HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Latest topics
» t-shirt dan lengging sedia untuk di borong
Yesterday at 9:15 pm by AWEKN9

» Oasi 13 | www.herbauntuklelaki.com
Yesterday at 4:34 pm by untuklelakidotnet

» Oasi 13 | Ubat Kuat Khas Untuk Lelaki - www.herbauntuklelaki.com
Yesterday at 4:30 pm by untuklelakidotnet

» Bathmate Hydromax Xtreme Malaysia 100% Original
Tue 16 Dec 2014, 6:07 pm by untuklelakidotnet

» Bathmate Hydromax Xtreme x30 | Pam Hydro Besarkan Zakar Terbaik
Tue 16 Dec 2014, 6:06 pm by untuklelakidotnet

» Suami Isteri Shoppe: Penis Prober Sleeve
Mon 15 Dec 2014, 5:53 pm by untuklelakidotnet

» Suami Isteri Shoppe: Penis Prober Sleeve
Mon 15 Dec 2014, 5:53 pm by untuklelakidotnet

» DIANA Penis Enlargement Essential Oil Male Delay oil Sex Oil
Sun 14 Dec 2014, 4:04 pm by untuklelakidotnet

» Energy Power Ring (Cincin zakar tahan lama bersetubuh)
Sun 14 Dec 2014, 3:54 pm by untuklelakidotnet

Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:37 pm

Daphne Iking Sedia Jadi Ibu Tunggal



KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2009: Entah mengapa, tiba-tiba perkataan ibu tunggal terpacul keluar dari mulut personaliti TV, Daphne Iking, 31, tatkala portal murai.com.my bertanyakan situasi kehidupannya sekarang.

Jelas bahawa hos rancangan Breakfast Show di ntv7 ini, sudah tidak dapat melawan perasaan kecewanya dan telah sudah bersedia untuk melalui kehidupan sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya Isobel yang kini berusia 2 tahun.
"Saya bersyukur kerana kehidupan saya sekarang dilimpahi dengan begitu banyak rezeki. Satu petanda yang cukup baik walaupun tidak lama lagi saya akan bergelar ibu tunggal. Apa saja yang saya lakukan sekarang ini hanyalah untuk Isobel semata-mata," kata Daphne.

Dia kini bergelar Penerbit Bersama bagi program sensasi Ford Model's Supermodel of the World Malaysia 2009 Model Search bersama Amber Chia.
Daphne berkata, dia sememangnya tidak menduga, bahtera perkahwinan yang dilaluinya bersama seorang ahli perniagaan, Chong Ying Yih sejak 2007 lalu akan tenggelam buat selama-lamanya selepas dilanda badai. Hubungan rumah tangga Daphne dan Chong mula renggang apabila dikatakan wujudnya orang ketiga.
Susulan daripada itu, Mahkamah Majistret telah menetapkan 9 Disember depan untuk prosiding kes membabitkan suami Daphne yang mendakwa seorang pengurus telah cuba memikat isterinya.
"Memang saya tertekan dengan situasi ini. Mana-mana wanita akan merasai perasaan yang sama. Tapi untuk melupakannya saya cuba menyibukkan diri dengan kerjaya yang saya lakukan sekarang.

"Saya juga bersyukur kerana dikelilingi individu yang mempunyai sikap positif. Tapi apa yang pasti, peristiwa ini mengajar saya untuk kenal siapa rakan sebenar dan siapa yang tidak.
"Bagaimanapun saya tidak pernah menyesal dengan apa juga keputusan yang saya buat, termasuklah penceraian ini. Kerana bagi saya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yang penting, saya memiliki seorang anak yang cantik dan doa daripada semua rakan-rakan," katanya yang sebenarnya baru pulih daripada demam denggi.
Ditanya mengenai penerimaannya dengan status janda atau ibu tunggal, Daphne bagaimanapun tidak mengambil pusing dengan gelaran itu, sebaliknya bersyukur dengan kehadiran ibu tercinta yang member sokongan fizikal dan mental kepadanya.

Jelas Daphne, apa yang perlu dilakukan pada waktu ini dengan bersyukur dan memperbanyakkan doa supaya dapat mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal dengan semudahnya. Walaubagaimanapun dia akui, kehidupannya kini agak kesunyian malah lebih sunyi kerana tiada lagi insan yang dapat berkongsi cerita harian tatkala pulang ke rumah.
"Tapi mungkin tidak lagi selepas ini sebab rutin harian saya sangat sibuk. Bila pulang rumah saja, badan sudah letih dan terus tidur. Tapi saya rindukan waktu bersama dia terutama bila berkongsi cerita dalam banyak perkara," katanya.


Pertama kali bergelar penerbit

Sementara itu, jelitawan kelahiran Sabah ini sedang menghitung hari untuk melihat hasil kerjanya bersama supermodel Amber Chia terlaksana dengan jayanya.
Meskipun sedar segala-galanya hadir begitu pantas, Daphne berkata dia gembira apabila Amber berminat untuk memilihnya sebagai hos program realiti Ford Model's Supermodel of the World Malaysia 2009 Model Search sekali gus sebagai penerbit bersama rancangan berkenaan.
"Saya tak sangka, persahabatan selama 6 tahun telah membuatkan Amber percaya kepada saya untuk mengendalikan rancangan ini. Mungkin juga cara Amber melihat kelebihan saya yang mempunyai latar belakang dalam bidang penerbitan.
"Tambahan pula, baru-baru ini saya dan Amber pernah berlakon dalam teater yang sama," katanya akan turut beraksi melalui filem Mat Spy dan sebuah program baru terbitan ntv7, Ladies Day Out.
Daphne nyata tidak meletakkan sebarang keraguan dengan keupayaan Amber untuk menerbitkan program realiti berkenaan kerana dia percaya sikap positif dan komitmen model itu dalam apa juga yang dilakukan selalunya akan membuahkan hasil.
"Ini adalah kali pertama saya bekerja dengan rakan baik. Juga kali pertama saya bertindak selaku penerbit bersama. Apa yang pasti saya akan lebih sibuk selepas ini," katanya.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:40 pm

Babak Peluk Akim, Noni Dapat Perhatian



KL, 6 NOVEMBER 2009: Selepas tengok drama Kau & Aku di Astro minggu lalu, Murai Batu makin seronok pula melayan drama lakonan bakat baru seperti Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila dan Farish Aziz ini.


Ramai juga memberikan komen positif dan tidak kurang mengkritik drama itu terutama dari segi lakonan. Antaranya, ada pihak kurang setuju dengan pemilihan Mila dan mahu tempat Mila digantikan dengan Aishah AF7. Biasalah, semua kan masih baru, lama-lama nanti OK lah tu.
Ada juga komen tentang babak Noni terjatuh di pangkuan Akim. Kata mereka aksi itu macam sengaja dibuat-buat. Tapi kata mereka Akim tentu suka dengan adegan tersebut dan cuba mengambil kesempatan untuk memeluk Noni. Alah, janganlah macam tu, semuanya kan hanya lakonan.
Dari segi lakonan, Murai Batu perhatikan, Ika Nabila, Farish dan Noni lebih bersahaja, mungkin sebab mereka sudah lama berlakon berbanding yang lain.


Dalam pada itu, bintang-bintang Kau & Aku akan turun ke gelanggang bola Ahad ini untuk kejohanan EPLx Kosmo Football Fever anjuran akhbar Kosmo! Pasukan mereka itu yang bergelar Fantastik Murai telah ditubuhkan oleh murai.com.my untuk menetang pasukan lain dari pagi sampai ke malam. Ia berlangsung di Sports Planet Shah Alam, Seksyen 16. Datanglah bersorak kalau ada masa.
Dan bagi mereka yang minatkan si Noni pula, jangan lupa bertandang ke Gempak Desa Astro bersama Mawi dan ramai lagi artis di Kluang, Johor esok, Sabtu.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:45 pm

Eh,Liyana Jasmay Kahwin Ke?



Rilek dulu, sebenarnya kakak kepada Liyana Jasmay yang langsungkan perkahwinan baru-baru ini. Alahai, cantik & anggun wajah kakak kepada pelakon Liyana Jasmay ini




_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:46 pm

Di mana ada Liyana Jasmay di situ la ada Aizat....



_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:48 pm

Wow, Khairy Jamaluddin Dalam Majalah Bazaar!



Kami yakin, tidak semua ahli politik ternama sepertinya. Setakat ini, hanya beliau seorang sahaja ahli politik yang mempunyai daya saing untuk masuk ke dalam industri hiburan. Mungkin ini adalah kaedah beliau untuk lebih mendekati generasi masa kini supaya lebih berminat dengan dunia politik. Nice job Khairy! Tapi, baju tu nampak macam awww la Khairy, patut majalah ni beri pakaian yang segak-segak, baru menyerlah. Jangan marah ye bang, hihi.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:52 pm

gambar Nurul Syuhada berbaju kahwin






_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:52 pm

gambar Eira Syazira nampak bra



_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:55 pm

gambar anak dara Ziela Jalil pula



Ala ala.. dulu tecit tomey jerk. Dah besar panjang ni makin lawo pulak. Susah bebeno nak add Julia ni dalam facebook. Memang dia anti-media agaknye..


_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 08 Nov 2009, 5:59 pm

Tak terdesak cinta



NAMA Marsha Milan Londoh paling sukar dipisahkan daripada gosip-gosip picisan seperti wanita penggoda. Sejak berjuang di dalam Akademi Fantasia 3 (AF3), gadis kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini tidak pernah sunyi dengan sapaan nakal termasuk pernah dilabelkan sebagai simbol seks masa kini. Pernah dinominasi sebagai Wanita Terseksi dalam Anugerah Shout baru-baru ini, kata Marsha: "Saya tak tahu kenapa saya sering kena gosip. Saya faham, sebagai artis memang orang suka ambil tahu hal peribadi dan bercerita hal yang kadang-kadang tidak masuk akal. Bagaimanapun saya terima semuanya dengan baik."

Bakal muncul dengan filem Senario: Episode 1 pada 19 November ini, gadis berusia 24 tahun yang juga sedang hangat dengan lagunya, Yang Terbaik menyatakan rasa teruja kerana mampu menjalani dua kerjaya serentak.

"Dunia nyanyian memang kecintaan saya. Sementara dunia lakonan pula adalah lapangan baru bagi saya. Ya, saya juga mula jatuh cinta dengan bidang ini, tetapi masih banyak lagi yang harus saya pelajari untuk menjadi seorang pelakon yang baik," katanya yang kini terlibat dalam sitkom Berita Hangit untuk tayangan tahun hadapan.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
addasara
Enterpreneur
Enterpreneur


Number of posts: 110
Age: 35
Registration date: 07/11/2009

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 12:09 pm

azwin wrote:
Wow, Khairy Jamaluddin Dalam Majalah Bazaar!



