HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 1:18 pm

(Gambar) Cico bersama anak perempuannya, Rindu Nurfitrah

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 1:19 pm

(Gambar) Botol Arak Heineken dan adik Elyana

Ketika Elyana kini semakin menyepikan diri (— pembikinan album baru, mungkin?). Timbul pula gossip bergambar yang mengatakan adik Elyana telah bergambar sambil memegang botol bir arak Heineken bersama rakan-rakannya di sebuah kelab malam.

Sekadar nasihat dan tak perlu diberitahu definasi arak itu bagi seseorang muslim, kalau ya pun mahu minum air kencing syaitan, tak perlu’lah bergambar sana sini. Kemudian dengan penuh bangga menunjukkan kehebatan berminum arak kepada umum. Ianya memalukan lagi-lagi perkara macam ni akan effect kepada karier seni akak’nya sendiri.

Lagak’nya seperti berbangga dapat bergambar di’samping botol arak Heineken, stereotaip sikap seorang remaja yang baru nak ‘up’. Pesanan kepada Elyana, sila tegur & nasihat’kan adik awak. Masih sempat untuk’nya kembali ke jalan yang benar. Lagi satu gambar menyusul

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 1:22 pm

DALAM RUMAH HAIZA...

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 1:23 pm

Scha Jawab: Masam muka dengan Linda Onn



Ekoran gossip yang mengatakan Linda Onn membelakangkan dan meninggalkan aktres muda (Scha Al-Yahya) ketika diminta bergambar bersama. Linda Onn hanya menjawab “Kalau boleh Linda tidak mahu komen apa-apa tentang hal tersebut.”

Namun begitu, tidak lengkap sekiranya kita mendengar penjelasan satu pihak sahaja. Kata orang, lebih baik sekiranya kedua-dua pihak tampil menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Jika Linda lebih senang dengan mengambil langkah selamat untuk tidak mahu mengulas lanjut, namun bagi pendatang baru dan bekas pemenang pencarian Dewi Remaja tahun 2008, Scha ada jawapan tersendiri.

S1: Apa sebenarnya yang berlaku?
Scha: Ketika mula-mula masuk ke tempat tersebut untuk makan, ada rakan media yang memanggil saya untuk bergambar. Saya tanya dengan siapa, dan mereka jawab Linda. Saya pun seronok dan tunggu.

S2: Kemudian apa yang jadi?
Scha: Ikutkan pose pertama kami sekadar percubaan daripada jurugambar tersebut. Tetapi, apabila diminta untuk mengulanginya, Linda terus pergi.

S3: Apa reaksi kamu?
Scha: Saya terus terkejut dan tergamam. Hati saya terus berkata, kenapa dan apa salah saya. Ketika itu muka saya merah dan malu sangat.

S4: Apa yang kamu fikirkan ketika itu?
Scha: Saya tidak fikir bukan-bukan cuma mungkin ketika itu dia perlu bergegas untuk ditemuramah. Tidak fikir lain pun.

S5: Sebenarnya hubungan kamu dan Linda macammana?
Scha: Terus terang saya katakan antara saya dan Linda memang tidak ada apa-apa. Apabila jumpa dengannya, saya akan salam dan kami akan sembang. Kami baik dan tidak seperti yang diceritakan selama ini. Buat apa mahu cari pasal dengan orang yang tidak pernah buat salah pada kita?

S6:Tetapi harus ada insiden sedemikian?
Scha:Tak tahu nak cakap apa. Mungkin juga ada yang dengkikan kami berdua. Maka, pihak tersebut dengan beraninya mengeluarkan kenyataan tentang kami berdua dan katakan macam-macam.

S7: Tidakkah kamu terasa?
Scha: Pada saya, tidak perlu fikirkan benda ini panjang-panjang. Saya lebih senang berfikir secara positif. Asal sahaja tidak membebankan saya, saya tidak ada masalah.Lebih senang mengambil sikap fikirkan masalah sendiri daripada fikir masalah orang lain.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 1:29 pm

Pelakon drama Gerak Khas dihadapkan ke Mahkamah Majistret



KUALA LUMPUR - Dalam drama bersiri Gerak Khas, pelakon Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, yang membawa watak Detektif Lim sering dipuji kerana kerap berjaya menangkap penjenayah.

Namun keadaan sebaliknya berlaku di Mahkamah Majistret di sini semalam apabila dia dituduh mencuri dua buah buku berharga RM194.90 di sebuah kedai buku di Mid Valley Megamall pada Mac lalu.

Farid yang memegang peranan sebagai pegawai penyiasat bahagian jenayah dalam drama popular tersebut bagaimanapun menukar pengakuan kepada mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kali kedua terhadapnya semalam.

Pada 8 April lalu, Farid telah pun dituduh kali pertama atas pertuduhan tersebut dan mengaku bersalah, namun dia yang sepatutnya dijatuhkan hukuman semalam menukar fikiran setelah melantik peguam bela, Nor Azri Mohd. Arif.

Nor Azri yang memaklumkan dirinya baru sahaja dilantik memohon supaya pendakwaan membekalkan kertas pertuduhan kepada pihaknya selain memohon penangguhan perbicaraan bagi meneliti kes tersebut.


Majistret Mohd. Faizi Che Abu membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 18 Jun depan untuk perbicaraan kes itu.

Farid didakwa mencuri dua buah buku berjudul Decoding The Heaven dan The Sistine Secrets, masing-masing berharga RM105 dan RM89.90, milik MPH Bookstore di Mid Valley Megamall pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.

Buku Decoding The Heaven membongkar misteri penemuan satu peralatan sains purba.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Mukhzany Faiz Mohd. Mokhtar mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berkemeja biru muda hadir berseorangan dan kini dalam jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 1:32 pm

Rimas dikaitkan dengan Pekin



USIA penglibatannya dalam bidang seni tidaklah terlalu lama, malah tiada lagi anugerah yang berada dalam genggamannya. Namun, populariti dan perhatian yang diraih sama besarnya dengan kakaknya, pelakon Rozita Che Wan.

Sama seperti kakaknya itu, pelakon dan model yang semakin meningkat naik Ayu Raudhah Che Wan atau mesra disapa Ayu juga tidak ketinggalan dihimpit gosip-gosip panas.

Jika Rozita asyik digosip mempunyai hubungan dengan orang kenamaan, berlainan pula dengan Ayu yang sering berteka-teki tentang hubungannya dengan bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon iaitu Pekin atau nama sebenarnya Iznan Ibrahim.

Sejarah menyaksikan mereka telah menganyam cinta selama hampir lima tahun, namun keretakan cinta di tengah jalan memisahkan mereka buat sementara waktu dan gosip cinta antara mereka reda sebentar.

Namun, gosip tersebut kembali hangat apabila foto Ayu dan Pekin yang dirakam secara sembunyi ketika sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah terkemuka tersebar secara meluas di Internet.

Rentetan daripada itu cinta mereka dikatakan bertaut kembali. Apatah lagi, mereka juga sering dilihat berdua di khalayak ramai.

Walaupun begitu Ayu yang ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagai duta produk Giena Skincare di Saujana, Kuala Lumpur baru-baru ini menafikan berita tersebut.

Tidak melatah atau marah, tetapi Ayu mengakui dia sudah penat apabila dikaitkan dengan Pekin sedangkan hubungan mereka kini tidak lebih sebagai kawan.

"Saya penatlah orang asyik tanya benda yang sama, mana saja saya pergi semua orang tanya tentang Pekin. Rimas juga dibuatnya.

"Sedangkan kami tidak ada apa-apa lagi, hanya kawan sahaja. Memanglah kami masih baik dan berhubungan tetapi tidaklah sampai sambung balik hubungan cinta.

"Sekarang pun kami tidak ada mengesahkan apa-apa. Saya pun sudah jarang jumpa dan hubungi dia. Kami sudah buat hal masing-masing dan tidak terfikir sejauh yang difikirkan semua orang," katanya dalam tawa.

Apabila ditanya berita kononnya dia telah bertunang dan akan bernikah dalam masa terdekat, gelaknya semakin besar dan menyoal kembali daripada mana berita ini disebarkan.

"Saya tidak tahu menahu, kalau saya yang nak bertunang atau bernikah mesti saya sebagai tuan punya badan tahu dahulu, ini saya tahu daripada orang lain dan akhbar.

"Lucu juga bila dikenang sebab sampai sekarang saya tiada lagi calon-calonnya, tidak laku agaknya, datang meminang pun tidak ada," ujarnya dalam nada gurau.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 1:34 pm

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 1:38 pm

Bintang Paling Popular ABPBH 2008, Nabil bersama pembaca bertuah, Mohamed Nor Ibrahim melompat kegirangan sebaik menerima kunci kereta Nissan Sylphy dan Grand Lavina

TEMPIAS sebagai Bintang Paling Popular yang dimenanginya sebulan lalu sudah mula dirasakan Nabil. Bukan saja bertambah glamor serta tawaran berlakon dan membuat persembahan yang semakin kencang, tetapi ia seiring dengan gosip dan serangan bertubi-tubi ke atas pelakon dan pelawak ini.

Langkahnya kini tidak lagi sebebas dulu. Malah gerak-gerinya juga sering diperhatikan. Pantang tersilap bicara, pasti akan dituduh bukan-bukan walhal si empunya diri hanyalah sekadar bergurau.

Back to top Go down
View user profile
ladyzone
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts: 266
Age: 50
Location: johor bahru
Registration date: 12/06/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Fri 15 May 2009, 11:43 pm

[quote="meliza_manis"]Bekas suami dedah hubungan sulit Norish

[url=http://www.servimg.com/image_preview.php?i=110&u=12836144][/url]
[b]Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya di Ampang hari ini. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF






ini lah akibat nya... kalau nak sangat berbinikan artis....
padan dgn muka dtuk2 gatal ni... oleh itu... datuk2 sekelian... bukak lah mata besar2 sebelum tergiler2kan artis.....
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:19 am

Diana-Zamarul sah bergelar suami isteri


DENGAN SEKALI LAFAZ..Zamarul dan Diana sah menjadi pasangan suami isteri.Foto THE STAR Oleh: NORAFIFI EHSAN


SHAH ALAM: Hanya dengan sekali lafaz, aktor Zamarul Hisham, 38, akhirnya sah bergelar suami kepada pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, 27, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pagi tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan sekitar pukul 10.30 pagi oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Negeri, Khairuddin Haiyon yang mewakili wali pihak perempuan iaitu abang Diana, Airul Azmi Rafar.


CERIA...Kegembiraan jelas terpancar di wajah Diana ketika mengaminkan doa selepas upacara akad nikah


Pada majlis yang serba ringkas itu, Diana yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Shahril Nordin menerima mas kahwin RM165, wang hantaran sebanyak RM16,500 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihaknya.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 100 orang tetamu termasuklah ibu Diana, Zainon Abd Rahman, ibubapa Zamarul iaitu Mohammad Mohd Zain dan Zaleha Abd Rahman serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang lain dan kenalan rapat mereka.

Anak sulung Zamarul, Izzat Haiqal, 10, yang merupakan hasil perkongsian hidup pelakon itu menerusi perkahwinan terdahulu, juga hadir pada majlis tersebut.

