita itu tersebar, Rita terus menjadi buruan media. Namun semua usaha itu menghampakan kerana pelakon kelahiran Perlis ini lebih senang mendiamkan diri.

Barangkali Rita dan suaminya ada sebab tersendiri mengapa mereka mengambil langkah untuk mengunci mulut. Bagaimanapun, Sabtu lalu Rita dan Aidil Zafuan akhirnya tampil membuat penjelasan mengenai kontroversi perkahwinan mereka itu.

Bagaikan pesalah cinta yang sedang dihadapkan di muka pengadilan, Rita Rudaini Mokhtar, 32 dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 21 dengan rela hati mengaku bahawa mereka sudah melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari di Songkhla, Thailand dengan disaksikan ahli keluarga Rita sendiri.

"Sebenarnya bukan niat melarikan diri. Kami tidak pernah melarikan diri seperti yang didakwa. Kami juga tidak bercadang menyorokan perkahwinan ini. Cuma kami mencari masa sesuai untuk menjelaskan perihal perkahwinan kami kepada semua pihak," tutur Aidil membuka bicara pagi itu.

Jelas Aidil lagi, apabila dia mengambil keputusan menceritakan perkara sebenar, itu berlaku bukan atas paksaan sesiapa. Sebaliknya itu adalah dengan kerelaannya sendiri.

"Apabila saya fikir sedalam-dalamnya, sampai bila perkara ini akan berlarutan. Lambat laun orang tahu juga apatah lagi dalam keadaan Rita sedang berbadan dua.

Jadi, saya memberitahu Rita niat saya untuk menjelaskan perkara ini kepada keluarga kami. Saya buat keputusan ini kerana saya sudah betul-betul bersedia.

"Mungkin tuhan sudah bagi kekuatan pada saya untuk berdepan dengan segala-galanya. Malah, kalau bukan kerana bayi yang dikandung itu pun, saya memang hendak memberitahu keluarga saya yang saya dan Rita sudah bernikah.

“Cuma kehadiran bayi itu sedikit sebanyak memberi kekuatan pada saya untuk menerangkan segala-galanya," kata Aidil menjelaskan pendiriannya.

Tindakan Aidil itu nyata mengejutkan Rita. Rita mendedahkan Aidil bukannya seorang yang kuat untuk berdepan dengan situasi seperti itu.

"Kami memang bercadang berjumpa dengan keluarga Aidil bagi menjelaskan situasi sebenar cuma masa tidak mengizinkan. Lagipun, perkara ini agak rumit dan semua tindakan perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana tidak mahu ada pihak yang terluka,” jelas Rita yang kini sedang mengandung dua bulan.

Dengan status mereka yang masih bujang, tentu ada yang tertanya-tanya, mengapakah pasangan ini nekad untuk melangsungkan perkahwinan di luar negara? Apakah tindakan ini ada kena mengena dengan dakwaan yang kononnya keluarga Aidil tidak merestui hubungan mereka selama ini.

"Perkara ini memang sensitif. Biarlah hanya saya dan isteri saya saja yang tahu. Apapun, saya bersyukur kerana tuhan mempermudahkan urusan pernikahan ini. Kami bernikah secara sah. Apa saya nak tegaskan, seperti yang disiarkan dalam akhbar tempoh hari, abah tidak mengatakan yang dia tidak merestui perkahwinan kami.

“Cuma dia merasa terkilan dengan apa yang berlaku," ujar Aidil yang kelihatan berhati-hati menyusun kata demi menjaga hati banyak pihak.

Walaupun terpaksa melangsungkan pernikahan dalam keadaan seperti itu, namun diakui sekelumit pun tiada perasaan sesal dalam diri pasangan ini kerana mereka percaya pada kuasa jodoh dan pertemuan semuanya itu terletak di tangan tuhan.

“Untuk melangsungkan perkahwinan ini bukanlah dibuat dalam keadaan terburu-buru. Saya juga memikirkan risiko yang bakal saya tanggung namun apabila berasakan yang kita sudah bertemu dengan seseorang yang tepat untuk hidup bersamanya sehingga ke akhir hayat, buat apa kita hendak tunggu.

