HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Latest topics
» payudara menarik besar mantap - max b cream
Today at 6:11 pm by untuklelakidotnet

» MAX-B FIRMING CREAM | www.herbauntuklelaki.com
Today at 6:10 pm by untuklelakidotnet

» Love Coach Vagina Tightening | www.herbauntuklelaki.com
Yesterday at 4:37 pm by untuklelakidotnet

» Love Coach Vagina Tightening | Herba Ketat Dan Sempitkan Faraj
Yesterday at 4:35 pm by untuklelakidotnet

» Sensual Virginity Tightening Cream for her
Sat 20 Dec 2014, 10:30 am by untuklelakidotnet

» Sensual Virginity Tightening Cream for her
Sat 20 Dec 2014, 10:29 am by untuklelakidotnet

» Vimax Original 3D Izon® Hologram Security DotsVimax
Fri 19 Dec 2014, 6:06 pm by untuklelakidotnet

» Diskaun Vimax Herbs Canada Original 3D IZON |
Fri 19 Dec 2014, 6:05 pm by untuklelakidotnet

» ORIGINAL INVERMA SPANISH FLY - WORLD KNOWN APHRODISIATE
Thu 18 Dec 2014, 11:03 pm by untuklelakidotnet

Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 31 May 2009, 11:14 am

Poster Filem Jin Notti Lakonan Fara Fauzana dan Mawi

Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu filem lakonan Fara Fauzana dengan Mawi ni. Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 20 September 2009. Yelah, ramai peminat Fara Fauzana ingin melihat penyampai Hot FM ini menjiwai lima karakter dalam filem ini iaitu Notti, Ruby, Eyyonne, Shahrifah Qistina dan Mimi. Dengar cerita, pernah sekali Fara Fauzana menangis sebab terlalu sibuk berlakon sehingga selepas shooting filem terpaksa masuk konti jam 4 pagi. Tidur tak cukup, mana boleh tahan. Tapi Fara Fauzana berjaya mengawal emosinya ketika di konti. Syabas untuk Fafau!

Untuk filem Jin Notti, KRU Studios telah pun bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem tetapi bagi menarik pelanggan TM.

Tradisi itu diteruskan dengan Jin Notti yang diarahkan oleh Azhari Zain dan disokong oleh Yusri Abdul Halim sebagai penyunting yang menggunakan teknik imej penjanaan komputer (CGI).

Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana (Notti), Cat Farish (Jinbara) dan ramai lagi pelakon hebat mengisahkan tentang dunia jin yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu khususnya.

Sinopsis Filem Jin Notti
Notti, anak jin yatim-piatu menghadapi hukuman paling berat di dunia jin yang terbalik. Kecuali dia mampu melepasi satu ujian – membuat cukup kejahatan hingga penuh ‘skala kenakalannya.’

Dengan pertolongan Jinbara – peguam Notti – Notti dihantar ke dunia manusia untuk melakukan kejahatan. Dia dimasukkan ke dalam badan seorang remaja ‘punk’, seorang gangster perempuan sebelum akhirnya diberi kawalan ke atas makhluk paling jahat dalam dunia manusia – peguam.

Sepanjang perjalanannya, Notti mula jatuh cinta dengan Aziz dan terjumpa dengan seorang lelaki yang mungkin adalah ayahnya. Berjayakah Notti dengan cintanya? Mampukah dia berjumpa ayahnya yang telah lama menghilang?

Semuanya berakhir dalam satu perbicaraan agung di dunia manusia dan di dunia jin

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 31 May 2009, 11:25 am

Sah! Juliana Evans Bercinta Dengan Sam Bunkface

Sah! Pelakon manis jelita, Juliana Evans sedang hangat bercinta dengan vokalis Bunkface, Sam. Memang sesuai sebab kedua selebriti ini berdarah kacukan. Cinta baru sahaja bersemi selepas Juliana frust dengan seorang bisnesman. Ketika itu, Juliana sibuk berlakon drama Kasut Tumit Tinggi dengan adik Sam. Mulanya, hubungan mereka hanya sebagai kawan, lama kelamaan mereka serasi lalu rapat. Bagi Juliana, Sam seorang yang suka berterus terang. Terbaru, Juliana akan berlakon dalam drama Rosli Dhobi untuk Suatu Ketika di Astro.

Budiey pernah jumpa Juliana Evans dua kali. Sekali masa prebiu filem Kami The Movie dan masa sidang media Anugerah Bintang Popular Top 5 di The Mines

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 12:30 pm



KUALA LUMPUR: Tanpa berselindung, pelakon yang sering dipalit kontroversi, Fasha Sandha, mengesahkan hatinya kini dimiliki dan dia bakal menamatkan zaman bujang selewat-lewatnya tahun depan.

“Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan,” kata Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, sambil menunjukkan ‘cincin tanda’ berbentuk hati yang tersarung di jari manis tangan kirinya.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan itu masih timbul persoalan siapakah lelaki yang bakal bergelar suaminya kerana setakat ini belum sedia dikongsi Fasha untuk pengetahuan umum.

“Itu belum boleh saya bagi tahu sekarang. Cukuplah jika saya katakan orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya.

“Yang pasti, dia bukan suami orang, jauh lagi duda. Mungkin ada pihak mengandaikan saya dengan ‘orang itu’, tetapi bukan dia sebenarnya. Jangan salah sangka,” kata pelakon berusia 25 tahun itu sambil ketawa kecil.

Sebelum ini, dua kontroversi paling ‘meletup’ membabitkan Fasha ialah dia dikatakan menjalin hubungan dengan hartawan teknologi maklumat, Datuk Shafik Rizaal Saaban, 35, atau Datuk S serta Rizal Ashram Ramli, 38, yang juga bekas suami pelakon, Nora Mohd Danish Haniff.

Apabila ditanya hal itu, Fasha sekali lagi menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan dua lelaki berkenaan, namun masih enggan mendedahkan siapakah lelaki yang kini bertakhta di hatinya.

“Saya tidak mahu perkara ini menjadi punca timbulnya banyak gosip. Biar saya serta orang terdekat saja yang tahu. Saya tidak mahu akibat pendedahan identitinya, dia menjadi ‘buruan’ media.

“Lagipun dia seorang yang suka merendah diri dan tidak mahu menonjolkan diri,” katanya dalam pertemuan dengan Metro Ahad, baru-baru ini. Dalam pertemuan itu Fasha ditemani ibunya, Hatijah Teh Man, 48, atau lebih mesra dengan panggilan Mama serta pembantu peribadinya, Jane Thomas.

Fasha yang membintangi hampir 20 filem, antaranya Cicakman, Berlari Ke Langit dan Anak Halal, juga memberitahu, selepas berkahwin kelak dia memutuskan untuk bersara daripada dunia lakonan.

Gadis kelahiran Johor Bahru, Johor, itu berkata, keputusan itu diambil kerana bakal suaminya tidak mahu dia berlakon lagi, sebaliknya lebih senang dia membabitkan diri di belakang tabir saja.

“Perancangan saya, selepas berkahwin nanti, saya mahu membuka perniagaan berkaitan bidang kecantikan atau peragaan. Bagi saya, sekarang masa paling sesuai untuk bersara.

“Ini kerana, sebelum ini sasaran saya ialah berlakon selama lima tahun sebelum bersara dan sekarang masuk tahun keenam. Lagipun, sasaran untuk memberi kesenangan kepada keluarga juga sudah saya capai,” katanya.

Ketika diminta mengulas keputusan Fasha, Mama berkata, terpulang kepada anaknya untuk melakukan apa yang terbaik, malah dia bersyukur anak kesayangannya bakal bergelar isteri.

“Ibu mana tidak mahu melihat anaknya berjaya dalam hidup selain berkahwin dengan lelaki baik.

“Saya tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan syukur dan gembira. Saya mengenali teman lelaki Fasha sebagai seorang yang berhemah tinggi, baik serta menghormati orang tua,” katanya lagi.

Menurut Mama, Fasha anak yang baik dan banyak berkorban membantu keluarga.

“Mama hanya mampu menasihatkan Fasha supaya bersabar dengan pelbagai dugaan yang menimpa. Sebagai ibu, Mama bangga dengan pencapaiannya,” katanya.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 12:34 pm

Waheeda Nekad Berhenti Menyanyi

Kebenaran akan terungkai 2 Jun ini - Waheeda



NADA suaranya kedengaran cukup ceria, tetapi adakalanya, penyanyi dan pelakon Waheeda ini jelas gagal menyembunyikan perasaan sedihnya berdepan dengan kontroversi yang amat hebat dalam dirinya ketika ini.

Benar kata penyanyi yang popular dengan lagu Wassini ini, bukan mudah untuk menjadi ‘dirinya’…apa yang ditanggung selama ini cukup berat. Dikecam sebagai perampas suami orang serta pemusnah rumahtangga adalah label yang amat dahsyat diberikan sesetengah pihak yang belum tahu hujung pangkal kebenarannya.



Tetapi, luah wanita berusia 30 tahun ini, biarlah apa saja tanggapan yang singgah terhadap dirinya. Asalkan keluarga dan kenalan rapat mengetahui kisah sebenarnya, itu sudah cukup memadai buat Waheeda walaupun tohmahan buruk akan terus berselingkar di dalam dirinya.

Pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu juga nampaknya semakin ‘panas’ apatah lagi bila Maizawati dilihat semakin ‘berani’ mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

“Saya sudah bosan. Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya.”

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Dengan keadaan sekarang yang dilihat semakin ‘berapi’ ini, tutur Waheeda, biarlah dia terus bersabar dengan apa yang berlaku. Apapun, kesabaran itu tetap ada hadnya, cuma katanya, biarlah masa saja yang menentukan.



Namun, luah Waheeda, dia menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya amat tertekan dengan tindakan Maizawati itu yang terus-menerus mengeluarkan kenyataan. Malah, khabar angin itu turut mengatakan Waheeda juga turut kesal dengan tindakan Akhil yang masih terus mendiamkan diri.

Akibat terlalu tertekan dengan hal ini, Waheeda dikatakan menjerit-jerit seperti orang gila sehinggakan beberapa barang di rumahnya juga habis dihempaskan kerana terlalu geram.

“Tak mengapalah. Biar mereka (Akhil dan Maiza) selesaikan. Kita tunggu saja 2 Jun ini…kebenaran akan terungkai juga,” luah Waheeda dalam nada perlahan, sambil enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Katanya, buat masa ini dia lebih memberikan perhatian kepada kesihatannya yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.

“Sekarang ini saya tengah berubat…penyakit yang sudah lama sebenarnya saya alami. Cuma sekarang ini semakin teruk pula,” ujarnya yang tidak mahu bercerita lanjut tentangnya.

Nekad tinggalkan dunia seni

Lebih setahun yang lalu, Waheeda pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan karier seninya sebagai penyanyi dan pelakon. Ketika itu, ramai yang merasakan keputusan tersebut dibuat oleh Waheeda gara-gara isu kononnya penyanyi ini telah berkahwin dengan Akhil.

Namun, Waheeda masih lagi dilihat terus aktif dengan aktiviti seninya sehingga hari ini. Katanya ketika itu, dia menunggu album terbarunya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum terus berundur. Dan memandangkan pada waktu itu semakin banyak tawaran yang datang, dia tidak menolaknya sementara menantikan albumnya itu siap.

Tetapi, tegasnya, dia tetap menyimpan hasratnya untuk tinggalkan bidang seni satu masa nanti.

Namun, dengan kontroversi hebat yang melanda dirinya ketika ini, kata Waheeda, dia memang nekad untuk ‘bersara’ dan kemungkinan besar akan terus menghentikan projek penghasilan album terbarunya itu.

“Saya sudah bosan. Dari dulu sampai sekarang macam-macam orang bercakap tentang saya. Kontroversi seperti inilah sebenarnya yang membuatkan saya ingin berhenti ketika itu. Untuk apa saya terus berada di sini sedangkan reputasi dan kredibiliti saya sudah tiada. Mungkin dulu saya bercakap seperti ini juga, tetapi saya tetap terus berada di dalam industri. Tetapi kini, saya rasa cukuplah apa yang saya lalui. Saya nekad untuk berhenti terus. Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya. Ibubapa saya juga menyarankan perkara yang sama kerana mereka tak sanggup melihat saya terus dilanda benda-benda macam ni. Sekarang ini saya tengah tunggu untuk selesaikan dulu projek-projek lakonan termasuklah program Cafe Akhil Hayy,” kata Waheeda.



Walaupun sedar tindakannya itu tidak bermaksud akan mengakhirkan segala kontroversi yang melanda, namun kata Waheeda, ‘at least’ kehidupannya selepas ini mungkin akan lebih ‘tenang’.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 12:36 pm

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 12:44 pm

(Gambar) Tengok! Besar Tu Dada Rozita Che Wan…



Hasil sudut kamera di’tambah lagi dengan kesan efek khas caption menampak’kan seperti adik kecil ini menuding jari ke dada Rozita Che Wan. Anggap sahaja’lah ini gurauan waktu petang ahad daripada OHBULAN! untuk pembaca, Rozita Che Wan jangan’lah pula terasa hati. Kami, lelaki memang alert perkara-perkara macam ini. Ha ha
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 12:46 pm

Ah! Gambar Nabil & Irma Candid Di Pavilion


Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 12:52 pm

'Saya amat cintai Fahrin'



SELAIN dikenali kerana memiliki suara yang unik - 'besar' dan kasar, Scha sering dikaitkan meniti kemasyhuran serta popularitinya di bidang seni menerusi cerita peribadi apabila dia menjalin hubungan mesra dengan Fahrin Ahmad selepas pengacara dan aktor kacak itu melalui saat duka, putus cinta dengan personaliti terkenal, Linda Onn suatu ketika dulu.

Scha dituduh menumpang populariti Fahrin untuk diterima dalam dunia hiburan.

Scha, 26, yang juga anak saudara Sharifah Sheril Aida dan Syed Sobri ini juga dikatakan tidak boleh berdiri sendiri membina namanya jika tidak kerana kontroversinya bersama Fahrin. Justeru, Scha pernah melahirkan rasa kecewanya apabila media massa dan peminat lebih memberi perhatian kepada kisah ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin, berbanding soal kerjaya lakonannya yang hanya dipandang sebelah mata!

Namun, semua itu cerita kira-kira enam bulan lalu, kini tanpa Fahrin, Scha mampu membina kerjayanya yang semakin melonjak apabila dia menjadi perhatian ramai produser dan pengarah yang ingin menyuntingnya membintangi filem atau drama produksi mereka. Jika dulu namanya perlu disebut sebagai Scha Fahrin, kini cukup sekadar Scha atau sekurang-kurangnya Scha Awan Dania, peminat sudah mula mengenali siapa gadis jelita ini.

Lantaran permintaan tinggi di lokasi, sudah ada ‘suara dari produksi’ yang berbisik, Scha sekarang semakin sukar dihubungi, panggilan telefon tidak berjawab, malah SMS pun kadang-kadang tiada balasan, sekali gus melabelnya mula berlagak diva!

“Saya akui, apabila tiba waktu puncak di lokasi penggambaran, saya tidak berpeluang menjawab panggilan telefon atau membalas SMS. Rata-rata yang cuba menghubungi saya adalah pihak produksi yang inginkan jawapan segera sama ada saya berminat atau tidak dengan tawaran mereka. Pada masa sama, saya perlu memikirkan komitmen atau tawaran yang datang lebih awal. Saya perlu tunggu kata putus dari produksi berkenaan.

“Apabila menerima sebarang tawaran lakonan atau pengacaraan, saya nak elakkan jadual penggambaran bertembung, saya paling tak suka berdepan masalah jadual. Saya tak akan melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun, apabila saya sudah menandatangani kontrak, saya akan memberikan sepenuh komitmen. Janganlah melabel saya mula berlagak diva gara-gara lambat memberikan jawapan untuk komitmen itu,” kata Scha.

Agak mengejutkan apabila tiba-tiba Scha memberitahu, dia tidak merancang untuk kekal lama dalam dunia hiburan, walaupun ketika ini namanya sedang bergerak laju menuju puncak. Katanya lagi, selepas berlaku suatu insiden kepada seorang teman baiknya, dia baru sedar, dunia artis penuh cabaran, malah pembalasan yang diterima apabila berbuat perkara mungkar, sangat drastik.

“Secara jujur, saya tak akan kekal lama dalam industri ini. Saya akan berlakon seadanya saja, maksudnya tidak mahu terkejar-kejar peluang depan mata sehingga lupa tanggungjawab kepada keluarga dan orang tersayang. Seperkara lagi, apabila saya ditakdirkan berkahwin dalam masa terdekat, aktiviti seni pasti bergerak perlahan, namun sekiranya tak ada apa-apa (kahwin), saya buat kerja macam biasa,” kata Scha lagi.

Serius dengan Fahrin

TIBA-TIBA Scha mengalih tajuk perbualan kepada soal kahwin, terus saja fokus diberikan kepada perhubungannya bersama Fahrin. Tanpa berselindung, Scha mengakui dia mula menjalin hubungan serius dengan Fahrin kira-kira lapan atau sembilan bulan lalu dan kini mereka masih meneruskan ‘fasa suai kenal’, sekali gus mengakui, buah hatinya itu memiliki kualiti seorang suami yang bagus, selain mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

Pun begitu, sedang hangat pasangan berkenaan ‘terlanjur cinta’, terdengar desas-desus perhubungan mereka sebenarnya sedang dilanda masalah. Fahrin dikatakan gagal ‘mengawal’ Scha apabila perhubungan mereka diperkotak-katikkan sukar menuju ke penghujungnya atau lebih tepat lagi impian membina gerbang perkahwinan umpama mencari cahaya di hujung terowong.

“Saya dan Fahrin lahir daripada dua latar masa yang berbeza. Justeru, antara kami wujud perbezaan dalam banyak perkara, cari berfikir pun tak sama. Saya akui, mungkin dulu hubungan kami ada sedikit masalah, misalnya perbezaan idea dan mengawal situasi. Selain itu, saya juga tak boleh melakukan perubahan secara drastik, memerlukan masa dan keikhlasan. Tak boleh disebabkan orang lain, saya berubah, yang penting diri sendiri.

Tak suka dikongkong

"JUJURNYA, saya tak suka dikongkong atau dipaksa melakukan sesuatu kerja itu. Bagi saya, setiap apa yang kita lakukan, mesti ikhlas. Kami sentiasa berusaha membaik pulih perhubungan apabila berasakan ada sesuatu yang tak kena. Alhamdulillah, semakin hari perhubungan kami terus matang. Namun, cerita lama kadang kala menghantui perhubungan kami, itu yang cuba kami atasi.