Ditemui selepas majlis berakhir, Zamarul yang kelihatan sebak sebaik akad nikah itu melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka yang terjalin selama lapan tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah lapan tahun mempertahankan benteng hubungan ini.


TENANG...Aktor Zamarul Hisham kelihatan tenang sebelum upacara akad nikah berlangsung. Dibelakangnya, Diana sempat lagi melemparkan senyuman kepada tetamu yang hadir


"Memang ini adalah tarikh yang istimewa buat saya. Malah, angka 165 itu ada makna tersirat kerana ia membawa maksud satu ihsan, enam rukun Iman dan lima rukun Islam. Angka itu yang memberi kekuatan kepada kami. Dan sebab itu, kami memilih tarikh 16 Mei serta mas kahwin RM165 dan wang hantaran, RM16,500," kata Zamarul.

Menurut pelakon ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk melamar kekasih hatinya itu, lebih-lebih lagi setelah mereka menghadiri sebuah kursus pada awal tahun ini.

"Kursus motivasi itu sebenarnya telah mengeratkan lagi hubungan kami dan dari situlah saya yakin memang dialah (Diana) orangnya yang ingin saya jadikan sebagai isteri.


CIUMAN KASIH...Zamarul mencium dahi Diana ketika upacara membatalkan air sembahyang.


"Kepada Mama (Diana), Papa ingin ucapkan terima kasih kerana memahami diri Papa selama ini. Kita berjaya bertahan juga walaupun ada yang cuba robohkan hubungan kita,," tutur Zamarul.


Pasangan pengantin bersama Izzat, anak sulung Zamarul bersama bekas isterinya


Ditanya tentang penerimaan dua orang anaknya dengan bekas isteri, iaitu Izzat dan Iqmal Haiqal, 7, tentang perkahwinan ini, kata Zamarul, mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Malah, akui pelakon itu, anak sulungnya, Izzat juga amat rapat dengan Diana.

"Izzat ni ibarat 'kawan baik' Diana. Memang dia sangat mahukan kami berkahwin. Malah, dia asyik bertanya bila dia akan dapat adik baru," katanya yang menambah, dia dan Diana memilih cara berbulan madu dengan mengerjakan umrah tidak lama lagi.

Sementara itu, Diana juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar isteri kepada Zamarul.


RINGKAS TAPI MENARIK..Wang hantaran daripada Zamarul buat isteri tercinta


"Selama lapan tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang saya. Apa yang saya harapkan, semua yang diberikannya selama tempoh itu tidak akan berubah selepas ini," tutur Diana sambil mengukir senyuman manis.

Mengulas tentang status ibu 'segera' yang dipegangnya kini, kata Diana, dia tidak kisah tentang hal itu apatah lagi hubungannya dengan Izzat yang dipanggil 'Aboy' itu cukup rapat.

"Sejak tahun pertama saya mengenali Zamarul, dia sudah kenalkan saya dengan Aboy yang memang berada di bawah jagaan ibu Zamarul sendiri. Keluarga saya juga menyenangi Aboy kerana wajahnya yang ada iras anak-anak buah saya yang lain.

"Malah, kalau antara saya dan Zamarul ada tercetus pergaduhan, Aboylah yang akan cuba merapatkan kami semula dengan pelbagai cara," kata Diana yang setakat ini belum pernah bertemu dengan anak kedua Zamarul yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.

Pasangan ini akan mengadakan majlis persandingan berkonsepkan 'garden wedding' pada malam ini di Bougainvilla Garden, Shah Alam manakala majlis resepsi di pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 23 Mei di rumah keluarga Zamarul di Bangi.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:22 am

Impian Hafiz bergelar juara tercapai selepas 12 tahun


MELOMPAT GIRANG... Hafiz terlalu gembira setelah dinobatkan sebagai juara AF7. - foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ


KUALA LUMPUR: Seperti dijangka dari awal lagi, Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau lebih dikenali Hafiz menjuarai Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), malam tadi.

Kejayaan itu, menurut Hafiz, merealisasikan impiannya untuk bergelar juara dalam pertandingan nyanyian ketika dia berumur 7 tahun pada suatu hari nanti.

"Saya dah simpan impian untuk bergelar juara sejak berusia 7 tahun. Saya ingat lagi waktu itu adalah hari jadi arwah nenek saya.

"Jadi, sejak hari itu, saya mula berminat dengan bidang nyanyian dan mula menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sarawak," katanya kepada mStar sejurus AF7 berakhir.

Hafiz menambah: "Mak saya adalah orang yang paling banyak memberikan sokongan. Saya tidak akan melupakan saat ini sampai bila-bila."


PEMENANG-PEMENANG AF7 (dari kiri): Akim, Hafiz dan Aril. - foto THE STAR oleh MOHD. FAIHAN


"Insya-Allah, selepas ini, saya akan mengikut aliran muzik yang sebati dengan jiwa saya iaitu pop rock, balada dan R&B. Bagaimanapun, saya ini jenis universal iaitu rock dan ala-ala lagu Jepun," ujarnya.

Dengan kemenangan itu juga, Hafiz berjaya merampas takhta juara dari kalangan peserta lelaki selepas dua tahun berturut-turut diraih oleh peserta wanita.

"Sejujurnya, saya amat gembira dinobat sebagai juara. Bagi saya, tiada beza sama ada peserta lelaki atau perempuan yang bergelar juara kerana kita semua manusia," luah Hafiz.

Penyanyi berasal dari Kuching itu berjaya memperolehi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi sebanyak 46 peratus diikuti Aril (22 peratus), Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus).

Dengan itu, Hafiz membawa pulang kereta mewah Honda Accord 2.0 liter, percutian ke New York untuk dua orang yang bernilai RM10,000, Arezzo Hoffman 5.1 Home Theatre System, kamera jenama Olympus U1030, Hyundai Air Purifier - HYAP-202, Hugo Boss Watches (HB1110-15022022A) & (HB1120-15032026A), BRAND's InnerShine untuk dinikmati 1 tahun, Nokia 5730 XpressMusic, wang tunai RM20,000 dan trofi Astro.

Walaupun pada awalnya, Hafiz gagal membawakan lagu Kau Bunga Cintaku (nyanyian asal Anuar Zain) dengan baik ekoran terikut-ikut dengan koreografi, dia bangkit kembali menerusi lagu keduanya.

Stadium Putra, Bukit Jalil - tempat berlangsungnya peringkat akhir AF7 - menjadi gamat apabila selesainya penyanyi berusia 19 tahun itu mendendangkan Lagu keduanya, Masih Jelas (Ciptaan: Aidit Alfian dan Lirik: Ad Samad).


REZEKI AF7... Hafiz menerima cek replika hadiah tunai sambil diperhatikan Prinsipal AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina
.

Sorakan para penonton tidak henti-henti sehingga `mengganggu' tiga pengkritik memberikan komen terhadap persembahan luar biasanya itu.

Tiga pengkritik yang bertugas malam tadi ialah Adlin Aman Ramlie, Datuk Khadijah Ibrahim dan Edrie Hashim.

Sementara itu, Aril yang memenangi tempat kedua memperolehi baucer percutian bernilai RM3,000, kamera U1030, Arezzo Hoffman Karaoke Set, Hyundai Air Purifier - HYAP-202, Hugo Boss Watches (HB1110-15022126A) & (HB1110-13020311), wang tunai RM10,000 dan trofi Astro.

Akim selaku pemenang ketiga meraih baucer percutian bernilai RM2,000, kamera FE320, wang tunai RM8,000 dan trofi Astro.

Yazid yang menduduki tempat keempat dihadiahkan kamera FE320 dan wang tunai RM3,000.

Isma satu-satunya peserta wanita tunggal bergelar ibu yang layak ke peringkat akhir dan menduduki tempat kelima memperolehi trofi Astro.


IMPIAN TERMAKBUL...Hafiz berjaya juga akhirnya. - foto THE STAR


Selain itu, kad SIM pemenang AF7 akan diaktifkan oleh Hotlink selama setahun.

Dalam pertandingan akhir itu, Aril menyampaikan lagu Kasih Tak Sampai (nyanyian asal Padi) dan Toksik (ciptaan Alim/ Shazee Ishak dan lirik oleh Nurfatima) manakala Akim membawakan lagu Bencinta (Faizal Tahir) serta Bengang (ciptaan Amir dan lirik oleh SQ).

Yazid pula mendendangkan lagu Kasidah Cinta (Dewa 19) dan Ya Papa (ciptaan Tun Taja dan lirik oleh Hairul Anuar Harun) sementara Isma melagukan Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar) dan Bisikan..Godaan (ciptaan Aiman dan lirik oleh Slen).

Kejayaan Hafiz tersebut menepati ramalan ramai artis dan selebriti yang diperolehi menerusi tinjauan mStar sebelum ini.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:23 am

Wan Sharmila selesa dipeluk 2 artis lelaki

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:25 am

Cantiknya Maya Karin bertudung


Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:26 am

Azizah Mahzan mahu kurus sebelum 'gantung diri'


MELIHAT susuk badan aktres Azizah Mahzan yang nampak kurus sedikit menimbulkan pelbagai telahan.


Mungkinkah Azizah menjadi begitu dek kerana kontroversi yang melanda dirinya dengan Zaefrul sebelum ini?

Ditanya kepada wanita yang mempunyai berat badan 53kg ini, Azizah berkata dia sedang berusaha menurunkan berat badannya bagi memudahkan dirinya 'digantung'.

Itu merupakan babak yang perlu dilakukannya di dalam teater terbaru lakonannya, Mana Setangginya.

Azizah melakonkan watak Mira dalam Mana Setangginya.

"Saya tidak berdendam dan marah sesiapa kerana saya menganggap kontroversi dengan Zaefrul sebagai dugaan.

"Biar yang Maha Berkuasa yang tentukan. Alhamdulillah, rezeki saya makin lama makin murah dan mendapat karektor yang saya nak (dalam Mana Setangginya).

"Sekarang, saya kena kuruskan badan lagi kerana nak kena gantung dalam teater ni.

"Buat masa ini, berat saya 53kg. Jadi saya nak kurangkan lagi supaya ringan sikit sebelum digantung. Saya juga membuat latihan untuk fizikal dan menjaga masa tidur,” kata Azizah ketika sidang media teater Mana Setangginya di Istana Budaya (IB), semalam.

Selain Azizah, barisan pelakon utama lain adalah Sabrina Ali Dad Khan, Tony Eusoff, Azman Abu Bakar, Shaharuddin Thamby, Mohd Nor Fatih Moktar, Rudy De Luna Jr, dan Iqbal Taufik.

Kata Azizah, dia memang sudah lama mengidam untuk berlakon dalam teater karya Datuk Noordin Hassan itu.

Naskhah itu sudah diperap hampir 10 tahun lalu dan sepatutnya dipentaskan semasa pembukaan Istana Budaya pada September 1999.

Azizah yang waktu itu diberikan watak yang sama, Mira, bagaikan tidak percaya apabila teater itu akhirnya dipentaskan jua.

“Saya rasa agak sensitif untuk menceritakan apa yang berlaku dulu tetapi saya anggap mungkin masa itu belum rezeki kami untuk mementaskan Mana Setangginya.