“Hasrat itu saya luahkan pada Rita dan juga keluarganya. Pun begitu, bukan mudah untuk meyakinkan mereka supaya bersetuju dengan keputusan itu. Rita mengambil masa dua minggu sebelum memberi bersetuju bernikah di luar negara," cerita Aidil.

Enggan masyarakat menuduhnya yang bukan-bukan, Rita menjelaskan walaupun mereka mengambil keputusan bernikah di luar negara, namun hasrat itu tetap mendapat restu anggota keluarganya yang lain.

"Keluarga Rita sudah lama tahu hubungan kami. Perkahwinan kami ini mendapat restu mereka. Malah abang saya menjadi wali pernikahan ini. Cuma saya tak nafikan mereka terkejut apabila dapat tahu kami bakal berkahwin di luar negara.

“Pada awalnya mereka memang tak setuju dengan keputusan kami itu kerana bimbang dengan risiko yang bakal kami hadapi. Namun kerana tidak mahu berlaku perkara tidak baik, akhirnya mereka bersetuju juga. Selepas ini saya tak mahu ada pihak cuba membabitkan keluarga saya dalam hal ini. Mereka tidak bersalah," tegas pelakon ini.

Bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri dalam keadaan merahsiakan segala-galanya, namun atas nama cinta yang menebal, lautan api itu sanggup dilalui Rita dan Aidil tanpa sebarang keluh kesah.

"Kami hidup macam biasa cuma tak tinggal bersama. Namun ada juga kawan-kawan rapat yang boleh dipercayai tahu kami suami isteri. Cuma yang sedih itu apabila tiba hari raya. Bayangkan kami bermaafan ketika dua hari lagi umat Islam menyambut hari raya iaitu sebelum kami pulang ke kampung masing-masing," imbas Rita.

Cinta menerusi SMS

MENGIMBAS kembali detik perkenalan kita, Rita berkata mereka dipertemukan gara-gara kiriman SMS. Jelas Rita, kiriman SMS seorang jejaka yang mendakwa dirinya adalah Aidil akhirnya membuahkan perasaan cinta antara mereka berdua.

“Sebelum ini, Rita adalah menemankan sepupu Rita berjumpa dengan kekasihnya yang juga pemain bola sepak.Jadi masa itu ada juga terpandang Aidil. Bagaimanapun, satu hari saya ada menerima kiriman SMS dari seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah Aidil Zafuan.

“Untuk kepastian, saya pun meminta sepupu saya bertanyakan apakah nombor itu kepunyaan Aidil. Tapi sebenarnya tidak.

"Gara-gara kejadian itulah kami berdua berkenalan sehinggalah kemi mengambil keputusan untuk berjumpa dan pertemuan pertama kami berlangsung di kedai mamak,"ujar Rita malu-malu.

Ditanya apakah yang membuatkan dirinya terpikat pada jejaka dari Negeri Sembilan itu, Rita berkata sikap Aidil yang sentiasa tenang itulah yang menarik perhatiannya.

"Dia seorang yang cool dan serius bila berkawan. Walaupun kebanyakan rakan yang sebaya dengannya lebih suka menghabiskan masa di luar rumah namun Aidil tidak begitu. Dia ni jenis suka duduk rumah. Yang penting, dia bukan jenis yang suka mengongkong," puji Rita tentang buah hatinya tu.
Back to top Go down
View user profile
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP


Number of posts: 3481
Age: 32
Location: Kampung Melayu Subang++
Registration date: 09/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 2:45 pm

fuyoo caya la dah buka umah baru noo.. hoorey!!
meraih sugguh umah ni..aku pun xleh lawan,huhu..
bos aku dah kuar so leh la aku p singgah umah hang ni.heeh
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 3:29 pm

eira ariyana wrote:
fuyoo caya la dah buka umah baru noo.. hoorey!!
meraih sugguh umah ni..aku pun xleh lawan,huhu..
bos aku dah kuar so leh la aku p singgah umah hang ni.heeh


mekasih.. eira...sbb lawat umah ku hoorey!!
Back to top Go down
View user profile
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP


Number of posts: 3481
Age: 32
Location: Kampung Melayu Subang++
Registration date: 09/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 3:39 pm

sally hang ni jap tgelam timbui
pasai pa? bz sgt ka?
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 3:43 pm

Erra dan Botoxnya..