“Bagi saya, Fahrin seorang yang begitu penyabar kerana dia boleh terima diri saya sekalipun memerlukan masa. Kalau dia tak sabar, dah lama dia tinggalkan saya. Moral cerita ini, memang hubungan kami pernah berdepan masalah dan kami sentiasa mencari penyelesaian. Sebenarnya setiap kali berdepan masalah, masalah itulah yang merapatkan lagi perhubungan kami!,” kata Scha jujur.

Pernah suatu ketika timbul desas-desus, kononnya Fahrin akan bertunang dengan Scha awal tahun ini, tapi perancangan itu tidak menjadi kenyataan. Fahrin sekadar mengakui hubungannya dengan Scha memang serius dan tidak pernah berniat mempermainkan perasaannya. Perhubungan mereka ada tujuan. Justeru, sekiranya Fahrin menyatakan hasratnya untuk bertunang, adakah kali ini Scha sudah bersedia?

“Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukannya. Saya hanya berserah pada jodoh. Sekiranya benar jodoh saya bersama Fahrin, saya reda. Tapi, jika ditakdirkan saya bertemu jodoh dengan orang lain, saya pasrah dengan ketentuan itu. Saya dan Fahrin sentiasa bersedia berdepan kenyataan hidup. Namun, jika ditanya tahap hubungan kami ketika ini, we are really in love...” kata Scha akhirnya berterus terang
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 12:53 pm



INFO:

NAMA SEBENAR: Sharifah Norazean Syed Mahadzir
TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
ASAL: Sungai Petani, Kedah
DARAH CAMPURAN: Ayah (Arab) dan ibu (Cina)
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam
PENCAPAIAN: Dewi Remaja 2006/2007
FILEM: Antoo Fighter: Amukan Drakulat, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Dimensi Cinta, Libas dan Adik Manja Returns
DRAMA: Bella, Honeyz, Awan Dania, Naik Hantu dan Awan Dania 2
10. PENGACARAAN: Sehati Sejiwa dan Astro On Demand
11. KOMERSIAL: Rexona, Hotlink, Watson, Oral-B, Nokia, elcom dan My EG


12. DUTA: Bio Essence
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 1:01 pm

SIAPA LAGI MENAWAN?????


Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 1:02 pm

Ajai & Chaq Mentor Pun Pinda Gigi RM30K!







KL, 27 MEI 2009: Waaa, nampak gaya demam merawat dan mencantikkan gigi sudah menular dari Akademi Fantasia kepada Mentor pula. Apa tidaknya, selepas Claudia dan Aishah menjalani rawatan gigi yang canggih sehingga mencecah RM30,000 (RM30K), sekarang tiba pula giliran Ajai dan Protegenya, Chaq.


Murai Batu melihat sendiri barisan gigi kedua-dua mereka apabila berkunjung ke satu majlis makan malam bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ajai & Chaq telah diundang oleh Korean Tour Agency (KTO - yang menaja Mawi & Ekin ke berbulan madu) bagi menyaksikan pelancaran kempen pelancongan EXPO 2010 - YOEOSU KOREA di situ.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 1:03 pm

Zizi AF7 Jadi Rebutan Orang!






KL, 26 MEI 2009: Kata orang kalau ada rezeki, ia takkan ke mana. Begitulah bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Zizi, yang walaupun tersingkir awal, telah mendapat perhatian orang-orang di dalam industri hiburan tanah air.


Murai Batu dengar cerita Zizi atau nama sebenarnya, Nurfazelah@Zizie Mohd Tahil, mula menjadi rebutan beberapa pihak termasuk kumpulan Fabulous Cats yang diketuai oleh Cat Farish. Benarkah kumpulan itu sedang mengintai Zizi untuk menggantikan penyanyi wanitanya sebelum ini iaitu Farhana?


Dengar cerita, Zizi telah pun dijemput datang ke sebuah studio baru-baru ini untuk menjalani sesi uji bakat. Namun, Murai Batu tidak tahu pula sama ada Zizi telah berjaya atau tidak? Yang penting, orang dah berminat dengan bakat Zizi sebagai penyanyi.

Jangan Tak Lihat
» Waheeda, Maizawati Harus ...» Serina Redzuawan Kahwin J...» Ajai & Chaq Mentor Pun Pi...» Estranged Pentingkan Diri...» Zizi AF7 Jadi Rebutan Ora...


Satu lagi pihak yang dikatakan berminat dengan Zizi adalah pihak pengurusan Diddy Hirdy (bintang AF4) iaitu Abang Botak. Ingat Abang Botak? Dialah blogger jemputan bagi murai.com.my ketika AF7 berlangsung, baru-baru ini. Memang sejak sekian lama, Abang Bad berminat untuk menguruskan Zizi selepas melihat persembahannya.


Murai Batu sendiri pun suka melihat corak persembahan Zizi yang sungguh bertenaga. Dia memang ada ciri-ciri seorang penyanyi pop rock yang bagus cuma perlu digroom dengan lebih baik.


Jadi kalau terpilih menjadi artis rakaman, nampak gaya Zizi kenalah berhijrah ke Semenanjung sebab di sini peluang untuk Zizi lebih luas untuk mengasah bakat dan mencipta nama dalam dunia hiburan.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 1:05 pm

Filem Magica Ada Ramai Superstar!





KL, 25 MEI 2009: Semua peminat tahu adik beradik KRU memang serba boleh. Daripada artis rakaman, mereka berjaya meneroka pelbagai cabang seni selain dunia bisnes. Dari segi pemasaran, Norman memang cekap, dari segi pembikinan lagu dan rakaman, Edry cukup handal manakala dalam aspek pengarahan dan lakonan pula, Yusry pula adalah orangnya.

Tapi dalam senyap-senyap, Edry telah mengikuti jejak abangnya Yusry dengan menjadi pengarah filem. Dalam diam-diam KRU telah membuat penggambaran sebuah filem secara undergroud, bermakna tidak mahu heboh-heboh kepada pihak media.

Namun deria Murai Batu ini memang kuat sebab dapat juga menghidu dan mengorek serba sedikit tentang produksi yang cukup hebat dan mahal itu yang dinamakan Magica (atau mungkin Magika?).

Ada sumber beritahu, filem ala Narnia itu mengisahkan dua beradik, seorang lelaki yang bijak dan kakaknya (lakonan Diana Danielle) telah tersesat dalam hutan belantara. Di situlah mereka termasuk dalam dunia Magica dan bertemu dengan pelbagai karektor popular dalam cerita dongeng dan mitos Melayu.

Antara Badang (versi kacak, lakonan Mawi), Bawang Putih & Bawang Merah (Sharifah Amani & Aleya), Puteri Gunung Ledang (versi gemuk lakonan Ning Baizura), nenek kebayan (versi meletup lakonan Ziana Zain) dan bermacam-macam lagi watak lakonan cameo ramai superstar Malaysia.

Sumber itu berkata, filem untuk sasaran kanak-kanak, remaja dan sesisi keluarga ini sungguh menghiburkan, berkualiti dan unik. Mendengar sinopsis dan watak-watak itu saja sudah membuatkan Murai Batu berasa teruja nak tengok.

Syabas diucapkan kepada KRU dan Edry kerana mampu mengangkat watak-watak terkenal dalam dongeng Melayu ke layar perak kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengalih seketika tumpuan daripada Sleeping Beauty, Spider-Man, Cinderella, Zorro, Peter Pan dan macam-macam lagi watak rekaan Hollywood.

Dengar kata memang pihak KRU sengaja nak merahsiakan dulu produksi filem ini dan meminta barisan pelakonnya mengunci mulut tetapi Murai Batu memang tak sabar-sabar nak berkongsi cerita menarik ini dengan pengunjung portal ini. Semua ini adalah strategi KRU yang mahu bikin boom apabila filem ini telah siap dibikin. Kita tunggu sajalah.

Selain itu, Murai Batu juga berasa lega kerana KRU hendak filemkan kisah legenda Hikayat Merong Mahawangsa tapi secara bersiri atau chronicles. Hai macam mana KRU lagi pantas daripada Datin Seri Tiara Jacquelina ni? Maklumlah Tiara juga pernah berhajat nak filemkan kisah legenda itu yang berkaitan dengan susur galur nenek moyang kesultanan Melayu khususnya Kedah. Kisahnya sungguh menarik kerana seekor burung Garuda cuba membatalkan niat Putera Rom yang mahu berkahwin dengan Puteri China dan pergolakan itu berlaku di Kedah Purba. Memang kelas!


Last edited by azwin on Mon 01 Jun 2009, 1:07 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 1:06 pm

Serina Redzuawan Kahwin Jan 2010






KL, 28 MEI 2009: Kebelakangan ini, memang ramai artis berkahwin. Ada yang pertama kali berkahwin dan ada yang bertemu jodoh lagi dan mengakhiri status duda-janda.

Cerita pasal kahwin, Murai Batu dengar-dengar, beberapa bulan akan datang, akan tiba pula giliran anak perempuan Chef Wan, 51, iaitu Serina, 26, untuk naik pelamin.