Kami yakin, tidak semua ahli politik ternama sepertinya. Setakat ini, hanya beliau seorang sahaja ahli politik yang mempunyai daya saing untuk masuk ke dalam industri hiburan. Mungkin ini adalah kaedah beliau untuk lebih mendekati generasi masa kini supaya lebih berminat dengan dunia politik. Nice job Khairy! Tapi, baju tu nampak macam awww la Khairy, patut majalah ni beri pakaian yang segak-segak, baru menyerlah. Jangan marah ye bang, hihi.

nampak ensem sket...huhuhuhu ngeh3x ngeh3x
Back to top Go down
View user profile http://www.tudungbawalasli.com
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 5:59 pm

addasara wrote:


nampak ensem sket...huhuhuhu ngeh3x ngeh3x

boleh laaa...addasara..
x le encem sgt coz awin x bape suka dia ni...
ahakz!!!

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:03 pm

Tuah Raja Gelek Untuk One Nation Emcees



KUMPULAN One Nation Emcees merupakan antara kumpulan yang menduduki lima tempat teratas dalam pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik yang diadakan pada hari Jumaat yang lalu.

Kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda iaitu Mohd Norzaidi Edris (Zydee), Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae), Nur Hasan Baias (Jojoe) dan Shamimi Amalina Norhisham (Mimi) telah memambat hati para juri pada malam tersebut menerusi lagu mereka yang berjudul Raja Gelek hasil nukilan kumpulan itu sendiri dan Damien Mikhail.
Satu-satunya wanita dalam kumpulan tersebut, iaitu Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi berkata dia mengalami sakit kerongkong pada hari itu dan tidak berupaya untuk bercakap dengan kuat.

“Saya terpaksa menjerit dengan kuat sepanjang hari untuk mengembalikan suara saya agar saya boleh menyanyi pada malam ini,” kata Mimi selepas pertandingan itu pada hari Jumaat yang lalu.
Ianya merupakan satu pengalaman baru bagi Mimi serta ahli kumpulannya kerana terpilih untuk membuat persembahan dengan ramai lagi artis-artis lain yang amat berbakat.

“Kami terkejut apabila diumumkan sebagai antara lima kumpulan terbaik pada malam ini.
“Ini merupakan satu bonus bagi kumpulan kami,” kata Mimi lagi.
penyanyi ini juga terkejut kenapa Jaclyn Victor tidak terpilih menduduki lima tempat teratas dan mengagumi persembahan Yuna.
“Saya sukakan persembahan Yuna pada malam ini. Dia merupakan seorang artis yang memiliki segalanya sebagai satu pakej,” tambah Mimi lagi.

Apabila ditanya mengenai kategori terbuka pertandingan Muzik-Muzik pada kali, pada pendapat Mimi, para juri memilih lagu-lagu yang unik untuk menduduki lima tempat teratas.
“Para juri memilih penyanyi yang mempersembahkan lagu mereka dengan cara yang unik, dan melihat dari aspek bagaimana seseorang penyanyi itu dapat mempersembahkan lagu secara kreatif pada malam ini,” ujar Mimi Lagi.
Kumpulan One Nation Emcees juga telah memenangi rancangan realiti 'Geng Stars' pada tahun lepas.

Mereka juga memiliki Syarikat ‘Event Management’ bernama One.Nation.Emcees Sendirian Berhad yang ditubuhkan pada bulan Mei lalu.
Sementara itu, Mimi juga berkata yang jadual Kumpulan One Nation Emcees sangat padat untuk bulan November dan Disember ini.
Mereka kini sibuk merakamkan album pertama mereka selepas memenangi pertandingan 'Geng Stars' musim kedua pada tahun lalu dan album itu dijangka akan keluar pada awal tahun hadapan.
Lagu Raja Gelek merupakan single pertama kumpulan ini manakala Bisikan Cinta yang dimana liriknya juga ditulis oleh kumpulan ini adalah single kedua mereka.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:05 pm

Jaclyn Selesa 'Jadi' Rihanna



JACLYN Victor atau lebih dikenali sebagai Jac sukakan fesyen rambut barunya.

Kini rambutnya dipotong pendek ala stail fesyen rambut Rihanna.

Pemenang Malaysian Idol musim pertama ini juga pada mulanya tidak menyangka yang fesyen rambut ini sesuai dengannya.

“Apabila saya pergi berjumpa dengan Andy Ho, ‘hair sylist’ saya, dia memandang saya sekali dan berkata potongan rambut ala Rihanna sesuai dengan saya.

“Pada mulanya memang saya risau untuk memotong rambut saya terlalu pendek, tetapi tiba-tiba timbul pula keinginan dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Oleh itu, saya terus mendapatkan kebenaran produser saya dan memotong rambut saya pada keesokkan harinya,” jelas Jac. Penyanyi yang dikenali dengan nada tinggi semasa menyanyi akui pada mulanya memang dia berasa kekok dengan gaya rambut pendek.

“Tetapi, lama-lamaan saya dah mula suka dengan gaya rambut saya. Malah saya menyesal kenapa saya tidak memotongnya dengan pendek lebih awal lagi,” kata Jac selepas pertandingan Muzik-Muzik pada hari Jumaat yang lalu.

Menurut Jac, rambutnya tidak terus dipotong sependek ini.

“Saya memotong rambut saya sedikit demi sedikit, dua inci pendek setiap kali saya memotong rambut saya,” tambah penyanyi lagu Gemilang itu yang memotong rambutnya dua minggu sekali.

Apabila Jac melihat balik gambar-gambarnya semasa rambutnya masih panjang dan membuat perbandingan, Jac merasakan rambut pendek lebih sesuai dengan penampilannya.

Ada peminat Jac yang sukakan gaya rambutnya ada juga yang lebih suka jika Jac mempunyai rambut panjang.

“Fesyen adalah sesuatu yang subjektif dan setiap orang ada pendapat mereka masing-masing,” kata Jac.



Sementara itu, Jac berkata kesemua peserta yang menyertai pertandingan Muzik-Muzik pada hari Jumaat yang lalu semuanya hebat-hebat belaka.

“ Saya sama sekali tidak kecewa kerana tidak menduduki lima tangga teratas. Malah gembira kerana lagu saya tergolong dalam lagu-lagu yang sudah lama berada di carta Muzik-Muzik,” jelas Jac yang menyanyikan lagunya yang bertajuk Bertamu di Kalbu hasil nukilan Anjang.

Antara lima pemenang lain yang mendapat markah tertinggi pada pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik adalah Aizat menerusi lagunya yang berjudul Kau Aku, Alyah yang menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang, Kumpulan Hujan yang mempersembahkan lagu Aku Skandal, Yuna yang menyanyikan lagu Dan Sebenarnya sambil bermain gitarnya dan Kumpulan One Nation Emcees menerusi lagu Raja Gelek.

Beliau juga gembira kerana berjaya sampai ke peringkat separuh akhir.

“Ini bermaksud lagu-lagu saya masih mendapat tempat di hati penonton.

“ Saya sebenarnya berasa amat gembira diatas kesemua kejayaan yang saya kecapi selama ini. Saya berterima kasih kepada tuhan dan semua peminat-peminat saya di luar sana kerana ini,” tambah Jac.

Apabila ditanya siapakah saingannya pada malam ini, Jac berkata kesemua penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu menyerlah.

“Persaingan diantara kami memang sengit kerana kesemuanya merupakan lagu-lagu yang popular dan berjaya manambat hati penonton,” ujar Jac yang berpakaian serba hitam dan kelabu pada malam itu.

Persembahan Reshmonu yang menyanyikan lagu Oh Anok Anok dan Aizat yang menyanyikan lagu Kau Aku berjaya memikat hati penyanyi tanah air yang amat berbakat ini.

Kini, Jac sedang sibuk mempromosikan album ketiganya berjudul 'Jaclyn Victor III'.

Album terbarunya itu memaparkan lagu-lagu yang ‘simple dan catchy.’ Jac popular dengan stail nyanyian melalak ini tidak berbuat demikian semasa menyanyikan kesemua lagu-lagu dalam album terbarunya yang berada di pasaran sejak Ogos lalu.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:07 pm

'Saya agak kecewa dengan Abby' - Haliza Misbun


"SAYA tidak pernah ada masalah dengan Abby sebelum ini. Jadi, bila benda seperti ini berlaku, saya agak kecewa dengan dia," - luah pelakon dan penerbit, Haliza Misbun berhubung kisah tentang Abby Abadi yang dikatakan 'buat hal' dan tidak hadir ke proses memasukkan suara (dubbing) untuk filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami, baru-baru ini.

Filem terbitan produksi milik Haliza sendiri, Big Productions Sdn Bhd itu telah menjalani proses dubbing selama 10 hari bermula 22 hingga 31 Oktober lalu.

Menerusi laporan sebuah akhbar semalam, semua pelakon yang terbabit seperti Ari Wibowo, Awie, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad memberikan kerjasama yang cukup baik untuk proses tersebut, namun hanya Abby saja yang gagal berbuat demikian.

Dan akhirnya, pengarah filem tersebut, Din CJ terpaksa menggunakan suara pelakon lain iaitu Nik Sayyidah untuk semua babak lakonan Abby di dalam filem yang menjalani penggambaran pada 1 Ogos lalu itu.


Haliza akui agak kecewa dengan Abby yang tidak memberikan kerjasama semasa proses dubbing filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami

"Saya tidak nafikan, tarikh proses dubbing itu sering ditunda kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Itu perkara biasa dalam produksi.

"Tetapi, jika kerana tarikh yang asyik tertunda itu adalah alasannya tidak dapat berikan kerjasama, saya rasa ia tidak relevan kerana pelakon-pelakon lain juga sempat mencuri masa untuk hadir walaupun mereka juga begitu sibuk.

"Jika tidak boleh, mereka akan cadangkan tarikh lain. Tetapi agak mengejutkan juga kerana dia (Abby) tidak memberikan sebarang tarikh pun dalam tempoh 10 hari dubbing dijalankan.

"Saya faham kesibukan masing-masing, tetapi takkanlah dalam tempoh itu tidak boleh cari sedikit masa untuk hadir. Awie yang terlibat di dalam teater Cuci The Musical pun sempat cari masa.