Sebelum..


Selepas...

k.. yg aku tau die buat

1. idung naik skit je

2. pipi naik skit (mcm umie)

3. bibir kasi tipis...

ni smua injection.. tak tau ade side effect ke tdk...
yg atas tu gmba before die buat apa2 suntikan
dga2 skrg pon da tak inject2 lagi....da nk stop...
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 3:44 pm

eira ariyana wrote:
sally hang ni jap tgelam timbui
pasai pa? bz sgt ka?

ermm..ade ler keje..ckit2
mencelah sat sat jer la...
lagi pun bos aku ade..hehehe ngeh3x
Back to top Go down
View user profile
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP


Number of posts: 3481
Age: 32
Location: Kampung Melayu Subang++
Registration date: 09/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 3:48 pm

sally_eiyna wrote:
eira ariyana wrote:
sally hang ni jap tgelam timbui
pasai pa? bz sgt ka?

ermm..ade ler keje..ckit2
mencelah sat sat jer la...
lagi pun bos aku ade..hehehe ngeh3x

lerr bos hang pulak ade, aku clear
hang pulak.huhu rasa gantok pulak ni.. Sleep
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 4:21 pm

AJL mAWI TARIK DIRI... AJL23: Zahid ganti Mawi duet dengan Heliza?



AGAK mengejutkan apabila penyanyi yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 20 Disember lalu, Asmawi Ani atau Mawi dikatakan menarik diri daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) pada 18 Januari depan.

Mawi yang sepatutnya berduet dengan Heliza melalui lagu Doa Dalam Lagu bagi kategori Etnik Kreatif itu bakal digantikan oleh seniornya dalam Akademi Fantasia (AF), Zahid AF2.

Lagu Doa Dalam Lagu digubah oleh Ajai manakala liriknya ditulis oleh Allahyarham Loloq atau Rosli Khamis.

Hal tersebut dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif Maestro Talent, Freddie Fernandez ketika ditemui di pejabat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), semalam.

Menurut Freddie, Mawi terpaksa menarik diri kerana dia akan menghabiskan masa sepanjang bulan Januari depan untuk bercuti serta berbulan madu dengan isterinya, Nora’Ashikin Rahmat atau Ekin.

“Biarlah dia bercuti, lagi pun kali ini baru pertama kali dia mengambil cuti panjang. Dia baru sahaja berkahwin. Dia akan berkerja semula pada 1 Februari depan.

“Selepas melangsungkan resepsi ketiga di Palace of The Golden Horses pada 11 Januari depan, dia akan bertolak ke luar negara untuk berbulan madu dengan isterinya.

“Kemungkinan Zahid akan menggantikan Mawi untuk berduet dengan Heliza,” kata Freddie selepas mengadakan sidang media Majlis Taklimat Program Akreditasi.



Sebelum ini, Mawi memaklumkan dia dan isteri akan berbulan madu di negara Korea selama seminggu atas tajaan Korea Tourism.

Selepas itu jika punya kelapangan masa, pasangan ini akan ke Syria di mana tempat itu menjadi saksi momen indah Mawi melamar Ekin untuk menjadi suri hidupnya.

Dalam pada itu, ketika mendapatkan pengesahan daripada pihak penganjur TV3, setakat ini mereka dalam perancangan terakhir untuk proses pemilihan AJL23 dan segala perkembangan terbaru akan diumumkan dalam sidang media pada Selasa depan, 6 Januari, di Sri Pentas TV3.

Dua hari lalu, sebuah akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan Heliza mengenai rakan duetnya itu tidak dapat turut serta bersamanya.