Azizah bersama barisan pelakon utama Mana Setangginya yang lain.


“Karya itu mempunyai ‘sesuatu’ dan menyentuh tentang isu berat yang mempunyai penerimaan berbeza pada waktu itu. Kita juga boleh katakan naskhah ini tidak sesuai dipentaskan waktu itu kerana bagi saya ceritanya seolah-olah menggambarkan tentang kehidupan zaman Nabi Lut.

“Tetapi bukan bermakna saya katakan yang orang masa 10 tahun lalu tak bijak,” jelasnya.

Azizah merasakan mungkin selepas IB mementaskan banyak teater bercorak antarabangsa, baru sikap terbuka itu diterima oleh banyak pihak.

“Misalnya pada 2003, teater Muzikal Puteri Hang Li Po dilihat agak ‘superb’ dan ‘amazing’ selain merupakan teater pertama menggunakan dua bahasa iaitu dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu.

“Kini, bangsa lain boleh menerima teater kita yang bukan hanya sekadar menonton malah turut mengambilnya sebagai pengajaran.

“Saya rasa, kini masa untuk pentaskan karya Datuk Noordin sudah sampai. Insya-Allah, ia akan dapat diterima.

“Apa yang boleh dikatakan, saya berasa gembira kerana terlibat dalam teater ini,” luah pelakon drama Segalanya Ku Terima dan Cinta Gila yang sedang bersiaran di televisyen sekarang ini.

Mungkin juga ia ibarat hikmah buat Azizah kerana dia tidak menganggap Mana Setangginya sudah 'busuk' apabila diperap terlalu lama tetapi lebih ‘umph’.

“Saya sangat suka untuk melakukannya dan tidak tahu mengapa. Mungkin sebab ia boleh dibuat dari berbagai ‘angle’ dan merupakan satu karya yang tiada ‘time zone’. Ia juga adalah karya ‘immortal’...,” akhirinya.

Azizah melakonkan watak Mira iaitu seorang pendita dan anak raja.

“Mira merupakan seorang pendatang yang memberi ‘cahaya’ dan menyebarkan apa yang dia percaya. Sebab itu saya memegang lampu,” katanya yang telah melakonkan lebih 10 buah teater.

Antaranya adalah ‘Kipas Tangan’ karya Yukio Mishima, ‘Si Bereng-Bereng’ dan ‘Kena Main’ (Khalid Salleh), ‘Mencari Salina’ (Erma Fatima), ‘Cindai’ (Rohani Yousoff), ‘Lantai T. Pinkie’ (Rosminah Tahir), ‘Muzikal Hang Li Po’ (Rosminah Tahir) dan ‘Muzikal Mahsuri’(Fauziah Nawi).

Azizah juga aktif berlakon drama dan filem namun dia tetap suka berlakon teater.

Menurutnya, berlakon teater lebih ‘menyeluruh dan halus kerana ia menggunakan ruang yang luas untuk pelakon mengenali diri sendiri serta menjentik minda.

Selepas Mana Setangginya, Azizah akan berlakon dalam drama Hanya Tuhan Yang Tahu di mana dia turut teruja untuk berlakon dalam drama itu kerana dia memegang watak Hajah Safura iaitu perwatakan yang turut menjadi diidamkan.

Teater Mana Setangginya akan dipentaskan pada 13 hingga 21 Jun depan, pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tiket dijual pada harga RM30, RM50, RM70 dan RM100.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:28 am

Eira lepas cinta



DEMI cita, cintanya harus dilepaskan. Meskipun kasih dan sayangnya utuh terhadap kekasihnya, kerana kerjaya dan mengejar populariti dalam dunia glamor, semua itu perlu ditolak ketepi.
Kedengaran kejam bukan? Namun itulah hakikat yang perlu ditempuhi Eira Syazira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi. Begitupun, tidak perlu memandang sinis kepada gadis jelita ini. Apa yang terjadi bukan realiti, sebaliknya ia sekadar lakonan semata dalam drama bersiri terbaru lakonannya, Embun Mutiara.

Akui Eira, selaku Embun, dia harus membawa watak berkenaan sebaik mungkin. Memegang watak gadis nakal dan model, Embun begitu optimis mengejar kejayaan dan populariti. Dalam masa sama, dia sanggup meninggalkan teman lelakinya iaitu Roni (Awal Ashaari) hanya kerana cita-citanya.

“Drama ini memaparkan konflik antara dua beradik, iaitu Embun dan Mutiara. Walaupun perwatakan dua beradik ini berbeza, Embun sungguh menyayanginya.

“Embun juga mahukan sesuatu yang sempurna pada matanya. Tidak kira daripada segi kerjaya atau kehidupan peribadi, semuanya harus teratur dan sesuai dengan kehendaknya.

“Dalam drama ini, watak Embun berbeza daripada lakonan saya sebelum ini dalam siri Sindarella dan Ku Milikmu. Dengar saja mengenai karektor watak itu, saya terus setuju menerimanya,” katanya.

Jelas Eira, setiap kali mendapat tawaran berlakon, dia mahu lari daripada karakter yang pernah dilakonkan. Malah, bakat berusia 25 tahun ini juga tidak mahu watak dibawanya dicop ‘stereotype’.

“Selaku pelakon, saya mahu mencuba setiap watak yang berbeza. Bila puas dengan sesuatu watak itu, saya akan mencari watak lebih mencabar. Sedikit sebanyak, bakat saya akan teruji.

“Jika diberi peluang, saya mahu mencuba watak orang kurang upaya. Biar ia lari daripada kebiasaannya. Walaupun saya wanita, tidak mustahil saya juga mampu menggalas watak seperti itu.

“Ketepikan soal ayu dan jelita. Sebagai pelakon, saya tidak mahu dinilai menerusi rupa paras dan lakonan yang hanya menampilkan wajah cantik. Lagipun, lakonan adalah kerja saya dan untuk mempelbagaikannya, saya perlu mencuba semua jenis watak,” katanya.







Selain Embun Mutiara yang baru saja selesai penggambarannya, Eira membintangi sebuah drama bersiri berjudul Cinta Balkish arahan Heykal Hanafiah. Drama sebanyak 44 episod itu bakal disiarkan menerusi slot Akasia, TV3 tidak lama lagi.




Menurut Eira, memandangkan drama berkenaan memakan masa panjang dan keseluruhan proses rakaman dijangka selesai Oktober nanti, dia perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal. Meskipun memegang watak ‘air mata’ yang boleh dianggap mudah, Eira melihat ia punya cabaran tersendiri.

“Bukan mudah memberi komitmen untuk tempoh sepanjang itu. Hampir lima bulan saya terikat dengan penggambaran filem itu. Sebab itu, kini saya bercuti dua minggu untuk membaca skrip dan membuat sedikit kajian mengenai watak berkenaan,” katanya.

Melihat wajahnya, tentu ramai mengenalinya di layar kaca. Namun apabila menyentuh layar lebar, pelakon yang kian dikenali menerusi drama Ku Milikmu ini belum berpeluang meluaskan bakatnya.

Akui Eira, bukan tiada tawaran diberi. Sebaliknya, gadis ini selektif dalam memilih watak untuk tayangan di layar perak. Katanya, biar lakonannya berbaloi dan memberi impak kepada penonton.

“Sebelum ini kerap juga saya menerima tawaran berlakon untuk produksi filem. Namun, watak diberi tidak sesuai dengan diri saya. Kalau boleh, saya mahu watak yang memberi impak besar kepada penonton dan juga diri sendiri.

“Sejak mula berlakon sehingga kini, saya belum berpeluang melakonkan mana-mana watak untuk tayangan filem. Mungkin belum rezeki saya. Malah, tidak rugi jika saya bersabar dan menanti watak sesuai. Lagipun, filem menjadi medium terbaik untuk penonton menilai lakonan saya.

“Saya tidak mahu buat kerja seperti melepaskan batuk di tangga. Sebab itu saya berpendapat setiap watak mempunyai nilainya yang tersendiri dan jika kena dengan caranya, ia mampu menonjolkan bakat yang ada pada diri,” katanya.

Tirai cerita kerjaya dilabuhkan, kini soal peribadinya pula dibuka. Acap kali dikaitkan dengan kontroversi, gadis lemah lembut ini sudah lali dengan gosip liar berkenaan. Namun menyentuh soal hati, Eira mula berterus terang.

“Buat masa ini saya masih ‘single’. Belum ada yang istimewa dan kebanyakan kenalan lelaki saya kini sekadar kawan biasa.

“Memikirkan umur semakin meningkat, saya akui teringin mempunyai teman lelaki dan melangkah ke gerbang perkahwinan. Malah, keluarga juga sering bertanya mengenai hal itu. Begitupun, soal jodoh itu ketentuan Tuhan.

“Sedikit sebanyak, pengalaman cinta lalu membuatkan saya serik menjalin hubungan dengan lelaki. Bukan apa, pada saat saya membina kerjaya, saya tidak mahu tumpuan terganggu dengan masalah percintaan.

“Namun jika ditakdirkan menemui jodoh, saya hanya menerimanya dengan hati terbuka. Saya juga tidak pernah meletakkan jangkamasa tertentu untuk mendirikan rumah tangga. Jika sampai seru, mengapa tidak?

“Namun saya harap lelaki berkenaan tidak mengongkong dan cemburu buta. Lagipun, saya rimas jika diperlakukan sebegitu. Cukup jika dia memahami saya dan penyayang,” kata Eira tersenyum.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:29 am

Belum ada cinta




KETIKA artis lain diasak dengan soalan cinta, Dayang Nurfaizah Awang Dowty pula bagaikan terselamat walaupun usia penyanyi asal Sarawak ini menjangkau 27 tahun — layak sangat untuk bergelar isteri atau setidak-tidaknya mempunyai kekasih hati.
Malah, gosip cinta jarang terkait pada Dayang. Jelas Dayang, dia bersyukur dengan perkembangan kariernya setakat ini. Kisah peribadi, terutama cinta, tidak mengganggu kelancaran membina nama sepanjang 10 tahun ini.

“Nasib baik Dayang bukan jenis yang suka keluar. Kalau lepak pun dengan keluarga hinggakan ada peminat tanya mengapa selalu kelihatan dengan adik-beradik dan famili ketika bersantai, teman lelaki mana?

“Memang Dayang tak ada kekasih. Bukan tak nak, tetapi belum waktunya lagi. Mungkin juga saya jenis lurus, lepas kerja, terus balik rumah. Tak reti nak lepak-lepak, lagipun kawan sebaya tak ramai.

“Kalau ada pun dengan Kak Liza (pengurus) dan Abang Tris (bekas pengurus Sheila Majid) yang jauh lebih matang daripada Dayang hinggakan ada yang anggap Dayang ‘sudah tua’,” katanya sambil ketawa manja.

Penyanyi Dayang Sayang Kamu ini yakin satu hari nanti jodohnya akan tiba. Dia akui sangat mempercayai kisah dongeng Cinderella yang akan didatangi lelaki idamannya.

“Sebab itu Dayang malas nak fikirkan sangat soal cinta. Tuhan sudah aturkan untuk kita. Memanglah Dayang mahu ada teman lelaki, tetapi bukan sekarang,” katanya.