"Saya bukan puji dia kerana dia adik ipar saya, tetapi saya memang mengharapkan komitmen seperti ini daripada pelakon-pelakon. Erra dan Fahrin juga dapat luangkan masa tatkala masing-masing sibuk dengan urusan sendiri," ujar Haliza ketika dihubungi.

Menurut wanita berusia 36 tahun ini, dia bagaimanapun tidak mahu perkara ini menjadi satu isu besar. Cuma apa yang disuarakannya itu hanyalah teguran ikhlas berhubung perkara tersebut.

"Saya dan dia pun tidaklah mengenali rapat, hanya berurusan secara profesional. Tetapi saya menganggap dia seperti adik saya sendiri. Sudah tentu jika adik melakukan sesuatu yang tidak kena, sebagai kakak saya akan kecewa.

"Saya pun tidak ada menghubunginya sendiri tentang perkara ini kerana semuanya saya serahkan kepada pengurus produksi dan pengarah. Selalunya, saya hanya memantau saja perjalanan produksi.

"Apapun, saya tidak mahu perkara ini menjejaskan pula hubungan profesional kami. Saya tidak terfikir pun sama ada sudah serik bekerja dengannya atau tidak," kata Haliza yang memegang watak utama sebagai Nikki di dalam filem yang berkemungkinan akan mula ditayangkan pada Mac tahun depan.

Secara ringkasnya, filem yang menelan belanja kira-kira RM1.1 juta ini mengisahkan tentang Nik Melati Sukma atau Nikki berusia lewat 30an yang tertekan gara-gara masih belum berkahwin.

Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkannya bersetuju untuk berkahwin termasuklah mencarikannya jodoh yang dirasakan sesuai.


Abby Abadi

Namun, Nikki nekad untuk mencari jodohnya sendiri. Pelbagai peristiwa lucu melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami apatah lagi ibunya, Fatimah, telah memberi kata dua agar membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari.

Jika tidak, Nikki tiada pilihan lain dan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibubapanya.

Antara pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem sulung terbitan produksi Haliza ini ialah Azhar Sulaiman, Fizo Omar, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Fara Fauzana dan Maimon Talib.

Tunggu lamaran jejaka Perancis?

Tatkala rancak bercerita tentang perkembangan filem tersebut yang sedang di dalam proses untuk disiapkan, sengaja soalan tentang kehidupan peribadinya diajukan terhadap anak kedua daripada enam beradik ini.

Dalam nada ceria, pelakon ini hanya tergelak besar apabila ditanya sama ada dia sudah mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman solo dengan seorang jejaka Perancis yang sudah dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

"Kami kawan sajalah. Saya tidak anggap ia sebagai satu hubungan istimewa pun, hanya hubungan biasa saja...selagi dia tidak melamar saya," kata Haliza dalam nada berseloroh.

Cuba menepis daripada terus berbicara tentang jejaka yang dikenalinya ketika memasuki kelas 'kickboxing' di Hartamas itu, ujar Haliza, buat masa ini dia hanya ingin memberikan tumpuan terhadap kariernya.

Salah satunya adalah memastikan filem sulung terbitannya itu dapat disiapkan seperti yang telah dijadualkan.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:09 pm

Noraniza: Dalam 24 tahun, inilah pertama kali saya tak sempat buat persembahan!



Noraniza yang mengakui kesalahannya itu telah pun memohon maaf dengan pihak TV9. -foto The Star oleh RICKY LAI

GARA-GARA terikat dengan raptai separuh akhir Muzik-Muzik bahagian 1 baru-baru ini, penyanyi veteran Noraniza Idris gagal menepati masa untuk menjayakan persembahan di program Gadis Melayu musim kedua peringkat akhir pada sebelah malamnya.

Disebabkan terlambat menyudahkan sesi latihan itu, Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani tersekat dalam kesesakan lalu lintas sehingga tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur sejurus selepas persembahan ‘Dikir Puteri’ yang sepatutnya dinyanyikan olehnya selesai dipersembahkan untuk pembuka malam itu.

Perkara pun telah berlaku, Noraniza yang mengakui kesalahannya itu telah pun memohon maaf dengan pihak TV9 termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Datuk Seri Farid Ridzuan, yang turut hadir menyaksikan majlis itu.

“Dalam 24 tahun saya bekerja sebagai artis, inilah pertama kali saya tak sempat buat persembahan.

“Saya dah minta maaf dengan pihak TV9 dan krew produksi Gadis Melayu.

“Pada mulanya memang kami dah rancang untuk membuat latihan dengan teratur tetapi tiba-tiba saya ‘clash’ pula dengan latihan separuh akhir Muzik-Muzik ini.


Noraniza ketika menyampaikan lagu 'Enjut' di separuh akhir Muzik-Muzik bahagian 1 baru-baru ini.

“Waktu berlaku memang singkat, giliran saya untuk Muzik-Muzik di Plaza Alam Sentral, Shah Alam selepas pukul 6.30 petang sedangkan pada sebelah malamnya saya perlu buat persembahan pembuka pada pukul 9 malam itu di DBP.

“Saya dah dapat rasakan akan ada kekacauan masa untuk bergerak dari Muzik-Muzik ke Gadis Melayu,” ujarnya yang gagal membawa lagu ‘Enjut’ menduduki ‘top 5’, antara lagu yang dijangka akan ke AJL 24 setakat ini.

Bagaimanapun, Noraniza tidak menyalahkan sesiapa dalam hal itu termasuk ahli kumpulannya mahupun pekerjanya sendiri.

“Saya yang terlalu fokus dengan jadual yang diatur tetapi tidak fikirkan apa yang akan berlaku selepas itu.

“Saya sepatutnya sudah berada di pentas ada pukul 8.30 malam itu tetapi sebaliknya saya berada di depan DBP kerana Jalan Loke Yew sesak.

“Saya terus telefon penerbit dan beritahu tak sempat sampai tetapi tidak berjawab mungkin sebab sibuk.

“Apabila sampai, terus saya berjumpa dengan semua krew dan mereka kata masalah selesai setelah ‘cover’ dengan penari,” jawab Noraniza penuh tersusun.

Di riak wajahnya, jelas terpancar perasaan kesal memandangkan dia membuatkan majlis itu ‘kecoh’ dan sedikit ‘cacat’ disebabkan dirinya.

Noraniza berkata dia tetap bertanggungjawab dengan kesilapan yang dilakukan sehingga telah bersemuka dengan Datuk Seri Farid.

“Saya tak sedap hati dan terus tunggu sehingga majlis itu selesai dan berjumpa dengan Datuk Seri Farid.

“Saya sudah mengaku bersalah dan meminta maaf daripadanya. Walaupun dia seorang yang tegas dan profesional dalam menangani masalah ini, saya bersyukur sebab nasib baiklah dia bersedia memaafkan saya.

“Namun, saya akan kemukakan surat rasmi tentang sebab saya tak dapat hadir menjayakan persembahan itu,” janji Noraniza.

Penyanyi yang terkenal dengan irama tradisional ini juga mengaku perkara itu banyak menyedarkan dirinya dan memberikan pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:11 pm

gambar Tam Spider & Aida Mustafa nikah



Ini impian terbesar saya tahun ini yang akhirnya tercapai,” kata vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam se1epas majlis pernikahan bersama gadis pilihan, Aida Mustafa selesai dilangsungkan di Masjid Jamek Pekan Nenas di sini, pagi semalam.

Tam. 36. yang segak berbaju Melayu Jahor serba putih dinikahkan imam masjid, Kalimin Sarmon. Pasangan ini yang bertunang sejak 15 Ogos lalu sah bergelar suami isteri selepas Tam melafazkan akad nikah dua kali

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:14 pm

gambar Tunku Tiara dalam Majalah Maskulin






_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:15 pm

Gambar Kahwin Nor Aliah Lee Kahwin Lagi

Alhamdulilah, bekas isteri Aziz M Osman, pelakon Nor Aliah Lee sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya. Mmm… ni ke Tengku Y yang dimaksudkan?



Tahniah Nor Aliah Lee. Semoga kekal hingga ke akhir hayat! Selamat pengantin baru!

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:17 pm

Enot Dan Suami Telah Tersingkir!



KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2009: Debaran Sehati Berdansa minggu ke-3 yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam tadi menyaksikan pasangan Enot & Zainul telah tersingkir apabila mereka berada di tangga tercorot.

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari menjadi jangkaan ramai apabila juri tetap, Joseph Gonzales menyebut persembahan Enot & Zainul tidak menunjukkan peningkatan pada minggu ini.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 31, dan suami Zainul Abidin Mat Noor, 38, menjadi pasangan kedua tersingkir selepas mengikut jejak langkah Anita & Ismadi pada minggu lalu.

Pasangan Enot yang mengutip markah terendah iaitu 43.96 peratus, di bawah Mirna, 44.91. Dira berada pada kedudukan teratas dengan mengutip, 53.57 manakala Sazzy, 51.21; Sein, 50.17; Isma, 49.49; Didie, 48.87 dan Oshin, 47.99.

Bagaimanapun, Enot & Zainul tetap berjaya mengumpul RM3,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya, Yayasan Paru-Paru Malaysia. Cek disampaikan kepada wakil dari pertubuhan tersebut sebelum pasangan itu mempersembahkan tarian terakhir kepada para penonton.

Selain Joseph Gonzales, Aznil Hj Nawawi dan Aris Kadir turut diundang menjadi juri jemputan pada minggu ini yang menyaksikan konsep persembahan tribute buat Allahyarham Sudirman, kelmarin. Ia seperti biasa dikendalikan oleh Acha Al Yahya dan bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad.

Seramai 7 peserta bakal meneruskan saingan di minggu hadapan iaitu Sazzy Falak & Nazril Idrus; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein (Ruffedge) & Noor Diyana serta Didie Alias & Isham Ismail.

Sebelum ini, Enot pernah mengalami kecederaan kaki selepas terjatuh di bilik air. Bagaimanapun dia tetap meneruskan perjuangan di pentas itu minggu lalu dengan semangat membantu rumah kebajikan yang diwakili beliau dan suaminya.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
addasara
Enterpreneur
Enterpreneur


Number of posts: 110
Age: 35
Registration date: 07/11/2009

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 6:23 pm

azwin wrote:
addasara wrote:


nampak ensem sket...huhuhuhu ngeh3x ngeh3x

boleh laaa...addasara..
x le encem sgt coz awin x bape suka dia ni...
ahakz!!!
adda pon x suke die...
gile glamour
Back to top Go down
View user profile http://www.tudungbawalasli.com
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Mon 09 Nov 2009, 7:03 pm

addasara wrote:


adda pon x suke die...
gile glamour

ahakz!!! betoi3x....