Kata Heliza, Mawi tidak dapat berkongsi pentas bersama kerana masih lagi bercuti selepas melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini.

Walaupun sedikit terkilan, dalam masa yang sama Heliza akui memahami situasi Mawi.

Selain lagu Doa Dalam Lagu, dua buah lagu kategori Etnik Kreatif yang turut berjaya ke peringkat akhir adalah Dusta Berkalang, nyanyian Aiman (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya); dan Persoalan Cinta oleh Farawahida (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley).

Bagi kategori Balada p**a, lagu yang layak ialah Dingin dendangan Ziana Zain, ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Azalea, Sampai Syurga dendangan Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir), Bila Nak Saksi oleh Spider (Tam/Loloq), Hanya Di Mercu nyanyian Ayu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan), Cuba oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir) dan Lagu Kita nyanyian Aizat (Aizat).

Sementara lagu bagi kategori Pop Rock adalah Bukan Di Sini yang dicipta dan lirik serta dinyanyikan sendiri kumpulan Sofaz, Yang Pernah (Estranged), Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain), Kalis Rindu (Aidit Alfian/Ad Samad/Elyana) dan Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin dan Layla Ismail/Stacy).

AJL23 bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari depan dan disiarkan secara langsung oleh TV3 mulai pukul 9 malam
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 4:40 pm

Norzazleen pilih Adnan, anak normala omar dan zulkifli zain

Cinta anak Normala

Norzazleen pilih Adnan sebagai suami kerana dia seorang yang matang dan bijak mengawalnya yang panas baran

"CINTA itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga," demikianlah madah indah yang dicatatkan di atas kad undangan perkahwinan Norzazleen dan suaminya, Adnan Mohd Said.

Sepotong ayat yang penuh bermakna itu nyata menjadi pegangan buat pelakon drama bersiri, Dunia Baru itu yang juga anak perempuan kepada pasangan pelakon suami isteri terkenal, Zulkafli Zain dan Normala Omar,

apabila membuat keputusan mendirikan rumah tangga ketika usianya mencecah angka 22.

Mungkin bagi generasi masa kini angka itu masih terlalu awal untuk bergelar isteri. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku kepada Zazleen.

“Saya memang sudah lama bersedia untuk berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mungkin saya dilingkungi mereka yang kahwin awal dan bergelar ibu ketika usia muda membuatkan saya tak kisah menamatkan zaman gadis saya lebih awal,” ujar Zazleen yang terkenal dengan watak Sariah yang ‘gila-gila bahasa’ dalam drama Dunia Baru itu.

Walaupun jarak usia mereka berbeza hampir 17 tahun, namun bagi Zazleen perkara itu bukanlah satu masalah buatnya kerana itulah yang dicari-carinya selama ini.

“Terus terang, saya memang sukakan lelaki yang matang dan apabila dipertemukan dengan Adnan, saya bersyukur sangat. Seronok berkawan dengan lelaki matang sepertinya kerana dia bukan saja seorang yang cool dan memahami, malah tahu bagaimana nak mengawal saya yang kadang-kadang panas baran ini,” ujar Zazleen ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya di Lobi Kompleks Belia & Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam malam Rabu lalu.

Sebelum itu majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Masjid Al Muttaqim Taman Wangsa Melawati jam dua petang. Pada upacara itu, Zazleen menerima wang hantaran daripada pihak lelaki berjumlah RM12,000 berserta mas kahwin RM100 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Adnan cinta kesembilan
MENGIMBAU kembali detik perkenalan mereka, Zazleen berkata pertemuan mereka boleh dianggap sebagai satu kebetulan.

“Kami berkenalan masa saya bekerja dengan sebuah syarikat produksi dan tugas saya menjaga hal ehwal artis. Manakala Adnan p**a bertindak sebagai runner. Jadi dari situ kami sering berhubungan menerusi telefon sehinggalah satu hari dia memberanikan diri untuk mengajak saya keluar.