Murai Batu diberitahu perkara ini daripada salah seorang editor murai.com.my yang baru-baru ini membuat liputan di majlis perkahwinan Adlin Aman Ramlie dan Emilda Rosmila, di Ipoh, Perak.

Kebetulan, Chef Wan adalah antara selebriti yang dijemput hadir selain daripada Julie Dahlan, Adibah Noor, Afdlin Shauki, Que Haidar, Linda Jasmine, Mamat Khalid serta produser sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman.

Jadi sempatlah kita orang tanya dan usik-usik Chef Wan, bila pula giliran Serina? Maklumlah, sejak putus kasih dengan seorang jejaka kacak berstatus kembar, Serina khabarnya sudahpun mempunyai jejaka baru sebagai pengganti. Siapa dia?

Nak tahu apa kata Chef Wan? Katanya, kalau ikut hati dan perancangan, dia berhajat sangat mahu lihat Serina kahwin pada tahun ini juga tapi disebabkan sibuk dengan macam-macam program, majlis perkahwinan Serina terpaksa ditangguhkan dan hanya akan dibuat pada awal Januari 2010. Ye ke?

Chef Wan siap beritahu lagi tarikhnya kalau tiada aral melintang, pada 2 Januari 2010. Dari gaya Chef Wan bercakap tu, nampak benar dia memang dan bersedia sangat nak dapat menantu! Yang jelas, kalau Serina kahwin nanti, senang banyaklah Serina sebab yang sediakan menu sedap-sedap nanti adalah ayah dan abangnya, Nazri, 27, sendiri.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 01 Jun 2009, 1:08 pm

Rossa Nafi Bercerai Dengan Yoyo






KL, 23 FEB 2009: Pertandingan akhir My Starz LG yang berakhir di Dewan Merdeka, PWTC, malam tadi menyaksikan Wana, 22 diumumkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai RM100,000 serta hadiah sampingan termasuk kontrak rakaman dengan Warner Music Malaysia dan TV LCD 42 inci.

Memang bertuah betul Wana yang Murai Batu akui hebat dengan lagu Ku Pendam Sebuah Duka (Khaty) dan Ku Telah Jatuh Cinta (Agnes Monica). Harap-harap lepas ini Wana akan menjadi artis terkenal dan tahan dengan dugaan gosip.

Cakap pasal gosip, Wana kenalah ikuti contoh penyanyi paling popular di Indonesia ketika ini, Rossa yang turut datang sebagai artis undangan dengan menyanyikan lagunya, Ayat-Ayat Cinta.

Cerita lagi tentang Rossa, baru-baru ini dia terkena lagi gosip bercerai dengan suaminya, Yoyo, iaitu pemain dram kumpulan Padi.

Apabila ditanya tentang gosip perpisahan itu, Rossa terus terkejut. Katanya pada satu sumber di syarikat rakaman Suria Records (SRC) Sdn Bhd: "Mana ada ribut-ribut... itu semua tidak benar. Saya masih lagi bersama suami saya."

Sebelum ini Yoyo dalam satu artikel di Jakarta pun pernah menafikan yang rumah tangga mereka sedang bergolak.

"Saat ini saya sedang sibuk berkonsentrasi dengan pekerjaan. Apa yang orang mahu fikir atau cakap, terserah sajalah. Sebetulnya saya juga terbabit dalam album Rossa. Lagu mencipta sebuah lagu berjudul Terlanjur Bercinta. Lagu itu adalah inspirasi saya dan Ocha (panggilan mesra untuk Rossa)," katanya.

Jadi, dengan penafian itu Rossa berharap masyarakat tidak akan lagi bergosip tentang rumah tangganya dengan Yoyo. Kalau tidak bahagia dan rumah tangga lintang pukang, tak mungkin juga Rossa dapat memberikan fokus kepada siri konsertnya yang khabarnya cukup sold out di Jakarta dan Surabaya.

"Selepas ini Rossa akan membuat konsert di Bandung pula. Kalau tidak ada ral melintang, dia akan membuat konsert di Malaysia pada Jun depan," kata sumber itu lagi.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 9:05 am

(Gambar) Farah Asyikin dalam Maskulin April 2009

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 9:09 am

Koleksi Gambar Engku Aleesya






Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 9:15 am

Gambar Perkahwinan Darling Ngasri





Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 9:20 am

Showcase Pra Dengar Album Terbaru Amylea Masuk PERCUMA




Setelah gagal menempatkan diri ke final OIAM, Amylea tidak duduk diam untuk terus membuktikan yang beliau punya ’sesuatu’ untuk Malaysia. Selepas bertapa di OIAM, kini Amylea tampil dengan kematangan yang mengujakan. Ternyata, Amylea kini bukan Amylea yang dulu. Amylea kini lebih ‘bold’, berani, kreatif dan semakin mendapat tempat di hati peminat pelbagai bangsa.



Terbaru, Amylea akan mengadakan sesi pra-dengar album terbarunya, “Selepas Tiga” keluaran Maestro Records & Warner Music. Ini juga akan menjadi showcase pertama Amylea. Majlis pra-dengar album ini adalah percuma. Pastikan anda booking awal di Bangkok Jazz untuk tidak ketinggalan. Showcase ini bakal berlangsung pada 5 June jam 8 malam.

Host: Amylea Azizan

Type: Music/Arts - Listening Party

Network: Global

Start Time: Friday, June 5, 2009 at 8:00pm

End Time: Sunday, June 7, 2009 at 12:00am

Location: Bangkok Jazz

Street: Chulan Square, 92 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
Back to top Go down
View user profile
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 5108
Age: 37
Location: under 1 roof
Registration date: 03/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 2:05 pm

eh!!!
baju scha & fara asyikin mcm sama jer?
mesti baju sponsor nih ahakz!!!
Back to top Go down
View user profile http://www.easypha-max.com
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:13 pm

Pakaian Singkat Menjadi Pilihan Alyah Untuk Konsert Jom Heboh



Mungkin artis baru ini kurang sensitif dengan soal pakaian ketika menjaya’kan konset Jom Heboh bersama Tomok OIAM baru-baru ini. Malam tadi, OHBULAN! berkesempatan menonton konsert tersebut di’ TV3, pada mula’nya kami tidak endah’kan sangat mengenai cara pemakaian Alyah, namun setelah beberapa kali melihat susuk tubuh yang sama, baru kami sedar yang pakaian Alyah tidak begitu sesuai untuk konsert Live sebegitu.

Berpakaian seperti artis kelab dangdut, dress liplap-liplap paras peha menjadi pilihan Alyah, yang hairan’nya kami tertanya-tanya akan motif kewujudan sehelai kain hitam di’belakang badan’nya. Mungkin juga Alyah ingin menjadi watak dalam filem ‘my super ex-girlfriend‘.

Teguran buat Alyah, berhati-hati ketika memilih pakaian untuk konsert Live, di’ kelab malam mungkin anda boleh berpakaian sebegitu, namun di’ konsert Live, sangat yucks ok
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:16 pm

Blog Si Laser Azwan Ali Diberi Amaran, Padanlah Lama Tak Update…




Rakan media kami, Ohartis melapor’kan bahawa blog Azwan Ali telah di’beri amaran oleh pihak SKMM, menjawab segala persoalan mengapa blog puaka tersebut tidak di’kemaskini sejak sekian lama.

Puas juga hati kami, akhir’nya terkandas sudah sebuah blog selebriti yang benar-benar memalu’kan imej blogger di’ pandangan mata masyarakat. Rasa’nya, kami tidak perlu’kan seorang lagi blogger seperti Azwan Ali, lebih baik ikut style Pak Nil, Zed Zadi & lain-lain. Sopan sahaja entri mereka, chill!


Berikut adalah surat amaran yang telah di’terima oleh Azwan Ali :

No. Aduan SKMM : 0356/05/09

Tuan,

LAMAN BLOG http:// www.silasrazwanali.blogspot.com

Dengan hormatnya aduan tuan bertarikh 19 Mei 2009 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (”SKMM”) telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis amaran terhadap pengendali laman web terbabit agar beliau memastikan bahawa kandungan di dalam laman blog tersebut tidak melanggar peruntukan Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan bahawa pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang adalah suatu kesalahan.

Pihak SKMM amat menghargai sebarang komen/aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
@@@dirahsiakan@@@

Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor

Akhir’nya, kata-kata kurang ajar si diva gedebus ini berjaya di’cantas oleh pihak SKMM. Sebenar’nya, kami di’ OHBULAN! amat jarang sekali melawat blog beliau, entri’nya entah apa-apa. Paling kami jelik, hampir setiap entri’nya akan berbicara soal agama selepas puas memaki hamun orang lain. Sebab itu, kami khas’kan entri ini buat Azwan Ali dengan ucapan, you’re pwned! Ha ha
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:22 pm

(Gambar) Majlis Penyerahan Album Perkahwinan Mawi & Ekin

Sejak berkahwin, populariti Mawi menjunam turun sehingga amat jarang kita dengar cerita’nya di’ akhbar. Mungkin juga Norman & Memey sudah mengalih tumpuan media, sehingga mengabai’kan Mawi buat seketika. Berbalik pada cerita, kumpulan Artcreative Photography telah di’pertanggungjawab’kan menyerah album perkahwinan Mawi & Ekin ini bertempat di’ LC Katering Johor Bahru




Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:23 pm

(Gambar) Faezah Elai Bintang Drama La Dolce Amira



Sudah lama OHBULAN! tidak membuat liputan terkini mengenai Faezah Elai, tiada banyak gosip hangat mengenai diri’nya membuat’kan Faezah Elai seperti sekejap timbul, sekejap tenggelam dalam dunia hiburan. Terbaru, Faezah Elai akan membintangi drama penuh emosi La Dolce Amira (Si Comel Amira) untuk slot Lestary setiap hari selasa, pukul 9.00 malam.