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Tue 10 Nov 2009, 9:42 am

Belum Lagi bercerai, Manohara Sudah Dirisik Ramai Lelaki



MESKIPUN belum rasmi bercerai, jelitawan yang kini sudah sampai ke peringkat status selebriti, Manohara Odelia Pinot sudah dirisik oleh ramai lelaki.
Isteri Tengku Temenggong Muhammad Fachry Petra, ternyata tidak ingin terburu-buru mencari pengganti.
"Kalau difikirkan, saya tidak mahu mencari. Kalau teman lelaki memang ramai tapi tidak ada yang lebih rapat waktu ini," jelas Mano.
Mano mengaku, ada beberapa lelaki yang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya. Namun, semua ditolaknya.
"Ada yang tawar diri tapi saya tidak serius. Mungkin kerana mereka sering melihat saya mucul di television," kata Mano lagi.
Katanya lagi, "Saya berkawan dengan sesiapa saja..."
Mano tidak ingin cepat mengambil keputusan untuk menentukan siapa pilihan untuk menjadi pengganti.
"Saya orang yang santai. Kalau untuk cari teman laki-laki, saya perlu lihat dari ketulusannya. Bukannya hendak memilih, perlu ada batas-batasnya," tutur Mano.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Tue 10 Nov 2009, 9:44 am

Maya Karin Tetap Berahsia Tentang ‘Nona’
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

SEMASA majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ baru-baru ini, nama pelakon jelita yang pernah menjulang anugerah pelakon wanita terbaik Malaysia, Maya Karin disebut-sebut akan mengacarakan program majalah dokumentari, ‘Nona’ untuk tahun 2010.

Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan.
Walaupun namanya sudah dicanang akan menyertai program berkaitan isu wanita itu, Maya masih mengunci mulut saat meminta komen daripadanya.
“Saya tidak akan komen apa-apa lagi kerana setakat ini saya belum tandatangan apa-apa perjanjian lagi.

“Tengoklah dulu..ia masih di peringkat awal..,” jawab Maya ringkas.

Meminta penjelasan lanjut berhubung hal itu, Maya berkata dia terpaksa merahsiakan tentang ‘Nona’ sehingga tiba masa yang sesuai.
“Saya diberitahu jangan komen apa-apa,” ulasnya lagi yang sedang sibuk mempromosikan filem ‘Pisau Cukur’ yang ditayangkan mulai 5 November lalu di pawagam.
Selain itu, Maya sedang menjalani latihan teater ‘Natrah’ yang akan dipentaskan mulai 17 hingga 25 November ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
“Sekarang, saya sibuk sangat dengan latihan teater ‘Natrah’. Minggu depan mungkin lega sikit sebab latihan pun sudah tidak sibuk sangat.
“Banyak benda yang saya kena lakukan kerana cerita Natrah sangat kaya dengan kandungan.
“Saya juga perlu menyanyi dan menari yang sangat menarik dan mengujakan,” luah pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ dan ‘Anak Halal’ ini.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Tue 10 Nov 2009, 9:47 am

Status 'Bertunang' Di Facebook Abby Abadi Disalahtafsir


Gambar Abby yang disebarkan di FaceBook menjadi perhatian ramai sehingga menyangkakan dia sudah bertunang. -foto ihsan Abby

GAMBAR penggambaran pelakon Abby Abadi mengenakan baju kurung dengan selendang ala-ala orang bertunang telah disalahtafsirkan oleh pelayar laman web FaceBooknya.

Ditambah pula dengan status yang ditulis ‘selamat bertunang!..doakan kebahagiaan saya..’ menambahkan kekeliruan peminatnya.
Ramai juga yang menyangka Abby telah bertunang dengan Zul Ariffin, pelakon baru yang digosipkan dengannya.

Jelas Abby, gambar itu diambil ketika dia melakonkan watak Delaila di dalam drama 26 episod ‘Mahabbah Delaila’ yang akan disiarkan pada Mac depan di TV9.
“Merepek saya dah bertunang. Saya melakonkan babak itu semasa berlakon drama ‘Mahabbah Delaila’.

“Saya sengaja letak gambar itu dalam FaceBook sebab bagi saya tiada apa yang boleh dikecohkan, setakat gambar pengambaran sahaja.
“Saya tak pernah terfikir pun ia akan menjadi suatu isu besar sebab gambar itu sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan saya di FaceBook,” kata bekas isteri aktor Norman Hakim ini yang sedang menjalani penggambaran drama itu.

Tambah pelakon popular menerusi drama dan filem ‘Gerak Khas’ ini, dia lebih seronok menjadikan laman web popular itu sebagai ‘teman’ untuk berkongsi cerita aktiviti hariannya dengan rakan-rakan yang aktif di FaceBook.
“Saya bukannya bercerita tentang luahan isi hati dan peribadi saya tetapi lebih kepada perkara yang saya lakukan setiap hari. Saya juga tidak merasakan apa yang dilakukan itu mengaibkan saya.

“Saya selalu sibuk dengan pengambaran dan jarang berjumpa dengan kawan-kawan. Jadi, saya jadikan FaceBook sebagai medium untuk menghubungkan saya dengan mereka.
“Alhamdulillah, dalam 5,000 orang, ramai yang menyokong di belakang saya dan ada juga yang tidak menyokong saya,” jelasnya lagi.

Jika ada testimonial yang negatif, Abby akan keluarkan agar tidak berlaku perkara yang tidak elok kemudian hari.
Adat berkawan, Abby berkata tidak semua pelayar FaceBook yang dia kenali lalu menyifatkan sukar untuk mengenali hati orang yang tidak dikenali kerana ada yang baik dan ada yang tidak.
Sekadar untuk menduga hubungan antara ibu tunggal ini dengan Zul Ariffin, dia menafikan hubungan mereka sudah berada di tahap serius.

“Kami biasa-biasa sahaja. Saya tidak mengharapkan apa-apa dan sekadar menolong Zul.
“Saya nak bagi ruang kepadanya untuk berjaya dalam karier. Saya tak nak jadi penghalang dan perkara negatif berlaku kepadanya disebabkan saya. Lagipun tak seronok bercerita pasal orang lain,” tutur Abby yang turut menjalani pengambaran drama 26 episod ‘Hikayat Putera Shazlan’.

Abby tidak mahu lepas anak-anak

Setelah bercerai dengan Norman hampir setahun lalu, Abby berkata dia yang menjaga tiga orang anak mereka iaitu Mohamad Danish Hakim, 6, Marissa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 1.
“Anak-anak akan sentiasa bersama dengan saya. Saya pilih untuk diamkan diri tentang apa yang berlaku sebelum ini kerana kalau saya beri komen orang akan mengata saya tetapi kalau tak beri komen pula orang akan buat andaian sendiri.

“Biar apa yang berlaku, saya akan menjaga anak-anak sebaik mungkin. Tentang Norman, biarlah dia jawab dengan Tuhan. Saya tak nak komen apa-apa pasal kami. Tanyalah dia kalau nak tahu tentang nafkah dan penjagaan anak.
“Saya sendiri akan cari rezeki untuk anak-anak,” kata Abby lagi yang bersyukur dengan tawaran lakonan yang diterimanya sekarang.
Selain berlakon, Abby merupakan salah seorang duta minuman Ribena.
Abby bagaimanapun enggan memberikan komen mengenai dakwaan produser dan pelakon Haliza Misbun mengatakan Abby 'buat hal' dan tidak hadir ke proses memasukkan suara (dubbing) untuk filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami, baru-baru ini.

"Saya tengah sibuk 'shooting'. Tak pe la, dah ada yang temubual tentang hal itu tadi," jawabnya.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Tue 10 Nov 2009, 9:53 am

Ungku Intan Sarafina dan babynya, Megat Evan Raez




_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Tue 10 Nov 2009, 9:59 am

Nur Fazura Gagal Dapat Kontrak RM1 juta Ekoran Artikel di Mingguan Warta Perdana



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Nor Fazura Sharifudin atau lebih dikenali sebagai Fazura memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia gagal mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta ekoran tersiarnya satu artikel dalam sebuah akhbar tabloid yang didakwa memburukkannya.Fazura, 26, berkata, artikel bertajuk “Fazura Rela Dipenjara” yang tersiar pada 29 Mei 2005 di Mingguan Warta Perdana itu turut memetik Fazura sebagai berkata: “Saya tidak takut dengan hukuman sekiranya saya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.”

Ekoran itu, katanya, dia kehilangan kontrak bernilai lebih RM100,000 yang telah ditandatangani dengan syarikat kosmetik, Olay.
“Pada masa itu saya juga sedang berbincang dengan syarikat Maybelline, Loreal, Bonia, Clarins, Biotherm, Brands, Celcom dan Hotlink di mana perbincangan langsung tidak diteruskan lagi. Kesemuanya bernilai lebih sejuta,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes samannya terhadap syarikat Perdana Production House Sdn Bhd, yang menerbit Mingguan Warta Perdana, yang dinamakan sebagai defendan pertama, dan pemberita Haslinda Hashim, 31, sebagai defendan kedua.
Artikel itu didakwa berkaitan dengan kesnya yang dituduh menyerang surirumah Gerardine Mariana Wong di sebuah disko di Jalan Kia Peng di sini. Dalam kes itu, Fazura dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 22 September 2008.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, pada Isnin. Fazura juga memberitahu mahkamah bahawa isi kandungan akhbar berkenaan turut mendorong penerbit filem ‘Cinta’ menolaknya daripada berlakon dalam filem tersebut sedangkan pada awalnya mereka telah bersetuju.
Fazura bersama peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan selepas prosiding mahkamah selesai petang tadi.
“Penerbit merasakan kehadiran saya berlakon boleh menolak penonton untuk menonton sesuatu drama atau filem,” katanya.

Sehubungan itu, Fazura menuntut RM500,000 atau apa-apa jumlah yang mahkamah fikirkan sesuai dan faedah empat peratus setahun terhadap ganti rugi am dari tarikh pemfailan saman sehingga tarikh penghakiman.
“Faedah 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh, permohonan maaf defendan-defendan secara terbuka, kos atas dasar peguamcara dan anak guam, kos tindakan ini, ganti rugi kecederaan dan teladan serta apa-apa relif yang mahkamah fikirkan sesuai,” katanya lagi.