Duta Perlindungan dan Pengekalan Alam Semulajadi oleh Yayasan Pulau Banding dan Yayasan Pulau Orang Utan milik Kumpulan Emkay ini mengakui ibu bapanya tidak terlepas bertanyakan soal jodoh anaknya. Bagaimanapun, mereka tidak memaksa kerana memahami anak gadis mereka.

Bimbang juga penyanyi lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Hembusan Asmara ini kiranya kisah peribadi melampaui apa yang dicita-citakan ketika mula-mula menapak di dalam dunia seni.

“Sepuluh tahun Dayang dalam industri muzik, apa yang Dayang lakukan selama ini perlahan-lahan menampakkan apa yang Dayang mahukan. Alhamdulillah walaupun bukan drastik, Dayang semakin menikmati saat-saat kemanisan ini.







“Cuma Dayang takut benda kecil, termasuk cerita peribadi, boleh memakan diri sehingga menjatuhkan apa yang Dayang bina selama 10 tahun ini.




“Sepuluh tahun bukan masa singkat, penat untuk Dayang sampai ke sini. Sedar atau tidak, bukan semua artis mampu bertahan, tetapi semuanya rezeki-Nya. Kita sebagai manusia berusaha sedaya mungkin untuk terus bertahan dan berjaya,” katanya.

Adakah mana-mana lelaki yang datang mendekati? Tatkala soalan ini diajukan, Dayang malu-malu menjawab: “Entahlah, sama ada yang datang itu untuk mengurat Dayang atau tidak sebab Dayang tiada berpengalaman sebegini. Kalau benar pun ada, Dayang tidak tahu. Setakat ini pada mata Dayang, semuanya sama saja.

“Yang kelakarnya kadangkala Kak Liza pun tanya, nak yang macam mana? Namun Dayang tidak tahu dan mengerti makna cinta ini.

“Mungkin kalau satu hari dibukakan pintu, hati berdetik yang itulah lelaki jodoh saya, baru saya tahu bagaimana rasanya cinta.”

Kalau benar apa yang dikatakan Dayang, peliknya, dia bijak menghayati lagu cinta dan patah hati
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:34 am

Saksi: Norman berpeluh dalam bilik kecil dengan ‘boxer’


Norman dan Memey ketika hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini.


KUALA LUMPUR: Saksi Abdul Rahman Lai Abdullah, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Pejabat Daerah Gombak, yang menangkap aktor Norman Hakim berkhalwat dengan aktres Memey Suhaiza pada 30 Oktober tahun lalu tampil memberi keterangan di Mahkamah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata dia terjumpa Norman dalam keadaan berpeluh dengan memakai baju-t dan berseluar sendat seperti ‘boxer’ di dalam sebuah bilik kecil di tingkat atas manakala Memey yang berpakaian lengkap berada di kaunter tingkat bawah premis Norman di 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada pukul 3 pagi.

Abdul Rahman memberitahu Norman membela diri dengan menyatakan dia berada dalam bilik itu kerana ingin melihat apa yang berlaku di luar.

"Keadaan fizikal Norman berpakaian t-shirt berwarna putih, berseluar pendek ketat warna biru,seluar 'boxing'.

"Tidak pasti untuk renang dan tidak pasti nama seluar itu. Dia berpeluh-peluh tetapi masih mengawal diri," katanya.

Menurut Abdul Rahman, selepas mendapat laporan tentang kes khalwat itu, pihak JAIS terus membuat serbuan bermula pukul 2.10 pagi.


Norman ditangkap khalwat dalam keadaan berbaju-t yang basah dengan peluh serta 'boxer'.


Pada mulanya, dia cuba memanggil orang di dalam premis it selama 30 minit namun tiada jawapan.

Selepas tiada respons dari dalam, mereka cuba memotong kunci mangga, namun kira-kira pukul 2.40 pagi, datang seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai abang Norman lalu membuka pintu itu.

Pendakwa (P): Setelah pintu dibuka, apa yang kamu nampak?

Saksi (S): Saya nampak Memey sedang duduk di atas kerusi di bahagian depan pintu masuk. Macam ada di bahagian kaunter di depan tunggu kami masuk.

P: Apakah suasana semasa berada di dalam pejabat itu?

S: Suasana tenang. Bahagian depan tidak ada perkara yang mencurigakan.

P: Apakah yang kamu nampak?

S: Nampak dua buah bilik. Nampak dengan jelas. Ya, lampu di bahagian hadapan. Kaunter ada. Di bahagian lain, ada juga (lampu).

P: Kamu tengok Memey berpakaian bagaimana?


Memey pula didakwa berada dalam keadaan berpakaian lengkap.


S: Dia berpakaian lengkap.

P: Boleh kamu detailkan (perincikannya).

S: Dia berseluar panjang dan baju - tidak pasti.

P: Bagaimana keadaannya?

S: Dia amat tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

P: Adakah dia berkerjasama?

S: Dia berikan kerjasama tetapi tidak banyak bercakap.

P: Selain tenang dan tidak banyak bercakap, apa yang dicakapnya.

S: Dia mengakui menghubungi abang suspek.

P: Selepas itu?

S: Saya tinggalkan Memey bersama Khairul Hazri dan Rezman Awang.

P: Kamu buat apa?

S: Saya bersama Khairul Nizam kemudian membuat pemeriksaan di tempat lain.

P: Berapa bilik yang ada dalam premis itu?

S: Saya tidak pasti. Satu bilik terdapat set sofa, tilam saiz bujang yang diletak atas lantai dan tidak ada sesiapa.

P: Bilik itu macam mana?

S: Lebih kepada bentuk pejabat.

P: Ada bilik lagi.

S: Ada satu bilik yang lebih luas. Boleh buat mesyuarat.

P: Apakah beza bilik itu dengan yang sebelumnya?

S: Ruang bilik ini lebih luas dan bahagian depannya boleh duduk ramai orang.

P: Apa yang anda perhatikan dalam premis itu?

S: Ada satu ruangan yang menghubungkan dengan rumah sebelah.

P: Ruangan apa?

S: Ruangan itu boleh menghubungi bahagian atas premis tersebut.

P: Apa yang ada dalam ruangan itu?

S: Ruangan itu macam ruangan angin.

P: Ruangan itu ada apa?

S: Ruangan itu ada pintu grill di bahagian atas.

Ketika itu, pihak pendakwaan menyampaikan tender gambar foto.

P: Ada tak kamu periksa?

S: Terdapat selak grill di bahagian atas. Periksa dari bawah, ia tidak berkunci.

P: Bagaimana kamu katakan bahagian bawah boleh hubungkan bahagian atas.

S: Saya menyuruh Khairul untuk memanjat ke atas dan berdiri atas rail. Dia terus melepasi selak pertama itu.

P: Kemudian?

S: Keadaan gelap kerana kami tidak membawa lampu suluh ketika itu.

P: Adakah Khairul Nizam dah panjat sampai atas?

S: Mengikut pemeriksaannya, untuk masuk juga terdapat gril dan selaknya dikunci mangga. Setelah lebih 2-3 minit, saya suruh dia turun. Saya dan Nafarul Azian cuba naik tingkat atas.

P: Kenapa?

S: Tingkat atas juga disewa oleh suspek. Dia disyaki bersembunyi di situ.

P: Macam mana kamu tahu?

S: Pengadu itu dah telefon dan memberitahu.

P: Seterusnya.

S: Saya ada tanya kepada abang suspek sama ada mempunyai kunci atau tidak untuk premis di bahagian atas.

P: Apakah respons Memey dan abang suspek?

S: Lelaki itu kata tiada kunci.

P: Apakah yang anda lakukan seterusnya?

S: Saya sendiri terpaksa potong mangga grill itu. Kami terus masuk kerana pintu kayu tidak dikunci dari dalam.

P: Boleh ceritakan premis di atas?

S: Keadaan adalah gelap-gelita. Kemudian, saya buka lampu.

P: Berapa orang ketika itu?

S: Tiga orang termasuk saya.

P; Apakah yang dilakukan selepas itu?

S: Dah buka lampu, kami terus periksa dari bilik ke bilik termasuk bilik air.

P: Berapa bilik yang ada?

S: Seperti bawah juga, tetapi satu bilik di bahagian tengah mempunyai banyak pakaian lelaki bujang disusun dan digantung elok-elok.

Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Memey dan Norman membantah apabila pendakwa mengemukakan tender gambar bilik semasa menyoal saksi.

Ini kerana, katanya, gambar itu beri kesan kepada keterangan saksi.

"Motif pihak pendakwa adalah memberikan tanggapan luar biasa.

"Pihak pendakwa perlu establish ... perlu seal untuk memastikan tiada perubahan. Saya tidak pasti punca gambar. Kalau gambar diambil selepas kejadian, maka ia tidak asli. Dan ia tidak berkaitan dengan semasa kejadian.

"Sebelum ditanda sebagai ID (tender untuk mahkamah), jurugambar perlu diambil keterangan terlebih dahulu ataupun premis diseal. Kita nak bukti masa kejadian dan bukan selepas kejadian tersebut." kata Fakhrul.

Pendakwa pula berkata, tender itu cuma untuk menunjukkan lokasi bilik dan ia tidak menjejaskan fakta.

Dalam pada itu, Norman menafikan dia tercabar dengan keterangan saksi selepas ditemui di luar mahkamah.

“Saya tidak tercabar. Itu memang prosedur mahkamah. Pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti,” katanya.

Sementara itu, Memey pula enggan memberikan komen kerana kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh 3, 10 dan 17 Julai ini untuk menyambung perbicaraan kes khalwat Norman-Memey untuk membolehkan saksi-saksi lain memberikan keterangan. Hari ini, hanya satu saksi yang memberi keterangan.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:35 am

Pelakon Sheereen lepas tanpa bebas dari dadah


DIBEBASKAN DARI TUDUHAN... Pelakon dan Sheereen Mohamad Hadzim atau Shereen, lega setelah Mahkamah Majsitret melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengawal dan memiliki dadah, empat tahun lalu.


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Noor Sheereen Mohamad Hadzim atau Shereen, melahirkan rasa lega dan bersyukur setelah Mahkamah Majsitret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengawal dan memiliki dadah, empat tahun lalu.

"Lega selepas empat tahun terseksa dan sekarang saya rasa seperti masuk ke dalam syurga," kata artis berusia 38 tahun itu.

Mahkamah turut melepaskan tanpa membebaskan teman lelakinya, Ku Faizal Ku Baharum, 32, dan Mohd Nizam Halami, 35.

Majistret Nur Syafawati Arifin, membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan sebarang saksi selepas mahkamah beberapa kali menetapkan perbicaraan kes itu sejak Januari 2006.

Shereen yang pernah popular dengan berlakon dalam beberapa drama seperti Menantu Mami dan filem Putera serta merakamkan album solo berjudul Rahsia Cinta pada 1992, kelihatan tenang ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Dia yang memakai baju berwarna hitam, tiba di pekarangan mahkamah pada kirakira pukul 9 pagi dan turut ditemani bapa, adik perempuan serta rakannya.

Pada 23 Mac 2005, Shereen, Ku Faizal, Mohd Hafiz Nasib, 32 dan Mohd Nizam dituduh mengambil dadah jenis methamphetamine bagi tuduhan pindaan pertama.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah bernombor C11C3, Pangsapuri Subang Villa Ehsan, Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang di sini, kirakira jam 2 pagi, 15 Mac, 2005.