Drama ini mengisah’kan tentang kehidupan Amira di’penuhi dengan gelak ketawa dan usik-mengusik namun di’ sebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapa’nya. Pelbagai cubaan sudah di’lakukan oleh Amira namun sering mengalami kebuntuan. Korang layan’kan je lah gambar dia ni.

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:28 pm

(Gambar) Aksi Mesra Romantik Maya Karin & Suaminya




Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:31 pm

Isteri Akhil pertimbangkan terjun dalam industri hiburan





Maizawati menafikan dirinya akan bergelar seorang pengacara tidak lama lagi.

SEPERTI yang diketahui, Maizawati Zainal, 33, pernah memberitahu yang dia merupakan surirumah ketika ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan, ada sumber mendakwa isteri penyanyi dan pendakwah Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, ini akan ditawarkan bergelar pengacara TV di salah sebuah televisyen swasta tidak lama lagi.

Ditanya kepada Maizawati atau mesra dengan panggilan Maiza ini berhubung hal itu, dia bagaimanapun menafikannya.

“Saya tidak pernah mendapat tawaran atau hadir ke ujibakat untuk bergelar pengacara TV.

“Jika diikutkan, saya juga tidak mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan, jadi bagaimana saya boleh hendak menceburi bidang itu,” ulasnya menjawab dakwaan itu ketika di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh semalam.

Jelas Maiza yang bukan berniat untuk membangga diri tetapi sebaliknya menjelaskan keadaan sebenar: “Kalau nak tahu, saya pernah ditawarkan untuk menjadi pelakon, pengacara dan model sejak berada di sekolah menengah lagi tapi waktu itu saya tolak sebab tidak berminat.

“Kalau betul saya nak ceburi bidang ini, dah lama saya buat dan bukannya sekarang. Lagipun, saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Sebelum ini, saya pernah membantu Abang Akhil membuat kerja belakang tabir dalam program Cafe Akhil Hayy.”

Maizawati menjelaskan, jika berpeluang dia akan mempertimbangkan cadangan untuk bekerja dalam industri ini itupun jika karier itu tidak menganggu perjalanan hidupnya dengan anak-anak.

"Apa-apa pun saya mahu lebih utamakan anak-anak dahulu. Jika perkara itu tidak menyusahkan mereka, Insya-Allah saya akan pertimbangkan," ujarnya sambil tersenyum
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:33 pm

Maizawati bersama lima orang anaknya.



Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:35 pm

Ustaz Akhil Hayy mungkir janji?




Ustaz Akhil meninggalkan perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dengan senyuman semalam. -foto The Star oleh Zabidi Tusin

SEBELUM ini penyanyi rock Akhil Hayy atau Akhil Abdul Hai pernah berjanji untuk memberi komen berhubung kontroversi rumahtangganya dengan Maizawati Zainal semalam.

Ini kerana semalam merupakan tarikh sebutan kes cerai Akhil dan isterinya itu.

Sebelum ini juga Akhil lebih banyak mendiamkan diri dan memberitahu media ‘apa-apa pun tunggu tarikh 2 Jun ini.’

Namun, selepas Mahkamah Rendah Syariah Ipoh memutuskan kes ‘kebenaran cerai’ yang difailkan oleh Maizawati dibawa ke 15 Julai depan, Akhil yang sepatutnya memberikan kenyataan kepada media bagi menjelaskan tentang isu tersebut telah memungkiri janjinya.

Ustaz rock yang dikaitkan dengan penyanyi Waheeda itu seakan-akan mengerti yang media telah berkumpul di luar untuk menyerbunya pada bila-bila masa itu keluar dari mahkamah sambil dikawal oleh dua orang lelaki.



Akhil terus keluar dari dewan mahkamah sambil dikawal oleh dua orang lelaki seolah-olah seperti pengawal peribadinya.

Sambil tersenyum, dia hanya berkata ‘tiada apa-apa untuk dikomen’.

Selepas itu, apabila diasak dengan pelbagai soalan lagi, dia berkata, “Saya akan lakukan perbincangan secara makruf kerana saya rasa hal ini telah menjejaskan kredibiliti saya sebagai pendakwah. Saya hanya follow the flow. Saya harap keputusannya positif.

“Saya minta media tidak membesarkan isu ini. Mungkin lepas ini akan timbul masalah lain.”

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

Temubual yang dibuat dalam keadaan ‘kejar-mengejar’ itu bagaikan merungsingkan Akhil apabila dia terus diasak dengan beberapa soalan lagi.

Lantas, dia terus mengeluarkan kata-kata sinis yang tidak pasti ditujukan kepada siapa, “Mungkin hari ini hari aku, hari korang esok lusa siapa yang tahu.”

Akhil hadir bersama rakan-rakannya bersama kereta proton Wira berwarna hitam hadir di mahkamah agak lambat daripada sepatutnya sehingga Hakim Syarie Mohd. Ridhuan Yusof membuat keputusan untuk menangguhkan kes itu buat sementara waktu pada pagi tadi.

Sejam selepas itu, barulah dia muncul dengan berbaju hitam sepadan dengan warna jubah moden yang dipakai oleh Maizawati.

Bagaimanapun, mereka dilihat tidak sempat bertegur sapa sehingga kes tersebut selesai pada hari ini.

Akhil juga menolak kehendak media untuk merakamkan gambarnya bersama anak-anaknya yang turut hadir bersama Maizawati.

Katanya pendek, “Lain kalilah..”

Sementara itu, Maizawati yang hadir bersama lima orang anaknya dan seorang wanita meninggalkan kawasan mahkamah dengan menaiki kereta Gen 2 berwarna oren selepas memberi peluang kepada media merakamkan gambarnya bersama anak-anak
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:38 pm

Dugaan Scha



PERCINTAAN terjalin antara pelakon jelita, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir (Scha), 25, dan aktor Fahrin Ahmad, 30, bukan lagi rahsia. Semua rakan media mahupun peminat sudah mengetahuinya.
Pasangan ini tidak pernah menyorok hubungan mereka kepada umum. Bagaimanapun, apabila ditanya mengenainya, kedua-duanya lebih senang memberi jawapan sedang mengenali hati budi masing-masing.

Bagaimanapun, baru-baru ini, hubungan Fahrin dan Scha dikatakan mula retak. Perkara itu disedari wakil media sewaktu Scha dan Fahrin tidak menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) yang berlangsung April lalu, bersama.

Bertemu dengan pelakon berasal dari Sungai Petani, Kedah itu di lokasi penggambaran drama terbaru lakonannya, Naik Hantu, Scha bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Fahrin masih baik.

"Dalam berkawan, perselisihan faham dan berbeza pendapat itu saya anggap perkara biasa. Ia secara tidak langsung membuatkan kami saling mengenali antara satu sama lain dan menjadikan hubungan itu bertambah rapat.

"Memang pada majlis ABPBH08, saya dan Fahrin sedang berhadapan dengan masalah, tetapi kami tidak bercerita kepada sesiapa. Tidak sangka pula ia disedari ramai.

"Masalah itu tidak berpanjangan kerana Fahrin sendiri mudah dibawa berbincang. Kami lebih suka bersikap terbuka dalam mencari jalan penyelesaian.

"Dia mudah meminta maaf dan memaafkan, jadi secara tidak langsung persengketaan yang timbul dapat diselesaikan," katanya.

Scha, bagaimanapun mengakui berasa terkejut apabila masalah kecil yang berlaku antara dia dan Fahrin dapat dihidu dan menjadi isu.

"Saya tidak berasa rimas dengan perkara ini kerana memahami situasi yang berlaku. Maklumlah saya berkawan dengan pelakon popular sudah pasti apa saja yang terjadi antara kami akan mendapat perhatian ramai.

"Cuma sebagai orang yang masih baru dalam bidang seni, impak yang berlaku membabitkan kontroversi hubungan dengan Fahrin kepada saya agak besar. Bagaimanapun saya anggap ia sebagai pengalaman berharga dan cuba belajar untuk menanganinya pada masa hadapan dengan lebih baik," katanya.

Selain itu timbul cerita, selepas berbaik-baik, Scha dan Fahrin bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pasangan ini dikatakan merancang mengikat tali pertunangan akhir bulan ini dan melangsungkan majlis pernikahan akhir tahun ini juga.

"Ini cerita baru yang saya dengar mengenai kami. Perkara itu tidak benar. Memang ada majlis yang dibuat, tetapi bukan membabitkan saya sebaliknya abang yang berkahwin 31 Mei lalu di Johor Bahru, Johor.