Sambil menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut, Fazura dalam sesi soal jawab oleh peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, dia hanya menyebut “Itu semua kuasa Allah dan saya hanya bertawakkal dan redha.”
Tegasnya, dia amat terkejut dengan kenyataan artikel itu kerana dia tidak pernah mengeluarkan perkataan “saya tidak takut dengan hukuman sekiranya saya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.”

Saksi plaintif, Mohd Hanafiah Abdul Majid, 33, dalam keterangan bersumpahnya berkata, dia hanya mendengar plaintif (Fazura) banyak kali berkata ‘no comment’ dan dia redha dengan apa yang terjadi kerana kes sedang berjalan di mahkamah ketika ditemuramah oleh Haslinda menerusi telefon.
Mohd Hanafiah memberitahu mahkamah bahawa plaintif menerima panggilan telefon daripada seorang wartawan Mingguan Warta Perdana pada bulan Mei 2005, jam 5 petang bertempat di Aseania Cafe KLCC.

Dia yang merupakan artis mekap dan pembantu peribadi kepada Fazura menafikan Fazura berkata dia rela masuk penjara ataupun tidak takut dengan hukuman.
Sementara itu, Haslinda ketika disoal balas oleh peguamnya berkata, dia hanya menanya Fazura sama ada dia (Fazura) bersedia menerima hukuman sekiranya didapati bersalah di bawah Seksyen 323 Akta Jenayah yang boleh dihukum penjara satu tahun dan denda RM2,000.

Dan menurut Haslinda, Fazura menjawabn: “Bersedia. Saya tidak takut dengan hukuman sekiranya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.”
Dalam pada itu, pengarang akhbar Mingguan Warta Perdana, Zuraidah Abdul Halim, 41, berkata dia memberikan arahan kepada wartawannya iaitu Haslinda pada 28 Mei 2005 untuk menemubual aktres Fazura.

Zuraidah mengaku dia menggunakan perkataan ‘Rela’ dalam tajuk ‘Fazura rela dipenjara’ untuk menarik perhatian pembaca. Katanya, ini dilakukan dengan harapan mereka tertarik dengan tajuk itu dan sedia membeli akhbar itu. Semasa ditemui di luar mahkamah, Fazura berkata, dia ingin mendapatkan keadilan daripada tuntutan samannya itu. Perbicaraan disambung esok apabila peguam kedua-dua pihak membuat penghujahan

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Tue 10 Nov 2009, 10:01 am

Gambar Juliana Ibrahim Hamil 18 Minggu



Masa Budiey mendaftar nama di Majlis Pelancaran MiFa 2009 di Pavillion minggu lepas, ada seseorang memanggil nama Budiey dan menyapa dari belakang. Budiey pun tolehlah. Ingat ke sape, rupanya pelakon Juliana Ibrahim. Kalau pembaca masih ingat, Juliana Ibrahim adalah salah seorang pelakon drama seram berjudul SAKA di TV3 tak lama dulu.

Lakonan Juliana Ibrahim juga boleh ditonton dalam filem Jarum Halus sebuah filem romantic thriller yang menggandingkan beliau dengan Christien New dan Razif Hashim.
Mmmm… melihat pada perut Juliana yang membonyot itu, tak dapat disangkal lagi, Juliana telah pun hamil. Khabarnya, usia kandungannya dah pun 18 minggu.
Insyaallah, kita semua doakan yang baik-baik buat pelakon genit dan comel ini


_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 10338
Age: 32
Location: Changlun, Kedah
Registration date: 17/09/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Tue 10 Nov 2009, 11:47 am

azwin wrote:
sally_eiyna wrote:
bagus...bagus.. kak awin..lama xjengok kt cni
dh byk perkembangan terbaru kan..!!


mekna hg p mana ni?
awat lama x mai...ni
letih akak kena turun padang cari bahan ni...

mekna cuti tanpa gaji la kak awin..
nnt kak awin kena take over smua tugas ni ek
jgn mare yer..!!!hehehe ngeh3x
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Tue 10 Nov 2009, 12:50 pm

sally_eiyna wrote:


mekna cuti tanpa gaji la kak awin..
nnt kak awin kena take over smua tugas ni ek
jgn mare yer..!!!hehehe ngeh3x

adusshhh..ssh la mcm ni...
aduhh! aduhh!
x pe k.win bagi cuti 9 bulan aje
okey dak...
ahakz!!!

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Wed 11 Nov 2009, 5:20 pm

Konsert Shah Rukh Khan di Melaka 11 Disember ini


Shahrukh Khan senyum semasa sambutan hari jadi ke-44 di rumahnya di Mumbai pada 2 November 2009. -Foto AFP

MELAKA: Hero nombor satu Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dijangka mengadakan persembahan di Melaka pada 11 Disember ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata persembahan dijangka diadakan di Stadium Hang Jebat di Kerubong yang boleh menempatkan 40,000 penonton.

"Bagaimanapun, persembahan pelakon dan penghibur itu bergantung kepada penajaan sama ada sanggup membiayai kos persembahannya," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Mohd Ali berkata beliau telah mempelawa MameeDouble Decker (M) Bhd, sebuah perusahaan makanan di sini untuk menaja konsert itu.
"Kini bergantung kepada Mamee dan aktor berkenaan untuk menyatakan persetujuan sama ada konsert itu boleh berlangsung atau sebaliknya," katanya.
Beliau juga berkata Shah Rukh Khan yang menerima gelaran Datuk dari kerajaan negeri tahun lepas tidak akan membuka studio perfilemannya di sini seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Beliau tidak boleh memberi komitmen sepenuh masa sekiranya membuka studio itu di sini sebaliknya menawarkan kepada kerajaan negeri untuk menjadi penasihat sahaja," katanya.
Mohd Ali berkata kerajaan negeri sedang mencari pelabur yang berhasrat membuka studio perfileman di sini dengan menggunakan kepakaran aktor Bollywood itu yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. BERNAMA

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Wed 11 Nov 2009, 5:23 pm

Ummi Nazeera ganti Nora Danish dalam ‘Spa Qistina’




Ummi melakonkan watak Maya yang sepatutnya dipegang oleh Nora Danish.

WATAK menantu Qistina, Maya lakonan asal Nora Danish dalam ‘Spa Qistina’ kini diganti oleh pelakon Ummi Nazeera dan bukannya pelakon Natasha Hudson seperti diuar-uarkan sebelum ini.
Hal itu disahkan oleh penerbit eksekutif Global Station Sdn. Bhd. Adila Datuk Ramly ketika dihubungi semalam.
Anak kepada produser terkenal Datin Zaiton Mohd Jiwa itu memaklumkan Ummi telah memulakan penggambarannya sejak dua hari lalu.

“Kami baru menawarkan pelakon Natasha Hudson untuk berlakon watak itu tetapi dia tidak dapat menerimanya kerana mempunyai komitmen lain.
“Akhirnya kami memilih untuk mengambil Ummi Nazeera dan dia juga sudah berlakon drama ini semalam (Isnin),” kata Adila.
Difahamkan, Natasha kini terikat dengan jadual penggambaran drama ‘Lembing Dan Layang’ untuk Astro Citra.

Menyentuh tentang isu tarik diri Nora, wanita itu telah memaklumkan dia terpaksa menarik diri disebabkan masalah teknikal yang berlaku dalam ‘Spa Qistina’ sehingga pihak produksi terpaksa melanjutkan tarikh penggambaran ke bulan Disember.
Kebetulan, Nora terpaksa memulakan penggambaran filem terbarunya, ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’ mulai 21 November ini.
Nora melakonkan watak sampingan, Teha dan sudah berjanji dengan pihak produksi filem itu, Metrowealth (MIG).

Sementara itu, Adila yang akui terkilan dengan sikap Nora meninggalkan lokasi penggambaran tanpa kata. Dia memikirkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Adila menganggap, Nora mungkin mempunyai masalah peribadi lain tetapi ibu tunggal seorang anak itu seharusnya memaklumkan kepadanya atau ibunya memandangkan mereka memahami perasaan Nora yang pada masa itu berada di lokasi pengambaran yang sama dengan pelakon Fasha Sandha.

Namun begitu, Nora telah mendapat tahu dia tidak akan bertembung langsung dengan Fasha dalam satu babak.
“Ikut pada profesionalisma, saya harap Nora akan meneruskan lakonannya dalam ‘Spa Qistina’ tetapi akhirnya dia tidak ‘makan pujuk’ dan mengambil keputusan untuk menarik diri. Hal itu dimaklumkan oleh pembantu peribadinya, Mat.

“Saya anggap isu tarik diri ini sebagai perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi kami tidak serik untuk bekerjasama dengan Nora lagi sekiranya ada kesesuaian watak dengannya,” ulas Adila yang tidak mahu memperbesarkan isu itu lagi.

Kata Adila, selain masalah peribadi, Nora memang terikat dengan penggambaran filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’ yang akan memulakan penggambarannya mulai 15 November ini.

“Masalah teknikal juga berlaku disebabkan kami menukar kumpulan produksi yang baru. Jadi, terpaksa ‘brake’ empat hari. Apabila mendapat tahu hal ini, Nora terus menarik diri kerana mempunyai kerja lain,” ujar Adila yang turut memaklumkan ibunya juga terkilan dengan hal itu kerana pertama kali berlaku dalam sejarah syarikatnya.

Nora telah menyelesaikan lebih 40 babak dalam drama itu dan kini Ummi perlu melakonkan semula babak itu dari awal. Namun begitu, Adila enggan menghebohkan jumlah kos kerugian akibat penggambaran semula itu.

Menyentuh tentang lakonan Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, Adila memuji pelakon muda berusia 19 tahun itu.

“Walaupun dia menerima tawaran itu pada saat akhir dan mendapat skrip pada malam itu, tetapi dalam tempoh satu malam dia sempat ‘study’ wataknya.

“Dia mempunyai bakat, dedikasi dan bersedia untuk melakonkan watak itu,” ulasnya lagi.

Drama bersiri Spa Qistina yang bakal disiarkan di Astro pada awal Januari depan ini diarahkan Zulkifli Arshad dan skrip ditulis oleh Rina Khan. Spa Qistina kali ini lebih mantap dengan gandingan pelakon berkaliber tanah air seperti Nanu (Qistina), Azizah Mahzan (Marlia), Adi Putra (Fahmi), Fasha Sandha (Frieda), Riezman Khuzaimi (Dr Zulfadzli), Farahdiya (Julia), Nik Zarith Nellydya (Melissa) dan Jasmin Hamid (Sofiera). Tidak ketinggalan, penampilan khas, band indie popular tanah air, Hujan.