“Walaupun Adnan adalah cinta saya yang kesembilan tetapi kesungguhannya untuk menjadikan saya suri dalam hidupnya membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai calon suami,” katanya sambil menjeling ke arah suami tersayang.

Ditanya apakah istimewanya Zazleen di mata Adnan, Pengurus Projek untuk industri perhotelan ini memberikan alasan sifat keanak-anakan Zazleen yang membuatkan hatinya terpikat.

“Dia ni bersifat keanak-anakan sikit. Panas baran dan s**a merajuk. Tetapi itu bukanlah masalah besar buat saya. Sikap keanak-anakannya itulah yang membuatkan saya tertarik padanya.

“Kalau dia merajuk, saya pujuk. Tetapi kalau buat perangai lebih-lebih, saya biarkan saja. Buat bodoh sudah,” kata Adnan yang juga tidak melarang Zazleen untuk terus aktif dalam bidang lakonan.

Mengenai bilangan cahaya mata dan destinasi bulan madu, kedua-dua mempelai ini mempunyai perancangan tersendiri berhubung perkara itu.

“Kalau boleh saya hendak empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Tapi berapa pun Tuhan bagi, saya terima seadanya. Bab bulan madu p**a, mungkin terpaksa ditangguhkan kerana saya tak dapat cuti,” jelasnya.

Majlis yang bermula pada jam 9 malam itu turut dihadiri anggota keluarga, saudara mara pengantin jauh dan dekat serta sahabat handai. Antara teman artis yang kelihatan pada majlis itu termasuklah Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Ahmad Tarmimi Serigar dan isteri, Ramli MS, Pak Ngah Suhaimi dan isteri, Anne Ngasri dan suami, Elyana, Zarina AF2 dan Akma AF3.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Wed 31 Dec 2008, 4:45 pm

Pilih jambatan gantung


NORZAZLEEN dan Adnan berjalan di atas jambatan gantung selepas bersanding di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

BALING - Norzazleen Zulkifli, 24, anak kepada pelakon Zulkifli Zain dan Normala Omar menjadi pengantin pertama bersama pasangannya Adnan Mohd. Said, 26, yang melangsungkan persandingan di kawasan hutan lipur.

Mereka dari Kuala Lumpur turut berjalan melalui jambatan gantung The Tree Top Walk di kawasan peranginan Sungai Sedim di Hutan Simpan Gunung Inas dekat sini semalam.

Norzazleen yang merupakan anak keempat kepada pasangan pelakon tersebut begitu teruja kerana berpeluang mengabadikan hari bersejarah mereka di jambatan gantung itu.

"Kami sangat gembira kerana dapat menjadi pasangan pengantin yang mungkin yang pertama di negara ini bersanding di dalam kawasan hutan lipur dan diberi kesempatan pula berjalan di atas jambatan gantung yang terpanjang di dunia ini," katanya.

Mereka disandingkan di atas pelamin yang dibuat ringkas termasuk menggunakan kayu dan buluh.

Norzazleen berkata, idea untuk bersanding di dalam hutan lipur adalah datang daripada kawan-kawan mereka.

Bagi Zulkifli dan Normala, mereka turut gembira dengan inisiatif yang dilakukan anak serta menantunya yang boleh mempopularkan lagi kawasan pelancongan itu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Abdul Ghaffar Tambi yang turut mengiringi pasangan pengantin berkata idea untuk bersanding di dalam hutan lipur itu adalah sangat baik dan perlu diketengahkan untuk menarik pelancong.

Jambatan gantung tersebut sepanjang 925 meter dianggap terpanjang di dunia. - Bernama
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   Thu 01 Jan 2009, 10:56 am

10 Selebriti Paling Menyerlah 2008


Sudah 2 jam kita melepasi tahun 2009, tapi aku masih ada bahan mengenai tahun 2008 yang boleh dikongsikan bersama. MStar telah menyenaraikan 10 selebriti tanah air yang paling menyerlah sepanjang tahun 2008. Sebelum itu, selamat tahun baru, happy new year kepada semua pembaca hafreze.com. Aku sayang kalian semua!.