"Kami tidak pernah berbincang apatah lagi merancang untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini, tetapi tidak tahulah pada masa akan datang kerana jodoh ditentukan Tuhan. Cuma saya mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami," katanya.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:43 pm

Timba ilmu di Hollywood




Tawaran sertai lawatan ke Los Angeles selepas memenangi kategori Rancangan Bual Bicara Terbaik - Macam-Macam Aznil pada Anugerah Skrin 2008 lalu memberinya peluang untuk bersantai sepuas-puasnya

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Wed 03 Jun 2009, 6:53 pm

Fasha Sandha Nak Bertunang, Kahwin

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 05 Jun 2009, 12:14 pm

(Gambar) Anak Saudara Camelia Bersosial




Sebelum ini, kami pernah menyiarkan artikel Camelia meminum air arak. Kali ini kami menerima sumber dari forum gossip terkenal tanahair berkenaan anak saudara Camelia iaitu Arafah atau dikenali sebagai Arabyrd bersosial. Dia yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Junk adalah anak kepada kakak Camelia merangkap pengurus Camelia sendiri. Ditambah lagi dengan bapa’nya yang merupakan pengurus kepada Sheila Majid
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 05 Jun 2009, 12:17 pm

(Gambar) Anak pasangan Lah VE dan Putri Yasrina






Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 05 Jun 2009, 12:30 pm

KISAH MUNNA HAFIRANIZA MODEL IKLAN CELCOM




Minggu lepas, kami memaparkan beberapa set gambar Munna Hafiraniza di entri (Gambar) Intan Ladyna & Hottie-Hottie’nya Yang Smoking Hot yang pernah popular dengan iklan Celcom “Awak Nampak Birulah’.



Kini, kami menerima sekeping gambar aksi panas Mona Hafiraniza berciuman mesra dengan teman lelaki’nya, yang sekali pandang macam mat bangla jual karpet. Menurut sumber, Mona Hafiraniza sebenar’nya sudah pun berkahwin pada tahun 2007. Kami menemui satu set gambar kahwin’nya di’ Fotopages milik CandidSyndicate.

Ada juga ura-ura mengata’kan bahawa diri’nya sudah pun menjanda beberapa bulan lepas, namun kami masih tidak dapat kesahihan dakwaan tersebut. Lihat gambar seterusnya…

anybody home??
(Gambar) Munna Hafiraniza Model Iklan Celcom Bercium Teman Lelaki
Back to top Go down
View user profile
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts: 273
Age: 34
Location: Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date: 17/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 10:40 am

Sarimah Dan Suami Berpisah




Khabar angin tentang perpisahan Sarimah dan suaminya selama tiga tahun,
Amir Andrew Abdullah, sudah lama diperkatakan. Dan hari ini, di dalam
akhbar Harian Metro, artikel bertajuk 'Sarimah, Amir pisah', pengacara yang terkenal dengan perwatakan yang ceria dan gila-gila itu tampil mengesahkan perkara tersebut.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, Sarimah dan suami telah berpisah
sementara selama beberapa bulan dengan harapan untuk menyelamatkan
perkahwinan mereka, sebelum mengambil keputusan untuk berpisah secara
rasmi pada Disember lalu. Dan bagi sesiapa yang mungkin melihat
perceraian ini hasil daripada kehadiran orang ketiga, Sarimah
menafikannya.

Katanya, melihatkan sudah tiada keserasian di antara mereka, perpisahan
merupakan jalan terbaik. Walaupun tidak lagi berstatuskan suami isteri,
mereka masih bergelar sahabat.
Back to top Go down
View user profile http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts: 273
Age: 34
Location: Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date: 17/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 10:49 am

Nana-Brian Selamat Diijabkabulkan

[url=http://www.servimg.com/image_preview.php?i=166&u=12836144][/url]
Tahniah pada Nurul Hana Che Mahazan (Nana) dan Mohamed Raqeem Brian
atas pernikahan mereka yang telah berlangsung dengan selamatnya pagi
semalam bertempat di kampung halaman Nana di Muar, Johor.

Nana menerima mas kahwin sebanyak RM21.50, wang hantaran RM21,000 serta
sembilan dulang hantaran berbalas tujuh untuk pihak lelaki yang
termasuk sebuah gitar elektrik berharga RM10,000. Yang menariknya, Nana
juga telah menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes CLK180 Kompressor
buat ibu tersayang sebagai hadiah harijadinya yang ke-48.
Back to top Go down
View user profile http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts: 273
Age: 34
Location: Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date: 17/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 10:57 am

Erra Enggan Aleesya Berlakon


"Sebagai ibu bapa, saya dan Emran mahu Aleesya mempunyai pendidikan
setinggi yang mungkin. Kalau boleh saya pun tak mahu dia melibatkan
diri dalam bidang seni. Apa yang penting saya dan Emran perlu bijak
mengawal keadaan ini," ujarnya yang kelihatan semakin jelita selepas
bergelar ibu.

Diusik dengan pertanyaan tentang penglibatan Aleesya di dalam program
realiti 'Gugu Gaga Erra' yang dilihat sebagai pendedahan awal anaknya
itu kepada dunia seni, isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria FM itu
menyatakan, 'Gugu Gaga Erra' merupakan program realiti mengenai
dirinya. Oleh sebab itu, Aleesya mahupun Emran terpaksa menerima
keadaan tersebut.

"Memang kalau boleh saya tidak mahu Aleesya terlibat. Tetapi ini
program realiti dan melibatkan kerjaya saya. Saya tak boleh nak ambil
anak orang lain bagi menggantikan Aleesya. Apa yang penting sebenarnya
adalah tugas ibu dan bapa untuk mengawal perkara ini," katanya
sekaligus menafikan khabar angin yang mengatakan Aleesya bakal
membintangi drama bersiri ‘Mertua vs Menantu’ yang dibintanginya.




Bercerita tentang 'Gugu Gaga Erra', penyanyi yang sinonim dengan lagu
“Yang Terindah Hanyalah Sementara” ini menjelaskan ianya sebuah program
realiti mengenai dirinya. Ini termasuklah di saat-saat mencemaskan dia
bakal bergelar ibu serta teknik penjagaan bayi yang diamalkannya.

"Sebenarnya bukan satu keputusan yang mudah untuk saya bersetuju
melibatkan diri dalam program ini. Sebelum saya bersetuju, dua kali
saya menolak permintaan pihak penerbit. Pada kali ketiga ditawarkan dan
selepas berbincang panjang bersama suami, barulah saya dan Emran
bersetuju.

"Ini kerana kami berpendapat program ini memberikan banyak kebaikan
khususnya kepada golongan ibu bapa muda seperti kami. Ini kerana dengan
bantuan Johnson & Johnson, saya dapat menggunakan produk mereka
dengan cara yang betul serta banyak tip penjagaan bayi yang turut
dimuatkan dalam program ini," ujarnya.

Namun katanya, proses penggambaran program tersebut yang memakan masa
selama 15 hari bukanlah satu tugas mudah. Ini kerana dia tidak
mempunyai privasi kerana apa sahaja aktiviti yang dilakukannya
sepanjang proses penggambaran itu akan dirakam oleh pihak produksi.
Sedikit sebanyak keadaan tersebut memberi tekanan kepadanya. Mujurlah
suami serta rakan-rakan di sekililingnya banyak memberikan dorongan
serta semangat kepadanya.

"Jika di Malaysia ini merupakan program realiti pertama seumpama ini.
Tetapi jika di luar negara, memang telah ramai selebriti yang
melakukannya. Saya turut berbangga kerana diberi kepercayaan oleh pihak
penerbit dan Johnson & Johnson untuk menjayakan program ini.
Mungkin selepas saya, peluang untuk artis lain melakukan perkara
sebegini akan terbuka," katanya


Dalam pertemuan itu juga, Erra yang pernah dilabelkan sebagai primadona
filem Melayu menyatakan dia menerima tawaran tersebut bukan semata-mata
kerana soal bayaran. Tidak menafikan bayaran yang diterimanya cukup
berbaloi, tetapi apa yang penting katanya dia mahu berkongsi cerita
dengan peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada kerjaya
seninya selama ini.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul
memberitahu pihaknya berbangga kerana berjaya menerbitkan program
realiti yang julung-julung kali diadakan. Sebagai wajah eksklusif
Megadrama, dia percaya ramai peminat yang sentiasa mengikuti
perkembangan semasa sebelum dan selepas Erra melahirkan anak.

"Program ini bukan sahaja istimewa kerana memaparkan sedutan-sedutan
spontan Erra dan suami bersama Aleesya, tetapi juga akan menyusuri
detik-detik cemas Erra ketika bergegas ke hospital sebelum menyambut
kelahiran puteri sulungnya," katanya mengenai program yang akan
disiarkan setiap hari Selasa jam 9 malam bermula 9 Jun di Astro Ria.
Back to top Go down
View user profile http://melizamanis.blogspot.com
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts: 273
Age: 34
Location: Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date: 17/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 11:05 am

Memey: Tidak Benar Kahwin 6 Jun


Sehingga hari ini, Memey Suhaiza dan Norman Hakim masing-masing
menafikan wujud hubungan cinta di antara mereka. Namun keakraban yang
ditonjolkan menyebabkan wujud pelbagai spekulasi tentang perhubungan
mereka. Terbaru pasangan itu dilaporkan bakal mendirikan rumahtangga
pada 6 Jun ini.

