HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Latest topics
» Singlet cegah boroi / Slim'N Lift for MEN | www.lelakiwanita.com
Yesterday at 6:06 pm by untuklelakidotnet

» Singlet Lelaki MURAH Untuk Cegah Perut Boroi & Buncit
Yesterday at 6:04 pm by untuklelakidotnet

» Jus Al-Qamar | www.lelakiwanita.com
Tue 21 Oct 2014, 6:53 pm by untuklelakidotnet

» Jus Al Qamar • www.lelakiwanita.com
Tue 21 Oct 2014, 6:50 pm by untuklelakidotnet

» Hot kiss Strawberry Cream • www.lelakiwanita.com
Mon 20 Oct 2014, 6:37 pm by untuklelakidotnet

» Hot Kiss Strawberry | www.herbauntuklelaki.com
Mon 20 Oct 2014, 6:36 pm by untuklelakidotnet

» Love Kiss Grape Cream - www.lelakiwanita.com
Sun 19 Oct 2014, 6:45 pm by untuklelakidotnet

» Love Kiss Grape Flavored - www.herbauntuklelaki.com
Sun 19 Oct 2014, 6:42 pm by untuklelakidotnet

» HOT KISS CHERRY - www.herbauntuklelaki.com
Sat 18 Oct 2014, 11:34 pm by untuklelakidotnet

Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 9 ... 15  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 2:14 pm

Ekin undur



BETAPA hebat dugaan cinta Ekin. Gara-gara mencintai insan bernama Asmawi Ani, dia dicemuh. Namun itu kisah lama, kini dia bahagia bergelar isteri kepada penyanyi popular itu.

Walaupun impian menimang zuriat dalam waktu terdekat berkecai apabila mengalami keguguran selepas pulang daripada berbulan madu di Korea, ia tidak sedikitpun mencalar keharmonian pasangan romantik ini.

Bahkan demi menjaga kerukunan rumah tangga, si cantik ini sanggup melakukan apa saja pengorbanan, termasuk berundur daripada industri hiburan tanah air andai itu yang diminta Mawi.

Tidak dinafikan banyak tawaran berlakon menyusul, tetapi saya tolak secara baik. Sebagai isteri, Mawi menjadi keutamaan saya sekarang.

Walaupun dia mengizinkan saya terus membabitkan diri dalam bidang seni, banyak perkara perlu saya pertimbangkan, terutama komitmen.

Kami tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Semua kerja memasak, mengemas dan membasuh saya lakukan sendiri. Jika sibuk di lokasi, siapa pula yang akan menyediakan makan minum untuk Mawi? Saya tidak sampai hati.

Buat masa ini lebih baik saya menghindari dunia glamor, biarlah Mawi seorang yang menonjol. Saya lebih senang membantunya di belakang tabir, kata Ekin.

Ditanya tidakkah rugi menolak rezeki depan mata, pelakon siri Kawan ini dengan tenang berkata, keputusan itu adalah yang terbaik buat dirinya dan Mawi.

Kami menjadikan pengalaman orang lain, khususnya teman dalam industri, sebagai panduan dalam melayari rumah tangga. Nasihat mereka ada benarnya, malah saya rasa tenang bila dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

Pun begitu, kata Mawi, andai ada tawaran berlakon bersama, dia galakkan saya terima. Lebih mudah katanya, dapatlah kami pergi dan pulang kerja bersama-sama, kata Ekin yang tidak akan sesekali membelakangkan Mawi.

Bagi mengisi masa lapang, Ekin memilih mengusahakan perniagaan tudung dan pakaian muslimah. Baginya, bidang diceburi itu lebih menjamin masa depan dan banyak manfaatnya.

Memang dari dulu saya suka berniaga. Sebelum ini saya pernah mengusahakan butik Nuit D Noces bersama ibu saudara di Johor, tetapi berkubur begitu saja bila sewa kedai meningkat.

Sebagai permulaan, saya menjual tudung. Selain menggunakan khidmat pereka fesyen dari seberang, saya mencipta beberapa rekaan tudung.

Alhamdulillah, dengan bantuan adik saya, Norshahirah, sambutan terhadap tudung rekaan saya memberangsangkan. Dia yang sibuk ke sana sini mempromosi produk ini.

Insya-Allah, butik pertama saya akan dibuka di Johor Bahru tahun ini. Selain tudung, butik ini menjual persalinan muslimah, pakaian lelaki dan kanak-kanak.

Semua produk ini di bawah label Mawi World Sdn Bhd (MWSB). Saya tidak boleh gunakan nama sendiri kerana terikat sebagai duta tudung Ariani, katanya.

Berkongsi sisi peribadinya, Ekin gembira dikurniakan suami yang penyayang dan gemar menghabiskan masa di rumah andai tidak terikat dengan jadual seni. Bahkan pasangan muda ini banyak menghabiskan masa bersama dan sering berkongsi hobi.

Walaupun sibuk, Mawi tidak pernah lupa menghubungi saya. Habis kerja, dia terus pulang ke rumah. Sesekali ada juga saya menemaninya ke tempat kerja.

April ini Mawi akan sibuk dengan penggambaran Langkah Mawi musim kedua. Ini adalah projek usaha sama MWSB dan Astro. Destinasi pilihan kali ini mungkin Sepanyol.

Insya-Allah saya akan menemani Mawi. Dapat juga melihat perkembangan fesyen di sana dan dari situ boleh dapat banyak idea untuk perniagaan yang saya usahakan, katanya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 2:17 pm

Tunggu zuriat



TANGGAL 26 April ini, genap usia setahun perkahwinan Mohammad Khairulnizam Mohammad Wahi atau Khai dan pasangannya, Rosmayati Sidik (Rosma). Kebahagiaan dikecapi pasangan muda ini makin terasa apabila Rosma kini hamil lima bulan.

Akui merpati dua sejoli ini yang mencipta nama menerusi Akademi Fantasia musim pertama, pada awal perkahwinan, tidak terlintas di fikiran untuk menimang zuriat secepat ini.

Bagaimanapun, apabila menyertai program realiti Sehati Berdansa, keinginan itu tiba-tiba memuncak.

Kalau ikutkan, saya mahu hamil selepas setahun berkahwin, tetapi perancangan itu berubah apabila melihat rakan seronok bermain dengan anak masing-masing. Ketika itu saya terfikir, alangkah indahnya jika kami juga memiliki cahaya mata.

Alhamdulillah, saya dan Khai memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mendengar doa kami. Khai sudah memberi keizinan saya berpantang di Kuantan, katanya yang tidak sabar-sabar mahu merasai pengalaman itu.

Meskipun kandungan semakin membesar, Rosma tetap aktif dan lasak seperti biasa. Malah, bakal ibu muda ini tidak mengalami masalah kesihatan, sebaliknya kebiasaan yang dialami wanita hamil seperti pening, muntah dan mengidam beralih kepada Khai.

Kata Rosma, sejurus selepas doktor mengesahkannya hamil, Khai demam teruk selama seminggu, malah terpaksa mengunyah gula-gula getah bagi menghilangkan rasa loya.

Saya hairan macam mana boleh pening dan muntah. Kadangkala lucu rasanya bila saya menanggung semua itu tapi bila difikirkan balik, ada juga baiknya. Setidak-tidaknya Rosma sihat dan dapat melakukan rutin harian seperti biasa.

Kalau dia mabuk teruk seperti kebanyakan wanita hamil lain, saya pasti risau. Apatah lagi ini pengalaman pertama kami, sudah tentu tidak sampai hati melihat Rosma dalam keadaan itu. Doa saya moga Rosma sihat hingga tiba masa bersalin.

Saya dan Rosma memilih melahirkan bayi sulung kami di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi dan berharap biarlah secara normal. Doktor menjangka Rosma bersalin pada 7 Ogos depan, kata Khai bahagia.

Tambah Rosma, mereka menyenaraikan beberapa nama yang dirasakan sesuai untuk zuriat yang bakal lahir, namun belum memutuskannya kerana mahu mengkaji maknanya.

Biarlah nama yang dipilih baik maknanya. Selain menjadikan buku panduan nama Islam dan Internet sebagai rujukan utama, kami tidak ketinggalan bertanya golongan bijak pandai.

Setakat ini kami membeli beberapa pasang baju, selebihnya biarlah dibeli apabila kandungan berusia tujuh bulan ke atas. Tidak dinafikan setiap kali lalu di depan butik barangan bayi, hati saya meronta-ronta mahu singgah. Namun Khai selalu mengingatkan saya supaya bersabar, masih banyak masa untuk kami mendapatkan barangan itu, katanya.

Menyedari komitmen semakin bertambah, pasangan ini nekad bekerja lebih keras bagi menambah pendapatan. Keadaan ekonomi yang tidak stabil turut mendorong mereka bergerak agresif mencari kerja. Bagi Khai dan Rosma, sikap menunggu rezeki datang bergolek tidak lagi relevan.

Dalam keadaan sekarang, artis tidak boleh mengamalkan sikap tunggu dan lihat. Kita yang kena cari kerja kerana jika mahu mengharapkan bayaran menyanyi, berlakon dan mengacara belum tentu mencukupi. Tawaran persembahan pun tidak sebanyak dulu.

Untuk menambah pendapatan, saya berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir, termasuk mencari pelakon untuk sesebuah produksi dan berurusan dengan stesen TV. Kebetulan pula saya memang minat dan berharap satu hari nanti dapat melebarkan nama sebagai pengarah.

Saya dan Rosma banyak idea. Sebagai permulaan, kami menyerahkan kertas cadangan kepada RTM supaya menerbitkan program majalah berjudul Bulan Madu. Skrip program ini ditulis oleh abang saya, Azlan Shah dan nampaknya RTM berminat.

Sebelum ini kami menyiapkan skrip telefilem berjudul 10 Terbakar. Alhamdulillah, A Aida Production Sdn Bhd berminat dengan projek ini dan akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Kini saya dan abang sibuk menyiapkan skrip filem pula dan setakat ini beberapa syarikat produksi setuju melihat hasil kerja kami, kata Khai yang baru tamat penggambaran telefilem Terminal Cinta dan Semanis Janji.

Dalam pada itu, Rosma berharap kemunculan single duetnya bersama Khai, Warna Cinta, membawa tuah kepada mereka. Lagu ciptaan Khai itu diserahkan ke stesen radio tempatan dan berharap ia diterima peminat.

Single kedua kami akan menyusul selepas saya bersalin. Sementara menunggu kelahiran anak, kami fokuskan perhatian kepada promosi Warna Cinta dan mengumpul bahan untuk single berikutnya.

Ini adalah eksperimen pertama kami, malah ada perancangan menggunakan khidmat beberapa komposer popular, antaranya Audi Mok dan KRU.

Kami senang bergerak sendiri, namun andai ada tawaran syarikat rakaman, akan kami pertimbangkan, katanya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 2:21 pm

Hamdan bersama keluarga


bersama anaknya, Natasha & Hakim.


Baru2 ini [bh] menemui Hamdan(bekas kumpulan senario) sewaktu pengambaran sitkom BONG yang ditayangkan di tv9 setiap Isnin, jam 9.30malam. Hamdan membawa watak sebagai Datuk Sabarudin di dalam sitkom ini. Sitkom yang penuh dengan adegan yang membuatkan kita bergelak tawa ini ternyata akan lebih meriah dengan kehadiran Hamdan di dalam sitkom ini. Watak yang dipegang oleh Hamdan adalah watak seorang pemilik sebuah syarikat dimana syarikat itu merupakan tempat kerja 2 pelakon utama sitkom itu, iaitu Mustapha Kamal dan juga Jasmin Hamid. Meskipun membawa watak sebagai seorang ahli perniagaan, namun elemen2 lawak tetap wujud di dalam sitkom itu.


bersama dengan pelakon utama sitkom BONG, Ikhwan.


Selain sibuk dengan pengambaran sitkom BONG, Hamdan juga sekarang sibuk melakonkan sebuah drama terbitan RTM yang berjudul Angelina vs Siti Nurhalijah. Drama ini juga sedikit berunsurkan komedi. Drama itu masih lagi dalam tempoh pengambaran. Semua pengambaran dijalankan di daerah Bahau, Negeri Sembilan.


bersama isteri dan 2 anaknya..


Walaupun sibuk dengan bidang lakonannya, Hamdan sama sekali tidak pernah melupakan keluarganya. Kemana sahaja dia pergi, jika tiada apa yang menghalang, dia akan membawa isteri(Lynn [37]) dan anak2nya bersama. Baru2 ini ketika ditemui, dia hadir di lokasi bersama dengan isteri dan 2 anaknya. Hamdan setakat ini telah dikurniakan 4 cahaya mata iaitu misha (16), aiman (13), hakim (10), natasha (6).

Apa2pun, [bh] doakan semoga Hamdan terus berjaya di dalam industri hiburan ini.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 2:23 pm

Baru mula



MUNGKIN tuah melingkari kerjaya anak muda ini apabila tersenarai antara finalis kategori Artis Baru Lelaki Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH).
Siapa sangka, usia pembabitannya dalam dunia seni baru saja bermula, tetapi populariti diraihnya bagaikan orang lama dalam industri.

Justeru, ramai mengandaikan paras rupa menjadi taruhan anak jati Kelantan ini. Begitupun, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menolak andaian terbabit.

Katanya, kacak atau jelita sekadar tiket untuk memasuki dunia seni tetapi untuk mempertahan karier, bakat yang menjadi perantara.

Mungkin dulu apabila saya diiktiraf sebagai naib juara Hero Remaja, semuanya berlandaskan paras rupa dan pendidikan. Bagaimanapun, apabila ada dalam dunia lakonan, wajah kacak bukan perkara utama yang dinilai.

Namun, saya sedar hasil kerja saya dalam dunia seni masih tidak seberapa jika diambil kira. Malah, terlalu banyak yang perlu saya pelajari untuk menjadi pelakon baik. Mungkin ditakdirkan rezeki tersenarai sebagai dalam kelompok top 5 kategori artis baru popular, katanya.

Jelas Fizo, tercalon dalam ABPBH menjadi cabaran besar untuknya, apatah lagi populariti diterima jejaka ini melangkaui batas kerjanya.

Tersenarai dalam top 5 ibarat kemenangan buat saya. Begitupun, apa yang saya kecapi kini boleh dikira terlalu awal untuk kerjaya yang baru setahun bermula. Lagipun, drama lakonan saya masih boleh dikira dengan jari.

Saya tidak nafikan, fokus untuk tersenarai dalam anugerah berprestj ini memang ada, tetapi mungkin tiga atau empat tahun akan datang dan bukan dalam masa terdekat ini.

Apapun, saya bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang mengundi saya. Ia bagaikan tanggungjawab besar yang perlu saya pikul. Selepas ini banyak yang perlu saya pelajari supaya dapat memuaskan hati peminat, katanya.

Tambah anak muda berusia 24 tahun ini, walaupun baru mula bergelar pelakon, bahang dunia glamor mula dirasainya, lebih-lebih lagi ada pihak menaruh hasad dengki terhadapnya apabila tercalon dalam anugerah ini.

Alhamdulillah, buat masa ini saya masih bebas daripada gosip dan kontroversi. Begitupun, baru-baru ini saya mendapat satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang tidak dikenali. Mesej berkenaan berunsurkan psikologi dan mengutuk bagaimana saya terpilih untuk anugerah itu.

Sebelum ini, saya sentiasa menjaga diri dalam apa saja yang saya lakukan. Saya tidak mahu digelar pelakon tidak sedar diri dan sebagainya. Namun, saya tidak tahu pula ada orang iri hati terhadap kejayaan seseorang.

Ini pengalaman baru buat saya. Saya harap perkara sebegini tidak akan terjadi pada masa akan datang kerana setiap manusia sudah tertulis rezeki mereka, kata Fizo.

Menyentuh soal lakonan, selepas Puteri Salju, Fizo terus disambar dan sekarang sibuk menjayakan drama arahan Azhari Zain berjudul Bionik bersama Kamal Azli untuk mengisi slot Aksi dan Cahaya Berbisik untuk slot Cerekarama di TV3.

Tidak terbatas pada lakonan, wajahnya juga sering kali menghiasi iklan komersial, antaranya Brylcreem, Celcom, Direct Perfume, Munchys, Myeg dan terbaru bergelar pengacara program Gen-X untuk RTM 1.

Alhamdulillah, walaupun masih baru, peluang yang saya terima sungguh baik. Ini menjadi medan buat saya memperbaiki diri dan mengumpul pengalaman sebanyak mungkin, katanya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 2:37 pm

Heykal cuba formula baru dalam Embun Mutiara


Antara barisan pelakon drama rantaian Embun Mutiara. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


DRAMA bersiri Embun Mutiara yang dijangka mewarnai slot baru di TV3 sekali lagi mendapat sentuhan pengarah berbakat, Mohd. Heykal Mohd. Hanifah, 35, selepas dia menghasilkan drama rantaian Cinta Untuk Ain yang sedang disiarkan dalam slot Lestari di stesen tv yang sama sekarang.

Jika dalam Cinta Untuk Ain, Heykal menggunakan pelakon yang sudah ada nama dalam industri seperti Que Haidar dan Nabila Huda.

Sebaliknya dalam Embun Mutiara, Heykal cuba menggunakan formula baru dengan mempertaruhkan bakat-bakat baru seperti aktres Mas Muharni yang pernah membintangi filem Wayang sebelum ini.

Disebabkan pelakon dalam Embun Mutiara terdiri daripada pelakon biasa-biasa dan pelakon baru, jadi saya akan cuba memberikan impak dan membuat mereka menjadi bagus.

Saya juga mencuba untuk mendidik pelakon baru seperti Mas, kata Heykal ketika majlis pelancaran drama terbitan MIG Beats Sdn. Bhd. itu di The Mines, Seri Kembangan baru-baru ini.

Embun Mutiara mengisahkan sepasang adik-beradik iaitu Embun dan Mutiara yang dilahirkan dalam tahun yang sama.