Spa Qistina mengisahkan cabaran baru Qistina yang berhadapan dengan konflik keluarga terutama selepas berkahwin dengan lelaki muda, Fahmi. Mampukah dia menanganinya

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Wed 11 Nov 2009, 5:25 pm

Isu ‘buat hal’: Abby Abadi jawab Haliza Misbun



Abby Abadi jawab mengenai isu dia tidak menghadirkan diri ke proses memasukkan suara filem terbitan Haliza Misbun.

ENGGAN diri sewenang-wenangnya dicop ‘buat hal’ dan tidak hadir ke proses memasukkan suara (dubbing) untuk filem ‘Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami’, semalam pelakon Abby Abadi membidas dakwaan produser dan pelakon filem itu, Haliza Misbun.

Beberapa hari lalu, Haliza menyuarakan rasa kecewanya dengan sikap Abby yang tidak hadir lantas membuatkan pengarah filem itu, Din CJ terpaksa menggunakan suara pelakon lain iaitu Nik Sayyidah untuk semua babak lakonan Abby di dalam filem yang menjalani penggambaran pada 1 Ogos lalu itu.
Namun, dalam pada itu, Abby menafikan dirinya langsung tidak memberikan kerjasama sebaliknya mengatakan dia sedang sibuk dengan komitmen lain.

Abby berkata dia sudah sehabis baik menjaga reputasi dan kerjanya disebabkan amat menyayangi kariernya itu.
Justeru, Abby mendakwa gosip yang keluar ini sedikit sebanyak akan merosakkan periuk
nasinya.

“Tentang ‘dubbing’ tu, saya sudah memberi kerjasama. Saya sudah beri dua tarikh untuk datang tetapi selepas itu pihak pengurusan menjelaskan mereka tidak dapat melaksanakan proses 'dubbing' pada kedua-dua tarikh itu.
“Untuk kali ketiga, saya beri tarikh lain. Tiba-tiba mereka memaklumkan menerusi SMS, sudah masukkan suara orang lain. Jadi, salah saya ke?

“Saya memang sibuk, bukan sengaja buat-buat sibuk. Takkanlah saya nak tunjuk ‘organiser’ saya kepada semua orang,” kata Abby.
Atas faktor itu, Abby menganggap Haliza tidak patut membanding-bandingkan dirinya dengan pelakon lain.

“Janganlah sebab pandang saya sebelah mata, mereka boleh buat main-main pula dengan tarikh-tarikh yang saya sudah tetapkan itu.
“Tak perlulah nak banding-bandingkan saya dengan sesiapa sebab saya lebih suka dikenali sebagai pelakon yang mampu membawa berbagai jenis watak dan tidak statik,” ujar ibu tunggal kepada tiga orang anak ini dalam nada sinis.

Setelah perkara ini berlaku Abby tidak kisah seandainya produser itu tidak mahu menjelaskan bayaran terakhir kepadanya.
"Saya tak kisah kalau dia nak berikan 'last payment' saya kepada orang lain..," luah Abby yang turut kesal dengan isu yang ditimbulkan itu.

Difahamkan, hanya Abby seorang yang gagal hadir dalam proses memasukkan suara itu. Sementara pelakon seperti Ari Wibowo, Awie, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad telah memberikan kerjasama yang baik untuk proses tersebut.
Abby juga mengaku tidak berdendam dengan Haliza mahupun serik untuk bekerjasama dengan wanita berusia 36 tahun itu lagi.

Terdahulu, Haliza berkata dia bagaimanapun tidak mahu perkara ini menjadi satu isu besar. Cuma apa yang disuarakannya itu hanyalah teguran ikhlas berhubung perkara tersebut.
"Saya dan dia pun tidaklah mengenali rapat, hanya berurusan secara profesional. Tetapi saya menganggap dia seperti adik saya sendiri. Sudah tentu jika adik melakukan sesuatu yang tidak kena, sebagai kakak saya akan kecewa.

"Saya pun tidak ada menghubunginya sendiri tentang perkara ini kerana semuanya saya serahkan kepada pengurus produksi dan pengarah. Selalunya, saya hanya memantau saja perjalanan produksi.
"Apapun, saya tidak mahu perkara ini menjejaskan pula hubungan profesional kami. Saya tidak terfikir pun sama ada sudah serik bekerja dengannya atau tidak," kata Haliza yang memegang watak utama sebagai Nikki di dalam filem yang berkemungkinan akan mula ditayangkan pada Mac tahun depan.

Secara ringkasnya, filem yang menelan belanja kira-kira RM1.1 juta ini mengisahkan tentang Nik Melati Sukma atau Nikki berusia lewat 30an yang tertekan gara-gara masih belum berkahwin.
Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkannya bersetuju untuk berkahwin termasuklah mencarikannya jodoh yang dirasakan sesuai.

Namun, Nikki nekad untuk mencari jodohnya sendiri. Pelbagai peristiwa lucu melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami apatah lagi ibunya, Fatimah, telah memberi kata dua agar membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari.
Jika tidak, Nikki tiada pilihan lain dan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibubapanya.
Antara pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem sulung terbitan produksi Haliza ini ialah Azhar Sulaiman, Fizo Omar, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Fara Fauzana dan Maimon Talib.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Wed 11 Nov 2009, 5:26 pm

Wan Nor Azlin sudah tidak bertudung?



Gambar ini diambil dari forum Cari di mana forumernyer, toxited menyatakan bahawa Wan Nor Azlin sudah tidak memakai tudung di dalam tele-drama Awan Dania yang ditontonnya. Mana pergi tudung Azlin?

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Wed 11 Nov 2009, 5:30 pm




_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Wed 11 Nov 2009, 5:34 pm










_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Wed 11 Nov 2009, 5:39 pm






_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda


Number of posts: 5108
Age: 37
Location: under 1 roof
Registration date: 03/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Thu 12 Nov 2009, 12:53 pm

c serena ni makin chubby plak sejak nk naik pelamin nih...
Back to top Go down
View user profile http://www.easypha-max.com
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Thu 12 Nov 2009, 2:54 pm

eemm....betoi la kak..
senang ati la tu..maklum la nak naik pelamin

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:05 am

Sarimah Ibrahim di Media Launch Party The Biggest Loser Asia



Pada jam 3 petang hari ini, Budiey telah menghadiri Media Launch Party - The Biggest Loser Asia di 7ate9, Hotel Ascott Kuala Lumpur.

Antara selebriti yang turut hadir, dah tentu pengacara program realiti ini iaitu Sarimah Ibrahim. Wah… semakin kurus nampaknya Sarimah. Badan dia dah langsing dan macam biasalah, senyumannya tetap ceria.
Mungkin, Sarimah terpaksa langsingkan dirinya untuk program yang menguji sejauh mana peserta boleh kuruskan badan dalam seminggu. Tapi yang penting, Sarimah nampak lebih cun dalam TV, tak gitu?

Budiey dah tak sabar nak tengok siaran premiere program ini yang akan bersiaran pada 24 November 2009, Selasa di saluran Astro Hallmark - saluran 702. Premiere selama sejam ini akan memaparkan kenangan manis untuk 2000 orang berbadan BESAR yang masuk ujibakat.
Nak tahu hadiah untuk JUARA The Biggest Loser Asia tak? Huhu… lumayan! Grand prizenya, wang tunai USD100,000 dan kereta mewah Renault. Siapa akan dapat? Itu korang kena tonton program ni…

Budiey siarkan dulu wajah terbaru Sarimah Ibrahim




_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:07 am

Amy Search Mahu Tubuh Sekolah Tahfiz

IKON penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi. Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.




“Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini. Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

“Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita. Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Vokalis, Amy Search (kiri) dan Nasir ketika beraksi di konsert ‘Search Di Awan Biru’ di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2009. Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah MASTIKA sejak tahun 1996.

Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah. Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

“Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara. Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji,” katanya. BERNAMA

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:10 am

Gambar Puteri Sarah Dan Kekasihnya Ammar Alfian Aziz



Pada 12 November 2009 lalu, Budiey berkesempatan singgah seketika di The Palace - Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur untuk bersama penulis blog yang lain bagi menyaksikan tayangan premiere drama bersiri Dimension. Kalau nak tahu, drama ini adalah drama yang pertama yang menggunakan telefon bimbit sebagai platform. Jadi, kepada korang yang nak tonton, perlulah memuatturunnya di telefon bimbit dan juga boleh menontonnya secara online.

Di majlis itu juga, Budiey sempat bertemu dengan Puteri Sarah Liyana dan kekasihnya Ammar Alfian Aziz. Diorang ni memang nice dan peramah. Kira talkative jugak lah. Sesuai dengan karakter Puteri Sarah sebagai gadis lincah. Walaupun ini kali pertama, Budiey cuba mendekati pelakon kontroversi ini, dia tidaklah sombong sangat.

Budiey percaya, ramai yang kritik dan hentam kedua pelakon drama ini di atas kontroversi mereka yang lepas-lepas. Namun, kontroversi tersebut tak menghalang pasangan ini untuk terus aktif dalam bidang seni lakonan dan peragaaan yang diminatinya. Bagi mereka, biar apa diorang nak kata.

Sebelum terkenal dalam Tari Tirana, Ammar sebenarnya seorang model dalam bidang peragaan sejak usia 16 tahun lagi. Mmm… tengok ajelah rupa dan fizikalnya yang tinggi sasa tu. Orang putih kata, macho dan gorgeous. Ramai perempuan di luar sana kata, Ammar ada paras rupa yang seksi. Kariernya bermula di Singapura setelah dilamar menjadi duta seluar dalam Diesel dan Renoma.

Nak tahu, Ammar juga adalah pelakon dalam siri drama Dimension


_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:15 am

(Gambar) Ning Baizura Garang Berbaju Harimau. Ngaum!

Gambar ini agaknya beberapa bulan lepas kot. Tak ada lah baru sangat pun. Dilihatkan imej Ning memang “daring” dan berani sure ramai orang jeles melihat beliau. Walaupun sudah berkahwin, namun beliau tetap sama dengan penampilan seksis nya, yerlah suami pun omputeh lah kan? hehe.