Berkesempatan bertemu Memey baru-baru ini, dia menafikan khabar angin
yang bertiup kencang itu. Namun dia mengakui mendengar spekulasi
tersebut dan menganggapnya sebagai satu gurauan daripada peminat.
"Memang macam-macam tarikh yang mereka berikan. Terbaru, saya dikatakan
akan berkahwin pada 6 Jun ini. Memang tak masuk akal sebab saya
sekarang tengah sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama. Kalau
saya nak kahwin dalam masa terdekat, sudah pasti saya sedang buat
persiapan sekarang.

"Tapi apa yang diceritakan itu memang tidak benar dan hanyalah sekadar
khabar angin sahaja. Kalau saya betul-betul mahu berkahwin, saya sudah
pasti akan memberitahu pihak media.

Lagipun cerita kahwin adalah cerita yang baik dan saya mesti kongsi
kegembiraan tersebut dengan peminat saya," katanya tersenyum.

Dijolok dengan pertanyaan bilakah dia akan mengakhiri zaman bujang
dengan insane tersayangnya itu, Memey menjelaskan, dia dan Norman masih
di peringkat berkawan dan saling mengenali hati budi masing-masing.

Apa yang pasti buat masa ini mereka berdua tiada perancangan untuk
mendirikan rumahtangga. Sebaliknya mereka masing-masing sibuk dengan
kerjaya seni yang semakin berkembang.

"Saya masih muda dan belum terfikir tentang perkara ini. Apatah lagi
sekarang saya menerima banyak tawaran berlakon. Rugi pula jika saya
lepaskan begitu sahaja. Jadi keputusan terbaik, saya fokus dengan
kerjaya lakonan saya dahulu," ujarnya yang turut berlakon di dalam
filem ‘Dimensi Cinta’ bersama Fahrin Ahmad dan Catriona Ross.

Ditanya tentang reaksi keluarga terhadap segala gosip yang melanda
dirinya, anak kelahiran negeri Johor ini memberitahu keluarganya sudah
sebati dengan perkara tersebut. Malah adakalanya keluarganya sendiri
akan menelefonnya untuk bertanya tentang kesahihan sesuatu cerita
termasuklah cerita tentang perkahwinannya bersama Norman yang dikatakan
akan berlangsung dalam masa terdekat.

"Mula-mula dulu mungkin saya dan keluarga rasa sedikit tertekan.
Maklumlah masih belum biasa. Tapi bila dah lama berada di dalam
industri ini, semua cerita tidak benar yang diperkatakan oleh orang
terhadap diri saya, saya hanya anggap ianya sebagai satu gurauan sahaja.

"Sebelum ini saya ada dengar cerita yang mengatakan saya akan berkahwin
pada tarikh-tarikh tertentu, tapi bila tiba masanya, perkara yang
mereka sebutkan itu tidak pula berlaku. Akhirnya cerita tersebut senyap
begitu sahaja. Sekarang orang reka pula tarikh yang baru," jelasnya.

Walaupun pernah menghadapi 'insiden' yang memalukan sedikit masa lalu,
namun perkara tersebut bukanlah alasan buat pelakon ‘Roda-Roda Kuala
Lumpur’ ini untuk terus mendiamkan diri. Sebaliknya 'insiden' itu
membuatkan dirinya lebih tabah dan bijak membawa diri di dalam dunia
yang penuh cabaran dan persaingan ini.

"Segala apa yang pernah berlaku pada diri saya akan saya jadikan
sebagai pengajaran. Namun saya bersyukur kerana peminat tidak jemu-jemu
memberikan sokongan. Malah kalau berjumpa dengan peminat di
mana-manapun, mereka sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata
semangat kepada saya. Ini membuktikan peminat terus bersama saya,"
katanya.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya pula, Memey menjelaskan
dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama ‘Belaian Kasih’ di
samping Arash Mohamad dan Vanidah Imran. Katanya di dalam drama yang
bertemakan hari bapa itu, dia merasa cukup bertuah kerana dapat
bekerjasama dengan ramai pelakon senior yang berbakat besar.

Selaian ‘Belaian Kasih’, dia juga dalam proses penggambaran drama
bersiri ‘Puteri Arora’ yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama
bersiri itu menggandingkannya dengan ramai pelakon popular termasuklah
Norish Karman, Aida Aris dan Ikram Dinzly.

"Saya gembira kerana sekarang peminat dan pengarah semakin mempercayai
bakat saya. Saya harap kerjaya lakonan saya akan terus bersinar dan
mendapat pelbagai tawaran menarik selepas ini," jelas Memey.
Back to top Go down
View user profile http://melizamanis.blogspot.com
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 7:30 pm

(Gambar) Zila Bakarin bersama anaknya



Sedang media heboh membuat liputan gilang-gemilang atas kelahiran Engku Aleesya (— anak perempuan Erra Fazira & Engku Emran). Ramai yang mungkin terlepas pandang baby kelahiran pasangan Zila Bakarin & Azri Azhar bernama Kaseh yang selamat di’lahirkan pada 17 Mac 2009 atau mungkin memang sengaja dilupakan. Namun begitu, kami sempat mendapatkan gambar Zila Bakarin bersama anaknya yang di’ambil menggunakan kamera handphone dan sedikit kata dua dari Zila Bakarin.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 7:34 pm

Liyana Jasmay pula bertudung



Bagaimana pula raut wajah Liyana Jasmay apabila bertudung? Sebelum ini kami sajikan kepada anda Liyana Jasmay bergambar bersama ibunya yang bertudung. Kini tiba giliran anaknya berposing sambil bertudung. Sekali pandang seperti wajah Heliza AF sahaja, bukan?

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 7:37 pm

Dynaz buat apa sekarang?




Lama juga tidak dengar khabar angin Dynaz. Sebelum ini, dia telah mengandung dan malang tidak berbau kandungannya telah gugur semasa Anugerah ABPBH08 yang lepas. Adakah mungkin, sumpah seranah komentar memain peranan apabila dia berpakaian sangat ketat ketika dia mengandung dulu yang menyebabkan kandungannya gugur? Itu semua ketentuan dari-Nya. Kini dia tampil di photoshoot akhbar Berita Harian sambil bertudung. Kan lebih manis jika dia bertudung seperti ini

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 7:44 pm

(Gambar) Perkahwinan Nana Era.fm dan Brian Hitz.fm









Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 7:48 pm

Aswad AF5 akhiri zaman solo



Dalam diam, seorang lagi bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia, Aswad atau nama sebenarnya Muhammad Nur Aswad Jafar memilih Nur Ilina Hj. Mohd Tahir sebagai suri hidupnya. Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan pada 6 Jun 2009 (Sabtu) bersamaan 12 Jamadil Akhir 1430 HiJrah di Bukit Mertajam, Pulang Pinang.

Majlis pernikahan mereka, Aswad turut membawa mas kahwin RM1001 beserta hantaran sebanyak RM9 ribu. Menurut Aswad, kenduri di rumah lelaki akan diberitahu kelak. Dia menginginkan sepasang cahaya mata dan merancang berbulan madu ke luar negara selepas selesai menjayakan persembahan Gempak Desa Astro
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 7:51 pm

(Gambar) Bienda dan ibu sama-sama botox?



Kedua-dua pipi anak beranak ini kelihatan sama dan pelik kerana tegangnya semacam sahaja. Adakah anak beranak ini membuat botox pada muka mereka?

Bienda sudah berkahwin ke? Siapa lelaki yang memeluknya itu? Ada sesiapa yang tahu siapa lelaki tersebut?

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 8:00 pm

(Gambar) Diana Danielle Berbaju Celoreng





Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 8:06 pm

(Gambar) Mimik Lucu Seorang Wanita Bernama Manohara



Berkahwin pada usia muda, walaupun sudah berumah tangga, Manohara masih mengekal’kan sikap keanak-anakan beliau dengan menghadiah’kan media beberapa aksi mimik muka yang lucu. Layan’kan…




Kes Manohara di’dera mendapat liputan meluas daripada media di’ Indonesia & Malaysia berikutan terdapat beberapa dakwaan yang bertindan.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 8:12 pm



Siapa sangka, biarpun terus dihimpit kontroversi dan berdepan dengan kemelut rumahtangga, rezeki tiba-tiba datang berpihak kepada isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33.

Maizawati telah dilantik menjadi duta Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH), iaitu badan yang menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal dan menyalurkan kemahiran dalam pelbagai aspek termasuk pengasuhan anak-anak di rumah.

Bagi Maizawati peluang yang diterima itu dianggap sebagai rezeki kerana dia sendiri bersikap positif dengan apa yang menimpa hidupnya dan enggan berpeluk tubuh mengenang untung nasibnya.

Menjelaskan perkara ini dalam sidang media di sini, pagi tadi, Maizawati juga berkata dia sama sekali bukan menangguh di air keruh.

"Pembabitan saya dalam Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sama sekali tidak dirancang. Ia bermula dari cadangan seorang rakan yang memberitahu bahawa yayasan ini sangat berminat untuk menjadikan saya sebagai jurucakap atau duta mereka.

"Saya bersetuju memilih kerana saya mahu berkongsi pengalaman hidup, tentang cara-cara membesarkan anak-anak dan mengharungi hidup sendirian atau dalam tempoh ditinggalkan suami selama berbulan-bulan. Sebab itulah saya terima tawaran ini kerana selain mempunyai konsep kebajikan, ia juga bersangkut-paut dengan diri saya," katanya.