Embun tua beberapa bulan daripada Mutiara. Sikap kedua-duanya sangat berbeza sama sekali.

Embun dengan sikap mengarahnya dan suka kepada dunia glamour. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang model dan terkenal agar dilimpahi dengan kemewahan dan semua orang tunduk dengannya.

Mutiara pula sebaliknya kerana sikap ramah dan mesra serta rendah diri membuatkan dia sentiasa menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakan. Dia juga merupakan pelajar yang bijak.

Garapan ceritanya nampak klise dan pernah ditonton dalam cerita-cerita sebelum ini seperti drama Sutera Maya.

Malah Heykal pada mulanya juga mengagak persembahan drama ini seakan-akan cerita Maria Mariana.

Tetapi jangkaan saya silap dan ia berlainan apabila saya nilai semula skrip drama ini.

Ceritanya mempunyai tiga hingga empat konflik dalam sebuah episod sehingga saya rasa takut kalau penonton berserabut apabila disogok dengan banyak konflik.

Jarang saya dapat cerita seperti ini. Jadi, saya akan create pada fotografi yang cantik dengan menggunakan sesuatu situasi.

Cliff hanger setiap episod juga berakhir dengan cerita yang bagus, jelas Heykal yang telah mencuba semua genre seperti komedi menerusi drama Tania, heavy (Mencari syurga).

Namun, pengarah drama Inai Malam Pengantin ini belum mencuba genre seram untuk drama tempatan melainkan dia pernah membikin untuk sebuah cerita seram di Singapura.

Heykal berkata dia bukanlah terlalu memilih tetapi bagaimanapun dia perlu melihat skrip terlebih dahulu sebelum mengolah sesebuah skrip mengikut semua.

Dia mula mengarah menerusi telefilem Dosa Semalam untuk TV3 pada November 2006.

Kariernya sebagai pengarah bermula apabila dia menjalani latihan amali dengan di bawah Opera Klasik bersama pengarah Rashid Sibir sewaktu sedang menuntut dalam jurusan Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1996.

Saya mula kerja dengan membuat air. Selepas itu menjadi penolong pengarah dan sekarang barulah bergelar pengarah.

Selepas lama berada dalam industri ini, banyak perkara yang saya tahu.

Misalnya untuk drama Embun Mutiara ini, saya perlu memikirkan bagaimana untuk menyiapkan empat episod dalam seminggu agar dapat memenuhi waktu siaran, kata Heykal.

Drama 13 episod ini memulakan pengambaran sekitar Kuala Lumpur mulai hari ini, 20 Mac.

Embun Mutiara yang dijangka ditayangkan mulai April depan dibarisi oleh pelakon seperti Awal Ashaari, Eira Syazira, Mas Muharni, Anne Abdullah, Aida Aris dan Sharifah Shahora.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 3:11 pm

Jihan Raja Lawak kembali sebagai juruteknik MBSA


Jihan sewaktu melakukan persembahan di peringkat akhir Raja Lawak musim ketiga yang menobatkannya sebagai naib juara baru-baru ini.


TIDAK berapa lama dulu, populariti satu-satunya pelawak wanita, Jihan begitu memuncak semasa Gelanggang Akhir Raja Lawak. Kini setelah tamatnya rancangan itu, semuanya balik seperti sediakala bagai debu ditiup angin.

Jihan sudah mula kerja seperti biasa sebagai juruteknik di MBSA dan rutin hariannya juga tidak banyak berubah, semuanya kembali asal.

"Semuanya kembali seperti biasa. Peminat-peminat saya kalau adapun hanya macik, pacik dan budak-budak. Takde lah yang kerumun saya....," kata Jihan merendah diri.

"Cuma kalau di tempat kerja tu, adalah beberapa orang yang ingin mengambil gambar bersama. Tu saja.

"Lagipun, saya tak berapa fikir sangat pasal populariti. Yang penting bagi saya ialah mengasah bakat supaya dapat membaikki taraf hidup dan membantu keluarga," jelas Jihan.

Anak jati Shah Alam yang juga merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam adik beradik seramai empat orang, masih bersyukur yang kejayaan ditempanya datang seperti kilat dengan tidak disangka-sangka.

"Ada juga yang tanya kenapa saya tidak naik motor (motor yang saya menang tu).

"Saya hanya tersenyum saja sebab duit dan motor pun saya tidak dapat lagi," kata Jihan yang kini sibuk menghadiri latihan untuk penyanyi latar dan pelakon sambilan untuk pementasan teater 'Mahsuri.'

Dengan kemenangannya sebagai Naib Juara Raja Lawak, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa membawa pulang motosikal Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Jihan yang kini artis Maestro Records, menyerahkan segala urusan kepada pihak pengurusan.

"Mereka ada berbincang dengan saya beberapa kali tapi setakat ini belum ada apa-apa lagi. Jadi saya teruskan saja kerja saya," jelas Jihan yang mula meminati bidang teater sejak lepasan sekolah lagi.

Kata gadis genit ini, mula asalnya jiwa dia lebih tertarik dengan bidang tarian.

"Saya memang suka sangat menari tapi saya sedar yang ketinggian saya kurang mencukupi jadi saya cuma belajar suka-suka saja.

"Dari situlah, saya beralih ke bidang teater dan memasuki 'Sanggar Teater Fauziah Nawi' (STEFANI) pada 2004.

"Mulai dari situlah, minat saya menjadi-jadi ke arah teater. Jihan sudah mengambil bahagian dalam enam pementasan setakat ini.

Antaranya ialah Lorong Blues, KLku dan Malam 7 drama 7 Duri. Namun kata Jihan, pengalaman yang paling berharga ialah ketika berlakon monolog dalam Malam 7 drama 7 duri.

"Saya banyak dapat komen positif selepas lakonan saya dalam teater ini.

"Tambahan pula, watak yang diberi agak berat iaitu kisah banduan wanita yang bunuh suami," jelas Jihan yang tidak menolak andaikata ada tawaran untuk berlakon drama atau filem.

Untuk ketika ini, Jihan berkata dia akan tetap dengan kerjanya di MBSA tambahan pula peluang seninya masih samar-samar.

"Tengoklah macam mana nanti. Masa depan saya penting dan pekerjaan yang stabil juga sama penting. Biarlah dulu, kalau sampai masanya nanti, saya akan buat keputusan," kata gadis berusia 26 tahun ini.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 3:13 pm

Siapa kata Nikki tak boleh jual?


Nikki masih laris mendapat undangan nyanyian baik di pentas mahupun di majlis makan malam.


BLOGGER, Mr Manager dalam laman blognya semalam melatah terhadap seorang responden, Slimedog yang menyatakan `Nikki tak boleh jual.'

Untuk membuktikan dakwaan Slimedog itu salah, Mr Manager mempamerkan gambar-gambar Nikki menyanyi pada satu majlis makan malam di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Jika Nikki tidak boleh jual, kenapa beliau sibuk pada setiap malam menyanyi dalam acara seumpama itu yang membolehkannya memperolehi cek lima angka?" katanya.

Beliau turut memberikan enam sebab `Nikki boleh jual' dan `sedang menjual'.

Antara sebab-sebabnya ialah Nikki bekerja keras, sentiasa berlatih dan mempunyai sepasukan individu yang sentiasa menyokongnya.

Bagi menguatkan hujahnya, Vernon telah meletak beberapa foto Nikki sedang menghiburkan tetamu di majlis makan malam yang 'full house' di Hotel Shangri La , Kuala Lumpur.


Pengurus artis Vernon Kedit begitu teliti merancang kegiatan artis di bawah jagaannya seperti Nikki.


"Saya jarang meletak gambar artis saya didalam blog. Tambahan pula kalau untuk private parti atau majlis makan malam kerana menjaga privasi.

"Tapi untuk menceritakan perihal sebenar, saya terpaksa lakukan," kata pengurus yang mempunyai pengaruh dan kredibiliti disegani ramai itu.

Jika alasannya, album Nikki tidak laku, maka "saya juga boleh kata yang ramai album artis lain juga tidak laku.

"Lainlah kalau album Mawi atau Siti. Itupun mereka sendiri merasakan keperitan kelarisan album mereka jatuh mendadak kerana keadaan ekonomi yang teruk sekarang," kata Vernon.

Dan realiti kehidupan remaja sekarang, kata Vernon, mereka lebih gemar suka membeli kad prabayar, handphone baru dan permainan komputer dan software baru.

"Dan itulah realiti pemasaran hari ini," kata Vernon.

Luahan Vernon juga boleh melayari blognya di www.mrmanager.blogspot.com
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 3:15 pm

Antara 'angan-angan' Tiara dan Raja Azmi?


Penerbit filem Raja Azmi kelihatan bersama pemain badminton Roslin Hashim sewaktu Gelanggang Akhir Raja Lawak baru-baru ini.


RESAH rasanya bila tidak dapat menitipkan sepatah kata buat renungan sahabat Kakak Tua, penerbit terkenal Raja Azmi yang kian ghairah untuk meneruskan niatnya membuat filem 'Anu dalam botol.'

Banyak yang tidak kena pada fikiran tua ini bila Raja berdegil juga untuk meneruskan idea dan penerbitan filem yang diinspirasikan dari kisah seorang 'gay.'

Belum tentu lagi, filem ini dapat membawa nama Raja ke mercu kejayaan kepada industri filem Melayu, tapi mungkin juga bukan itu yang diinginkan Raja.

Yang berdetik di hati Kakak Tua ialah, kehebatan promosi yang diberikan kepada filem ini. Bagai nak rak hebohnya, kalahkan kempen pilihanraya.

Audition saja sudah mendapat liputan luas dari media perdana. Itu belum lagi liputan pengambaran dan sebagainya. Rasa-rasanya kalau momentum begini dikekalkan, harus filem ini akan 'pecah panggung'?

Bijak sungguh Raja Azmi menyusun strategi pemasarannya. Baik dari segi 'mengujudkan' kontroversi, mensensasikan projek terbaru dan kepetahan memberi komen-komen yang sudah pasti akan tersiar dek bisa ayat yang dikeluarkan itu.

Walaupun kadangkala komen itu tidak berkenaan projek terbaru, komen peribadi yang diucapkan sewaktu dia membela pemain badminton Roslin Hashim yang sedang menghadapi proses penceraian, pun boleh terduduk kita membacanya.

Tapi setakat itu sajalah....kerana selalunya air beriak tanda tak dalam.


Datin Seri Tiara Jacquelina yang selalu inginkan kecemerlangan dan kesempurnaan dalam apa saja yang diceburinya


Di awal penerbitan filem pertamanya Black Widow, Cinta 200 Ela dan Haru Biru (mungkin ada beberapa lagi yang terlepas pandang), Raja masih gagal meraih kejayaan atau pulangan memuaskan.

Tak ubah seperti 'ayam yang baru belajar berkokok', telor sebiji riuh sekampung.

Kakak Tua tidak suka sangat sikap seperti ini kerana yang pasti ianya akan memakan diri bila cakap tidak serupa bikin.

Lainlah kalau Raja sudah 'season' dengan permainan seperti ini.

Mengikut 'track record' yang sudah-sudah, cakap apapun, penerbit wanita yang masih jelita ini akan teruskan juga niatnya membuat filem kontroversi yang banyak ada riak-riak ke arah 18SX itu.

Dalam hal ini, Kakak Tua suka sangat tengok cara kerja Pengetua baru AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina. Tegas, konsisten dan diam-diam ubi cara dia bergerak.

Tahu-tahu lepas saja kejayaan produksi PGLM di Istana Budaya, selang beberapa hari dia terus saja ke tugas yang lebih mencabar, cuba membentuk bakat-bakat baru untuk menjadi bintang.

Ada yang kata, Tiara tidak cukup layak untuk kerusi Principal. Kata-kata beginilah yang akan terus membakar semangat Tiara untuk buktikan keunggulan dan keupayaan yang dimilikkinya.

Kalau lihat bagaimana dia berjaya membawa namanya dari seorang model hingga ke status sekarang, mungkin kita akan berfikir 10 kali untuk memperlekehkan kemampuannya.

Cuma, harap-harap Tiara dapat menerima teguran membina dari masa ke semasa.

Selalunya apabila berada di puncak, berapa ramai yang akan melihat rumput di bumi dengan pandangan yang sama.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 3:19 pm

Jac dan Mas Idayu mulakan pencarian protege


Jac memberi kata-kata aluan kepada peserta rancangan Mentor.


KELAHIRAN bintang program realiti daripada program yang diterbitkan oleh TV3 memberikan semangat kepada orang ramai hadir ke sesi uji bakat untuk mewarnai Mentor musim ke-3 sekaligus menjadi protege kepada penyanyi terkenal tanah air.

Seramai 300 peserta telah datang untuk menjalani uji bakat minggu pertama pada 14 & 15 Mac yang disaring oleh Jacyln Victor dan Mas Idayu bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama.

Mentor musim ke 3 menampilkan Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Noor, Ajai dan Awie sebagai sifu yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada protege masing-masing.

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor diberi penghormatan membuka tirai sesi uji bakat pada hari Sabtu dalam usaha untuk mencari seorang protege yang berbakat dan serasi dengan personaliti dirinya. Ramai calon yang berminat untuk menjadi anak didik Jaclyn membanjiri lokasi Sri Pentas sejak awal 8.00 pagi lagi. Menurut Jac, Boleh dikatakan setiap individu yang hadir pada hari ini mempunyai bakat vokal dan personaliti yang bagus, tetapi itu sahaja tidak memadai.


Salah seorang peserta mencuba nasib.


"Bagi saya keyakinan diri dan semangat untuk berjaya juga penting kerana faktor-faktor ini memainkan peranan penting membantu protege untuk menyerlah sewaktu persembahan nanti. Sebagai mentor, sudah menjadi tanggungjawab untuk saya mencari satu kelainan unik di dalam diri protege saya.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan sesi pemilihan kali ini dan tidak sabar untuk memperkenalkan calon protege saya pada konsert mingguan pertama kelak.

Manakala pada hari kedua, sesi uji bakat mengambil masa yang lebih panjang kerana Mas Idayu memerlukan protege yang mempunyai bakat menyanyikan lagu daripada genre yang berbeza dan versatil. Peserta menunjukkan kebolehan dengan diuji menyanyikan lagu-lagu balada, rock, pop rock, dangdut, asli dan kemahiran menari. Mas Idayu berpendapat, peserta yang hadir

menunujukkan komitmen dan kesungguhan untuk bergelar penyanyi namun keupayaan suara mereka tertumpu kepada satu genre sahaja.

Jelasnya lagi, Saya memerlukan protege yang mempunyai suara yang dinamik di mana dia boleh menyanyi semua genre lagu tidak kiralah sama ada dia lelaki ataupun perempuan.


Mas Idayu memberi tips kepada peserta Mentor musim ini.


Walaupun ramai yang mengatakan dangdut dan asli selalunya diminati oleh perempuan sahaja namun bagi saya sesiapapun mampu menyanyikannya. Malahan, jika seseorang itu boleh mengiramakan lenggok asli dan dangdut dengan baik, pastinya dia boleh membawa genre yang lain dengan merdu.

Ternyata, hasil dari uji bakat yang dijalankan dua peserta lelaki telah disenarai pendek dan siapakah yang bakal menjadi protege saya hanya akan ditentukan setelah menjalani uji bakat tertutup nanti. Nantikan!

Pemilihan para peserta tahun-tahun sebelumnya berdasarkan penilaian pihak juri dan pihak pengurusan, musim ke - 3 menampilkan kelainan apabila para Mentor akan turun padang menghadiri sesi uji bakat sekaligus memilih sendiri protege mereka dimulai dengan Jaclyn Victor dan Mas Idayu minggu pada 14 & 15 Mac yang lalu bertempat di Sri Pentas Bandar.

Uji bakat berlangsung di Theatrette, Sri Pentas bermula pada 14 Mac 2009 sehingga 4 April 2009 bermula jam 10.00 pagi hingga 5 petang.

Oleh itu, bagi para peserta yang berminat untuk menjadi Mentor kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:-


Peserta terpegun mendengar taklimat Mas Idayu.


Tarikh Uji Bakat Artis14 Mac Uji bakat Mentor 1 Jaclyn Victor15 Mac Uji bakat Mentor 2 Mas Idayu21 Mac Uji bakat Mentor 3 Lah Ahmad22 Mac Uji bakat Mentor 4 Adibah Noor28 Mac Uji bakat Mentor 5 Ajai4 April Uji bakat Mentor 6 Awie

Peserta yang ingin menyertai gelanggang Mentor semestinya berusia antara 17-25 tahun, memiliki bakat, vokal yang mantap dan pakej, berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor.

Peserta yang menghadiri uji bakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Semestinya, Mentor mempunyai kebebasan 100% untuk memilih protege hasil dari penelitian melalui uji bakat yang disaring oleh mereka.

TV3 tidak meletakkan sebarang garis panduan khusus kepada Mentor untuk memilih protege masing-masing kerana kriteria dan kelayakkan ditetapkan oleh para Mentor sendiri mengikut genre mereka.

Program Mentor mula diperkenalkan pada tahun 2005 mempamerkan barisan Mentor yang tergolong dari penyanyi popular tanah air iaitu Nora, Hattan, Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Ning Baizura, Cat Ruffedge, Noraniza Idris, Kumpulan VE, Amy Search dan Hazami.

Mentor 1 berjaya menjulang Pija dan Zainal Abidin sebagai Mentor manakala Mentor 2, kemenangan berjaya diraih oleh Fiq melalui hasil tunjuk ajar sifunya, Amy Search.