Keempat-empat mereka, yang dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya jika sabit kesalahan, mengaku tidak bersalah.

Mereka turut didakwa mengawal 0.78 gram dadah jenis syabu di tempat, masa dan tarikh sama. Bagi tuduhan pindaan ketiga, mereka dituduh mengawal 0.66 gram dadah jenis kanabis di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi tuduhan pindaan kedua itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), yang jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.

Manakala bagi pertuduhan pindaan ketiga itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun serta dikenakan tidak kurang 10 sebatan, jika disabit kesalahan.

Sebelum ini, pada 3 Ogos 2005, Mohamad Hafiz Nasib, dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah kerana menggunakan dadah methamphetamine mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di C11C3 Apartmen Ehsan Subang Villa di Jalan PJS 10/11 di Taman Sri Subang, Subang di sini pada kirakira 2 pagi, 15 Mac, 2005.

Shereen diwakili peguam R. Vasanthi, manakala Ku Faizal diwakili Hasnal Rezua Merican manakala Nizam tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohd Qafie Taib. BERNAMA
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 8:40 am

Gambar Terbaru Mas Anizan





Untuk rekod Mas Anizan Mohd Shahid, 36, merupakan aktres popular 90-an. Berhenti dari aktif dalam industri ini selepas bernikah dengan ahli perniagaan, Allahyarham Datuk Ali Bapoo kerana mahu menumpukan kepada rumahtangganya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 9:22 am

Gambar Kekasih Akbar Artis Nasyid Rap Malaysia

Akbar, satu pukulan hebat kepada kumpulan nasyid di Malaysia yang baru menjadi artis baru dalam bidang nasyid apabila mendedahkan teman wanitanya dalam myspace dia yakni dalam gambar-gambar galeri nyer. Teman wanita Akbar bolehlah dikatakan manis dan comel (wanita bertudung, semuanya cantik-cantik belaka). Sebagai artis nasyid, mengambil sesuatu gambar bersama pasangan atau kekasih sebagai boleh memberikan menimbulkan satu persepsi negatif oleh orang ramai yang mengakui nasyid itu adalah berunsur dakwah dan nasihat. Artis baru ini adalah di bawah naugan Hush Entertainment, dipunyai oleh Yasin Sulaiman dan telah mempunyai satu album yang dinamakan, “Alpha” yang dipasarkan sekarang.





Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 9:24 am

Bila Janda Panas Pakai Spek

Siapa artis yang dimaksudkan ni. Lepas tengok artikel nie mesti korang perasan kan. Memang dia nie terkenal sekarang sebagai janda yang panas selepas bercerai dengan suaminya. Walaupun berstatus janda, ramai juga jejaka nak kat dia ni, namun semuanya ditolak dalam erti kata lain, jangan mengharap da. Dikatakan panas disebabkan rupa dan paras tubuhnya masih lagi dalam keadaan seperti 'anak dara', maka menjadi 'magnet' kepada jejaka yang menghampirinya. Artis janda yang dimaksudkan adalah Abby Abadi, yang tengah membuat posting model dilengkapi dengan spek tak berkanta. Hikhik.



Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 10:03 am

sari yanti sakit ape?



Sedih juga GUA bila diberitahu berita ini dari tuan punya badansendiri. Isnin lepas ini, pelakon cantik molek Sari Yanti telah masukke hospital untuk menjalani satu prosedur pembedahan. Apa yang dihidapiitu boleh dianggap serius, tapi Alhamdulillah, Sari selamat melaluinyadan kini dinasihatkan oleh pihak doktor untuk berehat.

Penyakit apa, biarlah Sari sendiri yang memberitahu dunia bila diberikesempatan tapi GUA bersyukur yang semuanya telah berjalan denganlancar, dan Sari sendiri kelihatan OK walaupun berada dalam sedikitkesakitan.

Bila ditanya tentang aktiviti lakonan dan pengacaraan, pelakon yangkini muncul dalam drama GUA ‘Mingguan Lelaki’, memberitahu GUA yangbeliau akan memulakan penggambaran untuk ‘Kisah Kaisara’ musim yangketiga hujung minggu ini dan akan cuba melakukan yang terbaik.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 10:10 am

Seputar di hari perkahwinan Diana & Zamarul

gambar diana di mlm berinai mlm semlm....ENJOYYYY!!!!!!!

dah edit sket dahh...takut kena saman coz menggemukkan artis....

ni gambar masa mlm berinai mlm semlm...majlisnyaaa esok.....





Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 10:58 am

(Gambar) Wardina & Sharifah Shahirah bersama anak



Si comel Shahira yang sudah pandai berjalan dan sedang belajar bercakap menarik perhatian kami. Airra Zulkifli, senantiasa tersenyum manis dan bersikap ceria. Wajah Airra yang seiras ibunya itu sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif hingga tidak menang tangan Shahira mengejarnya. Mujurlah ada pembantu rumah yang membantu Shahira ketika itu. Manakala Wardina pula begitu berdikari dan tidak kekok menguruskan bayi lelaki comelnya yang diberi nama Imran.

Di awal pertemuan Imran begitu sukar untuk tersenyum dan hanya mahu didukung oleh Wardina. selepas serasi dengan kami, Imran sentiasa tersenyum dan tergelak apabila diagah.



Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 11:01 am

(Gambar) Zizie Ezette posing atas katil

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 11:06 am

Alahai Datuk Siti Nurhaliza





Penulis berpendapat bahawa Datuk Siti Nurhaliza sudah boleh membuka sekup tudungnya itu. Sudah tidak perlu lagi baginya memakai segala jenis fesyen menutup kepalanya jika masih berpakaian sebegini. Gambar ini di’ambil dari blog Uncle Aznil tanpa kebenaran. Menurut Uncle, gambar ini ditangkap ketika Majlis penyampaian hadiah ABP. Maafkan saya Uncle, pinjam gambar sebentar.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 12:10 pm

Ayu Raudhah duta kecantikan



Ayu Raudhah Che Wan sering dapat tempias kakaknya Rozita Che Wan. Orang asyik bercakap dan memerhatikan kejelitaan Rozita.

Sampai ada yang terlupa kepada Ayu. Bukannya kerana Ayu tak cantik, tapi sebab populariti kakak yang sering diperkatakan.

Nampaknya kini Ayu pula dapat perhatian apabila dilantik sebagai duta produk kecantikan Giena Skincare dan Francais Beauty Palace.

Majlis menandatangani kontrak diadakan di The Saujana, Subang pada 11 Mei 2009 lalu.

Namanya, Ayu Raudhah yang unik dan ada ciri-ciri jenama produk kecantikan yang suci membawa tuah apabila dilantik sebagai duta.

Beruntung Ayu. Sebagai duta pastilah wajah Ayu akan menghiasi iklan produk tersebut sekali gus meningkatkan lagi popularitinya.

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 12:15 pm

Noorita juara Pesona DeWajah Harmoni



Penyertaan eksekutif kewangan yang juga ibu beranak satu, Noorita Yusof dalam pencarian Pesona De' Wajah Harmoni 2008/2009 membuahkan hasil apabila di menjuarai pertandingan itu sekali gus bakal dilantik sebagai duta produk kecantikan De' Wajah.

Nampaknya hasrat Noorita yang dipendam sejak masih menuntut di Universiti Malaya untuk menceburi bidang peragaan tercapai selepas bergelar ibu.

Dulu percubaannya kurang dipandang kerana imejnya yang bertudung. Pada masa itu wanita bertudung kurang dalam dunia seni, khususnya peragaan.

"Saya tak sangka... tapi syukur alhamdulillah apabila pihak juri memilih saya memenangi pertandingan ini.

"Saya akan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai duta produk De' Wajah nanti," kata Noorita kepada Mangga Online.

Sebenarnya saya sendiri kebetulan mengenali Noorita sejak dia masih menuntut lagi. Pada masa itu Noorita menemani teman lelakinya Ahmad Arif Nordin (sekarang suaminya) menjalani sesi fotografi untuk menghiasi ruangan Kacak Bergaya kelolaan saya di Mingguan Malaysia.

Pada saat itu Noorita mengatakan minatnya untuk mencuba nasib dalam peragaan. Nampaknya peluang wanita kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu hadir tahun ini

Nooriita membawa pulang wang tunai RM10,000, cincin dan rantai tangan tajaan Udiamond bernilai RM10,000 trofi tajaan Langkawaiicrystaal, pakej percutian ke Bali, Indonesia tajaan Utusan Travel dan hadiah iringan lain.

Naib juara jadi milik seorang setiausaha Nawar Anisah Abdul Salam manakala Eksekutif Farmaseutikal Noraziah Mod. Amin menduduki tempat ketiga. Tahniah kepada pemenang.

Pada majlis yang berlangsung di Hotel Legend, Kuala Lumpur itu, bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dianugerahkan Tokoh Ibu Harmoni 2009.

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Sun 17 May 2009, 2:35 pm

(Gambar) Imej Terbaru Farid Kamil

Jika sebelum ini kita melihat Farid berpenampilan serabai dan tidak terurus. Kini dapat kita lihat Farid mengubah stail rambut’nya. Filem terbaru yang dibintangi oleh Farid ialah Lagenda Budak Setan dan di’dalam filem itu Farid memegang watak sebagai Kashah. Mungkin kerana tuntutan watak yang dibawa’nya memaksa Farid untuk mengubah stail rambut’nya itu.

Filem tersebut turut dibintangi oleh Lisa Surihani, Raja Farah, Nubhan, dan ramai lagi. Berikut merupakan beberapa foto imej terbaru Farid dan beberapa rakan artis semasa di set penggambaran.





Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:26 am

CAK: Nora Danish, Noh Hujan bercinta?



MACAM tidak percaya, namun itu yang diceritakan oleh rakan CAK baru-baru ini yang terserempak dengan vokalis kontroversi kumpulan Hujan, Noh dan pelakon berstatus ibu tunggal yang comel, Nora Danish berjalan berdua-duaan di sebuah pusat membeli-belah di Mutiara Damansara.

Kata kawan CAK, pada mulanya mereka tidak perasan siapa di samping Nora kerana si jejaka itu menutup mulutnya dengan baju yang dipakai kerana tidak mahu dikenali. Namun, macam mana hendak menyorok kalau diri itu memang popular.

Tenung punya tenung, rupa-rupanya Noh yang bergandingan dengannya. Tidak tahulah apa hubungan mereka berdua, tetapi bak kata rakan CAK, kenapa perlu menyorok bak kura-kura. lagi sorok, lagi banyak telahan boleh dibuat.

Kadangkala, perkara yang orang tidak berapa kisah pun boleh jadi cerita panas hanya kerana pelakuan pelik kita. CAK tidak kata yang mereka berdua bercinta, tetapi jika benar ada sesuatu yang terdetik dalam hati mereka, baguslah.