Walaupun omputeh, mereka tetap bahagia bersama dan tiada sebarang gosip liar melanda beliau. Cool kan? Bukan macam certain artis Malaysia nih yang dok putus, kapel, kahwin, cerai. Sudah-sudahlah tuh.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:16 am

(Gambar) Fasha Sandha Sebagai Penyokong Kelantan



Terima kasih kepada forumer. Kami rasa ini dapat melega’kan peminat Kelantan yang tempoh hari kecewa dengan kekalahan mereka, harap dapat diubati dengan ada’nya beberapa set gambar Fasha Sandha sebagai penyokong Kelantan

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:23 am

Nurul Duta Produk Langsing Badan



KL, 13 NOVEMBER 2009: Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. Begitulah janda hot, Nurulhuda Abd Wahab yang kini sibuk mempromosi album terbarunya, Tika Cinta.

Dalam pada si bekas suami Nurul, Ajai, tersenyum lebar selepas isteri barunya, Liza Ilias, disahkan mengandung, Murai Batu dapat tahu rezeki Nurul pula makin bertambah dari sudut kerjaya.

Walaupun terkena banyak gosip dan kontroversi, Nurul dikhabarkan baru saja terima satu bayaran lumayan dengan menjadi duta produk kelangsingan badan. Difahamkan, Nurul baru saja tandatangan kontrak perjanjian semalam yang melibatkannya sebagai juru cakap bermula bulan depan.

Murai Batu diberitahu, kontrak itu berjalan selama setahun dan Nurul akan terlibat dengan banyak aktiviti jelajah yang akan dijalankan oleh produk tersebut.

Murai Batu turut diberitahu, pengumuman rasmi Nurul sebagai juru cakap produk itu akan dibuat awal Disember nanti. Bagaimanapun, tempat dan masanya masih belum diputuskan lagi. Jadi, Murai Batu ucapkan tahniahlah kepada Nurul kerana dapat tawaran lumayan itu.

Bagaimanapun, Murai Batu masih diburu kehairanan kerana kenapa rata-rata produk kelangsingan kita tidak berani mengambil artis berbadan besar yang hendak sangat kurus macam Enot, Shanie, Kuman atau Dina tu. Kalau pasang iklan, tahu pula ambil kakak-kakak dan makcik-makcik untuk pose yang semuanya ngaku dah berjaya jadi kurus. Hmm.....

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:30 am

Jac Tersingkir Sebab Lupa Lirik?



KL, 12 NOVEMBER 2009: Murai Batu faham ramai peminat Jaclyn Victor atau Jac yang masih mempertikaikan kekalahan lagu Bertamu Di Kalbu ciptaan Anjang daripada kumpulan Jinbara untuk tersenarai dalam kelompok Top 5 Separuh Akhir Muzik Muzik, baru-baru ini.

Hendak buat macam manakan, dalam hal ini, hanya jauhari sahaja yang bijak menilai manikam. Jadi, Murai Batu rasa tentu barisan profesional juri malam itu yang diketuai oleh Azhar Borhan memang arif menilai lagu-lagu yang telah dipersembahkan.

Dalam pada itu, Murai Batu difahamkan penilaian setiap lagu pada malam persembahan itu dibuat hanya 30 peratus, manakala 70 peratus yang selebihnya telah dilakukan dengan lebih awal lagi menerusi cakera padat (CD). Jadi corak persembahan artis juga membantu kejayaan sesebuah lagu itu.

Daripada sumber dalaman yang Murai Batu dapat tahu, lagu Bertamu Di Kalbu memang berada dalam perhatian juri cuma tidak disokong dengan persembahan Jac. Jadi, apa yang tak kena? Dengar kata, Jac telah terlupa beberapa bait lirik lagu itu walaupun vokalnya diakui hebat. Senang cerita, memang tak ada rezeki Jac kot sebab lagu lain pun hebat-hebat.

Murai Batu difahamkan lagi, lagu-lagu yang terpilih dalam Top 5 itu sebenarnya bukan lagi muktamad ke Anugerah Juara Lagu (AJL) kelak sebab kita perlu menunggu hingga 3 minggu Separuh Akhir Muzik Muzik selesai. Tengoklah nanti markah siapa yang paling hebat dalam ranking.

Apapun, jangan lupa malam esok untuk melihat 11 lagi lagu bertanding di Sri Pentas 2.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:31 am

Bintang AF Dominasi Separuh Akhir 2



KUALA LUMPUR, 14 NOV 2009: Bagaikan sebuah konsert Akademi Fantasia (AF) begitulah suasana yang tercetus dalam pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik (Bahagian 2) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Daripada 11 lagu yang dipertandingkan, 7 daripadanya telah dipersembahkan bekas bintang AF termasuklah juara AF musim 6 iaitu Stacy yang mendapat sorakan paling meriah daripada peminat yang berada di dalam dewan tersebut.

Suasananya lebih terasa apabila bebeberapa bintang AF ini turut mendapatkan sokongan padu daripada ahli kelab peminat mereka bersama sepanduk yang tertera nama dan wajah mereka.

Begitu pun, barisan juri telah sebulat suara memilih Aurora nyanyian kumpulan Estranged, Pakai Buang (Stacy), Seadanya Aku (Nubhan), Bengang (Akim) dan Aku Rindu Sayang Kamu (Black) sebagai lagu Top 5 dalam pertandingan itu.

Namun keputusan malam tadi bukanlah muktamad kerana ia bergantung juga kepada persembahan artis lain pada minggu seterusnya. Dengan erti kata lain, pemilihan 14 lagu ke final akan diketahui selepas melihat kedudukan markah selepas 3 minggu Separuh Akhir bersiaran.

Barisan juri yang bertugas adalah komposer Helen Yap, Azman Abu Hassan, penulis lirik Mohariz Yaakob, novelis Ahadiat Akashah serta Azhar Borhan selaku Ketua Juri.

Format permarkahan pertandingan separuh akhir ini adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan 70 peratus penilaian yang dibuat sebelum persembahan.

Lagu lain yang gagal berada di dalam senarai Top 5 ini adalah Tahu Tak Tau Berjoget (Jinbara), Ku Pinjam Satu Bintang (Riz & Alyah), Fikirlah (Aizat), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Cinta Gila (Grey Sky Morning) serta Benar-Benar (Adam).

Separuh Akhir Bahagian 3 pula akan diadakan pada di tempat yang sama minggu depan (20 November). Antara artis yang bakal mempertandingan lagu mereka adalah Bunkface, Tomok, Jinbara, Stacy, Aizat, Faizal Tahir dan Misha Omar.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:33 am

Bukan Sebab Fasha, Tapi Janji Kak Ton



KUALA LUMPUR, 14 NOV 2009: Tindakan pelakon Nora Danish menarik diri daripada membintangi drama Spa Qistina bukanlah disengajakan, jauh sekali untuk mencetuskan sebarang masalah dengan pihak produksi drama itu.

Perkara ini diakui sendiri oleh Nora ketika ditemui di majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 di pejabat MIG di Subang Mewah, semalam.

Nora sekali lagi memohon maaf kepada produser Spa Qistina, Datin Zaiton Muhd Jiwa (Kak Ton) serta semua yang terbabit kerana tindakan beliau itu telah menyusahkan ramai pihak.

Pelakon siri Sumpah Bunian itu dengan jujur akui emosinya tidak dapat dikawal ketika insiden 'bertembung' dengan Fasha Sandha di set penggambaran Spa Qistina di Bukit Bintang baru-baru ini, menyebabkan dia mengambil keputusan mengundur diri agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Waktu Kak Ton dengan anaknya, Adila, menawarkan watak kepada saya, kita telah bersetuju atas dasar satu perjanjian di mana saya bukan saja tidak mahu terlibat langsung dalam satu babak dengan Fasha, malah berada bersamanya di set penggambaran.

"Sebabnya saya tidak mahu sama sekali dilibatkan dengan sebarang kontroversi lagi dengan Fasha. Malah pada awalnya, memang saya tak mahu terima langsung tawaran ini tapi setelah diyakinkan oleh Kak Ton, saya pun terima.

Pendek kata, disebabkan Kak Tonlah saya terima tawaran ini, bukan sebab duit atau siapa-siapa. Tapi, saya kesal sebab Kak Ton tidak pegang pada janjinya. Isu ini sebenarnya lebih kepada perjanjian antara kami. Ia langsung tidak ada kena-mengena dengan Fasha Sandha atau siapa-siapa pun," jelas Nora dengan wajah yang sendu.

Tentang kemunculan mereka (Nora dan Fasha) dalam majlis pertunjukan fesyen anjuran MIFA di ibu kota, baru-baru ini, Nora menjelaskan, ia bukan satu projek bersama tetapi masing-masing diundang, seperti mana majlis anugerah lain yang disertai mereka.

"Sebelum ini pun bukan saya tak pernah pergi majlis besar yang mana Fasha pun ada juga. Tapi yang ini lain, sebab kami berlakon. Saya fikir Kak Ton faham akan keadaan ini. Saya rasa tentu ada pihak yang telah cucuk Kak Ton tentang kehadiran saya di acara MIFA agar ia diperbesar-besarkan.

"Dan apa yang membuatkan saya terkilan, kenapa Fasha harus masuk campur dalam hal ini sedangkan perkara ini langsung tidak membabitkan dia," kata Nora.

Tentang kejadian pertembungan itu, Nora berkata memang dia dan Fasha bertentang mata pada hari itu.

Sebab bertembunglah saya rasa marah. Sebab itulah saya terus tinggalkan lokasi itu. Perkara ini memang tidak diketahui Kak Ton dan anaknya kerana mereka tidak ada di situ.

"Waktu shooting lagi hati saya sudah berdetik saya akan berjumpa dengan Fasha. Awalnya, call time saya jam 1 petang dan call time Fasha jam 4 petang. Tapi sehingga jam 3 petang, babak saya belum siap-siap lagi dan pada jam 4 petang pula Fasha akan datang. Pihak produksi patutnya dah hubungi Fasha untuk memberitahu bahawa call time dia dah dilewatkan," kata Nora.

Nora berkata, kejadian itulah yang membuatkan dia kesal dan terus mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Spa Qistina.

"Kalau Kak Ton anggap tindakan saya itu tidak profesional, itu terserahlah. Namun saya tetap menghormati dan menyanjungi Kak Ton sebagai seorang produser. Saya juga tidak kisah berlakon di bawah produksi Kak Ton lagi pada masa akan datang dengan syarat tiada Fasha Sandha," katanya.

Ditanya adakah kejadian itu mungkin telah dirancang pihak produki Spa Qistina, Nora bagaimanapun tidak merasakan demikian.