Program Mentor akan ditayangkan bermula pada 19 April 2009, setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam (Konsert Mingguan Mentor akan bermula pada 3 Mei 2009), Jurnal Protg setiap Ahad jam 5.30 hingga 6.00 petang yang menyorot persediaan serta aktiviti protg bersama mentor juga Jurnal Mentor iatu diari harian protg akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.28 malam.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk hadir ke sesi uji bakat pada 21 & 22 Mac untuk menjadi protege kepada Lah Ahmad dan Adibah Noor!
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 3:22 pm

"Meow... Belai Si Comel bersama Friskies



Program sebanyak 8 episod ini akan disiarkan di TV3, setiap Sabtu 12.30 tengah hari mulai 21 Mac 2009, dan dihoskan oleh Raja Azura, pengacara dan penghibur versatil di Malaysia.

FRISKIES di atas dasar keprihatinannya terhadap kebajikan kucing, terutamanya kucing terbiar bekerjasama dengan SPCA dan TV3 buat julung kalinya bagi menerbitkan sebuah rancangan realiti kucing yang pertama di Malaysia, Meow... Belai Si Comel Bersama FRISKIES.

Program sebanyak 8 episod ini akan disiarkan di TV3, setiap Sabtu 12.30 tengah hari mulai 21 Mac 2009, dan dihoskan oleh Raja Azura, pengacara dan penghibur versatil di Malaysia.

Program Meow... Belai Si Comel Bersama FRISKIES merupakan satu komitmen FRISKIES untuk bekerjasama dengan SPCA bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang pemilik binatang peliharaan.

Ia juga bertujuan untuk meringankan beban SPCA dengan mengumpul dana melalui pek kebajikan FRISKIES dan undian SMS para penonton. Melalui program ini kita dapat melihat bagaimana para peserta memberikan kasih sayang dan keprihatinan tanpa batasan kepada kucing terbiar yang diambil dari SPCA.

Atas keikhlasan hati mereka, ganjaran sebanyak RM10,000 bakal menanti pemenang utama, kata Tim Wilson, Pengurus Perniagaan Negara (Country Business Manager), Purina PetCare Sdn. Bhd.

Berbeza dengan pertandingan kucing yang lain, Meow...Belai Si Comel Bersama FRISKIES memerlukan sepenuh komitmen dari peserta yang sanggup memelihara dan menjaga anak kucing terbiar yang diambil dari SPCA seawal bulan-bulan pertama kelahiran kucing tersebut.

Peserta program dipilih menerusi uji bakat yang dijalankan di dua lokasi berasingan iaitu di Giant, Seksyen 13, Shah Alam pada 7-8 Februari 2009 dan di Giant Kota Damansara pada 14-15 Februari 2009.

Hampir 100 orang menyertai sesi uji bakat namun hanya 6 orang sahaja yang terpilih berdasarkan minat dan kesungguhan mereka untuk merealisasikan cabaran MeowBelai Si Comel Bersama FRISKIES.


Hos Raja Azura.


Mereka ialah Suriana Bt Soria (Sue), Izawati Muhammad (Iza), Sharifah Zuria Bt Syed Abu Bakar Sidik (Sha), Syazwan Khairuddin (Wan), Mohd Kamell Bashah B Hj Ibrahim (Kamell), dan peserta paling veteran Zuraidah Bt Darus atau lebih dikenali sebagai, Mama.

Keenam-enam peserta yang terpilih mempunyai latar belakang yang berbeza dan sememangnya sanggup memelihara kucing-kucing terbiar dari SPCA bukan atas dasar ganjaran, tetapi kerana keikhlasan hati mereka.

Dalam episod pertama, kesemua 6 peserta akan diberi seekor anak kucing dari SPCA dan mereka akan bertanggungjawab untuk membelai si comel tersebut sebaik mungkin sehingga tahap matang.

Puan Iswati Ishak, Penerbit Eksekutif Pepper Media, menerangkan Sepanjang siri ini, Pepper Media Sdn Bhd selaku penerbit akan berusaha merakamkan gelagat setiap peserta dan keluarga masing-masing ketika memelihara dan menjaga kucing angkat mereka.

Di samping itu kami berharap program ini akan menjadi titik tolak untuk menimbulkan minat khalayak ramai supaya turut sama memelihara kucing-kucing terbiar.

Pelbagai cabaran akan dihadapi setiap peserta mulai episod 2 hingga episod 6 untuk memastikan siapakah 3 finalis yang bakal muncul di episod terakhir.

Peserta yang berjaya menjaga kucing mereka dengan baik dan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berdasarkan penilaian juri profesional.

Selain juri profesional, peserta juga berpeluang untuk bergelar pemenang melalui undian SMS yang akan dibuka bermula episod 2.

Menerusi undian SMS, RM 0.15 akan disalurkan kepada SPCA bagi setiap SMS yang diterima untuk menampung perbelanjaan kucing-kucing terbiar yang masih berada di bawah penjagaan SPCA.

Di samping berpeluang berkongsi pengalaman membelai kucing peliharaan dengan selebriti tanah air seperti Adibah Noor, Nora, Jue Aziz, Ikhwan HotFM, Azfar OIAM, Dr. Fazley dan Farah Asyikin OIAM, program ini juga akan memberikan penonton maklumat dan tips penjagaan kucing yang lebih teratur dan tepat dari pakar veterinar SPCA.

Penggemar-penggemar kucing yang lain di luar sana juga boleh beramal dengan FRISKIES kerana dengan setiap pembelian pek kebajikan FRISKIES, RM0.50 akan didermakan terus kepada SPCA di samping menerima sehelai selimut kucing FRISKIES. Terdapat 7 rekaan eksklusif untuk dikumpulkan.

Hadiah yang bakal menanti peserta bertuah ialah RM10,000 bagi hadiah utama, RM5,000 untuk tempat kedua dan RM3,000 bagi tempat ketiga. Selain dari wang tunai, pemenang juga akan menerima bekalan makanan kucing daripada FRISKIES selama setahun.

Makanan kucing FRISKIES adalah hasil usaha para penyelidik dan juruteknik yang mahir dalam penghasilan rumusan makanan kucing di empat buah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Produk bertempat di Amerika Syarikat, Switzerland, Perancis dan Australia.

Ramuan semulajadi FRISKIES dipilih dengan teliti, dikisar dan dimasak menggunakan process stim untuk mengekalkan rasa semula jadinya bagi memastikan Si Comel mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kehidupan yang riang dan sihat.

Produk-produk FRISKIES telah diperakui oleh Association of American Feed Officials (AAFCO) dan Majlis Penyelidikan Kebangsaan (NRC), mengandungi nilai makanan 100% khasiat lengkap untuk tumbesaran dan kesihatan semua baka kucing untuk seluruh jangka hayat mereka, juga dihasilkan dalam perisa yang disukai kucing.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 3:27 pm

Ashraff - Bunga kepingin timang cahaya mata


Pasangan bahagia ini kepingin sekali menimang cahaya mata.


JIKA ditelusuri jalan cerita filem Saus Kacang, para penonton berpeluang menyelami mesej tersirat filem itu - cinta sejati bukannya main-main.

Cinta sebenarnya bersifat luhur, abadi dan segar sepanjang masa. Jelas sekali, ia bukannya terhad dalam `tempoh percutian (sementara) semata-mata.

Meminjam kata-kata watak utama, Fredo (Ashraf Sinclair) kepada kekasih hatinya, Devi (Bunga Citra Lestari) dalam filem tersebut: "Cinta itu adalah suatu keajaiban."

Seperti pengakhiran filem arahan Indrayanto Kurniawan itu yang mempertemukan hati dua sejoli itu, selebriti Ashraf hakikatnya telah diijabkabulkan dengan Bunga November tahun lalu.

Sebagaimana impian setiap pasangan hidup, Ashraf dan Bunga turut berharap menimang cahaya mata sebagai satu lagi 'keajaiban' yang melengkap dan menyerikan kehidupan mereka.

"Insya-Allah, kalau kami diberikan rezeki, kami menerimanya (dengan penuh kesyukuran). Diikutkan hati, saya memang inginkan anak.

"Tetapi dalam lafaz doa saya, saya percaya Tuhan akan memberikan apa-apa yang terbaik buat kami berdua. Bila ada bayi, itu adalah masa yang paling sempurna," akui Ashraf.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas tayangan Saus Kacang di Tanjong Golden Village KLCC baru-baru ini.

Ashraf yang juga pemegang watak Eddy dalam Gol & Gincu berkata, beliau dan isterinya tidak mempunyai perancangan tetap buat masa ini.

Namun pada masa yang sama, katanya, mereka akan mengikut aliran kehidupan yang ditakdirkan Allah Subhanahu Wataala (go with the flow).

"Oleh itu, kami akan terus bekerja," ujarnya yang jelas berpegang teguh kepada prinsip manusia hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya.

Kepada satu soalan pemberita, pelakon berdarah kacukan British dan Melayu itu berkata, beliau telah pun berpacaran (berkasih-kasihan) dengan Bunga sebelum penggambaran filem menarik itu bermula.

Filem Saus Kacang melakar sejarah apabila menggabungkan pasangan suami-isteri Ashraf dan Bunga julung kali di layar perak.

Mengimbas kembali tawaran Indrayanto kepadanya untuk membintangi filem tersebut di Indonesia, Ashraf mengakui teruja untuk merebut peluang itu.

Sudah terang lagi bersuluh, faktor penariknya ialah buah hatinya, Bunga.

"Ia adalah peluang keemasan. Memang bertuah kerana dapat membuat penggambaran di Indonesia selain dapat berjumpa dengan Bunga," ujarnya.

Beliau menambah, faktor lain ialah jalan cerita filem itu yang menarik, santai dan menghiburkan.

Bagaimana pula dengan pandangan pengarah dan prosuder Saus Kacang, Indrayanto Kurniawan terhadap Ashraf dan Bunga?

Menurut Indrayanto, watak Dewi memang disediakan khas untuk Bunga yang jelita itu.

"Aktor lelaki adalah untuk lelaki bukan orang Indonesia. Dari Korea, Singapura atau Malaysia. Ternyata, Bunga berpacaran dengan Ashraf (memudahkan pencarian aktor lelaki tersebut)," jelas beliau.

Mengenai kesesuaian Ashraf membintangi watak Fredo, beliau berkata: ``Ashraf itu cool dan pendiam, tetapi karektor Fredo itu adalah sedikit over-expressive.

"Namun, Ashraf ialah pelakon yang baik kerana dia bisa keluar daripada peribadinya (dapat mengadaptasikan diri dengan baik untuk membawa watak)," katanya.

Secara berseloroh, tambahnya, beliau dan krew senang bekerja dengan pasangan tersebut kerana sangat profesional dan tidak berpacaran di tempat produksi.

Pun begitu, Bunga berkongsi sedikit-sebanyak `kesukaran berlakon bersama-sama dengan suami tersayang.

Katanya, misalnya, beliau tidak sampai hati untuk menampar Ashraf sebagai sebahagian daripada keperluan skrip filem itu.

"Adegan tampar itu perlu diulangi sebanyak lima kali. Sehinggakan produser melenting... Bunga.. Devi, bukannya Bunga.

"Jangan kesian Ashraf. Dia ialah Fredo. Anda sepatutnya sangat marah kerana dia melukai hati anda," katanya sambil menambah beliau meminta maaf sebelum menampar suami kesayangannya.

Bunga berterima kasih kepada krew dan produser yang sentiasa mengingatkan mereka berdua ialah Devi dan Fredo.

Soalan panas. Kepada pasangan selebriti tersebut, bagaimana jika aksi memberahikan perlu dilakukan dengan pelakon lain?

Ashraf berkata, mereka berdua faham akan tanggungjawab masing-masing sebagai pelakon dan penyanyi terutamanya mengenai tuntutan lakonan dalam sesebuah filem itu.

"Sejauh mana ia harus berlaku dalam skrip itu. Apakah kepentingannya? Untuk tunjukkan apa? Apakah mesejnya yang cuba disampaikan?

"Saya tahu itu bukannya saya, ia adalah karakter watak itu," ujarnya.

Isterinya, Bunga pula memberitahu, mereka berdua akan berdiskusi dalam hubungan suami-isteri terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu pekerjaan.

"Apakah kepentingan aksi tertentu terhadap keseluruhan skrip filem itu? Batasnya sampai mana? Saya lihat dalam semua senario. Jika tidak ada nilai... tak perlu." katanya.

Berbalik kepada perkembangan terkini pasangan selebriti tersebut, Ashraf memberitahu, beliau baru menghabiskan promosi filem seram, The Real Pocong di Indonesia.

Selain itu, katanya, beliau juga dijadualkan membuat penggambaran drama baru sepenuh masa menjelang akhir bulan ini.

Sementara itu, Bunga berkata, beliau baru selesai melancong di Jakarta, Indonesia.

Menurutnya, buat masa ini, beliau ada menerima tawaran untuk drama dan filem selain membuat promosi album terbarunya berjudul BCL.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 3:28 pm

'Selebriti Room' bersama Mawi di Suria FM

PENYANYI popular Mawi akan menjadi tetamu dalam segmen Selebriti Room di Suria FM bersama dua penyampainya, Tuah dan Zizi pada pukul 8 hingga 10 pagi Khamis ini.

Selain berkongsi tentang kehidupan barunya, Mawi juga akan bercerita tentang pengalamannya menjayakan teater Sirah Junjungan arahan Erma Fatima yang sedang dipentaskan di Istana Budaya serta Konsert Menjunjung Damai yang akan diadakan pada 20 Mac ini di Stadium Sukan Negara, Bukit Jalil.

Pendengar juga berpeluang berinteraksi dengan penyanyi itu secara langsung menerusi telefon di talian 03-40411053 dan boleh juga SMS ke 33511.

Soalan-soalan juga boleh dihantar dengan melayari laman web www.suriafm.com.my
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 4:02 pm

Ribut bila ada 'bom' di audition 'America's Next Top Model.'


Audition model pun boleh jadi ribut?


AUDITION yang sepatutnya berlangsung dengan tenang akhirnya menjadi ribut dan kecoh apabila kejadian berhimpit-himpit dan menyesakkan berlaku gara-gara 'sebutir bom.'

Menurut laporan, ada orang yang membuat panggilan palsu dengan mengatakan ada sebutir bom di dalam bangunan, tempat audition 'America's Next Top Model' itu diadakan.

Disebabkan itu, beribu-ribu orang yang datang audition telah lari lintang pukang menyelamatkan diri.

Dalam kejadian hari Ahad itu, tiga orang telah diberkas sementara enam orang lagi cedera setelah kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Ramai yang tersepit dan dihimpit apabila seseorang telah memekik "Ada bom!"

"Top Model" produser dan host Tyra Banks berkata, walau apa pun, program realiti itu akan diteruskan juga dan mereka yang gagal menjalani audition akan dipanggils emula.

"Kami akan mengumumkan pelan kami secepat mungkin," kata Tyra mengenai kejadian yang memalukan itu.

Audition itu telah berlangsung di Manhattan dan polis New York City telah dipanggil ke tempat kejadian untuk meleraikan kejadian buruk yang berlaku itu.

Audition yang dibuka kepada orang ramai itu mendapat sambutan hangat dan dihoskan oleh model berkulit hitam yang jelita iaitu Tyra Banks.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Sun 22 Mar 2009, 4:05 pm

(Happy) Birthday Dynas Mokhtar



Selamat Hari Jadi kepada Dynas, pada awal bulan March dulu, dah terlambat beberapa minggu tapi kami Di Beautiful Nara nak wish jugak. Dynas ni memang cantik, kami pernah terserempak dengannya , tinggi lampai & cantik kulit Dynas. Pakai produk apa ? Share lah dengan kami..kami nak cantik jugak macam Dynas



Dynas ni bukan sekadar artis , tapi otak bisnes dia geliga gak, ada butik di Hartamas. Koleksi baju Dynas, kalau dah artis tu, memang vogue lah. Kalau ada yang nak membeli nya, boleh tengok di blog Dynas . Dynas ni tengah mengandung , 4 bulan dah kalau tak silap. Takde muntah-muntah ke?
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:19 am

Cinta futsal



BUKAN mahu menunjuk atau bermegah dengan mengadakan sidang akhbar mengumumkan secara terperinci detik bersejarahnya yang bakal berlangsung pada 29 Mac ini.

Sebaliknya pelakon dan pengacara Haryati Hamzah atau Yatt, 28, berpendapat ia jalan terbaik dan juga mahu berlaku adil kepada semua media kerana kesuntukan masa membuat persiapan menjelang majlis perkahwinan mereka itu.

Butik pengantin Lynda Rahim di Taman Dagang, Ampang menjadi lokasi sidang berkenaan.

Kata Yatt, dia juga mengambil kesempatan itu mengedarkan kad undangan majlis pernikahan dan persandingannya dengan jejaka pilihan hati, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 28, atau lebih dikenali sebagai Talib yang juga pengurus di Sports Planet, Ampang kepada semua wakil media yang hadir untuk sama-sama meraikan hari bahagianya nanti.

"Saya rasa ia cara terbaik memandangkan saya sibuk membuat persiapan. Waktu sama saya ingin perkenalkan bakal suami saya.

"Saya mula mengenalinya empat tahun lalu, tetapi ketika itu hanya kawan biasa. Lama kelamaan keserasian itu datang dengan sendirinya. Talib seorang yang cukup memahami dan tidak pernah mengongkong minat saya pada bidang seni.

"Saya tertarik dengannya hingga setuju menerima lamarannya kerana Talib menerima diri saya seadanya. Pada awal persahabatan dulu, Talib memang berasa cemburu apabila melihat saya bergaul dengan rakan artis lelaki.

"Kini dia sudah faham ia sekadar tugas semata-mata. Apa yang penting dalam hubungan ialah kesetiaan dan saling percaya antara satu sama lain.

"Dia juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada saya selepas berkahwin. Apa yang penting, saya tidak melanggar batasan sebagai isteri.

"Dengan restu diberikan itu, saya akan meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas berkahwin. Saya juga sudah bercuti sebulan lebih awal untuk membuat persiapan kahwin.

"Buat masa ini, saya masih mempertimbangkan dua tiga tawaran berlakon daripada pihak produksi," katanya.