Nora pun perlukan seseorang untuk menjaganya, maklumlah bukan senang hendak menguruskan keluarga setelah bergelar ibu tunggal. Yang ingin jadi pengganti pun, kenalah bersiap sedia menerima status Nora. Jangan hendakkan ibu, anak diabai. Tak eloklah macam itu!
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:41 am

Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:43 am

Tawaran berlakon tak putus-putus cukup untuk Ayu Raudhah nikmati hidup senang

BERBEKALKAN wajah cantik dan susuk tubuh menawan, dia muncul sebagai antara pelakon wanita agak laris ketika ini apabila banyak tawaran diterimanya walaupun pembabitannya dalam bidang lakonan boleh dianggap masih baru.

Namun, tidak sesekali pun Raudhah Che Wan atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah, 25, menjadikan kelebihannya itu sebagai tempat untuk memancing orang kenamaan (VIP) sebagai cara untuk hidup mewah dengan cara mudah. Tegasnya, bukan itu yang dicarinya apabila menceburi bidang ini.

Bagaimanapun, sehebat mana pun mengelak, masih ada lelaki yang cuba mendekati, termasuklah mereka yang diakui memang dari kalangan VIP dengan ada di antaranya menawarkan pelbagai habuan mewah hanya mahu mendampinginya.

"Tipu kalau saya kata tiada yang cuba 'jual minyak' hingga saya sendiri pun naik rimas.

Namun, saya menganggapnya sebahagian daripada cabaran yang harus ditempuh apabila terbabit dalam bidang seni.

"Apa pun pandangan masyarakat, semuanya harus ditelan kerana itulah harga yang harus dibayar apabila keputusan dibuat untuk menceburi bidang ini. Yang penting, kita harus bijak membawa diri dan yakin pada diri sendiri," katanya.

Ayu berkata, tidak sesekali pun beliau menyesal menolak pelbagai tawaran mewah oleh mereka yang ingin mendampinginya kerana percaya ada banyak cara lain untuk mendapatkan kesenangan hidup.

"Jangan ingat pendapatan sebagai pelakon tidak boleh memberi kemewahan.

Yang penting, kita mesti gigih berusaha dan menyimpan. Alhamdulillah, setakat ini rezeki saya murah. Cukup untuk menanggung kehidupan sendiri dan keluarga.

"Lebih baik hidup mewah atas usaha sendiri daripada bergantung kepada pemberian orang. Sekurang-kurangnya saya tidak terhutang budi atau tidak perlu membalas budi sesiapa," katanya sambil menganggap bidang seni tidak sekotor seperti yang disangkakan oleh kebanyakan pihak.

Sama ada ia dilihat kotor atau bersih, segala-galanya terserah kepada cara seseorang itu membawa diri dalam bidang hiburan ini.

Ayu mengaku berasa simpati dengan nasib yang menimpa kakaknya, Rozita Che Wan kerana sering dikaitkan dengan lelaki kaya. Bukan sedikit gosip yang ditimbulkan konon kakaknya itu bertuah kerana boleh hidup mewah kerana mendampingi golongan berada.

Sebagai adik, katanya, beliau tumpang sedih apabila kakaknya dilanda gosip hebat sebelum ini, termasuk dakwaan kononnya sudah berkahwin secara rahsia dengan ahli perniagaan bertaraf jutawan yang juga suami kepada seorang penyanyi terkenal.

"Cukup-cukuplah cerita mengenai kakak saya itu. Kasihan saya melihat keadaannya. Bagi saya, itulah gosip paling hebat

pernah melanda dirinya sepanjang bergelar pelakon. Namun, di sebalik sesuatu kejadian itu, pasti ada hikmah.

"Ia memberikan kekuatan kepadanya, begitu juga ahli keluarga lain untuk terus menghadapi dugaan mendatang. Malah, kejadian itu juga turut dijadikan iktibar buat diri saya sendiri untuk lebih bersedia menghadapi keadaan serupa jika berlaku selepas ini," katanya.

Pernah dikaitkan seorang pelakon drama, Ayu berkata, dia tiada masa untuk membalas pelawaan atau cinta sesiapa, malah cukup senang dengan kehidupannya ketika ini.

"Saya mempunyai ramai kawan lelaki kerana mereka bersikap terbuka, senang berbicara dan mereka tidak mudah sensitif. Tapi kalau ada yang salah faham mengenai hubungan saya dengan kawan lelaki, saya hendak buat macam mana?

"Asal saja saya tahu jalan hidup saya, itu sudah cukup memadai. Susah hendak bagi orang faham siapa kita," katanya yang cukup bijak menyembunyikan kisah kehidupan peribadinya dan lebih senang cerita mengenai karier seninya dipaparkan.

Teringin berlakon filem

Di sebalik bintangnya yang bersinar sebagai dramatis, dengan puluhan drama dan telefilem pernah dilakonkannya walaupun masih baru dalam bidang lakonan, timbul pula minat untuk mencuba nasib di layar perak.

Ayu berkata, minat itu mula wujud selepas melihat kejayaannya kakaknya di pentas filem, malah sedia menimbang sebarang tawaran yang bakal diberikan kepadanya selepas ini.

"Sebenarnya, bukanlah saya pernah menerima tawaran filem cuma tidak kena masa. Tawaran itu muncul ketika saya terikat dengan penggambaran drama. Peluang itu terpaksa dilepaskan sebab takut tidak mampu membahagikan masa dan komitmen.

"Ketika itu juga, saya merasakan diri ini masih belum bersedia berlakon filem. Bagi saya, komitmen sebagai pelakon filem lebih sukar kerana penggambarannya lebih lama berbanding drama atau telefilem. Namun, selepas melihat kejayaan kakak, teringin juga saya mencubanya," katanya.

Meminati filem aksi dan pengembaraan, Ayu mengakui tawaran diterima melimpahruah sejak kebelakangan ini, namun ia tidak sesekali pun menjadikan beliau tamak dan membolot segala tawaran berkenaan kerana percaya sikap negatif itu boleh menghancurkan kerjaya lakonannya.

"Tawaran memang banyak tetapi tidak semuanya saya ambil. Biasanya sesuatu tawaran saya terima mengikut kemampuan dan kesesuaian masa. Kita tidak perlu tamak kerana sikap itu akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.

"Sebenarnya, saya tidak bimbang pun fasal soal tawaran sebab yakin peluang sentiasa ada. Dalam melaksanakan sesuatu kerja, saya sentiasa mementingkan soal fokus bagi memastikan mutu lakonan saya berada pada tahap membanggakan," katanya.

Minat jadi Lara Croft

Dalam kebanyakan drama dan telefilem lakonannya sebelum ini, Ayu lebih cenderung membawakan watak gadis baik atau gadis pingitan, seolah-olah sinonim dengan karektor dirinya yang lemah lembut, bersopan santun dan kaya dengan adat ketimuran.

Berikutan itu, beliau secara jujur mengakui ada ketikanya bosan membawakan watak sebegitu, namun tetap melakonkannya dengan baik hingga meninggalkan kesan mendalam kepada penonton atas alasan memenuhi tuntutan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

"Disebabkan sudah selalu sangat diberikan watak sebegitu, saya tidak lagi menganggapnya sebagai watak mencabar. Justeru, saya berharap ada produser atau pengarah yang sudi menawarkan watak yang lebih menarik kepada saya selepas ini.

"Saya menginginkan watak yang boleh mencabar kemahiran lakonan saya seperti orang gila... pesakit mental yang mengalami tekanan perasaan. Ia nampak mudah tetapi watak itulah yang sebenarnya paling sukar untuk dilakukan," katanya.

Atas sebab itu, Ayu begitu mengagumi manamana pelakon yang berjaya melakonkan watak orang gila dengan baik kerana ia memang sukar dilakonkan, dengan perlu banyak rujukan dilakukan.

"Selain orang gila, teringin juga saya melakonkan watak pemburu harta, Lara Croft dalam filem blockbuster Hollywood, Tomb Raider. Bagi saya, watak itu cukup sukar dilakonkan kerana menampilkan banyak aksi ketangkasan. Yang pasti, bukan mudah untuk menjadi Lara Croft.

"Kejayaan Angelina Jolie menghidupkan watak itu cukup dikagumi. Dulu saya tidaklah meminati Jolie tetapi selepas melihat aksinya dalam filem itu, saya pun teringin menjadi sepertinya," katanya.

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:48 am

Datuk Siti ...lepas balik umrah..



Siti yang baru balik dari mengerjakan umrah pula berkata, dia sedangmembuat persiapan mengadakan konsert di Istana Budaya pada penghujungJun ini.

"Dah lama tidak mengadakan konsert jadi saya terujauntuk memberikan yang terbaik kepada peminat. Konsepnya saya mengambililham daripada konsert Celine Dion tetapi mengikut bajet dan kemampuanyang ada. Celine membuat persediaan untuk konsert yang diadakan diAmerika Syarikat itu hampir setahun tetapi saya tak sampai dua bulan.

"Konsertyang diadakan selama tiga hari itu menggunakan khidmat Aubrey Suwitosebagai pengarah muzik dan Pat Ibrahim selaku koreografer. Saya akanmenggabungkan elemen nyanyian, tarian, grafik dan imej untukmenampilkan sesuatu yang berbeza dan menarik kepada penonton.

"Saya masih lagi menunggu persetujuan beberapa penaja kerana ia membabitkan kos tinggi hampir setengah juta.

"Penajayang sudahpun memberi persetujuan Maxis, Jackel dan Apex dan dari orangpersendirian. Mungkin konsert ini berskala kecil tetapi konsert yangdibuat di IB lebih eksklusif dan saya akan menggunakan segala kemudahanyang ada di sana untuk memastikan kehebatan konsert itu.

"Perjalanankonsert itu menceritakan suka duka saya berada dalam persada seni ini.Ada rasa bahagia, seronok, geram dan marah," katanya.

Padapertemuan itu, Siti yang sudah 12 kali menerima anugerah PenyanyiWanita Popular ABPBH, menasihatkan Nabil supaya tabah menghadapicabaran.

"Nabil kena kuat kerana inilah laluan yang akandilaluinya oleh semua artis. Sama ada perkara itu baik atau buruk, cubaterima dengan hati dan minda terbuka. Inilah kehidupan sebenar dantangani dugaan dengan bijak supaya kontroversi tidak makan diri.

"PerjalananNabil sudah bermula dan sebagai artis dia ada tanggungjawab kepadamasyarakat dan bawalah sesuatu yang baik untuk mereka," katanya.
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:48 am

Farid Kamil, Diana Danielle bercinta?



DARI kiri, Diana bekas kekasih Syamsul. Farid pernah bertakhta di hati Irma. Lisa dikatakan pilih pramugara sebagai kekasih.



Pelakon remaja itu khabarnya pernah mengaku jalin hubungan serius dengan pengarah muda

PATAH tumbuh hilang berganti, cinta yang pergi kini berganti. Rasanya pantun dua kerat yang Zubir tulis tengah malam Rabu lalu sesuai ditujukan kepada tiga artis muda yang sedang menempa nama ini - Diana Danielle, Farid Kamil dan Lisa Surihani. Diana yang pernah menjalin cinta dengan pelakon dan pengarah muda, Syamsul Datuk Yusof Haslam, khabarnya sudah bertemu pengganti, siapa, sekejap lagi Zubir canangkan.