Nabil Raja Lawak

Antara penghibur yang makin meningkat naik namanya, aku turut suka dengan persembahan selambanya. Nabil selalu memberikan lawak yang bersifat sinis & intelek, tidak seperti Senario yang sudah ketinggalan zaman. (Baca lagi selepas ini)



Mawi

Tidak perlu dikatakan apa-apa mengenai artis paling popular tanah air, sememangnya World sepanjang tahun. Baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama Ekin, dengar kata akan honeymoon di Korea, hingga menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu yang akan tiba tidak lama lagi. Zahid mengantikan tempatnya.



Siti Nurhaliza

Seorang lagi bintang popular yang pandai ‘membawa diri’ dan ada strategi sendiri untuk melayakkan dirinya senantiasa di tempat istimewa. Baru sahaja melancarkan album berkonsepkan pop Melayu dan tradisional bertajuk ‘Lentera Timur’ yang sudah diedarkan di pasaran baru-baru ini.


Aznil Nawawi

Pelbagai anugerah diperolehinya sepanjang 20 tahun karier seninya memahat nama Aznil sebagai selebriti yang unggul. Pelakon/pengacara terkenal yang kreatif ini berhasrat melakukan ‘hijrah’ seni tidak lama lagi. Hasrat ini disuarakan selepas beliau kembali dari menyempurnakan Haji baru-baru ini.

Chef Wan

Selebriti yang peramah ini jarang berada di dalam negara kerana tugas sebagai duta masakan memasyurkan negara dan masakan tradisional. Tahun ini, Chef Wan terpaksa meninggalkan keluarga dan tanah air untuk beberapa rakaman program masakan di negara China. Dalam pada itu, Chef Wan sempat juga mencuri masa terbang balik untuk rakaman program khas, Ole-Ole Chef Wan Raya.

Vernon Kedit

Pengurus yang mempunyai latar belakang undang-undang dan pernah menjadi penkritik program Gang Starz ini cekap membawa perubahan positif ke atas Ning yang sebelum ini bagaikan tersadung oleh beberapa musibah. Antara kejayaannya ialah pengiktirafan album Selagi Ada yang mencapai kejayaan besar di majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003.

Adlin Aman Ramli

Kelangsungan perjalanan karier seninya cukup memberangsangkan. Selain terkenal sebagai pengkritik Akademi Fantasia dan pembabitan dalam Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical, Adlin telah diberi kepercayaan mengarah telemovie Inspirasi P Ramlee oleh Astro pada tahun ini.


Ziela Jalil

Drama terbitannya, Suara Saleha diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008 terbitan TV3, baru-baru ini. Di Anugerah Skrin 2006, drama Lebih Bisa Dari Jelatang menang empat daripada tujuh anugerah dipertandingkan iaitu drama terbaik, skrip terbaik (Mazlan Abdul Manan), pengarah terbaik (Kabir Bhatia) dan pelakon pembantu wanita terbaik (Elza Erdalynna).



Nora Danish

Keperitan hidup bila kasih diduakan juga tidak pernah dikongsi bersama media. Tidak ada sepatah kata nista yang dilemparkan pada bekas suami. Hanya senyum duka terukir di wajah manis wanita kacukan ini. Kecekalan Nora mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal dalam keadaan mengandung cukup menginsafkan. Dalam usia begitu muda, Nora menunjukkan kematangan yang seharusnya dicontohi.

Linda Onn

Kontroversi hubungan dengan aktor Fahrin Ahmad masih belum padam, tambahan dengan episod ditengking di set Sehati Berdansa, timbul pula kisah penukaran Linda ke Sinar FM secara tiba-tiba. Tetapi bekas penyampai radio Era FM ini adalah seorang wanita yang tabah dan bijak menggunakan situasi semasa untuk memihak kepadanya.
Back to top Go down
View user profile
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 20Go to page : 1, 2, 3 ... 10 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: -
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Report an abuse | To have a blog