Sementara itu, Talib berkata, dia memilih Yatt kerana dia wanita yang mempunyai prinsip, bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga dalam segala hal.

Yatt juga berbeza sama sekali dengan persepsi awalnya pada golongan artis zaman sekarang.

Katanya, dia diperkenalkan dengan Yatt menerusi seorang rakan ketika Yatt menjadi pengacara Selamat Pagi Malaysia pada akhir 2004.

"Kami mula berkawan rapat kerana masing-masing mempunyai hobi yang sama iaitu bermain futsal. Yatt juga sering bermain futsal di tempat saya bekerja di Sports Planet.

"Kami berkawan biasa selama enam bulan dan selepas itu barulah hati saya terbuka untuk menjadikannya teman istimewa. Selepas dua tahun berkawan, kami terus mengikat tali pertunangan awal Februari lalu," katanya.

Tambah Yatt, pada masa sama dia juga ingin memperkenalkan penaja utama sekali gus perancang majlis perkahwinan mereka dan juga barisan penaja lain yang sudi menaja dari solekan hinggalah kepada kad undangan pada majlis perkahwinannya nanti.

"Apa yang penting, saya ingin semua orang yang saya sayang terutama keluarga, sahabat handai, peminat dan pihak media sama-sama meraikan majlis perkahwinan kami ini," katanya.

Mengikut perancangan, majlis pernikahan Yatt dan Talib akan berlangsung di rumah keluarga pihak perempuan di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Manakala majlis persandingan berkonsep moden, kontemporari dan tradisional serta bertemakan Cinta Kami bagi pihak lelaki dan perempuan diadakan serentak di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya pada 4 April.

Pasangan ini sepakat memilih mas kahwin RM80.80 sen kerana mereka dilahirkan pada tahun sama iaitu pada 1980. Pihak lelaki akan menghantar lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan. Bagaimanapun, mereka sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran kerana ia hanya untuk pengetahuan keluarga masing-masing.

Berbanding artis muda lain, Yatt yang baru empat tahun berkecimpung dalam bidang seni dan pernah berlakon dalam drama Kaber Hero Kaber Zero, Bella, filem Impak Maksima dan Kecoh Betul nampaknya cukup bertuah kerana ditaja dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki pada majlis perkahwinannnya nanti.

Katanya, semua penaja adalah mereka yang pernah bekerjasama dengan saya sepanjang empat tahun bergelar insan seni dan mereka menaja atas dasar persahabatan yang sedia terjalin itu.

"Tidak ketinggalan, kawan rapat kami sendiri yang bermurah hati menaja kad undangan sekali gus sama-sama meraikan majlis kami ini," katanya.

Barisan penaja ialah butik Linda Rahim (menaja baju dan hiasan majlis persandingan), D&D Beauty House (pelamin akad nikah, rawatan kecantikan dan spa), Butik Pesona Anggun (hiasan majlis nikah), Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan majlis pernikahan), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan) dan Saddiq Solutions (kad jemputan).

Selain itu, Chef Zainal Tanjung Puteri (kek perkahwinan), My Aroma dan KK Cleaning Services (cenderahati), Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (penaja bersama untuk katering).

Majlis persandingan mereka nanti bakal dihiburkan persembahan artis tempatan yang juga rakan baiknya sendiri seperti Bienda, Fazli Zainal dan Elly Mazlein. Pengacara majlis pula ialah pelakon Serina Redzuawan.

>Profil

NAMA SEBENAR: Haryati Hamzah

TARIKH LAHIR: 13 April 1980

TEMPAT LAHIR: Muar, Johor

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa dan Pengajian Media.

KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon.

DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah,

Bella dan Ritma Kolej

FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul

E-EMEL: yatgwenz@yahoo.com.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:20 am

Hollywood: Tiada reaksi terjejas selepas kemalangan



HAMPIR 48 jam bertarung nyawa dengan bantuan alat pernafasan, akhirnya penerima Anugerah The Tony, Natasha Richardson, menyerah kalah.
Isteri pengarah terkenal, Liam Neeson yang juga anak kepada ikon serta pemenang Oscar, Vanessa Redgrave dan Tony Richardson (pengarah), ini disahkan meninggal di Hospital Manhattan's Lenox Hill, Rabu lalu, pada usia 45 tahun.

Kematian Natasha pelakon kelahiran Britain ini berpunca daripada kecederaan dalaman di kepala selepas terjatuh di kawasan lereng bukit ketika bermain ski di pusat peranginan Quebec, Mont Tremblant, Isnin lalu.

Wanita dilahirkan dalam keluarga seni dan mewarisi bakat lakonan ibunya meninggalkan seorang anak lelaki.

Menurut kenalan rapat yang juga jurucakap keluarga mendiang yang enggan namanya didedahkan, acara pengebumian pelakon berbakat itu diadakan secara tertutup dan sederhana di sebuah tanah perkuburan dirahsiakan.

"Pengebumian mendiang sudah selesai dan ia diadakan secara tertutup dan sederhana. Liam Neeson, anak lelaki mereka dan seluruh keluarga masih terkejut dan bersedih dengan kejadian penuh tragik yang menimpa insan kesayangan mereka, Natasha.

"Mereka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang prihatin termasuk peminat Natasha yang memberi sokongan sekali gus mendoakan kesejahteraan mereka.

"Pun begitu, mereka mengharapkan diberi sedikit ruang 'privacy' untuk mengharungi saat sukar ini," katanya.

Selain keluarga dan peminat, berita pemergiannya itu turut menyentuh perasaan artis remaja popular dan kontroversi, Lindsay Lohan, 23, yang pernah bergandingan dengan pelakon itu ketika membintangi filem The Parent Trap, pada 1998.

"Dia seorang wanita dan pelakon yang cukup mempesonakan dan melayani saya seperti anaknya sendiri.

"Meskipun, sudah lama saya tidak menemuinya dia akan sentiasa saya dirindui. Ketika ini saya amat bersimpati dengan keluarganya dan mengerti ini adalah kehilangan yang cukup tragis," katanya

Menerusi filem bercorak kekeluargaan itu, Natasha membawakan peranan sebagai ibu kepada Lindsay yang baru berusia 12 tahun.

Mengimbas kembali detik tragis itu, Natasha yang pernah membintangi lebih 30 filem termasuk The White Countess, Widows' Peak dan The Parent Trap tidak sedikit pun menampakkan sebarang reaksi terjejas dengan kemalangan itu sebaliknya meminta kebenaran untuk berehat di bilik.

Bagaimanapun, sejam kemudian jurulatihnya terpaksa memanggil ambulans apabila Natasha mengadu kepalanya sakit.

Beliau dikejarkan ke Hospital Laurentien untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Sacre Coeur di Montreal pada hari sama.

Selepas dua hari bergantung kepada alat pernafasan, keadaan Natasha semakin kritikal apabila tubuhnya kaku dan degupan jantungnya terhenti.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:22 am

Kaki Rabecca menggigil bawa watak Hendon



SUKARNYA Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini, begitulah payahnya Erma Fatima hendak mengajak penonton menyaksikan pementasan teater Muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula 9 Mac dan berakhir 22 Mac ini.

Tiada wang dan tanpa penaja namun kerana kasihkan junjungan kita Nabi Muhammad, Erma, kru produksi dan pelakonnya teruskan juga projek berkenaan walaupun menempuh banyak halangan.

Selama dua minggu dipentaskan, Erma menjemput empat artis ternama membuat persembahan secara bergilir pada pementasan itu - Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Amy Search.

Tanpa mempersoalkan berapa bayaran untuk berlakon dalam teater itu, Vanidah Imran, Rabecca Nur Al-Islam, Aman Graseka, Ahmad Yatim, Wong Sip Nen, Rosdeen Suboh, Lakshman, Jeganthan dan Mazlan Tahir, bersungguh-sungguh menghidupkan watak masing-masing.

Walaupun hanya kedengaran suara Vanidah yang berlakon sebagai Siti Khadijah di sebalik tirai namun Vanidah tetap berusaha melakukan yang terbaik.

Kemerduan suara Vanidah sudah cukup untuk memberi gambaran betapa hebatnya peribadi Siti Khadijah. Biarpun tanpa penonjolan dirinya di khalayak penonton, tetapi dialog dilafazkan Vanidah membuatkan kita terkenang pengorbanan Siti Khadijah terhadap perjuangan Rasulullah.

Semua pelakon memberikan sokongan padu pada pementasan teater itu walaupun mereka sedar Erma tidak ada bajet besar untuk membayar mereka.

Seorang pelakonnya, Rabecca, yang diberi watak Hendon, wanita Quraisy yang paling memusuhi Rasulullah, ditangani dengan baik sekali oleh pelakon muda itu.

Setiap malam saya berusaha mempamerkan persembahan terbaik. Saya meminjam semangat juang Erma. Saya sedih melihatkan pementasan ini kurang sambutan penonton, tetapi ia tidak sedikit pun memudarkan semangat kami mementaskan Sirah Junjungan.

Walaupun saya cuma muncul dua kali namun saya akan pastikan kemunculan itu memberi impak kepada penonton.

Terasa penat sangat dan kaki menggigil kerana Hendon wanita agresif yang sanggup melakukan apa saja menghalang usaha Rasulullah sebar syiar Islam, katanya.

Wanita itu juga muncul

di tengah peperangan Uhud dan sanggup makan hati pejuang Islam. Sampai macam itu sekali jahatnya Hendon.

Sejak sekolah saya meminati teater lantaran itu peluang yang diberikan Erma tidak akan dipersia-siakan. Saya baca skrip berulang kali untuk mendalami watak itu. Saya tidak boleh menghampakan harapan Erma, keluarga dan penonton yang datang.

Melihatkan kerusi Panggung Sari yang lebih banyak kosong daripada terisi, saya tetap berlakon dengan bersungguh-sungguh kerana inilah yang dapat dilakukan untuk agama saya (Islam).

Saya sudah melakukan apa yang termampu. Masyarakat kena faham teater ini tidak mempunyai bajet besar maka kami tidak mampu mengiklankannya atau pun membuat poster sepanjang jalan di Kuala Lumpur, katanya.

Sementara itu kata Erma, sejak hari pertama pementasan dia sudah merayu kepada orang ramai supaya datang beramai-ramai menyaksikan. Tiket pun bukannya mahal macam konsert lain.

Sebanyak mana saya merayu pun, tetapi selagi pintu hati mereka belum terbuka untuk datang menonton konsert ini, apa lagi saya boleh buat. Islam agama kita, jadi kitalah yang berhak meneruskan perjuangan Rasulullah. Saya jemput Siti, Mawi, Jamal Abdillah dan Amy untuk bersama menjayakan teater ini sebagai daya tarikan kepada penonton.

Hari kemunculan Siti, jumlah penonton boleh tahan namun masih gagal menyaingi jumlah penonton untuk konsert dan teater yang pernah diadakan di IB, katanya.

Kepada peminat Mawi mereka boleh menyaksikan persembahannya esok dan lusa kemunculan Amy Search.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:24 am

Ellen tak suka bersaing



WATAK Meredith Grey lakonan pelakon jelita, Ellen Kathlen Pompeo (Ellen) , 39, dalam drama bersiri mengenai dunia kedoktoran paling popular, Grey's Anatomy, digambarkan sebagai seorang wanita periang dan sentiasa tenang.

Bagaimanapun, situasi berubah apabila adik perempuan Meredith, Lexie Grey lakonan Chyler Leigh, turut menjalani latihan perubatan di hospital sama iaitu Seattle Grace Hospital.

Hubungan Meredith dan Lexie yang berlainan ibu tidak baik. Kehadiran Lexie kurang disenangi kerana seumur hidup Meredith menganggap ibu tirinya seorang perampas.

Pada waktu sama, sikap Lexie dilihat teman di Seattle Grace, saling tidak tumpah seperti Meredith.

Namun, dia tidak boleh menerima apabila ada pihak berkata demikian. Mahu menidakkan kata orang, Meredith mengubah sikapnya dengan menjadi seorang yang kuat bersaing dan cuba menonjolkan diri sekali gus mahu menunjukkan dia jauh lebih baik daripada Lexie.

Perubahan watak Meredith yang dilakonkan Ellen menarik perhatian wakil media yang menghadiri sidang akhbar bersama pelakon Grey's Anatomy di Prospect Studios, Los Angeles, baru-baru ini.

Situasi dan perubahan watak Meredith lakonan Ellen mungkin turut dipengaruhi pengalaman dilalui dalam kehidupan sebenar.

Sebaik perkara itu diajukan, Ellen yang tampil bersama Patrick Demsey yang melakonkan watak Dr Derek Sheperd yang juga kekasih Meredith dalam sesi temu bual itu menjelaskan, ia hanyalah lakonan semata-mata.

"Memang benar saya mempunyai tiga kakak, tetapi sikap dan perlakuan kami tidak sama dengan watak Meredith. Sebagai kakak yang lebih tua mereka banyak membantu saya.

"Sebagai adik, saya berasa bertuah kerana mempunyai kakak yang penyayang. Begitu juga perasaan saya terhadap mereka.

"Secara realitinya saya sendiri bukanlah seorang individu yang suka bersaing. Malah sehingga sekarang saya tidak faham mengapa perasaan suka menunjuk bagus atau berasakan diri terbaik perlu ada dalam diri seseorang.

"Perkara sama juga saya lihat tidak ada dalam diri pelakon yang terbabit dalam Grey's Anatomy. Andai kami semua bersikap begitu, mungkin rancangan ini tidak akan menjadi sebaik sekarang.

"Dalam lakonan sebenarnya kerjasama penting, kalau kita cuba menandingi aksi pelakon lain, bimbang rakan pelakon akan tenggelam dan ia akan mempengaruhi mutu drama," katanya.

Menceritakan perkembangan wataknya untuk musim kelima yang turut ditayangkan setiap Sabtu jam 10 malam di ntv7, kata Ellen, pastinya perhatian penonton setia akan tertumpu kepada sikap Meredith terhadap adiknya dan hubungan cinta dengan Derek yang sedang mengalami keretakan.

"Kali ini Lexie mahu meneruskan hubungan cintanya dengan Eric Dane, seorang doktor yang kaki perempuan. Walaupun tidak menggemari adiknya, tetapi sebagai kakak Meredith sudah mula menunjukkan sikap prihatin.

"Meredith mengenali Eric sebelum itu dan tidak mahu Lexie terperangkap dia cuba menyekat mereka daripada terus berhubung," katanya.

Mengenai hubungan cinta antara watak Derek dan Meredith kata Ellen, dia gembira dengan perkembangan baik yang ditonjolkan penulis skrip membabitkan lakonannya dan Patrick.

"Saya tidak boleh menceritakan apa yang berlaku kerana nanti tidak ada kejutan untuk penonton. Begitupun, perkembangan watak ini mungkin akan bertentangan dengan apa yang dibayangkan mereka.

"Sebagai pelakon sebenarnya saya sendiri mengharapkan Meredith akan mengambil keputusan berbeza membabitkan perjalanan kerjaya mahupun cinta.

"Apa yang saya boleh jamin, pada musim kelima ini Grey's Anatomy akan lebih banyak menampilkan permasalahan dan perubahan dialami watak dan bagaimana mereka berhadapan dengan kes yang pelik dan menyentuh perasaan," katanya.

Profil

Nama sebenar: Ellen Kathleen Pompeo

Nama komersial: Ellen Pompeo

Tarikh lahir: 10 November 1969

Umur: 39 tahun

Asal: Everett, Massachusetts

Filem: 8 1/2 x 11 Human Resources Woman (filem pendek), Upset Girl, Eventual Wife (filem pendek), In the Weeds, Moonlight Mile, Catch Me If You Can, Old School, Daredevil, Nobody's Perfect, Art Heist,

Eternal Sunshine of the Spotless Mind dan Life of the Party.

Drama: Law & Order, Strangers With Candy, Feather in the Storm, Law & Order, Fools for Love, Get Real, History Lessons, The Job, Strong Medicine, Wednesday Night Fever, Friends Missy Goldberg The One Where the Stripper Cries, Grey's Anatomy.

Pencapaian: Screen Actors Guild Awards dan Satellite Awards untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:26 am

3 selebriti peraga bakat di London



SAMBIL menyelam minum air. Perumpamaan itu cukup sesuai menggambarkan keseronokan tiga selebriti terkenal tanah air - Noryn Aziz, Joe Flizzow dan Fara Fauzana yang berpeluang bekerja sambil melancong di kota London minggu lalu.
Peluang keemasan itu hadir sempena penerbangan sulung bersejarah AirAsia X dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Stansted, London, 11 Mac lalu.

Noryn Aziz dan Joe Flizzow diberi kepercayaan AirAsia Berhad (AirAsia) untuk menjayakan persembahan bagi menghiburkan tetamu syarikat penerbangan tambang murah itu pada malam detik bersejarah berkenaan.

Dengan gabungan lagu Inggeris dan Melayu, Noryn dan Joe nyata tidak menghampakan tetamu di kelab Altitude 360 dengan nyanyian menarik dan bersahaja, selain bijak berinteraksi bersama penonton termasuk 'mat saleh'.

Noryn, 33, menyanyikan lima lagu antaranya Big Spender, Come Take My Eyes Of You, No One dan Joget Sayang Disayang manakala Joe dengan enam lagu termasuk Tear It Up, KL dan Duit.

Jika Noryn dan Joe menyerlahkah bakat nyanyian, penyampai popular Hot FM dan pengacara Melodi, Fara Fauzana pula diberi kepercayaan TV3 untuk membuat dua liputan sekali gus, iaitu Majalah 3 dan Melodi.

Biarpun kepenatan kerana penerbangan jarak jauh kira-kira 13 jam dari Kuala Lumpur ke London, ketiga-tiga selebriti itu teruja kerana peluang sedemikian rupa tidak kunjung selalu.

Bagi Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz, dia bangga kerana diberi peluang oleh AirAsia untuk memperagakan bakatnya di kota London apatah lagi dalam majlis bersejarah seumpama itu.