Begitu juga dengan aktor muda dan pengarah berbakat, Farid Kamil, apabila hubungan cintanya Irma Hasmie putus di tengah jalan, dia sudah ada kekasih baru, tapi dengan Lisa Surihani seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya dia kini dikatakan bercinta dengan Diana Danielle!

Memang susah nak percaya, Zubir sendiri terlopong mulut apabila pertama kali dikhabarkan oleh seorang teman artis ketika kami sama-sama melepak di sebuah restoran mamak di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mana tidaknya, sebelum ini kita sering disajikan dengan cerita Farid 'berteman tapi mesra' dengan Lisa.

Ketika menemubual Farid sebelum ini, dia pernah mengaku kepada Zubir, Lisa adalah kawan baiknya dan tidak menolak ketentuan Tuhan sekiranya Lisa adalah jodohnya suatu hari nanti. Diana pula selepas putus cinta dengan Syamsul, dia terus mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai 19 Mac lalu di Kem Princess Haliza, Sepang, justeru mana ada peluang dia berkesempatan menjalin hubungan cinta dengan Farid?

"Abang Zubir, betul, sekarang ni Farid dengan Diana, bukan Lisa! Itulah ramai orang tak tahu hal ini. Memang Farid sering digosipkan dengan Lisa, tapi semua itu untuk tujuan komersial semata-mata demi kerjaya lakonan mereka. Tambahan pula kedua-duanya bernaung di bawah syarikat yang sama dan sama-sama terpilih sebagai wajah eksklusif Astro. Tapi, dia orang tak ada apa-apapun, hanya kawan baik.

"Tapi, Farid dengan Diana, kes lain. Sekalipun Diana tidak pernah memberitahu saya siapa cinta barunya, tapi dia pernah berbisik kepada kawan baik saya, dia sekarang dengan Farid! Kalau kawan saya tu tipu, maka tipulah cerita ini Abang. Tapi, saya yakin, kawan saya tak akan buat cerita kalau dia tak dengar sendiri daripada mulut tuan punya badan. Yang pasti, Farid dan Diana ni, pandai cover line, cinta rahsia!," cerita teman artis berkenaan kepada Zubir.

Memang sukar diterima khabar angin ini sekiranya bukan keluar daripada mulut teman artis tadi. Zubir sendiri paksa diri untuk percaya sebab teman artis tadi beriya-iya benar bercerita kepada Zubir. Tapi, tak tahulah sekiranya maklumat yang diterima daripada kawan baiknya itu hanya gurauan semata-mata daripada Diana. Tapi, tak logik sekiranya soal hati dan perasaan ini, Diana nak buat main-main pula!

Yang peliknya bagaimana Farid dan Diana berhubungan, mana ada SMS, e-mel dan sebarang bentuk komunikasi tidak dibenarkan kepada peserta PLKN. Tapi, lainlah pada hujung minggu apabila peserta dibenarkan membuat panggilan telefon menggunakan telefon awan di kem! Pun begitu, apabila difikirkan kembali, cinta tiada sempadan. Siapa tahu, Farid dan Diana mempraktikkan cinta 'program jarak jauh' atau cinta 'PJJ'!

"Lisa sekarang ni bercinta dengan seorang pramugara. Ramai orang tak tahu Abang Zubir, Lisa ni kuat simpan rahsia," tambah teman artis tadi kepada Zubir.

Bagi Zubir, mereka semua masing-masing masih bujang dan ada sejarah cinta silam yang terhenti di tengah jalan. Justeru, tak salah mereka bertemu cinta baru, kehidupan dan karier mesti diteruskan. Yang penting, jangan jadi perampas kekasih, tunang, suami atau isteri orang! Ketiga-tiganya solo, elok eratkan lagi perhubungan itu, insya-Allah perhubungan yang ikhlas akan berakhir di gerbang perkahwinan.

Pun begitu, sekiranya apa yang Zubir teropong ini tidak tepat atau sekadar gosip semata-mata, kepada Diana, Farid dan Lisa, maafkanlah Abang Zubir, okey cun! Selamat berhari minggu, kita enjoy!
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:49 am

Pengorbanan Maizurah



TIDAK pernah kesal mengambil keputusan berkahwin kala nama di puncak kerana kehidupan ini memerlukan pengorbanan. Antara kerjaya dan rumah tangga, artis kelahiran Singapura, Maizurah Hamzah, 37, lebih rela memilih menjadi isteri dan ibu.

Wanita jelita yang kini dikurniakan tiga cahaya mata, Zikri Adib Kurnia, 12, Nadira Azrah Kurnia, 7, dan Izz Ilham Kurnia bertemu jodoh tatkala dia berhadapan dengan masalah album barunya dengan BMG. Ketika banyak perancangan terbantut dia memutus untuk menamatkan zaman solonya.

"Saya inginkan keluarga bahagia dan dikelilingi cahaya mata. Bukan tidak sayangkan kerjaya seni yang sedang berkembang, tetapi saya tidak akan memperoleh semua sekali. Demi kebahagiaan rumah tangga tumpuan pada kerjaya perlu dikurangkan. Tiada kesal langsung kerana hampir 13 tahun berkahwin saya dikurniakan rumah tangga bahagia, suami pengasih dan anak yang baik," katanya.

Ketika ditemui pada pelancaran program televisyen Megadrama Astro, Maizurah berkata dalam sibuk menguruskan rumah tangga, dia sempat berlakon drama bersiri, Dua Marhalah arahan Along Kamaludin .
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:54 am

Syurga Cinta: Awal Pancing Heliza



Kontroversi yang pernah melanda pelakon Awal Ashaari yang memakai jubah tetapi pada masa sama mengayakan subang, akan terjawab dalam filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham.

Hanya menerusi filem terbaru terbitan MIG Production Sdn Bhd itu penonton akan dapat menemui jawapan mengapa Awal yang memegang watak sebagai Irham sanggup bergaya seperti itu.

Melalui filem itu juga, anda akan dapat menyaksikan dan menilai lakonan sulung Heliza AF yang memegang watak sebagai Syuhadah, seorang guru agama cantik lulusan universiti.

Apakah hubungan antara Irham dan Syuhada meskipun masing-masing berbeza latar belakang serta cara hidup?

Menjalani pengambaran pada Julai tahun lalu, Syurga Cinta turut mengundang Adik Haziq yang turut memegang watak utama sebagai Ikmal, iaitu kanak-kanak yang nakal dan petah berbicara.

Syurga Cinta akan mengupas kehidupan 2 individu Melayu dengan 2 akidah yang berbeza. Ia mengetengahkan elemen keagamaan di dalam kisah cinta remaja. Pertembungan 2 gaya hidup inilah yang menonjolkan nilai yang menarik.

Filem ini menceritakan Irham, berusia lewat 20-an, anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti masyarakat Barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis sehingga Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham tidak menang lagi, mereka akhirnya mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak akan pernah menyukai gadis sebegini. Dan gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis bertudung tetapi berfikiran moden yang masih mempertahankan nilai seorang muslimah.

Syuhadah merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap diasuh dengan didikan agama yang cukup.

Irham mula melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan guru agama di sekolah adik angkatnya, Ikmal. Irham cuba menggunakan bantuan Ikmal untuk menjayakan misinya itu.

Syurga Cinta yang akan mula ditayangkan pada 21 Mei ini turut membariskan pelakon Mustapha Kamal, Dian P Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Sam Saheizy dan pelawak veteran Wazata Zain.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:56 am









Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:57 am

Faizal AF4 Dikejar Hantu Momok!



Lama juga Murai Batu tak dengar cerita tentang . juara AKademi Fantasia 4 (AF4), Faizal Ramly atau lebih mesra dengan Faizal Senyum Sokmo. Kali terakhir Murai Batu dengar, Faizal dilaporkan menjadi vokalis kumpulan Iklim menggantikan Saleem.

Bagaimanapun, dah hampir berbulan lamanya, projek tersebut macam tak kedengaran lagi. Tak tahulah sama ada akan menjadi atau dah terbantut sebab kegawatan ekonomi.

Tup-tup, Murai Batu terdengar cerita Faizal yang popular dengan lagu Datanglah, baru-baru ini telah melalui peristiwa seram dikejar hantu momok! Sampai trauma dibuatnya Faizal dan ia berlaku ketika dia pulang ke kampungnya.

Rupanya ia berlaku dalam filem Momok The Movie arahan M Jamil. Jangan main-main, dalam filem itu Faizal pegang watak utama dan berlakon di sisi pelawak veteran Dato' Aziz Sattar dan Nabil Raja Lawak.

Baguslah tu. Tentunya peminat Faizal akan gembira mendengar perkembangan penyanyi dari Terengganu ini. Khabarnya selepas filem hantu lawak itu, dia muncul pula dalam sebuah filem bercorak percintaan romantis pula. Wah, makin aktif berlakon nampaknya Faizal. Mungkin dia akan menjadi juara AF yang berjaya sebagai pelakon berbanding penyanyi atau mungkin kedua-duanya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 9:58 am

Rahsia Hati Sasar 1 Juta Penonton



KUALA LUMPUR, 18 MEI 2009: Selepas Dinasti Bilut, produser dan aktor popular, Rosyam Nor kini sedang mempertaruhkan pula projek drama siri kedua terbesarnya iaitu Rahsia Hati yang mempunyai 40 episod.

Membariskan pelakon yang berkaliber seperti Aaron Aziz, Arash Mohd, Rita Rudaini, Hafizuddin Fadzil, Ifa Raziah, Watie Elite serta Rosnah Johari, drama penuh konflik dan menyentuh hati ini masih menghiasi slot Astro Prima sejak 23 April lalu, setiap Khamis jam 10 malam.

Rosyam berkata, drama terbitan syarikat produkisnya, Suhan Movie & Trading itu sebenarnya menampilkan watak yang sudah lama diimpikannya tetapi ia telah diserahkan kepada Aaron Aziz.

"Memandangkan Aaron jauh lebih kacak daripada saya, maka dia lebih sesuai untuk membawakan watak tersebut. Lagipun, selalu orang cakap, balik-balik muka saya yang berlakon dalam drama yang saya terbitkan sendiri.

"Saya rasa pengarah pun bosan sebab asyik tengok muka saya saja. Lagipun komitmen terhadap kerja-kerja yang lain juga tidak mengizinkan saya untuk berlakon dalam drama ini.

"Tetapi saya percaya saya telah memilih barisan pelakon yang mantap serta berdisiplin dalam drama ini. Kalau lakonan mantap tetapi tidak ada disiplin tidak guna juga," katanya kepada murai.com.my.

Menurut Rosyam lagi, dia juga percaya bahawa projek drama yang menelan bajet sebanyak RM1.6 juta itu mampu memuaskan hati peminat drama Melayu, apatah lagi bila ceritanya ditulis oleh Sharifah Abu Salem yang selalunya tidak mengecewakan penonton.

"Terima kasih juga buat pengarahnya, Amie kerana masih terus setia bersama saya serta faham apa sebenarnya kehendak saya. Tetapi, dalam tempoh 4 bulan lebih bulan menjayakan shooting drama ini, saya tidak nafikan pasti ada sedikit kacau-bilaunya dalam produksi ini.

"Masalah itu dicetuskan oleh salah seorang tenaga produksi di unit konti. Akibatnya proses suntingannya mengambil sedikit masa. Apapun saya harap akan dapat berkerjasama lagi dengan pihak Astro pada masa akan datang," katanya.