"Takkanlah saya suka-suka hendak buat hal dan jatuhkan reputasi saya sendiri dalam industri dengan cara ini. Semuanya mestilah bersebab kerana saya berpegang kepada prinsip dan perjanjian. Tapi percayalah, tidak pernah berlaku kejadian tarik rambut sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar, baru-baru ini. Demi Allah, ia memang tidak pernah berlaku," kata Nora.

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:35 am

Kak Pah Catat Sejarah Di Singapura!



SINGAPURA, 9 NOVEMBER 2009: Konsert solo Biduanita Malaysia, Datuk Sharifah Aini di Stadium Tertutup Singapura di Kallang semalam mencatat satu sejarah yang cukup membanggakan apabila ditonton oleh kira-kira 8,000 peminat setia beliau khususnya dari republik itu.

Konsert amal anjuran Jamiyah Global Pte Ltd selama hampir 3 jam itu juga suatu pencapaian terhebat buat Sharifah atau Kak Pah sendiri kerana inilah kali pertama beliau berjaya mengadakan persembahan secara solo di luar negara yakni di sebuah stadium yang begitu gah dengan persembahan superstar antarabangsa dan jarang bagi artis Melayu.

Antara mereka yang pernah membuat konsert di situ ialah The Rolling Stones, Rod Stewart, Kylie Minogue, Backstreet Boys, Janet Jackson, Coldplay, Il Divo, Christina Aguilera, Gwen Stefani, Andy Lau dan Kanye West.

Apa yang mengejutkan, semua tiket telah habis dijual sejak beberapa hari lalu dan sehingga malam tadi pun, masih ada ramai peminat yang hampa di luar stadium kerana gagal mendapat tiket. Barisan wartawan dari Malaysia bagaikan tidak percaya melihat penangan seorang penghibur Melayu yang berusia lebih 50 tahun mampu mengajak ribuan peminat untuk menonton konsert beliau tanpa sebarang gimik murahan.

Sejak awal malam lagi, suasana di perkarangan stadium itu mula dibanjiri peminat Kak Pah daripada pelbagai kaum yang selama ini merindui kemunculannya di Singapura. Malah di Kota Singa jugalah Kak Pah mula-mula mengasah bakatnya sebagai anak seni dulu sehingga mampu bertahan selama 40 tahun dalam bidang ini sebagai Diva No 1.

Yang jelas, konsert yang digelar Malam Legenda Seri Dewi Bersama Datuk Sharifah Aini itu bukan sahaja ditonton oleh peminat biasa malahan juga wakil kenamaan dari Singapura, Indonesia dan Timur Tengah.

Kak Pah yang diiringi oleh 7 pemuzik profesional dan 6 penyanyi latar menyampaikan hampir 30 buah lagu termasuk secara medley yang kesemuanya bagaikan menceritakan pengembaraannya dalam bidang seni. Peminat Kak Pah di Singapura nyata bertuah kerana beliau telah menyanyikan beberapa lagu popularnya yang jarang-jarang dialunkan selama ini.

Antara lagu yang membuatkan hadirin terpesona ialah Jatuh Cinta, Ku Curah Kasih Dalam Lagu (lagu tema filem Hindustan Julie), Jangan Tinggalkan Daku, Percayalah serta lagu Inggeris, Forever And Ever dan One Way Ticket.

Penonton juga mengimbas kelunakan vokal beliau dalam lagu Hapuslah Airmatamu, Sabar Menanti, Kau Tinggi Di Awan Biru, Putus Kasih, Tiada Maaf Bagimu, Terbang Helang, Nour El Ain, Seri Dewi Malam, Kau Pergi Tanpa Pesan dan lagu wajibnya, Bunga Tanjung.

Dengan hanya mengenakan 2 pasang baju yang cantik rekaan Calvin Thoo dan Mona J, Kak Pah tidak perlukan koreografi tarian untuk memikat perhatian semua - memadai dengan lontaran suara serta komunikasi beliau yang terselit cerita suka duka berselang dengan usikan nakalnya. Nada sebak tiba-tiba terdengar dalam suara anak jati Johor Bahru itu apabila mengimbas kesusahan dirinya ketika mula-mula mengejar impian menjadi seorang penyanyi.

Malah pemain keyboards Kak Pah, Rosmadi, tiba-tiba menitiskan airmata sewaktu mengiringi persembahan Kak Pah kerana emosinya tersentuh mendengar nyanyian dan kemerduan lagu yang didendangkan.

Di beberapa sudut dalam stadium itu, kelihatan pula kelompok manusia menari-menari mengikut lagu yang ceria seperti medley twist Kenangan Manis Di Bulan September dan Jangan Tinggalkan Daku serta Zapin Budi. Sesekali, Kak Pah sendiri turut bergelek sewaktu menyanyikan lagu dangdut sertan menggoyangkan bahunya dengan irama twist.

Sayang pula pada hujung persembahan, nyanyian Kak Pah terpaksa dicantas dengan masa yang tidak mengizinkan. Dan lagu-lagu yang menjadi mangsa adalah seperti Empat Dara, Ini Balasannya, Tiba-Tiba Rindu dan Di Malam Persandingan. Maklum sajalah, Kak Pah sendiri mempunyai banyak sekali koleksi lagu dan ia selalunya menjadi satu 'masalah' setiap kali tibanya konsert kerana sukar membuat pilihan lagu mana yang hendak dinyanyikan!

Bagi wakil pihak penganjur, En Mohd Shariff Mohd Yatim, konsert itu sangat bermakna kepada mereka ia bertujuan bagi mengumpul dana bagi Tabung Jamiyah Singapura sekali gus membantu anak-anak yatim bernaung di bawah payung mereka.

Apa yang dapat dirumuskan daripada konsert istimewa itu, ia satu pencapaian yang luar biasa bukan sahaja buat Kak Pah sendiri tetapi juga bagi artis Malaysia lain secara keseluruhannya. Ironiknya, sokongan yang seperti itu (terutama daripada promoter, penaja dan badan penyiaran), belum cukup diberikan dengan sewajarnya kepada Kak Pah di Malaysia.

Apakah senario yang terjadi itu membayangkan penghibur kita sendiri bagai melukut di tepian gantang? Kita sebenarnya memiliki semua di depan mata tetapi janganlah kita dipandang sebagai orang tidak tahu mempertahankan khazanah seni yang kita miliki selama ini. Apapun Datuk Sharifah Aini... I salute you!

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 11:39 am

Sofaz Kongsi Rahsia Dapat Bertahan



KUALA LUMPUR, 10 NOVEMBER 2009 : Selepas kejayaan album Janjiku pada 2006 yang mencatatkan jualan yang memberangsangkan, seterusnya Kepantasanku pada 2007, kini kumpulan Sofaz tampil menerbitkan album kompilasi lagu-lagu terbaik berjudul The Best of Sofaz.

Album tersebut yang berada dipasaran sejak Julai lalu itu memuatkan 14 buah lagu termasuk 2 lagu baru iaitu Hingga Hujung Pernafasan Langitku dan Kamu dan Dirinya. Selain lagu hit seperti Janjiku, Bukan Di Sini, Salahku, Kepantasanku dan Cinta Aku, lagu lain yang dimuatkan ialah Cinta, Dendam Kita, Raja Kasih Yang Hilang, Aku Ingin Kamu, Gagal Aku, Hilang serta Rasaku.

Bercakap pada Majlis Lunch Break Bersama Sofaz di Redbox IOI Mall, Puchong, siang tadi, vokalis Aremeer berkata, The Best of Sofaz adalah hadiah buat peminat setia yang terus menerus menyokong kumpulan Sofaz hingga kekal ke hari ini.

"Masih ramai lagi peminat yang memberikan semangat kepada kumpulan Sofaz untuk terus bertahan. Memang Sofaz hargai sangat sokongan itu Apa yang berlaku sepanjang karier kami, ia adalah anugerah terindah untuk bertahan dalam bidang muzik. Biar beribu kumpulan lain muncul, Sofaz tetap berharap akan menjadi antara kumpulan yang terbaik di Malaysia.

"Setiap perkara yang melibatkan kumpulan, tidak kira lah apa-apa sekali pun, kami banyak berbincang. Kalau ada masalah pun mereka akan cuba selesaikan secara baik. Memang sejak dulu lagi kami mengamalkan konsep berbincang kalau timbul sebarang isu. Bukan mudah untuk kita sama-sama terus kekal dalam satu kumpulan tapi saya rasa itulah rahsia yang membuatkan kami masih kekal," katanya.

Pada majlis itu juga turut dipertontonkan klip video Hingga Hujung Pernafasan Langitku yang dirakamkan di sekitar Kuala Lumpur. Klip Video ini mendapat kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

Kumpulan yang dianggotai 6 anak muda iaitu Shah, One, Fairuz, Aremeer, Zimi dan Rodie ini turut menganggap penerbitan album ini adalah satu lagi kepercayaan kepada Sofaz oleh syariakat naungannya, Suria Recods Sdn Bhd (SRC). Sofaz yang pernah memenangi Artis Berkumpulan Popular, Anugerah Planet Muzik 2006 dan Artis Berkumpulan Popular Anugerah Bintang Popular 2007 juga semakin berbakat dalam penciptaan lagu.

Lebih membanggakan kesemua lagi-lagu Sofaz adalah ciptaan mereka sendiri. Malah ahli kumpulan ini juga banyak mencipta lagu-lagu popular untuk artis luar.

Selama 6 tahun menjadi antara kumpulan popular tanah air, Sofaz telah menghasilkan 4 buah album. Album pertama berjudul Cintai Aku dirakamkan sekitar 2003 manakala album seterusnya, Janjiku (2006) dan diikuti kepantasanku (2007).

_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
azwin
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 6688
Age: 35
Location: Taiping - Perak
Registration date: 05/07/2008

PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   Sun 15 Nov 2009, 3:15 pm



INFO: Julia Ziegler


NAMA PENUH: Julia Bob Fauzi Ziegler.

TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984.

ASAL: Ampang, Selangor.

DARAH CAMPURAN: Bapa (Jerman-Amerika), ibu (Melayu-Jawa).

KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik.

PENDIDIKAN: Pengajian Asas Arkitek dari Savannah College of Art & Design, Georgia, Amerika Syarikat.

SYARIKAT MILIKNYA: Suria Design Sdn Bhd.

KOMERSIAL: Nokia, Celcom, Olay, Pantene dan Penerbangan Malaysia (MAS)

FILEM: Kayangan, Cuci, Cicak-Man 2, Jangan Tegur dan Teman Selamanya (Indonesia).


_________________
PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....
Back to top Go down
View user profile
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Back to top 
Page 8 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: -
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Report an abuse | Create your free blog