"Saya 'enjoy' kerana majlis ini bukan saja mempunyai signifikan tersendiri terhadap AirAsia malah rakyat Malaysia keseluruhannya. Seperti moto AirAsia 'Semua Boleh Terbang', kini rakyat Malaysia boleh ke London pada harga berpatutan.

"Seperkara lain, AirAsia membuktikan syarikat Malaysia boleh maju jika berusaha, satu contoh baik termasuk bagi karier saya sendiri.

"Seperti artis lain, saya juga berminat jika diberi peluang untuk menyanyi di kelab luar negara tetapi ia bukan satu kemestian," kata penyanyi berwajah manis itu.

Sepanjang Khamis 12 Mac lalu, Noryn yang ditemani pengurusnya, Sam Kassim sempat mengikuti rombongan AirAsia dan wartawan diketuai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia, Edd Radzie melawat beberapa tempat menarik di sekitar London.

Antara lokasi terbabit ialah National Gallery, British Museum dan Tate Collection atau dikenali National Modern Art Gallery.

"Saya memang teruja melawat London kerana ia kota bersejarah, bertamadun dan antara bandar raya terbesar dunia.

"Biarpun kepenatan membuat persembahan malam tadi, saya gagahkan diri untuk mengikuti rombongan ini kerana bukan selalu berpeluang ke London," katanya yang kali kedua ke London selepas kali pertama 10 tahun lalu.

Selain London, Noryn turut mengambil kesempatan itu untuk ke Paris yang hanya mengambil masa kira-kira sejam perjalanan dengan kereta api laju.

Seperti Noryn, Joe hanya mengikuti rombongan hari pertama sebelum meneruskan kembara di kota itu.

Bagi Joe, pelawaan AirAsia itu ibarat tuah datang bergolek yang sekali-kali tidak mampu ditolak.

"Siapa yang tidak mahu menjadi sebahagian daripada sejarah meraikan penerbangan sulung AirAsia X ke London.

"Lagipun, ini kali pertama saya membuat persembahan di London sekali gus berpeluang mengenali dengan lebih dekat kota besar ini.

"Selain itu, saya cukup menghormati Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes yang masih menyokong industri muzik tanah air biarpun sudah berjaya dalam bidang lain," katanya yang melancarkan album terbaru, 'President' baru-baru ini.

Berbanding Noryn dan Joe, Fara yang mempunyai urusan kerja di Kuala Lumpur, hanya mengikuti rombongan sama pada hari kedua hingga keempat lawatan di pinggir London iaitu Bath dan Oxford.

Apapun, Fara sempat bertemu Noryn di Hotel Corus yang menjadi tempat penginapan rombongan AirAsia sebelum meneruskan urusan masing-masing.

Fara, 29, diberi kepercayaan oleh pengurusan TV3 untuk membuat liputan segmen Majalah 3 mengenai pelancongan di kota London terutama lokasi pakej Golden Holidays AirAsia, selain mencari bahan untuk program Melodi.

"Berdebar pun ada, teruja pun ada. Maklumlah ini kali pertama saya diberi peluang mengendalikan Majalah 3, yang konsepnya berbeza dan serius berbanding Melodi.

"Tetapi saya sukakan cabaran dan ingin dikenali sebagai pengacara serba boleh," katanya yang berminat mengendalikan program bercorak kembara pada masa depan.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:37 am

Amy, Mawi tampil perubahan

BERHADAPAN sambutan lesu daripada penonton tempatan, pengarah teater Sirah Junjungan-Tahajud Cinta, Erma Fatima melahirkan rasa lega apabila melihat ruang Panggung Sari, Istana Budaya (IB) mula terisi apabila dipentaskan kembali, 18 Mac lalu.



Sebelum itu teater muzikal yang mengangkat kisah hidup junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang mula dipentaskan 9 Mac lalu dihentikan seketika selama tiga hari bagi membolehkan penyanyi yang tampil selepas itu dapat melakukan beberapa perubahan membabitkan corak persembahan mereka.

Pada 9 hingga 14 Mac, Sirah Junjungan menampilkan Jamal Abdillah sebagai penyanyi jemputan diikuti Datuk Siti Nurhaliza. Kini persembahan berbaki malam ini dan esok akan diserikan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi dan penyanyi utama kumpulan Search, Amy.

Sewaktu dihubungi Erma menjelaskan, sepanjang pementasan Sirah Junjungan menampilkan Siti, sambutan agak menggalakkan. Walaupun tidak penuh, dia lega kerana orang sudah mula mengunjungi IB.

"Agaknya menjadi budaya orang kita suka mendapatkan tiket pada saat akhir dan perkembangan itu adakala membuatkan saya bimbang," katanya.

Seperti malam ini dan esok, jelas Erma tiket masih dijual, tetapi agak perlahan. Begitupun ada beberapa pihak sudah membuat tempahan awal.

Menyentuh mengenai perubahan persembahan bakal ditampilkan Mawi dan Amy, jelas Erma setiap penyanyi yang mengadakan persembahan untuk Sirah Junjungan ini mempunyai keistimewaan tersendiri.



"Mereka ini seperti yang kita tahu menampilkan jalur muzik dan gaya persembahan berbeza. Oleh kerana itu ada beberapa perubahan dibuat bagi disesuaikan dengan corak persembahan mereka.

"Mengambil contoh, Amy Search sendiri sudah datang lebih awal untuk melihat apakah corak persembahan yang boleh dilakukan bagi disesuaikan dengan Sirah Junjungan.

"Pada waktu sama kata Amy, dia sedar peminatnya sendiri mahu melihat apa yang akan ditampilkan dalam persembahan teater muzikal seperti ini. Saya tidak boleh jelaskan akan perubahan dilakukan Amy, sebaliknya mereka perlu datang dan menyaksikannya sendiri.



"Amy banyak memberikan idea dan pandangan membabitkan persembahan bakal dilakukan," katanya.

Selain penyanyi jemputan, Sirah Junjungan dibintangi pelakon berpengalaman seperti Ahmad Yatim, Mazlan Tahir, Vanidah Imran, Rosdeen Subuh, Jesse Lim, Aman Graseka, Sahronizam Noor dan Rabecca Nur Al-Islam.

Harga tiket untuk persembahan Sirah Junjungan menampilkan Mawi dan Amy masih dikekalkan. Mereka berminat boleh mendapatkannya dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:39 am

Tak ghairah jadi hero



BARU setahun berkecimpung dalam dunia seni nama pelakon muda, Wan Hafizol Wan Omar, 23 atau Fizo pantas meniti di bibir peminat. Tidak dinafikan, bakat lakonan anak muda dari Kota Bharu, Kelantan ini semakin mendapat perhatian pengarah dan produksi tempatan.

Naib johan pertandingan Hero Remaja 2007/2008 ini mula diperkenalkan menerusi drama Elit arahan Rashid Sibir. Nama dan wajah Fizo menambat hati peminat sehingga terus diberi kepercayaan melakonkan pelbagai karakter.

Selepas kisah kekeluargaan dan pengkhianatan yang cukup popular, Dendam, Fizo terbabit pula dengan produksi Curi Cintaku dan Cinta Gila. Selain itu dia kukuh membina nama menerusi drama bersiri Puteri Salju dan Gadis Merah Jambu.

Begitupun, Fizo enggan mendabik dada dan menganggap perjalanan dalam bidang seni masih pada peringkat permulaan biarpun sudah ada yang menggelarkannya pelapis hero drama tempatan.

"Hendak diikutkan pengalaman dalam bidang lakonan masih kurang. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Biarpun sudah mempunyai pengalaman bekerja dengan lebih 10 pengarah, saya tetap cetek pengalaman dalam dunia lakonan. Setiap watak yang ditawarkan tetap dinilai terlebih dulu sama ada mampu mengambilnya atau tidak.

"Saya lebih suka mengembangkan lakonan secara berperingkat. Saya tidak ghairah untuk menjadi hero atau nombor satu. Memang ada tawaran membintangi watak utama namun saya terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya. Saya pula lebih suka memberi tumpuan pada satu watak sebelum mempertimbangkan watak lain.

"Saya juga mendapat tawaran berlakon filem namun masih mempertimbangkannya. Memang saya mahu digelar hero tapi bukan untuk tempoh yang terdekat ini. Untuk mendapat gelaran itu saya perlu bersedia dalam banyak aspek," katanya.

Watak yang dilakonkan walaupun nampak ringan dan mudah namun ia tidak seperti yang disangkakan memandangkan memerlukan penghayatan yang tersendiri. Malah menurut Fizo, dia bukan tidak berani untuk menerima watak berat namun takut ia tidak dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

"Saya tetap mengambil setiap peluang diberikan. Watak besar atau kecil, itu perkara kedua. Sebagai pelakon baru, saya mahu mencari pengalaman terlebih dulu. Saya sentiasa harus belajar untuk meningkatkan mutu lakonan.

"Saya juga mengidamkan watak yang berbeza pada setiap masa bagi menguji sejauh mana kemampuan untuk terus berada sebaris pelakon handalan," kata Fizo finalis Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08).

Dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama, Bionic terbitan KRU untuk siaran TV3. Diikuti menjalani penggambaran telemovie untuk Cerekarama, Cahaya Berbisik arahan Murali Abdullah dan Dol Che Amira (TV3).

Jejaka yang dikatakan intim dengan pelakon muda siri Nana Tanjung, Ainul Aishah turut aktif dalam bidang peragaan. Wajahnya sering menghiasi iklan komersial antaranya Brylcream, Celcom, Direct Perfume, Munchy's dan Myeg.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:42 am

Bila Norman jadi wanita


NORMAN HAKIM berlakon sebagai pondan dalam drama Donut.


WALAUPUN drama yang dibikin produksinya, JS Pictures, Mabuk Estrogen menjadi kontroversi, penerbitnya, Sheila Rusly ternyata meneruskan karya menyentuh soal hubungan songsang.

Kali ini, beliau muncul sekali lagi dengan karyanya yang mengangkat perihal golongan homoseksual, Donut dan membongkar beberapa kategori lelaki gay yang ada dalam kalangan lelaki zaman moden ini.

Tempias kontroversi turut terkena dua pelakon utamanya, Norman Hakim dan Fizz Fairuz.

Mereka selalu dilihat dengan gaya jantan di luar set lakonan tetapi menerusi drama Donut, transformasi kedua-dua pelakon itu benar-benar memberi kelainan dan dijangka lakonan mereka bakal mencetus kontroversi di negara ini.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:47 am

Masih 'menantu' Tan Sri



KETIKA hati dan jiwanya parah, di dalam rahimnya berdetik degup jantung tanda ada insan kecil yang sedang bernafas. Kini, teman hatinya bukan lagi insan kecil yang hanya dilihat di skrin hitam putih semasa dalam bilik rawatan bersama doktor, bukan lagi janin yang bernafas dalam rahimnya, sebaliknya, di pangkuan Nora Danish kini ada seorang putera harapan yang lahir setelah sembilan bulan menemani hari-hari sepi ibunya tanpa suami.

Benar status Nora Danish itu ibu tunggal tapi hidupnya tidak sendirian bahkan disimbahi cahaya yang terang benderang, cahaya yang menerangi suram kamarnya dan cahaya penyuluh jalan hidupnya. Cahaya itu - Putera Rayqal Ramli yang hari ini sudah dua bulan 17 hari menjadi peneman hidup Nora. Inilah zuriat tanda cintanya yang pernah bersemi bersama Rizal seketika dahulu.

Ini juga kali pertama laman hati pelakon yang popular menerusi siri TV, Puteri itu terbentang seluas-luasnya untuk menjemput teman media sama-sama menyaksikan hari penting sang puteranya mengenal adat dunia, adat mencukur jambul dan naik buaian. Sekali gus menjadi setik pertama untuk Rayqal diperkenalkan kepada masyarakat di luar sana.

"Inilah Rayqal, permata hati saya. Usianya sudah dua bulan lebih dan sejak dilahirkan sampailah ke hari ini, dia senang dijaga yang tidak banyak kerenah.

"Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas segala kesejahteraan, rezeki dan kesihatan yang dianugerahkan kepada saya dan anak ini," luah Nora penuh syahdu ketika ditemui selepas majlis cukur jambul puteranya, Putera Rayqal Ramli di kediaman bekas mentuanya di Ampang, Selangor.

Sepanjang majlis berlangsung, suara tangis Rayqal langsung tidak kedengaran, ada masanya anak kecil itu lena di pangkuan bapanya, Rizal Ashram Ramli dan ada masa di pangku sang ibu muda, Nora sendiri.


SEMANGAT BARU. Kelahiran Rayqal memberi sinar buat Nora untuk meneruskan hayat.


Ketika acara cukur jambul juga, Rizal dan Nora bergilir-gilir mendukung Rayqal dan paling menyentuh perasaan, dua jiwa yang tidak lagi bersatu atas nama suami isteri itu berada di kiri dan kanan buaian mengulik anakanda yang sedang beradu.

Bersulam marhaban dan selawat bacaan Kumpulan Al-Firdaus yang diketuai Hajah Maimunah Ali, majlis meraikan Putera Rayqal ini meriah dalam suasana penuh kesederhanaan.

Senyuman di bibir bekas mentua Nora, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isteri Raja Puan Sri Datuk Noorasyikin Raja Abdullah dan ibunya sendiri, Puan Sally Talib tidak pernah lekang di bibir. Masing-masing bahagia dan gembira melihat cucu sulung, pewaris dua keluarga itu sihat tanpa cela.

Walaupun sewaktu Nora diceraikan suaminya Rizal, Rayqal masih lagi dalam kandungan, namun kehadiran Rayqal sebenarnya sebuah anugerah yang menjadi 'penyambung' menyatukan semula hubungan dua keluarga yang hampir terputus.


DUA keluarga yang hampir terputus ikatan akhirnya kembali bersatu dengan kelahiran Rayqal.


Menurut Tan Sri Ramli, biarpun anaknya Rizal sudah tiada jodoh dengan Nora, namun mereka sekeluarga masih melihat Nora sebagai menantu sama seperti ketika mula-mula menjejak kaki ke rumah mereka dahulu.

"Saya masih anggap dia (Nora) sebagai anak menantu saya, hubungan kami mesra bahkan lebih dekat lagi selepas Rayqal lahir kerana setiap hari kami berjumpa. Apa yang berlaku di antara mereka berdua (Nora dan Rizal) tidak akan mengubah kasih sayang saya terhadap cucu saya, Rayqal dan Nora," ujar Ramli penuh makna.

Sambungnya lagi: "Bila dapat cucu pertama lain benar rasanya sama ketika kami mula-mula dikurniakan anak pertama (Rizal) dulu. Kalau dulu setiap hari minggu, saya dan Puan Sri boleh keluar atau bersantai tapi sekarang kebanyakan masa terluang mahu dihabiskan bersama dia (Rayqal)."

Isterinya, Raja Puan Sri Noorasyikin juga begitu, kasih sayang mereka kini tertumpu untuk Rayqal memandang anak yang lain sudah besar panjang. Walaupun jauh di sudut hatinya, dia mahu anak dan bekas menantunya itu bersatu kembali tetapi sebagai ibu dia hanya mampu berdoa.

"Semua pihak mengharapkan perkara yang baik tapi saya tak mahu komen apa-apa tentang hubungan mereka, saya tak mahu wakili sesiapa. Dah takdir hidup mereka begitu. Tinggal lagi kami sebagai orang tua tambahan sekarang sudah bergelar nenek dan datuk, kami mahu lihat Rayqal membesar dalam keadaan sempurna dan kami sendiri sudah tidak boleh berenggang dengannya walau sehari.

"Disebabkan saya bekerja, setiap malam kalau Rayqal tidak ada di sini saya akan jenguk dia di rumah ibunya. Biasanya setiap petang, Nora akan datang ke sini membawa Rayqal menemui datuknya," beritahu bekas ibu mentua Nora penuh ramah.


NORA tetap disayangi, malah semakin mesra oleh pihak keluarga bekas mentuanya.


Berbalik kepada Nora, walaupun hubungannya dengan bekas suami masih berjalan baik terutama selepas kehadiran Rayqal, ibu muda ini masih bertahan dengan kata hatinya. Sampai ke saat ini, pegangannya masih teguh dan masih belum berubah. Cuma yang mampu Nora perjelaskan sekali lagi, hubungannya dengan bekas suami berjalan baik kerana anak.

Kesukaran pertama, sendirian mengandungkan anak tanpa suami di sisi sudah dilalui. Di depan Nora kini terbentang cabaran, gelora apakah lagi yang bakal menghempas dirinya.

Sebelum membuka bicara tentang kesukaran meneruskan perjalanan sebagai ibu tunggal, akui Nora, hidupnya kini semakin bahagia dan semakin bermakna. Putera yang lahir 7 Januari lalu sudah diberi nama seindah purnama.


HARAPAN Nora mahukan anaknya ini menjadi seorang tahfiz al-Quran.

Harapannya, biarlah pula anak itu membesar bijak dan menjadi anak yang soleh. Kata Nora, teringin di hatinya mahu Rayqal menjadi seorang tahfiz al-Quran.

"Orang kata, bila seseorang yang hafal al-Quran meninggal dunia, dia boleh tarik empat orang lain untuk masuk ke syurga bersama-sama dengannya.

"Kalau tak sampai ke tahap itupun, saya mahu Rayqal mendapat pendidikan yang sempurna, kalau boleh biarlah dia menjadi seorang yang berpendidikan dan bercita-cita tinggi. Dewasa nanti, kalau dia mahu pilih dunia seni saya tidak akan halang," ujar Nora yang meminjam semangat ibunya, Sally Talib, juga seorang ibu tunggal.

"Saya sendiri kehilangan bapa ketika berusia 12 tahun, jadi ibu banyak memberi inspirasi kepada saya. Insya-Allah, semuanya nanti akan jadi mudah asalkan saya pandai menjaga diri dan bijak membahagi masa. Saya bersyukur ada keluarga bekas mentua banyak memberi sokongan," katanya bersulam ceria.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 8:51 am

Fasha Sandha Masih Lagi Diboikot?