Rosyam turut menyatakan matlamatnya untuk mencapai rating sebanyak 1 juta penonton di Astro Prima menerusi drama bersiri yang menampilkan 100 artis tambahan ini.

"Hasrat saya adalah untuk memecahkan rekod drama Mertua Vs Menantu yang diterbitkan David Teo untuk Astro. Ia satu persaingan secara sihat," katanya.

Rahsia Hati yang menggunakan lagu latar Datanglah nyanyian Juara Akademi Fantasia 4, Faizal Ramly, mengisahkan percintaan di antara Syamir dan Kamelia yang menempuh pelbagai dugaan serta cabaran.

Pada waktu yang sama, Syamir terpaksa berhadapan dengan kemelut keluarganya. Ibu tirinya, Maria, bimbang kalau-kalau Syamir akan membongkar rahsia hubungan sulitnya dengan seorang lelaki, Jimmy.

Abang tirinya, Fazlan pula telah berkomplot dengan Maria untuk merampas empayar perniagaan yang diusahakan ayahnya, Datuk Azmi. Demi mengejar impian tersebut, Maria sanggup mengupah Jimmy untuk merancang kemalangan yang membabit Syamir hingga dia hilang keupayaan diri.

Tanpa disedari setiausahanya, Sarah turut menaruh hati kepadanya, manakala kawan baiknya, Ammar, pula dalam diam-diam mencintai Kamelia sedangkan dia juga menyayangi Kamelia. Saksikan seterusnya kesudahan Rahsia Hati di Astro Prima.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:01 am

Ah! Gambar Nabil & Irma Candid Di Pavilion

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:04 am

Taja (MUH) Muntah Darah



Anggota kumpulan indie nombor satu Meet Uncle Hussain (MUH) iaitu Taja (ketua kumpulan dan pemain gitar) dimasukkan ke hospital selepas muntah darah.

Pada malam Khamis lalu Niezam ada telefon Kimi pengurus kumpulan MUH. Saja nak borak-borak. Tapi kata Kimi masa tu dia berada di Pusat Perubatan Colombia Asia dia Subang Jaya kerana Taja dirawat di hospital.

Menurut cerita Kimi, sebelum ini Taja pernah menghidap ulser di dalam perut tapi penyakit itu sudah pulih. Tapi beberapa hari lalu Taja demam teruk sampailah dia muntah-muntah dan keluar darah yang banyak.


Akhirnya dia terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kata Kimi lagi, doktor mengesan ulser dalam mulutnya menjadi serius. Kerongkong dia luka-luka sehingga ke usus.

Malah doktor juga sedang mencari punca macam mana darah boleh keluar daripada mulut dia tu.

“Sekarang dia dah beransur pulih. Doktor nasihatkan jangan merokok dulu. Tapi keadaan dia agak lemah,” kata Kimi.

Niezam tanya juga apa jadi dengan anggota MUH sebenarnya sebab Niezam dapat mesej mengatakan kumpulan itu berehat seketika.

Kata Kimi, anggota MUH dalam proses nak selesaikan masalah dengan syarikat rakaman mereka.

Kes agak besar sehingga boleh menyebabkan ia dibawa ke mahkamah tapi mereka tak mahu terangkan punca perkara itu kerana segala-galanya diserahkan kepada peguam.

Dalam pada itu MUH terpaksa berehat kerana nak selesaikan isu dalaman yang terjadi di antara mereka. Yalah, semua orang dah tahu penyanyi mereka si Lan khabarnya tak “sebulu” dengan geng-geng lain.

Kerana masalah-masalah itu, dia orang tak nak ambil mana-mana show lagi. Masing-masing akan buat kerja lain. Pendek kata kalau kena jual burger, terpaksalah buat macam tu.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:06 am

Julia Hana Kahwin Senyap-Senyap?



Pelakon drama popular Sembilu Kasih iaitu Julia Hana yang banyak kisah kontroversi sebelum ini khabarnya dah selamat berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Betul ke Julia? Kenapa senyap saja? Tak bagi tahu pun. Tapi menurut sumber yang singgah ke telinga Niezam memaklumkan perkara itu memang benar berlaku. Bukan cerita kosong ataupun rekaan.

Menurut sumber, ahli perniagaan itu berusia dalam lingkungan 40-an. Perkahwinan itu atas dasar suka sama suka.

“Saya boleh mengesahkan yang Julia memang sudah berkahwin dengan ahli perniagaan itu. Minta mana-mana wartawan tolong siasat perkara ini,” kata seseorang.

Apa? Siasat? Tak payah la rasanya nak siasat macam Nas Ahmad Melodi nak terjah artis.


Kalau dia orang kahwin dan nak bagi tahu peminat, biar dia oranglah yang buka mulut sendiri. Lagipun Malaysia ni tak besar mana pun. Pusing-pusing jumpa juga akhirnya. Tapi Niezam selidik juga tentang perkahwinan Julia Hana tu. Kata sumber berkenaan Julia hidup bermadu.

Hai… tak kisahlah bermadu ataupun tidak asalkan mereka berkahwin cukuplah.

Sebelum ini Julia pernah melalui macam-macam kisah sensasi termasuklah kes tarik rambut dengan mak datin di sebuah pusat beli belah tak lama dulu.

Tapi kes berkenaan akhirnya dapat diselesaikan dengan baik. Sumber berkenaan turut minta Niezam pesan kepada Julia Hana supaya jaga diri baik-baik. Maklumlah bukan senang kalau hidup bermadu. Dugaannya macam orang nak naik gunung Everest juga. Silap-silap hari bulan tergelincir jatuh tergolek-golek.

Kepada Julia kalau benarlah dia berkahwin, selamat pengantin barulah. Jaga diri baik-baik ya.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:08 am

(Gambar) Van 14 Meter Milik Datuk Shah Rukh Khan



Shah Rukh Khan pernah di’nobat’kan sebagai King Khan, kali ini beliau ingin menonjol’kan kuasa ‘dirajanya’ dengan memiliki sebuah van sepanjang 14 meter yang di’lengkapi teknologi tinggi & kemasan yang mewah, yang di’reka khas oleh Dilip Chhabria atas kehendak Shah Rukh Khan sendiri.



Menurut sumber, “Van tersebut seperti sebuah kapal angkasa. Di’lengkapi dengan 5 bilik, kesemua’nya akan mempunyai fungsi masing-masing seperti bar, gim, pejabat, bilik tidur & bilik mandi. Tambah’nya lagi, hobi Shah Rukh Khan yang cinta pada muzik memberi’kan idea kepada pereka dengan melengkap’kan van tersebut dengan kejuruteraan bunyi.”

Van tersebut juga boleh memberi’kan kepelbagaian mood dengan hanya sentuhan jari. Andai kata Shah Rukh Khan ingin berada dalam mood party, sentuhan jari memberi’kan arahan kepada komputer yang lantas menukar’kan mood lampu mengikut kehendak Shah Rukh Khan.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:10 am

Akhil Hayy Mengaku Waheeda Isterinya!



SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ’status’mereka itu.

“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.

Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.

Malah, sikap ’sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.

“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.

“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis. Mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkan imej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat dengan aktiviti dakwah.

“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.

“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalam program berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:34 am

Gambar anak Malique dan Melissa

Inilah anak sulung Malique dan Melissa. Diberi nama Inca Medina Malique yang dilahirkan pada 1 May 2009, jam 11:42 pm dengan berat 3.45 kg.



Untuk rekod, penyanyi yang cukup dikenali dengan kumpulan Too Phat, Malique Ibrahim, 31, sah berkahwin dengan model dan pelakon jelita, Melissa Maureen Rizal, 28. Mereka bernikah dan bersanding di Nusa 2, Bali, Indonesia pada satu tarikh yang amat simbolik iaitu 8 Ogos 2008 setelah bercinta setengah tahun dan mengikat tali pertunangan selama tiga tahun.

Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:36 am

Jin Notti : Babak Mawi beruniform polis dipotong-



Mawi (kanan) bersama pengarah filem Jin Notti, Azhari (tengah) dan Fara Fauzana (kiri) ketika majlis pengumuman kerjasama KRU dan TM dalam filem itu.


PENYANYI popular Asmawi Ani atau Mawi pernah dipanggil oleh pihak polis kerana mengenakan uniform seragam polis dengan wajah berjambang yang melanggar etika Polis DiRaja Malaysia.

Tanpa semena-mena Mawi berkata, babaknya beruniform polis ketika dalam mahkamah akhirnya tidak dimuatkan dalam filem Jin Notti yang dilakonkan olehnya.

“Saya rasa sayang pula apabila babak dalam mahkamah dengan saya memakai baju uniform dan berjambang itu dipotong.

“Saya pun tidak tahu sebab apa. Mungkin sebab keadaan saya melanggar etika uniform polis,” komen Mawi ketika majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dengan Telekom Malaysia Berhad bagi merealisasikan kemunculan Jin Notti.

Ditanya kepada Ketua Kumpulan KRU Studios selaku produser filem ini, Norman Abdul Halim, berkata babak Mawi itu tidak diperlukan kerana tidak signifikan dengan subplot cerita dan durasi masa untuk filem yang singkat.

“Ikutkan kita boleh hilangkan janggut Mawi dalam babak itu dengan menggunakan teknik ‘Computer Generated Imagery’ (CGI) tetapi tak perlu sebab ia tak penting.

“Kita lebih fokuskan kepada konflik Inspektor Aziz (Mawi) dan Notti (Fara Fauzana) yang mempunyai drama di situ,” jelas Norman.
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:41 am

Gambar Perkahwinan adik Wardina-Sumayyah





Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:42 am



Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 10:49 am

(Gambar) Siti Nurhaliza dan Dato K di majlis Zamarul dan Diana Rafar

Menjadi artis popular bukan mudah bahkan lensa kamera sentiasa dihalakan kepada anda terlebih dahulu sebelum orang lain. Lagi-lagi bila pelbagai isu telah anda timbulkan. Antaranya pertikaian mengenai tudung yang kejap ada kejap tiada atau pelbagai lagi kemungkinan yang ada.

Hurm.. Berikut adalah gambar terkini Dato Siti Nurhaliza dan suami semasa bertandang ke majlis perkahwinan Zamarul Hisham dan Diana Rafar baru-baru ini di Shah Alam.



Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   Mon 18 May 2009, 12:09 pm

Siti Sarah Kuruskan Badan 7 Kg Untuk Hollywood



Mak aih. Terkejut kami tengok gambar terbaru Siti Sarah semasa mencuba nasib di pertandingan WordStars Road To Hollywood 2009. Kurus gile macam tinggal rangka jer.

Selidik punya selidik, Siti Sarah dah hilangkan 7 kg semata-mata untuk pertandingan tue. Mungkin nak penampilan lebih menarik kot masa kat Hollywood nanti.

Satu jer nasihat dari kami untuk Siti Sarah, janganlah sampai tak bertenaga nak menyanyi nanti. Kurus tue penting tapi orang Hollywood tak tengok sangat muka atau bentuk badan. Yang penting kualiti nyanyian anda tue.
Back to top Go down
View user profile
 

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: -
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Report an abuse | To have a free blog