Maizawati berkata, antara program yang dibentuk adalah BondaMama. Ia dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu golongan ibu tunggal untuk mencari nafkah hidup dengan memberi latihan, kursus, pengetahuan serta kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya pengasuhan anak-anak.

Maizawati nafi mencari glamour

Dengan apa yang dilakukan sekarang, adakah Maizawati cuba mencari glamour?

"Kalau nak cakap tentang populariti dan glamor, dah lama saya boleh buat kerana sejak dalam Tingkatan 2 lagi daya dah dapat tawaran jadi model, menyanyi dan berlakon. Tapi, saya tidak minat dengan semua itu. Saya lebih suka jadi surirumah dan menghabiskan masa dengan anak-anak saya.

"Malah waktu pernah ikut Ustaz Akil berceramah dulu, saya banyak kenal dengan sebahagian besar peminatnya. Mereka ini jugalah yang banyak bagi sokongan kepada saya apabila berlakunya kemelut dalam rumahtangga kami," jelas Maizawati.

Dia turut menafikan mencari populariti dengan menggunakan pihak media apabila pergolakan rumah tangganya tercetus.

"Saya hanya mempertahankan hak saya dan hanya minta dilepaskan. Saya memang mengikut saluran yang ditetapkan iaitu memfailkan tuntutan itu di mahkamah syariah. Kemudian barulah perkara ini keluar menerusi media, bukan sebaliknya.

"Bagi saya, ada masanya seseorang wanita itu berhak untuk bersuara. Saya hanya minta dilepaskan kerana saya rasa telah dipinggirkan. Saya tak pernah berniat untuk mengaibkan suami saya dengan cerita yang bukan-bukan. Saya tahu cerita hangat tentang suami saya pun adalah menerusi pihak media juga. Kalau tidak, sampai bila-bila pun saya tidak tahu apa yang sedang berlaku di belakang saya.

"Tapi saya tidak mahu mengulas panjang sebab semuanya telah diserahkan kepada peguam saya. Menerusi peguam kedua-dua pihak, kita sudah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Saya harap anda semua sabar dan akan tunggu segala keputusan pada 15 Julai ini," katanya.

Tentang penampilannya yang sentiasa anggun, Maizawati berkata, sejak berkahwin hinggalah sekarang ini, memang begitulah penampilan dirinya.

"Waktu saya ikut Ustaz Akhil berceramah di merata tempat dulu, memang beginilah keadaan diri saya dan pemakaiannya saya. Saya memang sukakan jubah dan tudung," katanya yang sememangnya cantik
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 8:19 pm

(Gambar) Anak Gadis Yusof Haslam Bersosial



Lihat sahaja aksi-aksi anak gadis pengarah terkenal Yusof Haslam bersosial! Tak nak cakap banyak, sekeping gambar boleh menceritakan banyak perkara, yer tak? jika sebelum ini beliau berbadan agak besar tapi sekarang ni beliau dah kurus dan kini beliau sedang melanjutkan pelajarannya di Australia. Apa yang anda boleh agak dari gambar-gambar di atas terpulang pada penafsiran anda sendiri…



Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 8:24 pm

Nana Hadiahkan Ibu Mercedes Putih



Selain menghadiahkan suami dengan sebuah gitar elektrik kuning berharga RM10,000, penyampai ERA, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, telah memberikan satu kejutan kepada bonda tersayang, Rosnah Harun, 48, apabila menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz CLK200 Kompressor berwarna putih.

"Kereta ini Nana hadiah untuk mak yang terlalu banyak berjasa menjaga Nana sejak kecil. Lagi pun ini kereta idaman Mak. Kalau ikutkan hati, Nana sebenarnya nak buat majlis kahwin ini pada 2 Jun lalu iaitu pada hari jadi mak. Tapi hari tersebut jatuh pada hari Nana bekerja.

"Nana pilih No plat kereta KCM ini bermakna Kereta Che Mahazan dan 66 adalah tarikh perkahwinan saya dan Brian serta tarikh pemberian hadiah ini," jelas Nana yang sebak ketika menyampaikan ucapan buat ibunya itu. Nana bagaimanapun enggan menyatakan berapa harga kereta itu kerana ia tidak akan sama dengan nilai kasih sayang terhadap ibunya itu.

Itulah kejutan Nana, 26, dan Mohamed Raqeem Brian, 34, pada hari pernikahan mereka di Muar, Johor, pagi tadi, Sabtu. Dengan 2 kali lafaz akad nikah, Brian yang juga pengurus kanan Hitz. FM, sah menjadi suami kepada Nana.

Pernikahan pada jam 11 pagi itu dilaksanakan Imam Masjid Jamek Sultan Ibrahim merangkap Jurunikah Daerah Muar, Imam Hj Azman Mo'min di teratak keluarga Nana. Sebelum itu, majlis nikah telah didahului dengan majlis pertunangan pada jam 9.30 pagi. Turut hadir merestui mereka adalah ibu Brian, Puan Loreta Yong Liew Fui, 62.

Nana yang cukup anggun menggenakan rekaan Putra Costry menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 serta wang hantaran sebanyak RM21,000. Pengantin lelaki memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari Nana yang salah satunya adalah gitar kesukaan Brian.

Yang jelas, jumlah wang hantaran yang diterima Nana ada kaitan dengan nombor 21 yang sememangnya cukup bermakna buat pasangan ini.

"Sebenarnya, angka 21 banyak makna Nana dan Brian. No itu ada kaitan dengan kereta, rumah baru kami, keluarga malah tarikh perkahwinan kami. Tak percaya, cuba campurkan 6 hb + 6 (bulan) + 0 + 9 (tahun) dan jumlahnya adalah 21," ujar Nana.

Selepas majlis pernikahan, pasangan mempelai terus menukar sepersalinan baju untuk majlis sanding yang bermula jam 2 petang. Nana diapit teman baiknya, Fara Fauzana manakala Brian pula diapit oleh pekerjanya, DJ Uno. Pada sebelah malam, perkahwinan Nana diserikan dengan majlis joget lambak yang majoritinya disertai penyampai ERA yang hadir.

Sementara itu, pasangan ini masih belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu dalam masa terdekat memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya di bahagian penyiaran radio. Namun, jika tiada arah melintang, mereka akan pergi makan angin pada Oktober nanti atau selepas Aidilfitri.

"Nana akan terus jadi Nana ERA. Nana mahu jadi penyampai radio selagi diterima. Lagipun, Brian tak pernah halang minat Nana. Kalau berpeluang, Insya-Allah kami akan ke Maldives untuk bulan madu. Cakap pasal anak, kalau ada rezeki Nana mahukan 2 atau 3 anak. Tapi Nana tak pernah rancang nak anak bila. Kalau cepat Alhamdulillah," kata Nana.

Mempersetujui penjelasan isterinya, Brian juga mempunyai destinasi sendiri untuk membawa Nana untuk pergi berbulan madu. Selain bersependapat mahu ke Maldives, Brian mungkin akan membawa Nana ke pusat pelancongan tempatan seperti Pulau Redang atau Pulau Perhentian.

Majlis perkahwinan Nana diserikan dengan kedatangan penyampai ERA iaitu Aznil Hj Nawawi, Din Beramboi, Adi, Burn, Ray, Cham, Sepah serta pelakon Farah Puteri dan Bandi Amuk.

Orang kuat dan penyampai radio setiap stesen di AMP Networks juga turut meluangkan masa seperti Pak Tam (Bos Sinar FM), Adly (Bos X FM) dan Nila Kurnia. Pun begitu, Reza tidak dapat hadir kerana terlibat dengan rakaman program TV manakala Dina sibuk di majlis perkahwinan abangnya.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 08 Jun 2009, 8:30 pm

Lan Tinggalkan MUH?




Di sebalik khabar sesetengah pelosok industri bahawa penyanyi Meet Uncle Hussain, Lan, yang kini dituduh kononnya kembali ke gara-gara perangai lama telah menyebabkan media hiburan tempatan tidak senang dengannya. Sekarang realiti yang mungkin lebih mengejutkan adalah cerita bahawa Lan telah keluar dari kumpulan rock perdana masakini.

Hubungan renggang di antara anggota kumpulan bukanlah benda yang baru dalam mana-mana kumpulan dan MUH tidak terkecuali, dengan spekulasi bahawa pengurus kumpulan yang juga merupakan pasangan salah seorang anggota, membuatkan banyak keputusan kewangan band tersebut dibuat dengan berat sebelah kepada satu pihak sahaja.

Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, karier sensasi MUH telah menyaksikan mereka berempat bersama digelar juara Anugerah Juara Lagu ke-23, menerima pencalonan dan memenangi pelbagai julangan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 serta Anugerah Industri Muzik 2009, dan bulan depan akan menyahut cabaran Shout! Awards pula, di mana mereka dicalonkan di dalam beberapa kategori hangat.

Menurut sumber, Lan cuma telah mengatakan bahawa dia “dah tak tahan” dan kini sedang mencari anggota-anggota ‘line-up’ baru untuk menyertainya dalam karier solonya. Vokalis mantap itu yang dikatakan “bermasalah disiplin” dan masih enggan komit pada MUH akan merupakan anggota asal kedua yang keluar dari kumpulan tersebut selepas Kudux, pengasas kumpulan yang sekarang bersama kumpulan Pesawat

Code:
Back to top Go down
View user profile
 

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Back to top 
Page 4 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: -
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Report an abuse | Create your own free blog