Sehingga kini, sudah masuk 2 destinasi program Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang membawa finalis dan artis popular kita lokasi pilihan untuk bertemu pembaca setia akhbar itu.

MuraiBatu difahamkan, destinasi pertama adalah Sungai Petani, Kedah pada 27dan 28 Februari lalu dan diikuti hujung minggu lepas di Pasir Gudang,Johor. Dengar cerita, bukan main hebat lagi sambutan peminat.

Dalam ramai-ramaiartis minggu lepas, Murai Batu dimaklumkan calon finalis Pelakon WanitaPopular, Fasha Sandha juga tidak ketinggalan turut serta.

Dalamhal ini, Murai Batu kagum juga pada Fasha. Walaupun terusdihempap dengan bermacam kontroversi hangatsehingga dipulaukan sebahagian besar pihak media kita tapi Fasha masihsanggup turun padang untuk bertemu peminatnya kerana sedar anugerah ituadalah pilihan pembaca Berita Harian/ Berita Minggu sendiri.

Murai Batu hanya melihat usaha dan niat Fasha ini darisudut positif. Mungkin Fasha sedar itu salah satu cara untuk diamembalas budi pihak media khususnya pihak akhbar arus perdana berkenaanyang selama ini banyak menaikkan namanya dan juga mahu mendekatkan lagikemesraannya dengan peminat.

Tindakan Fasha itu bolehdianggap profesional. Tapi dengar kata, pada saat-saat tertentu apabilatidak bersama peminat, Fasha dilihat hanya bersendirian dan tidakpernah lekang dengan teman kesayangannya, Blackberry yang canggih ditangan. Hmmm, teks siapa tu...

Difahamkan juga, Fashatak keberatan mendermakan koleksi topinya untuk disumbangkan padatabung kebajikan bagi membantu mangsa peperangan di Palestin. Baguslahtu.

Murai Batu sedar ramai peminat masih bengang, marah danmengutuk Fasha gara-gara gosipnya dengan bekas suami Nora Danish, RizalAshram atau Jejai. Cuma Murai Batu nak pesan lagi, sebagai artis Fashakena pandai-pandailah sendiri menangani semua gosip yang tak elok danmenjaga tindak tanduk, perangai dan perbuatannya kalau tak mahu terusdihentam peminat dan diboikot wartawan. Kata orang, sendiri mau ingat.

MURAI BATU: Mungkin Fasha telah bersedia untuk masuk 'fasa' baru?
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 9:45 am

FARISHA IRWAYU TAK POPULAR









Namanya mungkin kurang dikenali walaupun sudah berpuluh-puluh buah drama yang telah dilakonkan olehnya.

Mungkin sebab kurang publisiti dari media, yang menyebabkan orang tak berapa kenal saya, ujarnya kepada Jomstar.com ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Golf Amal Selebriti baru-baru ini.

Katanya walaupun kurang mendapat publisiti, dia tidak pernah berkecil hati dengan perkara tersebut.

Siapalah saya di mata peminat, kata Farisha sambil tergelak.

Ditanya mengenai pengalamannya dalam dunia lakonan, Farisha atau lebih mesra dengan panggilan Ayu berkata, beliau pernah dibayar 800 ringgit dalam sebuah filem dimana dia menjadi watak utama.

Cuba bayangkan time tu 800 ringgit besar mana. Gaji setiausaha pun 900 ringgit sebulan. Saya yang dua bulan berlakon pun masih dapat amaun yang sama,

Jadi nak buat macam mana. Dah minat punya pasal terima jelah. Kata ibu tunggal ini.

Mengenai perkembangan terbarunya dalam dunia lakonan Farisha kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem kedua lakonannya yang berjudul Dimensi Cinta.

Info Farisha Irwayu
Nama Penuh : Farisha Irwayu Ghali
Nama Glamor : Ayu
Status : Janda Anak Satu
Pengarah Yang Diminati : Aziz M. Osman, Shuhaimi Baba dan Erma Fatima.



Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 9:50 am

Dina bercinta dengan tunang orang?



SUDAH lama Raja terdengar desas desus hubungan intim bintang kelahiran Malaysian Idol, Dina dengan pengurusnya, Hazri. Tak kisahlah Dina nak bercinta dengan sesiapa pun, dia pun bukan budak sekolah lagi.

Cuma yang tak sedapnya, Raja dengar pengurus Dina itu sudah bertunang dan akan berumah tangga pada Julai ini. Khabarnya juga hingga kini, Dina tak tahu pengurusnya itu sudah bertunang dan akan mendirikan berumah tangga. Betul ke?

Raja tak kenal rapat dengan Dina mahupun pengurusnya itu. Jadi, Raja tak nak fikir bukan-bukan. Cuma Raja luahkan apa yang Raja sering dengar sejak kebelakangan ini pasal Dina. Sudah tentu si pengurus ada sebab kenapa merahsiakan pertunangan dan perkahwinannya. Takut Dina mengamuk sakanlah tu, kot?

Yalah... kalau tiada apa-apa hubungan istimewa, kenapa nak menyorok status sebagai tunang orang. Pelik, kan? Takkan dua-dua nak sapu bersih? Tunang sudah tentu akan jadi isteri, jadi Dina nak jadi apa? Kekasih gelap atau isteri kedua? Hai, cari penyakit namanya tu...

Raja tak salahkan Dina sebab dia tak tahu, mungkin selepas terbaca berita ini, Dina akan tahu status pengurusnya itu. Raja tak berniat nak menghuru-harakan keadaan, cuma Raja kasihan apabila nanti mungkin ada dua hati yang terluka.

Kalau Dina terluka, apatah lagi di pihak tunang si pengurus, sudah tentu sering berendam air mata. Majlis perkahwinan tak lama lagi, tetapi si pengurus dikatakan masih bermain cinta dengan orang lain. Itu belum berkahwin lagi, kalau berkahwin apa akan jadi agaknya? Raja usik saja tau...

Raja minta maaf jika Dina mahupun pengurusnya terguris dengan tulisan ini. Raja hanya menyampaikan cerita seorang teman yang kasihan pada Dina dan muak melihat gelagat pengurusnya itu. Mereka juga tak mahu penyanyi itu terus ditipu. Kepada pengurus, jangan bermain api nanti membakar diri. Pilihlah mana yang terbaik untuk berkongsi hidup, jangan mempermainkan perasaan orang.

RAJA: Ada seorang artis perempuan tu nak cepat kahwin dengan orang kaya kerana dia ada banyak hutang, betul ke?
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 10:03 am

Akhirnya nana mengaku.



KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali cuba mengelak daripada menjawab soalan mengenai hubungan cintanya, penyampai radio Era, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati.

Nana, 26, bagaimanapun masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Raqeem Brian, 34, seorang jejaka dari Kuching, Sarawak.

Saya tidak boleh memaklumkan bila kami akan melangsungkan perkahwinan kerana masih banyak perkara perlu diselesaikan.

Insya-Allah jika semuanya sudah selesai, saya akan beritahu, katanya.

Menurutnya, hatinya terbuka untuk menerima Pengurus Rancangan Hitz.fm sebagai teman hidup selepas wujud keserasian antara mereka berdua.

Kami berkenalan dalam lif tempat kerja sebelum menjadi kawan baik. Saya dapati dia seorang yang berfikiran terbuka dan periang, jadi kami menjadi akrab sehinggalah mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri, katanya.

Nana berkata, sebelum ini, dia agak keberatan menceritakan kisah peribadi kerana masih terlalu awal selain ia membabitkan banyak persediaan terutama menjelang hari perkahwinan.

Keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan kami, katanya.

Menurutnya, dia sudah bersedia bergelar isteri dan memikul tanggungjawab berumah tangga.

Bagi saya usia bukan ukuran kerana orang lama dulu seawal belasan tahun sudah berumah tangga, apa yang penting adalah masing-masing sedar tanggungjawab, katanya.

Mengenai perkembangan kariernya, Nana berkata, dia kini hanya memfokuskan kepada penyampai radio Era dan mengacarakan program Era TV di Astro Ria bersama rakan penyampai lain.

Setakat ini, saya tidak menerima tawaran lakonan atau pengacara rancangan, tetapi jika diberi peluang saya akan melakukan yang terbaik, katanya.
Back to top Go down
View user profile
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP


Number of posts: 3065
Age: 38
Registration date: 29/10/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 10:09 am

kenyang dengan hiburan
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 10:10 am

Lainnya muka Jamal Abdillah



p/s...ni aku amik dr jomstar, lain sesanggattt...dgn wig hair lagik...tapi tang muker
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 10:24 am

Affan Kekasih PIJA



aku penah dengar Gossip affan & Pija bercouple maser album compilation yg melibatkan dorang dulu...bebaru nih aku ader terserempak ngan diorang nih...tgk dari jauh jer la tapi...

mmg diorang 'rapat' yer...just nk inform korang yang diorang nih intim lg. Aper pendapat korang?

kepader yg xtau Affan ni saper,gi bacer profile dier...www.myspace.com/affanshah
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 10:32 am

faezah elai dgn obri AF7 ni adik beradik ke?





muka sebijik ngeh3x
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 10:52 am

Inul Gerudi dah sarat bebenar...







Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 10:54 am

Gambar Yatt dgn baju pengantin sponsor







Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 10:58 am

Tidak minat lelaki kaya

"Saya juga bersosial bersama teman lain serta mempunyaikehidupan tersendiri.Paling penting, saya masih tahu membezakanbatasan-batasan tertentu dan sedar dengan perkara baik
dan buruk" ZIZIE



DIKURNIAKAN seraut wajah jelita, kulit yang putih gebu dan susuk badan yang menggiurkan, namun ia tidak sesekali menjadi batu loncatan kepada aktres, Zizie Ezette untuk mendampingi lelaki kaya.

Tidak dinafikan, ada sesetengah artis baik golongan wanita mahupun lelaki yang sanggup 'menjaja' diri untuk menikmati kemewahan dalam masa singkat, tanpa mengenali erti dosa.

Zizie sebelum ini, tidak terkecuali pernah menerima 'lamaran'daripada golongan korporat yang bergelora jiwa ingin mengadakan hubungan intim dengannya.

"Terus-terang, ramai yang hendak mendekati saya sebelum ini,sebaliknya saya memang tidak berminat mengejar lelaki kaya semata-mata mahu hidup mewah.

"Saya pernah menerima panggilan daripada seseorang yang kaya sambil bertanya terus tentang harga untuk bermalam dengan saya.

"Dua atau tiga kali jugalah dia menanyakan soalan yang sama dalam menggunakan perkataan yang tidak saya fahami.

"ada mulanya saya memang kurang jelas dengan ayat yang dimaksudkan oleh lelaki ini, namun akhirnya saya mula sedar bahawa ia merujuk mahu meniduri saya.

"Memang saya agak terkejut, malah terdiam seketika apabila dihubungi lelaki ini," katanya ketika ditemui di Hotel Palace of The GoldenHorses, Seri Kembangan, minggu lalu.

Sambung aktres berusia 31 tahun itu, meskipun tergamam pada awalnya, namun dia segera mendapat kekuatan untuk menjawab semula kata-kata lelaki tersebut.

"Saya terus meminta maaf kepadanya sambil memberitahu bahawa saya bukanlah jenis wanita macam itu yang kemaruk dengan duit.

"Bukannya saya hendak cakap Zizie Ezette ini seorang wanita yang baik sangat. Ya, saya juga bersosial bersama teman lain serta mempunyai kehidupan tersendiri.

"aling penting, saya masih tahu membezakan batasan-batasan tertentu dan sedar dengan perkara baik dan buruk.

"Saya tidak mahu jadi hipokrit, tetapi apabila tiba perihal macam ini dan berkaitan skandal dengan golongan korporat, memanglah bukan diri sebenar saya," akui Zizie jujur.

Meskipun secara dasarnya Zizie berpakaian seksi dan sering memegang watak wanita yang kurang 'elok' dalam mana-mana drama yang dibintanginya, namun jangan cepat membuat andaian melulu tanpa usul periksa.

"Jangan cepat salah sangka tentang diri saya. Peminat harus mengenali saya terlebih dahulu sebelum bercakap itu dan ini.

"Saya bukannya manusia yang mengejar wang dan saya juga bukan jenis wanita yang menelefon lelaki untuk meminta duit bagi menampung seluruh kehidupan saya.

"Biarlah saya tidak memiliki apa-apa dan hanya ada sumber pendapatan menerusi bidang lakonan, tetapi saya tidak meminta-minta duit daripada orang lain.

"Semua benda yang saya miliki, kereta atau apa sahaja yang saya pakai, semua menggunakan duit hasil titik peluh saya.

"Alhamdulillah, saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan yang ada sekarang," tutur Zizie atau nama sebenarnya Zizie Ezette A. Samad sambil tersenyum manis.



Belum masa untuk kahwin

Menyulam cinta dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 43 tahun sejak tujuh tahun lalu, Zizie mengakui dirinya masih belum memiliki sebarang perancangan untuk bergelar isteri.

Selepas menjangkau waktu tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing, apakah tempoh tersebut masih belum cukup untuk Zizie dan kekasih hatinya mengambil keputusan untuk melayari bahtera cinta sebagai pasangan suami isteri?

Sambil menarik nafas, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itumenerangkan, dia enggan terburu-buru untuk membuat keputusan menamatkan episod solo.

Memanglah usianya kian mendaki dari setahun ke setahun, namun ia tidak menjadi kegusaran untuk Zizie sementelah pengalaman hidup banyak mengajarnya tafsiran kehidupan.

"Saya tidak rasa sekarang menjadi waktu yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga," jawabnya ringkas lantas menimbulkan tanda tanya seketika.

Sedar kata-katanya itu akan menzahirkan prasangka umum, Zizie menjelaskan, dia masih lagi menjalin hubungan dengan lelaki sama.

"Cuma pintu hati saya belum terbuka untuk ke arah itu (kahwin). Pernah jugalah beberapa kali merancang untuk berkahwin, namun ia tidakpernah menjadi.

"Setiap yang dirancangkan, ada tergendala di sana sini. Justeru saya lihat lebih baik perkara ini (kahwin) ditangguhkan terlebih dahulu.

"Hubungan kami biasa-biasa sahaja sama seperti sebelumnya. Sekejap kami berbaik, sekejap kami gaduh.

"Memanglah dia banyak kali melamar saya untuk menjadi isterinya, namun saya masih belum berupaya membuat sebarang keputusan.

"Setelah tujuh tahun berkenalan, saya rasa sudah tujuh kali juga dia mengajak saya mendirikan rumah tangga.

"Seperti yang saya jelaskan, saya enggan terlalu memikirkan soal kahwin dalam waktu sekarang. Biarlah apabila saya sudah bersedia dan jodoh sampai, saya akan berkahwin juga kelak," ungkap Zizie yang kelihatan semakin jelita.

Biarpun begitu, Zizie yang mula melibatkan diri dalam bidang lakonan seawal usia 13 tahun berkata, banyak kualiti menarik yang ada dalam diri kekasihnya, hingga dia terus setia selama tujuh tahun.

"Saya kagum dengan sikapnya yang tidak pernah berputus asa, walaupun sudah banyak kali saya menolak lamaran daripadanya.

"Dia tetap okey, malah cukup akur dengan keputusan saya. Dia merupakan seorang lelaki yang sanggup bersama-sama saya dalam apa jua keadaan, baik senang ataupun susah.

"Dia sentiasa berada dekat dengan saya ketika saya memerlukan teman untuk berbicara, cuma saya masih tidak nampak bilakah agaknya saya dan dia bakal kahwin," luah Zizie.

Dia tahu, statusnya bukanlah sebagai pelakon yang disanjung ramai namun sebagai kaum Hawa, Zizie mungkin punya alasan tersendiri kenapa dia masih belum mahu berkahwin, sebelum kata putus bertemu titik.

Asalkan Zizie masih berada di landasan yang benar, prinsipnya wajar dihormati oleh semua pihak.

Ingin bawa watak baik


PINTU hati Zizie belum terbuka untuk bergelar isteri.


Tidak sekadar bercakap soal kehidupan peribadi, sebaliknya anak kepada aktres Khaty Fauziah turut meluahkan perasaan apabila dirinya seolah-olah sering didiskriminasi dalam bidang lakonan.

Zizie sering menerima 'hukuman' apabila dia asyik diberikan watak wanita gedik, jahat dan bermacam-macam lagi hingga menimbulkan wajah meluat serta benci daripada penonton.

"Barangkali ada pengarah yang tidak menyedari bahawa saya juga boleh membawakan watak baik dengan jayanya.

"Bukan hendak kata saya merupakan seorang pelakon yang hebat, namun saya sering tertanya-tanya kenapa pengarah jarang memberikan watak wanita baik kepada saya selepas menjadi anak seni.

"Sedangkan saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menzahirkan watak ini. Saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon yang boleh membawakan watak sedih atau dianiaya.

"Bosan jugalah asyik memegang watak sama. Balik-balik saya dapat watak wanita yang kurang baik," akui Zizie dalam nada kesal.

Kekecewaan Zizie bagaimanapun sedikit terubat apabila dia bakal melibatkan diri dengan sebuah drama bersiri berjudul Dua Marhalah yang bakal ditayangkan di saluran Atsro Oasis.

"Saya gembira apabila diberikan kepercayaan untuk membawakan watak sebagai seorang wanita yang dianiaya oleh pengarah drama ini, AlongKamaruddin.

"Daripada seorang wanita yang baik, saya dipaksa melacur serta menyukai kerja yang dilakukannya hingga saya keluar daripada kancah pelacuran dan akhirnya bertaubat.

"Ia adalah watak yang saya idam-idamkan selama ini, malah saya juga dapat bermain dengan banyak emosi dalaman wanita.

"Terubat jugalah sedikit kekecewaan saya," sahut Zizie yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian terkenal, Spa Q untuk musim kedua ini.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 11:03 am

Kebenaran di sebalik gosip


GOSIP adalah lumrah dalam dunia hiburan malah paling mendapat perhatian masyarakat hingga setiap akhbar atau majalah disisipkan satu ruangan khas mengenainya.

Namun, ramai mempersoalkan kebenaran gosip disiarkan kerana tiada sumber sahih. Bagi senario industri hiburan tanah air, kesahihan cerita gosip itu cukup tinggi kerana cerita yang bermula dengan gosip akhirny aterbukti kebenarannya walaupun sebelum itu pihak dikaitkan menafikan sekeras-kerasnya.

Perkara ini ditegaskan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh.



Katanya, dari segi peratusan, gosip yang disebarkan itu agak tinggi kesahihannya.

"Selalunya, wartawan akan memberi informasi mengenai gosip dan saya pula akan melihat kesahihan gosip itu sama ada boleh disiarkan atau tidak. Jika terlepas pandang, implikasinya nanti kepada pihak media itu sendiri.

"Orang awam adalah sumber gosip terdekat pihak media. Berbanding era 80-an dulu, gosip kini turur disebarkan menerusi Internet selaras dengan perkembangan teknologi sekarang. Apapun, ia terserah kepada peminat untuk menilai kebenaran gosip itu," katanya.

Kata Adam lagi, gosip dan fitnah adalah dua perkara berbeza. Fitnah adalah andaian yang tidak pasti sebaliknya gosip ada kalanya menjadi realiti.

"Artis perlu bijak untuk membezakan antara gosip dan fitnah. Bagaimanapun, ada artis terlepas pandang dan membuka ruang untuk diri mereka digosipkan orang.

"Contohnya, artis yang baru lepas bercerai tetapi keluar dengan teman baru dalam satu majlis. Sudahpasti dia menjadi tumpuan ramai dan menjadi sasaran ruangan gosip.

"Tidak dapat dinafikan, artis berstatus janda atau kembali solo menjadi sasaran gosip kerana ramai orang ingin tahu siapakah penggantinya.

"Contohnya, apa yang berlaku pada pelakon jelita Rozita Che Wan(Rozita). Dia ada pesona tersendiri kerana baru muncul dalam industri seni tapi sudah popular. Rozita perlu bersyukur kerana orang menyedarikehadirannya dalam industri seni," katanya.



Adam berkata demikian ketika menjadi panel bersama Rozita dalam program bual bicara Ally yang disiarkan dari Studio ntv7, Glenmarie disini, baru-baru ini.

Sementara itu kata Rozita, jika hendak diikutkan dia antara artis yang jarang hadir di mana-mana majlis berprestij dalam dunia hiburan tanah air .

"Setiap kali selepas habis penggambaran drama, saya habiskan masa di rumah bersama anak-anak. Tapi, saya tetap menjadi sasaran gosip. Bagi saya, gosip adalah fitnah semata-mata.

"Gosip yang dikaitkan dengan saya,120 peratus adalah fitnah kerana tidak ada satu pun yang betul. Saya tidak tahu kenapa mereka sering menulis cerita peribadi saya. Minggu ini saya digosipkan dengan Datuk X, minggu depan Datuk Y dan selepasitu Datuk K dan lepas itu timbul Datuk baru lagi.

"Saya tidak tahu motif orang yang menjaja cerita ini kerana tidak berprasangka buruk. Mungkin mereka ada niat untuk menjatuhkan saya. Malah, setakat ini hubungan saya dengan wartawan juga baik.

"Apapun, saya tidak menyalahkan media yang menulis gosip itu kerana mereka mendapat cerita itu menerusi Internet dan pada masa sama, saya tahu ada individu tertentu yang menyebarkannya.

"Gosip yang paling pahit ialah saya dikatakan pernah ditangkap khalwat sehingga mengaibkan nama saya sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Harian Metro turut mendapatkan komen beberapa artis yang sering dikaitkan dengan gosip dan kontroversi.

Bagi Nur Fazura, sebagai artis, dia memang menjaga setiap gerak gerinya supaya tidak menjadi sasaran gosip.

"Tapi kita juga tidak boleh hidup kalau sering mendengar cakap-cakap orang saja kerana orang memang boleh bercakap apa saja pun.

"Sebagai artis, saya juga sedaya upaya tidak membuka ruang supaya digosipkan kerana tidak suka orang bercakap hal peribadi saya. Namun,saya tetap menjadi bahan gosip orang dan digelar `Ratu Gosip' pula.

"Terus terang, gosip yang sering dikaitkan dengan saya banyak yang tidak betul. Antaranya, saya digosipkan sering bertukar teman lelakis edangkan lelaki yang mereka nampak itu adalah dua abang dan adik lelaki kandung sendiri," katanya.

Nur Fazura berkata, antara gosip yang paling pahit melanda dirinya setakat ini ialah ketika digosipkan `kaki mabuk' dan `kaki kelab'.

"Sedangkan ramai artis dalam industri seni yang sering mabuk dan keluar masuk kelab pada waktu malam, tetapi saya juga yang nampak buruk di mata orang.Sehinggakan saya mengambil minuman ringan pun, orang kata saya mabuk,"katanya.

Manakala pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Spa Q, Farahdiya berkata, artis juga manusia biasa dan tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. "Kalau di luar lokasi penggambaran drama, saya adalah sama seperti wanita lain. Saya juga ingin keluar dengan kawan-kawan atau teman lelaki. Tapi kalau itu menyebabkan orang bercakap dan menjadi bahan gosip, saya buat tidak tahu saja.

"Apa yang penting, gosip itu tidak melampau seperti nama saya dikaitkan dengan dadah dan sebagainya yang boleh menjatuhkan maruah serta nama baik saya. Antara gosip paling mengguris perasaan sepanjang menjadi anak seni ialah apabila nama saya dikaitkan dengan pelakon Norman Hakim sedangkan ia hanya persepsi sesetengah pihak,"katanya.

Tidak ketinggalan, pelakon lelaki yang meningkat naik, Fizz Fairuz.

Katanya, sejak bergelar pelakon, dia berusaha menjaga perilaku supaya tidak menjadi sasaran gosip.

"Tapi, saya tidak berahsia dengan peminat mengenai hubungan cinta saya dengan pelakon Almy Nadia yang diperkatakan kebelakangan ini.

"Tapi, bagi menjaga nama baik kami berdua kerana masing-masing cari makan dalam bidang seni, kami berusaha untuk tidak kerap keluar bersama kerana tidak suka menjadi sasaran gosip dan menimbulkan fitnah orang pula nanti.

"Tidak dinafikan, gosip juga menaikkan populariti seseorang artis itu tetapi biarlah kena dengan caranya. Ada artis yang popular sebab gosip saja sedangkan bakat lakonannya tidak seberapa.Justeru, dia akan dikenali sebagai artis majalah dan bukan artis layar perak," katanya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 11:22 am

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak



Kalau sesuatu pasangan itu dah berkahwin, tentu impian seterusnya adalah mahu timang anak. Tapi simpati pula Murai Batu pada Mawi & Ekin kerana hajat untuk timang anak cepat-cepat belum kesampaian kerana Ekin telah keguguran selepas mereka pulang dari bulan madu di Korea Selatan, hujung Januari lalu.

Kalau ikut perkiraan, Ekin, 30, mungkin juga bunting pelamin, tapi Ekin tak sangka pendarahan luar biasa yang terjadi ke atas dirinya baru-baru ini rupanya satu keguguran.

"Nak buat macam mana, belum ada rezeki. Selepas ke klinik, baru doktor sahkan pendarahan itu datang daripada janin dalam kandungan Ekin. Doktor cakap Ekin terlalu aktif dan stress. Kandungan Ekin ketika itu baru berusia 3 minggu," kata Ekin.

Bagi Mawi, dia sendiri menerima kejadian itu sebagai ketentuan Tuhan. Mawi juga mendengar nasihat doktor agar Ekin tidak membuat kerja-kerja yang terlalu lasak.

"Saya memang dah bersedia nak jadi ayah, tapi kenalah bersabar dulu," kata Mawi yang semakin tembam, berbeza dengan Ekin yang agak susut.

Dalam pada itu, saham mereka berdua masih tinggi kerana diberi peluang menjadi pasangan penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) di Genting Highlands, pada 12 April depan. Jadi peminat mereka kenalah panjat gunung Genting atau tunggu depan kaca TV pada hari itu.

Kita juga nak tengok bagaimana keputusannya apabila Mawi berentap dengan Aizat dan Rocker Otai, Amy Search dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Mampukah Mawi mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular? Tunggu...
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 11:27 am

Rini Mangsa Penipuan Pengurus Artis?


Rini Mangsa Penipuan Pengurus Artis?



Bukan main panas lagi Murai Batu tengok babak konfrantasi antara pelajar lelaki Akademi Fantasia 7(AF7) dan satu-satunya pelajar wanita bertudung, Zufzafrini Zulkifli atau Rini. Sampai merah-merah mata Rini mempertahankan dirinya dan si Aril pula telah bersuara dengan lantang.

Apa yang tak puashati tu? Harap-harap mereka dapat selesaikan dengan baik kerana tujuan masuk ke AF7 adalah untuk menimba ilmu, bukannya gaduh-gaduh.

Dalam pada itu Murai Batu menerima satu panggilan misteri dari seorang kenalan Rini dan dia memberikan satu cerita panas.

"Sayadengar Rini dan kembarnya, Rina, pernah kena tipu. Ia berlaku ketikamereka menandatangi kontrak menjadi artis rakaman. Mereka berbuatdemikian dengan seseorang yang sudah lama terbabit dalam dunia hiburan.

Tapi sorrylah... nama Mamat itu saya tidak boleh cakap sekarang. Tapi dia pernah menguruskan beberapa artis yang terkenal. Dia cakap pada Rini dan Rina untuk buat single tetapi sampai kesudah habuk pun tak ada.

"Sehinggalah mereka berdua tawar hati dan ambil keputusan datang uji bakat AF7. Akhirnya rezeki menyebelahi Rini apabila dia terpilih masuk akademi," kata pemanggil misteri itu.

Murai Batu difahamkan, bukan Rini sahaja pernah menjadi mangsa pengurus artis itu. Ramai lagi penyanyi top dikatakan pernah menjadi mangsa kapurnya dan kalau Murai Batu sebut semua nama artis itu, orang pun terkejut.

Selepas ini Murai Batu akan cuba berjumpa dengan artis-artis terbabit dan kembar Rini itu untuk mengorek kesahihan cerita tentang dikelentong oleh Mamat terbabit.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 11:30 am

Isteri Sidi Terpaksa Berhenti Kerja



Tanpa kasih dan pengorbanan seorang isteri, nescaya Mohd Rashidi Mohamad Isa, 27, atau Sidi, boleh rebah. Itulah yang dirasakan oleh penulis apabila menghubungi isteri Sidi iaitu Nurul Fairuz Ahmad, 24. Mereka yang mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2008 terpaksa berpisah buat sementara demi memberi laluan kepada Sidi untuk memburu cita-cita dalam Akademi Fantasia 7 (AF7).

Lebih daripada itu, dalam perkembangan terbaru, Nurul Fairuz terpaksa berhenti kerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada suaminya itu.

Jom ikuti temubual eksklusif murai.com.my bersama Nurul yang kini menetap di Puchong bersama Opah Sidi.

MURAI: Apa khabar? Macam mana keadaan Nurul sekarang?

NURUL: Alhamdulillah, saya sihat. Cuma sekarang, Nurul mula rindu sangat pada Sidi.

MURAI: Bagaimana reaksi Nurul selepas melihat prestasi Sidi di konsert pertama dan Diari AF7?

NURUL: Saya terkejut dan makin sayang dengan Sidi. Saya syukur sangat tengok perangai Sidi yang tidak buat apa-apa yang menyinggung perasaan saya. Malah saya terharu apabila tengok Sidi cakap dia rindukan saya.

MURAI: Komen Nurul tentang persembahan Sidi?

NURUL: Apa yang saya harap, dia boleh buat yang terbaik untuk minggu seterusnya. Tapi, saya tahu Sidi terlalu gugup, tak seperti selalunya. Sidi memang cepat gementar. Saya risau juga dan kalau boleh, biar dia bersemangat lagi.

MURAI: Jadi Sidi belum berikan yang terbaik atau all out?

NURUL: Ya, betul. Saya hairan juga kenapa suara dia dengar lain dan tak keluar habis. Ramai juga kawan-kawan Sidi cakap benda yang sama dan mereka kecewa melihat corak persembahannya pada konsert pertama.

MURAI: Selain suara apa lagi yang beza?

NURUL: Saya juga hairan tengok Sidi. Tak tahulah kenapa dia jadi pendiam dalam Diari AF. Kalau nak tahu, Sidi ni jenis happy go lucky orangnya. Dia juga suka menghiburkan hati orang lain. Mungkin Sidi perlukan masa untuk sesuaikan diri di dalam AF7.

MURAI: Setakat ini, ada komen peminat yang membuatkan Nurul dan keluarga tersinggung?

NURUL: Saya terkejut juga dengan apa yang mereka cakap pasal Sidi. Ada perkara yang tidak betul tapi saya dan keluarga lebih tahu peribadi Sidi yang sebenar. Dia tidak pernah berpisah pun dari keluarga. Pun begitu, setakat ini komen-komen itu tidaklah mengecewakan sangat.

MURAI: Kalau tak keberatan, boleh ceritakan macam mana Nurul kenal Sidi?

NURUL: Terus terang, saya mula kenal Sidi melalui Internet iaitu dalam Chat Room Perak Satu. Tidak sangka ia akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin.

MURAI: Betul ke Sidi sudah lama popular dan ada ramai peminat dalam chat room?

NURUL: Sebenarnya, Sidi selalu aktif dalam chat room Malaysia Satu. Dalam chat room ini, ramai chatters suka menyanyi dan Sidi antara yang paling banyak dapat permintaan untuk menyanyi.

MURAI: Apa nama glamor Sidi di internet?

NURUL: Muk_Killax. Atau orang lebih selesa dengan panggilan Muk.

MURAI: Bagaimana dengan pekerjaan Nurul sekarang?

NURUL: Sebenarnya saya sudah tidak bekerja lagi di tempat lama iaitu di Manjong, Perak dan sekarang tinggal dengan Opah Sidi di Puchong.

MURAI: Kenapa berhenti?

NURUL: Sebelum ini kami tinggal berdua tinggal di Manjong. Jadi, kalau saya terus kerja, saya nak tinggal dengan siapa. Lagi pun, saya ke KL sebab mahu beri sokongan kepada suami saya.

MURAI: Apa bentuk sokongan Nurul?

NURUL: Selain seronok menjaga Opah, pada masa yang sama, saya selalu melihat perkembangan Sidi di TV dan Internet. Saya dan adik Sidi baru saja buatkan blog kelab peminat Sidi.

MURAI: Bagaimana Sidi kalau di rumah?

NURUL: Sidi seorang yang penyayang. Dia pandai memasak, lebih-lebih lagi Asam Pedas. Apabila dia dah suka sesuatu makanan di mana-mana restoran yang dikunjungi, balik rumah, dia mesti nak cuba resipi itu. Sidi juga suka rumah yang tersusun kemas.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:20 pm

Jom Serbu Konsert Menjunjung Damai!



Bagi menyuntik semangat cintakan keamanan di kalangan generasi muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengambil inisiatif mengadakan Konsert Menjunjung Damai di Dataran Remaja, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam esok (Jumaat).

Konsert yang bermula jam 8 malam itu bakal jayakan oleh ramai artis popular seperti Mawi, Ekin, Meet Uncle Hussain, Kumpulan Estranged, Bunkface, Dafi, Aizat, Fazura, Fouziah Gous, Mejar Dr. Faiz serta ASP Rosbaini Kassim.

Apa yang menarik, selain persembahan nyanyian, artis popular itu akan mendeklamasikan sajak termasuk Mawi dan isterinya, Ekin. Tidak ketinggalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mempersembahkan puisinya tentang harapan seorang pemimpin terhadap generasi muda.

Berlandaskan pada nama keamanan, Konsert Menjujung Damai - Belia Malaysia Cintakan Kemanan turut bertujuan menggalakkan perkembangan sahsiah remaja ke arah menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri dan berwawasan.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:22 pm

Noryn Aziz Dilamun Cinta Lagi?



Tidak ada angin, tidak ada ribut, alih-alih Murai Batu dengar penghibur terkenal, Noryn Aziz yang semakin cantik dan anggun jelita itu sudah pun bercadang untuk berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Hai, dengan siapa pula Noryn bercinta? Tak pernah pula Murai Batu dengar kisah percintaannya dengan mana-mana lelaki sebelum ini kecuali Mr F.

Korek punya korek, selidik punya selidik, akhirnya Murai Batu dapat tahu juga siapa orang itu. Wah, nampaknya bukan calang-calang bakal suami pilihan Noryn itu kerana beliau seorang kenamaan daripada keluarga diraja yang cukup berkarisma dan bijak.

Pernah Murai Batu terserempak dengan bakal suami Noryn itu di pusat beli-belah di Pavilion, KL. Auranya memang luar biasa kerana mampu membuat orang terpaku apabila melihatnya. Walaupun sedar dia sering menjadi perhatian ramai orang, tetapi dia bijak membawa diri, pergerakan serta tutur kata.

Kalau boleh, Murai Batu teringin nak dpatkan pengakuan itu daripada mulut Noryn sendiri. Tapi, lepas dapat tahu yang Noryn kini sedang berada di London atas urusan nyanyian bersama AirAsia X, jadi terpaksalah Murai Batu pendamkan hasrat itu buat sementara waktu.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:23 pm

Kak Mah Dapat Aura Ikan Duyung!



Siapa sangka pengacara Diari AF yang rupawan, Kak Mah atau Sarimah Ibrahim sudah dapat aura ikan duyung. Haa, dari lautan mana, Pasifik? Atlantik?

Kalau hendak tahu Kak Mah dah lama jadi ikan duyung di pulau-pulau cantik di Malaysia kerana menyelam atau diving adalah hobi Kak Mah kalau dia dah terasa malas hendak duduk di daratan!

Kata Kak Mah, dia dah diving di dasar Laut Pulau Tioman, Perhentian dan Sipadan, Sabah. Bulan lepas, Kak Mah baru saja menyelam di perairan Phuket, Thailand. Bukan main-main, tapi Kak Memang ada ada sijil juruselam yang diiktiraf iaitu PADI.

"Memang rasa kita kat dunia lain kalau menyelam. Suasananya sunyi, tenang tetapi kadangkala boleh jadi menakutkan terutama bila sedar tidak ada orang di sekeliling kita dan kita sedang berenang di antara jurang dalam laut. Tapi itulah cabaran diving dan kita tidak boleh panik kalau pun ternampak jerung!

"Bila kat bawah sana, kita rasa insaf dengan dunia ciptaan Tuhan yang cantik tak terkata," kata Kak Mah sendiri yang makin cantik. Maklumlah dah terkena aura ikan duyung ka...

Yang puas kata Kak Mah lagi, selepas berjaya menyahut cabaran menyelam dia sendiri jadi lebih berani dan secara psikologi tugas berdepan dengan kamera mahupun secara live dah rasa biasa yakni tidak takut lagi. Yalah, kalau dah boleh berenang dengan 'jaws' dan ikan pari, apa yang nak ditakutkan lagi lebih-lebih lagi jerung berkaki dua!

Cakap pasal AF7, Kak Mah pun dah ada pelajar pilihannya berdasarkan konsert pertama tempoh hari iaitu Hafiz yang dijolok sebagai Guy Sebastian Malaysia. Selain itu, Kak Mah juga suka vokal lantang Rubisa.

MURAI BATU: Terkezut dengan kenyataan over pengkritik AF7 kepada pelajar. Ada yang dah boleh jadi macam Arwah Sudir dengan hanya satu persembahan?
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:26 pm

(Gambar) Lana Nordin & Tania Zara dalam Bolos









Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:27 pm

Chow Yun Fat Akui Buat Bedah Plastik



Akhirnya superstar terkemuka, Chow Yun Fat membuat pengakuan bahawa dia pernah menjalani pembedahan plastik kira-kira 20 tahun lalu selepas mendapati bahawa adanya garis rambut di dahi serta kedutan di kulit wajahnya.

Pengakuan yang mengejutkan sebahagian peminatnya itu dibuat sewaktu Chow berada di Korea untuk mempromosikan filem barunya, Dragonball.

Kata Chow, sejak menjayakan God of Gamblers lagi, dia sudah menyedari bahawa wujudnya garis rambut serta kedutan di kulit mukanya.

"Ia amat merisaukan saya. Seorang doktor di Hong Kong kemudian terus mencadangkan saya supaya menjalani pembedahan plastik. Memandangkan bayaran tidak terlalu mahal lalu saya terus bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut. Waktu itu saya baru saja bersaja berusia 33 tahun itu," katanya.

Jelas Chow lagi, dia tidak keberatan untuk mencadangkan doktor tersebut kepada sesiapapun yang berminat untuk melakukan pembedahan plastik.

"Anda pasti akan berpuas hati dengan pembedahan yang dilakukan doktor tersebut, apatah lagi harga yang dikenakan juga sangat berpatutan," katanya.

Ditanya mengapa dia sanggup melakukan pembedahan plastik tersebut, Chow berkata, ia adalah disebabkan kerana penonton adalah 'bosnya'.

Kalau hendak diikutkan, ramai lagi artis lelaki di Hong Kong yang telah menjalani pembedahan seperti ini untuk mengekalkan awet muda mereka. Salah seorang daripadanya ialah Harlem Yu," katanya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:31 pm

(Gambar) Terbaru Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari





Namun, ketika berlakon dalam filem arahan Indrayanto Kurniawan, Ashraf dan Bunga yang selamat bergelar suami isteri 8 November tahun lalu mengakui terpaksa membuang jauh perasaan mereka yang ketika itu sedang bercinta.

Dari awal sehingga selesai penggambaran, pasangan ini meletakkan diri mereka dalam watak filem itu sebagai Dewi dan Fredo. Keserasian sudah lama wujud dalam hubungan mereka lalu tidak sukar untuk mewarnai watak mereka dalam filem itu.

Tidak cukup dengan babak percintaan, Indrayanto juga paparkan babak cium Ashraf dan Bunga ditambah pula gambar mereka bercium ketika di Bali yang mencetuskan kontroversi.

Akui Ashraf, mereka sememangnya sedang bercinta ketika sama-sama menjayakan filem itu tetapi adegan cium bukan sengaja diadakan berikutan hubungan mesra yang terjalin antara mereka.

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:32 pm

ABPBH2008 Pilih Tema Sentuhan Tenun



Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang dijadual berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April 2009 nanti akan menampilkan tema fesyen sentuhan tenun sebagai penyemarak majlis.

Ini bermakna selebriti terlibat secara langsung terutama artis wanita bakal mempersembahkan pakaian berkonsepkan kain tenun hasil rekaan 24 pereka fesyen tempatan yang turut bertanding untuk Anugerah Pereka Fesyen Popular ABBPBH08.

Pertandingan sampingan itu diperkenalkan tahun lalu bertujuan memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen yang menjayakannya. Antara yang terbabit kali ini adalah Hatta Dolmat, Michael Shu dan Calvin Thoo.

Perkara ini diumumkan oleh orang kuat ABPBH08, Hanizam Abdullah atau Kak Cham, dalam sidang media di Grand Salon, Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin.


Pihak penganjur ABPBH08 turut mengumumkan Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramlie sebagai pengacara majlis manakala 15 artis popular dan veteran akan membuat persembahan. Mereka adalah Dato' Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Datuk A Rahman Hassan, Faizal Tahir, Aizat, Hujan, Diddy, Siti Sarah, Ayu OIAM, Jamal Abdillah, Farah Ashikin, Kristal, Jeffrydin, L Ramlee serta Stacy.

Sementara itu, seramai 18 penyampai trofi akan muncul di pentas menyampaikan hadiah kepada pemenang seperti pasangan Mawi & Ekin, Saidah & Saerah, Maya Karin, Farid Kamil serta Zizie Ezette.

Sementara itu konsert jelajah ABPBH08 terus mengembara lagi dan hujung minggu ini (Jumaat - Ahad), rombongan artis akan berada di Kuantan Parade, Pahang. Orang ramai juga jangan lupa juga menyertai pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan.

Seterusnya minggu depan, rombongan glamour itu akan singgah di Batu Pahat Mall (28 & 29 Mac) diikuti destinasi terakhir, Klang Parade, Selangor (3 & 5 April).
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:34 pm

Shila Jelmaan Baru Hannah Montana



Menjadi jelmaan Hannah Montana pastinya merupakan impian setiap kebanyakan remaja perempuan di luar sana. Namun, tuah itu nampaknya lebih berpihak kepada Nur Shahila Amir Hamzah atau Shila.

Lebih menarik lagi apabila pemenang tempat kedua program realiti One In A Million (OIAM) musim ke-2 ini dapat menyanyikan lagu tema Hannah Montana iaitu, Best of Worlds yang dipopularkan Miley Cyrus dalam versinya sendiri. Video muzik tersebut turut menampilkan Shila sewaktu sedang membuat persediaan untuk konsert dan diakhiri dengan kejutan istimewa.

Bukan setakat itu saja, pemenang Shanghai World Star Quest Pulau Pinang 2008 ini turut dipilih bergandingan dengan Hj Aznil Hj Nawawi bagi mengacarakan 2 siri khas Hannah Montana menerusi Disney (Astro Saluran 615 ), jam 5 petang iaitu pada 15 dan 22 Mac ini.

Apabila ditanyakan Shila pembabitannya bersama Disney Channel dalam menjayakan projek Hannah Montana, anak perempuan kepada penyanyi dan pengacara ND Lala ini mengakui bahawa dia sama sekali sangat teruja dengan pemilihannya sebagai jelmaan Hannah Montana.

"Seperti watak dalam Hannah Montana, saya juga sedang mengejar impian untuk menjadi artis yang bertaraf dunia. Tapi, kalau mahu menyamakan saya dengan Hannah Montana dari sudut pencapaian, rasanya banyak lagi kekurangan yang ada pada saya," katanya dengan suara yang penuh keanak-anakan.

Apapun Shila mengakui bahawa dirinya berasa sangat bertuah sekali apabila mendapat peluang yang tidak disangka-sangka itu.

"Kalau ditanyakan pada mana-mana artis sekalipun, pasti mereka tidak akan melepas peluang serta tawaran ini dan saya pula yang menjadi pilihan mereka. Saya tidak pasti mengapa saya yang dipilih tapi setidak-tidaknya, saya berpeluang membawa diri saya ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

"Kebetulan pula saya memang meminati siri Hannah Montana dan secara kebetulan pula ada beberapa persamaan di antara kami berdua iaitu kami adalah pelajar kolej tetapi kami juga mempunyai kerjaya sebagai penyanyi rakaman.

"Satu lagi persamaan adalah ayah Hannah Montana adalah seorang penyanyi dan komposer bagi lagu country, manakala ayah saya pula adalah seorang penyanyi serta komposer bagi lagu-lagu yang berentak folk," katanya lagi.

Menceritakaan bagaimana saat dia mengenali Hannah Montana, Shila berkata, dia seharusnya memberikan kredit tersebut kepada adiknya, Shadah.

"Dia sebenarnya yang menyuruh saya tengok Hannah Montana. Katanya, rugi kalau saya tak tengok. Bila saya berpeluang menonton episod ketiga Hannah Montana bagi musim yang pertama, saya terus jatuh cinta dengan siri tersebut.

"Seronok rasanya apabila dapat menjalani kehidupan seperti remaja biasa tapi pada masa yang sama tidak ada seorang pun yang tahu bahawa remaja tersebut adalah bintang pop yang terkenal. Apa yang menarik siri ini juga sesuai ditonton sekeluarga," katanya.

Shila ada penyakit mudah lupa?

Tentang gandingannya bersama Pak Nik atau Aznil pula, Shila mengakui bahawa ia adalah sesuatu yang sama sekali di luar jangkaannya.

"Sepanjang kerjaya saya menjadi penyanyi, saya tidak pernah lagi menjayakan sebarang aktiviti yang berbentuk pengacaraan. Baik secara solo mahu pun bersama pasangan, ia sesuatu yang terlalu asing buat saya. Apatah lagi untuk digandingkan bersama Aznil.

"Walaupun ayah saya sendiri pernah menjadi pengacara tetapi dia tidak pernah turunkan ilmunya itu kepada saya. Jadi apa yang saya dapat semuanya bulat-bulat daripada Aznil sendiri. Bila saya mahu minta tunjuk ajar daripada ayah, dia cakap tidak perlu kerana saya sudah mendapat seorang guru yang hebat iaitu Aznil," katanya.

Namun begitu, Shila mengakui di saat awal dia menjayakan rakaman 2 siri khas Hannah Montana bersama Aznil, dia sentiasa diselubungi rasa gementar.

"Ia disebabkan ketidak yakinan saya untuk memberikan yang terbaik di dalam program tersebut. Lebih-lebih lagi bila saya ini sentiasa mempunyai penyakit lupa. Tanyalah pada ibu dan ayah saya. Mereka memang tahu sangat perangai lupa saya ini.

"Tapi, apa yang mengejutkan, saya tidak lupa pula ketika diminta menghafal dialog bagi kedua-dua siri khas program Hannah Montana ini. Padahal dialog yang di sediakan bagi kedua-dua siri khas ini cukup panjang sekali.

"Mungkin semua ini hasil dan berkat dari tunjuk ajar Uncle Aznil sepanjang saya rakaman itu dibuat. Dialah yang memudahkan tugas saya. Dia juga bijak membuatkan saya berada selesa dengan tugas pengacaraan saya itu," katanya.
Siri khas pertama yang dinamakan Kenali Hannah Montana Bersama Aznil & Shila sudah pun disiarkan pada 15 Mac yang lalu. Ia membawa penonton mengimbas semula kisah Hannah Montana, iaitu gadis remaja yang menjalani kehidupan sebagai remaja biasa serta bintang pop terkenal dunia menerusi 2 musim terdahulu.

Manakala dalam siri khas kedua iaitu Tayangan Perdana Hannah Montana Bersama Aznil & Shila bakal disiarkan pada 22 Mac ini, Shila dan Aznil akan membawakan penonton menyoroti kisah-kisah menarik tentang Hannah Montana pada musim baru nanti.

Tayangan perdana serantau muzik video Shila pula sudah ke udara selepas episod Hannah Montana yang menampilkan pelakon undangan Dwayne Johnson (The Rock) pada 8 Mac lalu.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:36 pm

Minggu Fesyen Hebat Sempena F1



Demam perlumbaan kereta Formula 1 (F1) yang akan melanda negara pada April nanti akan diserlahkan lagi dengan warna-warni fesyen terbaru lagi mempesona di bawah satu acara dinamakan Pavilion KL Pit Stop.

Minggu fesyen yang akan diadakan bermula 1 - 5 April ini, akan menghimpunkan aktivis dunia fesyen tempatan dan luar negara serta socialites terkenal bersama sebuah majlis glamor.

Acara yang berlangsung di pusat beli-belah terkemuka Pavilion, Jalan Bukit Bintang itu akan turut diperhebatkan dengan program hiburan dan pesta sensasi tanpa henti sepanjang 5 hari berturut-turut.

Penggemar sejati F1 juga bepeluang mendekati kereta lumba F1 ING Renault di Pavilion, selain menikmati pengalaman membeli-belah bersama potongan harga hebat dengan penuh bergaya.

Majlis pelancaran Pavilion KL Pit Stop telah diadakan baru-baru ini, menampilkan kemunculan istimewa 2 Ratu Cantik Malaysia, Deborah Henry dan Emmeline Ng, selebriti tekenal, Irene Santiago serta model kacak, Henry Golding.

Mereka dijadikan simbol semangat sukan permotoran bertaraf dunia dan figura anggun di atas hamparan karpet merah F1 yang dinanti-nanti itu.

Inilah peluang keemasan bagi merasai pengalaman berada dalam sebuah acara bertaraf dunia yang turut mendapat kerjasama daripada GH Mumm, Enrich Penerbangan Malaysia, MasterCard Worldwide dan EON Bank Pavilion Card.

Agenda Minggu Fesyen Pavilion KL Pit Stop

# 1 April 2009 (Rabu) - Fashion Finale Party
# 2 April 2009 (Khamis) - Fashion and Glamour on the Red Carpet
# 3 April 2009 (Jumaat) - A Silver
# 4 & 5 April 2009 (Sabtu & Ahad) - Pertunjukkan Fesyen Musim Bunga/ Panas 2009
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:41 pm

Malaysian Dreamgirl - Err.. Wanita Melayu Model Seluar Dalam Wacoal



Terkejut OHBULAN! tatkala membaca komen seorang pembaca mengenai peserta melayu Malaysian Dreamgirl, katanya mereka dikehendaki mengayakan pakaian dalam jenama Wacoal ketika sesi photoshoot yang terbaru. Lantas, OHBULAN! menyiasat perkara ini dan memang benar terdapat 4 peserta Melayu dalam rancangan realiti online pertama, Malaysian Dreamgirl.

Antara peserta Melayu yang terlibat dalam rancangan ini adalah Ummi Farahnasuha (Farah, 17) , Nurliana Mohd Rafiai (Liana, 27) , Natasha Bt Mohd Johari(Natasha, 18) dan Shaheeda Salim Ahmad (Shasya, 20). Sila tonton Malaysian Dreamgirl episode 8-1 untuk mengetahui kebenarannya. OHBULAN! tertanya-tanya, mak abah korang tak marah ke?


Farah


Liyana


Natasha


Shasya
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Mon 23 Mar 2009, 12:45 pm

(Gambar) Liyana Jasmay & Lisa Surihani - Drama Ponti Anak Remaja



Pertama kali menonton drama Ponti Anak Remaja, penulis terus jatuh cinta. Sebab apa? Sebab Lisa Surihani berlakon dalam drama inilah, kalau tidak, memang tak layan. Ini adalah gambar-gambar eksklusif behind the scene untuk drama Ponti Anak Remaja, hasil ihsan pihak Shutterpix. OHBULAN! sudah berbincang dengan pihak Shutterpix untuk bertukar bahan-bahan yang bersesuaian dengan konsep hiburan.



Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   Tue 24 Mar 2009, 8:07 am

Serah semula saman kepada Roslin



FAIZAH hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam bagi mengesahkan penceraian dengan Roslin.
PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengarahkan Faizah Mohamad menyerahkan sekali lagi notis saman berhubung permohonan pengesahan lafaz cerai kepada suaminya, pemain perseorangan badminton negara, Muhammad Roslin Hashim (gambar).

Hakim syarie, Jamil Ahmad memutuskan demikian setelah dimaklumkan oleh peguam syarie, Musa Awang bahawa notis saman yang diberikan pada 12 Mac lalu gagal diterima dengan sempurna oleh defendan (Roslin).

Mahkamah turut menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes supaya kedua-dua pihak hadir bagi memberi keterangan masing-masing.

Terdahulu, Musa yang mewakili Faizah, 32, berkata, Roslin juga telah memfailkan permohonan yang sama pada 23 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, kami telah memfailkan kes ini pada 20 Februari lalu dan mengikut undang-undang, keutamaan diberikan kepada kes yang difailkan terlebih dahulu.

"Sehubungan itu, kami telah berbincang dengan peguam Roslizam Rahim yang mewakili Roslin dan mereka bersetuju untuk menarik balik kes yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur," katanya.
Back to top Go down
View user profile
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 3 of 15Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 9 ... 15  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: -
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Report an abuse | Free blog